Tarikh      : 11 Mei 2018
Jarak       : 470 meter – sehalaÂ
Max Elev. : 241 meterÂ
Coordinate : N6.66079° E100.40015°
Lokasi      : Sadao, Sadao District, Songkhla 90120, Thailand
Dua puncak yang berdekatan – Puncak dogol menjadi pilihan
Khuan Loe เขาเล่ adalah sebuah sebuah puncak yang dogol tersembunyi dibelakang sebuah kuil(Chinese Kuan Im shrine). Ada bukit yang memanjang ± 2km dimana terdapat 2 puncak tetapi puncak dogol ini sering menjadi pilihan pendaki. Tarikan utama di puncaknya yang dogol ialah dapat melihat panorama 360° sekeliling Sadao ditambah dengan batuan menarik dan rumput unik. Biasanya pendaki tempatan akan mendaki pada awal pagi untuk melihat matahari terbit dan melihat lautan kabus (sea of mist) menyelubungi kawasan sekitar terutama kalau hujan pada sebelah petang atau malamnya.
Lama aku dok merancang ke sini, setelah tiada rakan yang boleh guide, maka pada hari ini bersama isteri terjah ja dengan berpandukan ‘garmin’ku. (Sebenarnya aku merancang untuk datang pada hari kedua selepas PRU14, tapi teruja dok tunggu upacara angkat sumpah Tun Mahathir sebagai PM ke 7, maka tangguhkan keesokan harinya pula)
Khuan Loe/Khao Loe terletak ±7km dari pekan Sadoa atau mengambil masa ±10 minit sahaja untuk sampai ke sana.
Ikuti laluan ini untuk mendaki – jumpa kuil ini dahulu
Sampai hadapan kuil aku mengikuti papan tanda ‘Way Watch View’ dan lalu sebelah kuil dan terus memanjat laluan. Kami memulakan pendakian agak lewat iaitu pada jam 10.00am (agak lewat kerana sangkut semasa urusan imigration – ramai hari ini orang Malaysia masuk Thailand). Ada denai yang boleh diikuti dan pendakian dimudahkan kerana laluan ditanda. Di tempat tertentu tali dipasang untuk memudahkan pendakian. Jarak pendakian ±470 meter sahaja dan tidaklah sukar tetapi sedikit memenatkan kerana ada beberapa tempat sedikit curam.
Dengar khabar kelulusan untuk membangunkan bukit ini sudah diberi iaitu dengan membina sebuah Taman Buddha Khao Lee Dae dengan keluasan 98 ekar. Ia bakal menjadi tarikan di Sadao nanti. (Buddhist and Ecotourism)
Selepas turun aku singgah ke Kedai Nasi Beriani Ayam(N6.63301° E100.42301°) untuk melepaskan dahaga dan lapar. Aku langgah sebanyaknya air oooo (Tersangat haus, lupa bawa bekalan air) . Menikmati Nasi beriani dengan ayam bakar yang enak. Kedai ini terletak bersebelahan 7E Sadao(Ditepi jalan besar atau sebelah kiri bila memasuki Lorong Pracha Bamrong 1).
Denai yang jelas
Ada jurang disisi bukit ini – hati-hati bila berposing
Memang berbaloi ke sini