Quantcast
Channel: PUDIN TTG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 227

I-yerweng: Puncak Di Atas Awan

$
0
0

Tarikh       : 22 November 2018
Misi          :  Day 02: Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani   
Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand       
Jarak        :  
Coordinate: N5.97965° E101.18215°

Maps Link  :https://goo.gl/maps/9nFwkKqfPsv

Bayangkan, bagaikan berada di atas awan, berada pada satu titik ketinggian dimana bukit, awan, matahari, kabus  dan pepohon bersatu menghidangkan panorama alam dimana hamparan awan nan eksotis menyelimuti lembah-lembah disekitar kawasan pergunungan pada awal paginya. Keindahan semakin terserlah apabila matahari yang muncul dari kaki langit bagaikan memancar warna emas. Pandangan sebeginilah yang membuat ramai pelancong berpusu-pusu hadir ke sini terutama pada hujung minggu dan cuti (termasuklah aku).

Ia adalah puncak I-yerweng (Aiyoe Weng ) terletak di daerah Aiyoeweng, Betong, Yala, iaitu ± 40km ke utara pekan Betong. Ia berada pada ketinggian 676 meter dari aras laut. Ia dinobatkan sebagai lokasi lautan awan yang tercantik di Selatan Thailand.

Kami bertolak ke sini ± jam 5:30 pagi dari Homestay km 34. Ia sejauh ± 7km sahaja tetapi mengambil masa ± 20 minit kerana jalan berbukit dan bengkang bengkok. Jalan naik ke sini elok dan di simpang 4 belok kanan dan ikuti jalan bersimen yang agak curam dan terpaksa berhenti di kawasan parkir yang dikhaskan (yang terdapat tandas, surau ) dan dari sini terpaksa berjalan dengan mendaki ±500 meter untuk sampai ke puncak I-yerweng. Terdapat beberapa buah motor yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang ke atas dengan bayaran THB20 seorang dan turun THB10.

Pelancong tidak dibenarkan membawa kenderaan ke atas kerana sebuah projek pembangunan kompleks skywalk bernilai THB 98 Juta sedang pesat berjalan dan dijangka siap dalam tahun 2019. Bila siapnya pelantar pejalan kaki ini dijangka akan menarik lebih ramai lagi pengunjung ke sini (hmmm … harapnya masih percuma seperti sekarang)

Pelantar pemandangan di puncak I-Yerweng

Petang sebelumnya kami meninjau dahulu ke sini dan dapat naik dengan motosikal hingga ke puncak. Dari sini nampak jelas Bang Lang Dam

Bagai di atas awan pulak

Golden Hour: Apabila matahari mula menyinar

Sinar matahari bagaikan emas

Di lokasi sebelum naik ke menara: Pot untuk selfie

Lokasi ini berada di kawasan bawah dari parkir. Disini ada beberapa pelantar di bina dan terdapat gerai makanan/minuman

Ada perkhidmatan angkut pengunjung ke puncak Iyerweng


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2.  Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3.  Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4.  Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5.
6.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 227