Quantcast
Channel: PUDIN TTG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 227

Betong: Pokok Terbesar di Selatan Thailand

$
0
0

20181120_113253

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani – Day 1   
Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Chulabhorn Pattana 10th, Betong, Thailand         
Jarak        :  
Coordinate: N5.86243° E101.23885°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/rz3jZpBVUkD2

Tersorok di dalam hutan dara berdekatan sempadan Malaysia – Thailand, (± 28 km dari pekan Betong) terletak di Chulaphorn Peace Village 10th (yang menjadi penempatan bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya(PKM)), terdapat sepohon pokok (Somphong Tree) yang dikatakan pokok terbesar di Selatan Thailand.

Ia adalah  pokok Mengkundor atau nama saintifiknya Tetrameles Nudiflora. Ia adalah spesies tumbuhan dalam famili Tetramelaceae. Pokok ini berukurlilit ± 30 meter (Diukur berdasarkan rantaian manusia seramai 38 orang yang mengelilingi pokok ini) dan ketinggian tidak pasti kerana telah patah bahagian atasnya.

Ia dipromosikan oleh kerajaan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Disamping memberi pendapatan sampingan kepada komuniti kampung, ia juga boleh menyebarkan sejarah dan pengetahuan tentang pokok ini. Ia adalah 2 pokok di wilayah Yala (sepohon lagi di Piyamit Tunnel)yang dipilih dari 64 pokok di seluruh Thailand sebagai warisan tanah atau “Treasure Of The Land” di bawah naungan His Majesty the King of Thailand pada tahun 2017.

Untuk maklumat, lokasi pokok ini terletak di dalam kawasan berpagar (± 1.2 km dari perkampungan) dan diselenggara oleh penduduk kampung. Bayaran sebanyak THB60 seorang dikenakan sebagai bayaran penyelenggaraan dan ada pengiring yang akan membawa kita ke sini sambil bercerita mengenai kawasan ini. Terpaksa hiking di jalan bersimen yang disediakan ± 600 meter sebelum sampai ke kawasan pokok ini.

Selain itu di perkampungan ini  terdapat: -

  • Muzium Peperangan PKM yang mempamerkan gambar dan kegiatan PKM semasa era pertempuran mereka dengan kerajaan Malaysia.
  • Memorial atau Tugu Peringatan untuk memperingati ahli-ahli PKM pada era sebelum perdamaian. Ia terletak di atas sebuah bukit tinggi berdekatan kampung ini.
  • Simulasi Kem - yang terletak di kawasan hutan bagi menunjukan kehidupan puak PKM  di era perang di dalam hutan
  • Taman Herba – terletak dalam perjalanan untuk menuju ke pokok besar. Pelancong diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan herba dan  dapat belajar mengenai tumbuhan ini yang boleh dijadikan sebagai ubatan.


Laluan bersimen untuk ke Pokok sejauh ± 600 meter

Ladang Herba: Dalam perjalanan menuju ke Pokok

Ada mini waterfall berdekatan pokok

Replika kediaman geng PKM sebelum perjanjian Damai. Ada pokok, dewan yang tergantung gambar pemimpin komunis seperti Lenin, Karl Marx dan lain-lain lagi

Pokok ini berusia ratusan tahun dan berukurlilit > 30 meter


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2.  Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3.
4.
5.
6.


    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 227