Quantcast
Channel: PUDIN TTG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 227

Kembara Hanoi: Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia

$
0
0
... BERSAMBUNG

Tarikh       : 09 Mac 2019
Misi          :  Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       : Thác Bản Giốc, Trùng Khánh District, Vietnam.

Coordinate:
   N22.85612° E106.72252°
Google Maps:https://goo.gl/maps/DceCGfAMmER2

Singgahan pertama kami ialah ke sebuah air terjun yang dikatakan antara yang tercantik di Asia iaitu Ban Gioc Waterfall (thác Bản Giốc). Dikenali juga sebagai Detian Falls, adalah air terjun terbesar di Vietnam tetapi bukan yang tertinggi. Air terjun 3 tingkat selebar 300 meter dan setinggi 30 meter. Air terjun ini berkongsi dengan negara China iaitu antara Trung Khanh District (Cao Bang Province, Vietnam) dan bukit batu kapur Daxin County (Guangxi, China). Air terjun ini disaliri (berpunca) dari saliran sungai Quay Son (China: Guichun River), yang juga menjadi penanda sempadan antara ke dua negara. Pemandangan air terjun ini memang menakjubkan, tercatat antara air terjun tercantik di dunia dan dinobatkan sebagai 4th Largest Waterfall Along A National Border, selepas Victoria Falls (Zambia/Zimbabwe), Iguazu Falls (Argentina/Brazil) dan Niagara Falls (Kanada/US).

Dari homestay, kami menaiki motosikal ke gerai yang kami singgah semasa tiba dari Cao Bang. Menuruni slop dan meletak motosikal di tempatnya (parking VND20,000). Kemudian membeli tiket masuk di kaunter (VND40,000). Kami sengaja tidak mengikuti laluan pejalan kaki tetapi merentas sawah padi berteres untuk ke air terjun ini. Kami mengambil gambar dahulu di sisi kiri air terjun atau thác phụ (subordinate waterfall). Tidak ramai pengunjung berada disini. Air terjun ini sedikit terpisah dari sungai (air terjun besar) namun sini pun cantik bangat ….

Selepas itu baru kami meniti jambatan kayu ke sebuah pulau kecil untuk menyaksikan kehebatan air terjun besar ini. Aku bercadang untuk mendaki ke atas air terjun ini namun dipasang pagar dan larangan untuk memanjat. Aku cuba hampiri sedekat mungkin dan berada berdekatan lokasi penduduk memancing.

Bagi mendapat pandangan lebih hampir, kami menaiki rakit buluh (caj VND50,000 sorang) dimana pemandunya akan membawa sdekat mungkin hingga merasai tempias airnya dan membawa ke seberang/sempadan China namun kami tidak turun. Untuk makluman terdapat juga operator bot buluh dari China dan jika bot China menghampiri kawasan Vietnam, akan ada penduduk menghampiri mereka dengan bot sambil menjual barangan kepada pelancong China (mungkin barang seludup kot)

Layan Gambar Bản Giốc Waterfall

Lalui titi untuk masuk ke kawasan air terjun

Sisi kiri air terjun adalah milik  Vietnam sepenuhnya

Bersama wanita yang berpakaian tradisional Vietnam

Titi kayu untuk ke pulau berhampiran air terjun

Batu sempadan milik Vietnam

di belakangku adalah air terjun yang dikongsi besama antara Vietnam dan China. Kami menaiki bot untuk merasai dan menikmati air terjun dengan lebih dekat.

Jeti disebelah China. Ada perkhidmatan bot buluh juga disebalah sini

BERSAMBUNG …


Pautan Kembara Berkaitan

1. Hanoi : Prawacana
2. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
3. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
4. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
5. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
6. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
7. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
8. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia
9. Hanoi : Day 02 -


Viewing all articles
Browse latest Browse all 227