LANGKAWI 04H 03M
Tarikh : 23 Mac 2021 - Day02
Lokasi : Bukit Kecik, Pulau Tuba, Langkawi.
Coordinate : N6.231497, E99.853276
… sambung
Keunikan batuan tua yang mencorakkan keindahan Pulau Tuba menarik perhatian kami untuk ke sebuah bukit yang terletak bersebelahan dengan masjid Al Wafa. Bukit kecil ini terletak ditepi jalan sahaja dan ada tangga batu untuk naik ke atas setinggi ±30 meter.
Sampai di atas di sebelah kirinya akan kelihatan batu yang kelihatan berlipat-lipat. Singkapan batuan ini dianggarkan berusia 500 juta tahun. Ia terhasil dari tekanan dan gerakan bumi jutaan tahun lalu.
Di sebelah kanan ada batuan yang sangat unik kerana terdapat 3 warna yang berbeza pada satu batuan. Bukit ini satu masa lalu pernah ditenggelami air, dipercayai batu kapur yang mempunyai bintik2 putih adalah siput laut yang melekat padanya manakala ada batukapur yang berwarna seakan lumut atau hijau kehitaman dan juga batu kapur yang berwarna kekuningan atau oren.
Bersambung …