Quantcast
Channel: PUDIN TTG
Viewing all 227 articles
Browse latest View live

Refleksi Diri Di Pantai Cermin

$
0
0

Tarikh  :  19 Oktober 2018
Misi     :  Menelusuri Tasik Songkhla
Lokasi  :  Ko Laenang, Pak Bang, Daerah Thepa, Songkhla Thailand
Jarak   :  160 km
Coordinate : N6.85044° E101.04254°
Google Link:
https://goo.gl/maps/KZbsZ3PncYN2


Salar de Uyuni yang terletak di Bolivia dikenali sebagai dataran garam terbesar di dunia. Pada musim tertentu (January – April), apabila ada sedikit air pada permukaannya akan mewujudkan pantulan imej bagaikan cermin. Kalau di Kuala Selangor ada sebuah pantai berdekatan kampung Sasaran yang digelar ‘Salar De Uyuni Malaysia’. Tahukah anda fenomena sebegini juga ada di sebuah pantai di dalam wilayah Songkhla. (Tak jauh dari rumahku)

Pantai ini terletak di daerah Thepa, Chana (tak jauh dari Sakom). Ia di kenali sebagai Ko Laenang (Pulau Lunang)  dan adalah perkampungan nelayan di Kuala Yu Tong. Ia menjadi pertembungan dua sungai iaitu Sungai Thepa (Khlong Yu Tong) dan Sungai Pattani (Khlong Sai Ho) dan menjadi sempadan antara 2 wilayah (Songkhla/Pattani). Ia merangkumi kawasan seluas 500 rai (198 ekar) dan terdapat 3 buah pulau utama di kuala ini. Hutan bakau disini adalah yang paling subur di Songkhla dan menjadi pembiakan hidupan akuatik yang mewujud rantaian permakanan. Ini menjadikan penduduknya bergantung kepada hidupan dan sumber laut sebagai sumber pendapatan,  apabila musim tengkujuh (atau tidak dapat turun ke laut) mereka bertani dengan menanam jagung dan tanaman kontan.

Menurut Haji Nawi(Nawawi) yang merupakan waris kepada penduduk asal yang membuka perkampungan di sini, penduduk disini asalnya dari 3 keluarga yang berasal dari Kelantan, mereka dalam pelayaran dan singgah disini dan dapati kawasan ini sangat subur dan sangat sesuai untuk perkampungan kerana bentuk mukabuminya yang menghalang ombak kuat dan ribut pada musim tengkujuh. Kemudian keturunan mereka berkembang disini dan kebanyakkan tinggal di dua pulau iaitu Koh Sam and Ko Si.

Beliau adalah antara penggerak dalam memajukan kawasan ini. Banyak akitiviti bersama penduduk diadakan dengan kerjasama pihak kerajaan demi untuk kebaikan bersama. Beliau mengusahakan restoran, chalet dan perusahaan berasaskan eco-pelancongan. Beliau juga membuka sebuah pusat pengajian/pemulihan kepada anak muda di atas sebuah pulau dihujung kuala ini yang diberi nama ‘Pondok Yalanan Baru’ ( ปอเนาะญาลันนันบารู ). Pondok ini mendapat kerjasama, sumbangan dan sokongan dari kerajaan Thai dan juga beroperasi hasil dari sumbangan orang ramai. Terdapat ± 300 pelajar dan 6 orang tenaga pengajar dari kawasan berhampiran dan ada juga dari Malaysia.

Aku mendapat maklumat mengenai pantai cermin dikawasan ini dari seorang sahabat facebook dari daerah sini. Beliau hanya memberitahu aku untuk ke Kuala Yu Tong,Thepa. Setelah mengenalpasti lokasi Yu Tong, kami bertolak dari rumah pada jam 7.00 pagi dan masuk melalui pintu imigresen Durian Burung. Untuk makluman, pintu sempadan ini dibuka pada jam 8.00 pagi (waktu Malaysia) dan ditutup pada jam 6.00 petang. Tidak ramai orang yang menggunakan laluan ini (waktu biasa) dan urusan deklarasi kastam bagi kenderaan adalah percuma.

Kami menuju terus ke Yu Tong dan sering berhenti bertanya penduduk di mana pantai di Yo Tong sehinggalah kami sampai ke penghujung lalu berjumpa papan tanda Pondok Yalanan Baru. Disini aku sempat berbual dengan Haji Nawi dan seterusnya kami dibawa oleh BaE (nelayan disini) ke sebuah pantai (N6.85388° E101.04670°) yang akan timbul ketika air surut dan fenomena sebegini hanya berlaku pada waktu tertentu sahaja(kena pada masa dan ketika). Kami ke sini pada jam 11.30 pagi dan air sudah mula pasang dan sempat bergambar. Di pantai ini di atas permukaan pasir yang terdapat sedikit air ditambah sinar matahari yang terang dapat mewujudkan pantulan bagaikan cermin disisi bayangan hitam.

Kami tidak lama kerana air mula pasang dan mula menggelamkan pulau/pantai ini dan BaE perlu mengambil/membawa waris ke Pondok Yalanan Baru selepas ini . Lagipun masa untuk solat Jumaat sudah menghampiri.  

LAYAN GAMBAR DI KOLEANANG & PANTAI CERMIN …

Berhampan Jeti dan disitu Restoran Haji Nawi

Berhampiran Jeti ke Pondok Yalanan Baru .. Jarak  l.kurang 2km dari sini dengan menaiki bot

Kami menelusuri Khlong Yu Tao ke Teluk Siam mencari pantai

Air pasang - Pantai ni hampir tenggelam dah .. Di belakangku adalah Telok Siam

Bersama BaE – pemandu bot kami: Untuk makluman bukan semua penduduk disini tahu berkaitan pantai cermin ini bahkan mereka tidak menyedari adanya fenomena ini. Kos bot ini bergantung kepada ramainya pelancong (harga antara THB700 – THB3000) .. kami dapat diskaun spesel  (pandai-pandailah berunding).

Lihat cerminan ku (dihadapan) dan bayangku di bawah

Perlukan sedikit air dipermukaan pasir dan cahaya yang terik untuk mewujudkan refleksi

Membantu menolak bot yang terletak di beting pasir - Kuala sungai ni sebenarnya agak cetek setakat paras dada ja

Waris-waris sedang menunggu bot untuk ke Pondok Yalanan Baru di Pulau – Haji Nawi menyediakan perkhidmatan bot ke pondok tersebut (harga tak pasti)


Pautan Kembara Berkaitan
1. Songkhla: Refleksi Di Pantai Cermin    
2. Songkhla:
3. Songkhla:
4. Songkhla:
5. Songkhla:
6. Songkhla:       


Bukit Bunga Raya: Riadah Santai di laluan Landai

$
0
0

20181012_080649

Tarikh      : 12 Oktober 2018
Misi         : Hiking Bukit Bunga Raya   
Lokasi     : Ladang RISDA Bukit Genting, Sintok, Kedah, Malaysia      
Jarak      : 3km       
Max Elev:        
Coordinate : N6.44457° E100.50797°
Google Link:
https://maps.google.com/?cid=5242122980846663154

Bukit Bunga Raya kini sudah viral sejak ± 6 bulan lalu. Ia menjadi salah satu lokasi pengunjung untuk beriadah. Ia terletak dihadapan ‘Bulatan Masa’ iaitu berdekatan pintu masuk ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Ia adalah bukit kechil dengan ketinggian maksima ± 130 meter yang dimiliki oleh pihak RISDA Tanjung Genting. Ia kini dicerahkan untuk penanaman kelapa sawit. Laluannya yang mudah, cerah (fireroad) dan agak luas dan sejauh ±750 meter sahaja untuk ke puncak. Puncaknya boleh dinaiki dengan 4 x 4, MTB dan juga motosikal. Laluan yang tidak terlalu tinggi dan curam dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan amat baik untuk beriadah bersama keluarga.

Pihak RISDA yang bertanggung jawap atas kawasan ini telah menyediakan kemudahan prasarana di atas bukit ini seperti pondok (asalnya untuk kegunaan kakitangan mereka), kerusi rehat dan air minuman percuma. Pihak mereka juga meletakkan pengawal untuk menyelia kehadiran pengunjung dan tiada bayaran dikenakan untuk ke sini (Ya ….PERCUMA.)

Di puncaknya dapat melihat panorama 360°. Dari atas ini jelas nampak pintu gerbang UUM, kawasan UUM lawas kelihatan, beberapa bukit berdekatan seperti Bukit Kachi, Bukit Lebai Hussain, Khuan Si Leng dan lain-lain lagi, pekan Changlon dan sempadan Siam. Ada ketikanya kabus akan menyelubungi puncak dan kawasan sekitarnya seperti yang dialami oleh kami hari ini. Kami mula mendaki pada jam 7.15am dan sudah kelihatan ramai pengunjung mendaki dan kami tidak turun melalui jalan yang kami naik sebaliknya mencari jalan lain (untuk wujud loop) dan aku dapat merasakan bahawa aku pernah berkayuh MTB disini suatu masa dahulu.

Semoga pengunjung dapat menjaga dan memelihara kebersihan serta keindahannya dan menghormati ‘hak kepunyaan’ pihak RISDA.

Sebenarnya aku sudah beberapa kali ke sini dan LAYAN GAMBAR kunjungan kami ke sini… now & then

Kabus menyelubungi – hilang UUM dari pandangan

Puncak Bukit Bunga Raya : dari dari bukit bersebelahan

Belakang sana Bukit Kachi

Di sana UUM

Antara pot popular bergambar yang membelakangi UUM, Namun hari ini kabus menutupinya

Dibelakang ialah EDC dan kelihatan jalan naik  ke sini

Menjejaki Makam Ulama Sufi Tersohor

$
0
0

20181019_160433

Tarikh       : 19 Oktober 2018
Misi          :  Menelusuri Tasik Songkhla
Lokasi       : Ban Trap, Chana, Thailand
Jarak        : 60 km (Ko Laenang – Ban Trap)
Coordinate:  N7.01019° E100.66799°
Google Link: https://goo.gl/maps/LSWTM2YZyPr

Bersambung ….

Dari Kolaenang kami menuju ke Thepa(nama asal Tiba) untuk solat Jumaat dan makan tengahari. Seusai merarau(makan tengahari) kami menghala ke utara menuju ke Hadyai dengan mengikuti Highway 43. Sampai di pekan Chanong kami mengikuti highway 408 dan ± 4km disebelah kiri highway akan nampak papan tanda makam ulama ini. Kami menelusuri laluan kuari hingga menuju ke kawasan kebun getah dan jumpa kuari dan tasik yang airnya menghijau jernih. Namun masih belum nampak tanda-tanda makam disini. aku berpatah balik dan kemudian masuk kembali dan mengambil lorong kecil sebelah kiri(kami terlepas pandang tadi) dan terus membawa kami ke hujung tasik tadi dan dari sini sudah nampak seperti binaan yang tersorok di dalam kebun getah. YA ia adalah makam ulama ini. Makam kelihatan bersih terjaga dan ia terletak didalam binaan ini. Binaan berbumbung dengan berlantaikan tile dan terdapat beberapa sejadah, kitab dan quran tersusun ditempatnya.

Ulama ini banyak menyumbangkan ilmu di kawasan Nusantara dan telah syahid semasa menentang tentera kufar Siam. Beliau ditangkap dan disula oleh tentera Siam, kepalanya dipancung dan di bawa ke Bangkok untuk dipersembahkan kepada Maharaja Siam sebagai bukti kematiannya. Makam ini baru sahaja di jumpai oleh pengkaji sejarah yang terletak di Ban Trap, Chana, Thailand. Ia terletak ke Barat dari pekan Hadyai dan sejauh ± 30 km.

Ya beliau ialah SHEIKH ABDUS SAMAD AL-PALIMBANI - merupakan salah seorang ulama besar tasawuf Nusantara. (Tarikat As Sammaniyah). Dilahirkan pada 1116 H/1704M di Palembang, Sumatera Selatan. Ayahandanya seorang ulama besar, Sheikh Abdul Jalil bin Sheikh Abdul Wahab (diangkat menjadi Mufti negeri Kedah pada awal abad ke-18 oleh Tengku Muhammad Jiwa yang secara rasminya ditabalkan menjadi Sultan Kedah ke-19 di Istana Kota Bukit Pinang dan baginda memerintah sehingga tahun 1798 M.).

Mendapat pendidikan awal dari ayahandanya dan juga mendapatkan pendidikan agama di daerah Kedah dan Patani (Selatan Thailand). Melanjut pembelajaran ke Mekah dan Madinah (30 tahun di Mekah, 5 tahun di Madinah). Seperguruan dengan ulama Nusantara lainnya seperti Muhammad Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahhab Bugis, Abdul Rahman Al-Batawi dan Daud Al-Fatani.

Antara karyanya:-
1. Zahratul Murid Fi Bayani Kalimatit Tauhid ditulis pada 1178 H/1764 M di Mekah dalam bahasa Melayu (karya pertamanya)
2. Hidayah As-salikin Fi Suluk Maslak Al-Muttaqin - adaptasi daripada kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam al-Ghazali
3. Siyarus Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin
4. Tuhfat al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman al-Mukminin
5. Al-'Urwah al-Wusqa wa Silsilah Ulil-Ittiqa'
6. Ratib Abdal-Samad - berisi zikir, puji-pujian dan doa = hampir sama dengan yang terdapat pada Ratib Samman.
7. Zad al-Muttaqin fi Tauhid Rabb al-'Alamin - ringkasan ajaran tauhid yang disampaikan oleh Sheikh Muhammad al-Samman

Terlibat dalam perjuangan Pattani/Kedah menentang Siam dan beliau syahid dalam tahun 1244 H/1828 M (ada yang kata tarikh wafatnya pada 1254 H/1838 M)

Ada papan tanda ini di tepi highway. Disebelahnya kuari dan ada jalan kecil tanah merah

Di belakang sana letaknya makam

Mudah untuk masuk melalui jalan ini (terus ke jalan besar)

Kanak-kanak girang

Tenang, Murah & Mewah - Kami bermalam di Lake View Resort, Songkhla


Pautan Kembara Berkaitan
1. Songkhla: Refleksi Di Pantai Cermin    
2. Songkhla: Menjejaki Makam Ulama Sufi Tersohor
3. Songkhla:
4. Songkhla:
5. Songkhla:
6. Songkhla:     

Kembara Wilayah Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik

$
0
0

Tarikh       : 20 Oktober 2018
Misi          :  Day 02 - Menelusuri Tasik Songkhla
Lokasi       : Ban Nuea, Laem Pho, Muara Khlong U Taphoa, Songkhla, Thailand
Jarak        :
Coordinate: Ada dalam catatan

Kami bermalam di Lake View Resort(N7.15621° E100.57002°), yang terletak ± 4km ke Selatan Pekan Songkhla. Sebuah resort  menarik yang terletak berhadapan (dipinggiran) Tasik Songkhla. Resort ini mempunyai 32 bilik berhawa dingin dan tersedia parkir di hadapan pintu bilik, ada ruang bersantai (terbuka). Semua biliknya dilengkapi dengan TV, peti sejuk, free internet, cerek letrik, hot shower dan tandas yang sempurna. Aku suka resort yang sebegini.

Jam 6.00 pagi kami check out dan mula bergerak menelusuri Bahagian Selatan Tasik Songkhla. Kami mahu menghindari lokasi tumpuan maka jalan luar bandar kami terjahi. Kami menelusuri ‘O Bo Cho Songkhla 2084 Road’ hingga ke Khlong Thon Samrong dan melewati beberapa perkampungan muslim di Ban Nuea(N7.11635° E100.46890°) dan berhenti untuk bersarapan berhampiran masjid Ban Nuea. Penduduk kampung ramah menegur kami dan berkomunikasi bahasa ayam & itik. Walaubagaimanapun aku menggunakan ‘Speak To Voice Translator’ apps untuk pemahaman kedua pihak. Sebuah apps yang menyokong 4 perkhidmatan translator(seperti Google, Microsoft, YAndex dan Baidu), hanya cakap atau taip dan ia  boleh menterjemahkan dari/kepada  lebih 100 bahasa yang dikehendaki. Kami dimaklum bahawa perkampungan ini majoriti adalah penduduk muslim dan  sepanjang  khlong Thon Samrong hingga ke Tasik Songkhla didiami oleh penduduk melayu muslim.

Apps yang sering aku gunakan untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan

Selepas bersarapan, kami menuju ke Laem Pho(N7.15227° E100.47091°), sebuah tanjong di muara Khlong Laem Pho. Disini terdapat pantai berpasir dan banyak restoran-restoran terapong yang dibina ditepian pantai. Boleh menikmati hidangan makanan segar dari tasik seperti ketam, udang, ikan dan lain-lain lagi sambil menjamu mata melihat keindahan tasik Songkhla. Restoran ini masih belum dibuka semasa kami sampai (dibuka dalam jam 11:30 pagi ke atas) lalu kami meneruskan perjalanan ke kawasan lebih terpencil dengan menelusuri Khlong U Taphao(N7.15652° E100.45147°), untuk melihat suasana damai tasik, melihat kawasan ragut (ternakan lembu), menara dan rumah terpencil di dalam hutan bakau dan kemudian kami keluar dan menuju ke arah Bang Klam.

LAYAN GAMBAR  …

Awal pagi di tepi Tasik Songkhla

Tangkoi @ Yor di Tasik Songkhla

Menyaksikan lautan tasik Songkhla at Khu Thao, Songkhla

Jambatan kayu seperti di Kg.  Sungai Baru Tengah, Alor Setar

Laem Pho

Ada sebuah kedai makan muslim (halal) di Laem Pho

Deretan tempat makan terapong di Laem Pho

Kawasan ternakan lembu di Khlong U Thapao

Sebuah menara di kawasan terpencil di Muara Khlong U Thapao

Keluar dari offroad menuju jalan raya


Pautan Kembara Berkaitan
1. Songkhla: Refleksi Di Pantai Cermin    
2. Songkhla: Menjejaki Makam Ulama Sufi Tersohor
3. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik
4. Songkhla:
5. Songkhla:
6. Songkhla:     

Jambatan Gantung & Bang Klam Floating Market

$
0
0

Tarikh       : 20 Oktober 2018
Misi          :  Day 02 - Menelusuri Tasik Songkhla
Lokasi       : Bang Klam, Bang Riang dan Tha Luang Bridge, Songkhla, Thailand
Jarak        :
Coordinate: Ada dalam catatan

Bersambung

Dari Khlong U Taphao, kami mengikuti Bang Yi-Laguna Road dan sampai di Khlong Ro, jambatan merintangi sungai ini sedang dibina dan terpaksa mengikuti jalan sementara yang berdebu untuk ke Bang Yi. Di sini ada satu tarikan baru iaitu Bang Klam Floating Market(N7.12545° E100.42881°) yang terletak berhampiran Wat Bang Yi , Songkhla . Ia mula dibuka pada 02 September 2017 yang bertujuan untuk mempromosi eco-tourism di kawasan ini. Waktu operasinya mulai jam 3.00pm setiap JUMAAT & SABTU SAHAJA. Floating market ini menjual makanan tempatan (local desserts), OTOP, buah-buahan, sayuran, souvenir dan lain-lain lagi. Sayuran dari daerah ini adalah bebas toxic kerana mereka mengamalkan pertanian bebas racun. Pengunjung juga boleh menaiki bot yang disediakan dengan bayaran tertentu untuk menelusuri sungai ini melawat cara kehidupan penduduk, budaya dan lain-lain lagi tarikan. Kami sampai disini pada jam 10:30 pagi dan pasti ia masih belum dibuka

Google Maps Link : https://goo.gl/maps/2jE3sKyBoor

Kemudian kami menghala ke timur laut  menuju ke muara Khlong Bang Klam untuk meninjau Homestay Chailay Bang Riang yang terletak di pinggiran Tasik Songkhla. Tidak ada chalet pun, yang ada hanyalah restoran tapi kami sempat bergambar di hujung muara ini , cantik gak ….

Kami berpatah balik ± 11 km untuk ke satu lokasi yang terdapat sebuah jambatan (suspension bridge) yang dikenali sebagai Tha Luang Bridge(N7.08842° E100.42158°) yang kini menjadi antara tarikan di Wilayah Songkhla. Jambatan yang terletak di Amphoe Bang Klam. Ia sepanjang ± 64 meter dan selebar 2 meter merentasi Klong Bang Klam.

Jambatan ini asalnya digunakan oleh penduduk sejak lebih sedekad yang lalu sebagai jalan pintas ke stesyen keretapi Ban Klam yang terletak ±600 meter. Dahulu hanya pejalan kaki dan penunggang basikal dan motosikal boleh menggunakannya. Jambatan ini mula ditanggalkan pada awal tahun dan siap pada penghujung tahun 2016. Walaubagaimanapun sebelum ia diserah milik, jambatan ini telah runtuh. Ia dibaiki semula dalam tahun 2017(julai) untuk tujuan tarikan pelancong. Pembaikannya menelan belanja ±THB 3.3 juta. Terdapat ‘waterfront’ di tebing sungai untuk pengunjung beriadah sambil mengambil gambar. Ada jalan simen seluas 4 meter dibina sejauh ±100 meter sebelum menaiki jambatan ini. Aku cuba melaluinya dengan bermotosikal dan keyakinanku goyah apabila ia kelihatan bergoyang ditengah dan mempengaruhi keseimbangan ku ( fhewww….)

Maps Link : https://goo.gl/maps/7QVSfG5quPT2

LAYAB GAMBAR …

Bang Klam Floating Market: Ada tempat berehat

Bang Klam Floating Market: Boleh naik boat dari sini

Bang Klam Floating Market: ada gerai-gerai dan tempat makan sepanjang sungai ini

Tha Luang Bridge: Perbandingan jambatan lama dan baru: Kedua-duanya adalah jambatan berlantaikan kayu

Tha Luang Bridge: Gambar kiri masih dalam pembinaan di gerbang jambatan

Pelan cadangan Tha Luang Bridge bagi meransang pertumbuhan ekonomi melalui pelancongan

Ladang Anggur Di Iklim Tropika

$
0
0

Tarikh       : 20 Oktober 2018
Misi          :  Day 02 - Menelusuri Tasik Songkhla
Lokasi       : Tha Chamuang, Songkhla, Thailand
Jarak        :
Coordinate: N7.13992° E100.21675°  
Maps Link  : https://goo.gl/maps/bxoDP9Lt5AQ2

Lazimnya anggur di tanam di negara yang beriklim sederhana sejuk atau sub-tropika. Tetapi sudah ada variati yang sesuai dengan iklim panas tropika. Anggur pernah di tanam di Beris, Sik tetapi hanya sempat bertahan selama ±10 tahun (???). Di Perlis dan Perak pun ada ladang anggur.

Sebuah ladang anggur di dalam wilayah Songkhla kini mula mendapat perhatian . Ia terletak  ± 40km dari pekan Hadyai. Lokasi tepatnya adalah di Tha Chamuang, Daerah Rattaphum, Songkhla Thailand. Untuk ke sana ikuti Highway 406 ( jalan Hadyai –Satun) dan di pekan Tha Chamuang belok ke arah utara dengan mengikuti ‘Ro Pho Cho Songkhla 3001 road’ sejauh ± 3 km belok ke kanan dan telusuri jalan tanah (batas sungai) sejauh ± 500 meter untuk sampai ke ladang ini.

Menurut pemilik ladang ini, idea tanaman anggur ini bermula apabila harga getah mula jatuh. Bermula dengan tanaman secara kecilan dan kini ia meliputi kawasan seluas 2 rai (0.8 ekar). Pada permulaan tanaman, mereka terpaksa memberi perhatian khas kerana anggur sensitif kepada cuaca dan sering terdedah kepada penyakit. Setelah 2 tahun usaha mereka mula berjaya dan seterusnya menjadikan ladang mereka sebagai destinasi pelancongan. Ladang ini ditanam dengan beberapa variati anggur, ada hijau, hitam dan merah. Ketika musim berbuahnya, ia dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi (waktu Siam) – jam 5:30 petang dan bayaran masuk dikenakan sebanyak THB20.00.

Kami berada disini sekitar 30 minit, bergambar dengan anggur segar yang tergantung. Pengunjung dilarang untuk memetik dan memegang anggur. Terdapat juga jualan  buahan segar dan jus anggur tersedia dipintu masuk.

Ada 3 Variati anggur di tanam di sini

Geram haih … Anggur colour grape bergantungan

Tempat tiket .. ada jualan hasil keluaran anggur seperti air buah dll

Pintu masuk …. Anggur ini di tanam di dalam rumah khas

Empangan … ada sungai jernih berdekatan Tha Chamuang


Pautan Kembara Berkaitan
1. Songkhla: Refleksi Di Pantai Cermin    
2. Songkhla: Menjejaki Makam Ulama Sufi Tersohor
3. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik
4. Songkhla: Jambatan Gantung dan Floating Market 
5. Songkhla: Ladang Anggur 
6. Songkhla:     

Boriphat waterfall

$
0
0

Tarikh       : 20 Oktober 2018
Misi          :  Day 02 - Menelusuri Tasik Songkhla
Lokasi       : Khao Phra, Rattaphum District, Songkhla 90180, Thailand
Jarak        :
Coordinate: N6.99529° E100.15048°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/hTKRokH3Wpu

 

Bersambung ….

Dari Tha Chamuang kami menuju ke arah Khuan Don (Satun) dan singgah ke sebuah air terjun yang dikenali sebagai Namtok Boriphat. Ia terletak ± 60 km dari Hadyai atau 40 km ke pos sempadan Wang Klian (25km dari Ladang Anggur Tha Chamuang)

Ia terletak di dalam Ton Nga Chang Wildlife Preserve Area yang menjadi  kawasan tadahan dan sumber air terjun di kawasan selatan ini. Kawasan persekitaran yang sejuk dan sentiasa teduh dinaungi pokok. Ia adalah air terjun yang mempunyai 7 tingkat dan aliran airnya adalah berasal dari kawasan pergunungan Ton Nga Chang. Setiap level air terjun mempunyai kolam yang boleh mandi. Level 1 – 4 mudah diakses, lagipun ada laluan mendaki dibina, tetapi untuk ke level seterusnya, perghh... sedikit mencabar. Kami hanya ke level ke 4 sahaja yang berketinggian 129 meter dari aras laut .

Nama asal air terjun ini ialah Khlong Lam Waterfall. Kemudian diubah kepada Boriphat sebagai menghormati YM Prince Boriphat Sukhumphan (prince Of Nakon Sawan) yang pernah ke sini sekitar tahun 1926 – 1928 dan mencatat namanya ‘Boriphat’ di satu tebing berhampiran air terjun ini. Selepas itu air terjun ini mula dikenali dengan nama Boriphat.

Air terjun ini mudah diakses kerana hanya 800 meter dari Highway 406. Terdapat parkir yang luas, gerai makanan/jualan dan kemudahan asas yang teratur. Yang bestnya tiada bayaran masuk dikenakan. YA PERCUMA.


Pautan Kembara Berkaitan
1. Songkhla: Refleksi Di Pantai Cermin    
2. Songkhla: Menjejaki Makam Ulama Sufi Tersohor
3. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik
4. Songkhla: Jambatan Gantung dan Floating Market 
5. Songkhla: Ladang Anggur 
6. Songkhla: Boriphat Waterfall 

Jati Perik: Bertandang Ke Trek Old School

$
0
0

PA270523

Tarikh       :  27 Oktober 2018
Trail          :  Ladang Jati, Perik, Kuala Nerang, Kedah DA
Rider         :  06 Orang
Jarak         :  25 km
Max Elev.   : 160 meter
Coordinate : N6.33297° E100.55192°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/bGrdscfaexJ2

Lebih dari sedekad yang lalu, Trek ini menjadi antara trek pilihan geng Redflag Jitra (yang dipelopori oleh Abang Ai, Jem, Md. Nasron,, Chomel FZ, Wan Bliz dan lain-lain lagi) pada setiap hujung minggu dan malam.

Apabila trek-trek baru mula dibuka seperti CP3, Jati Gajah Teriak, Hosba, Bukit Kelubi dan lain-lain lagi, trek ini semakin dilupakan. Apatah lagi apabila berita terjumpanya tapak kaki harimau disini.

Trek ini terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perangin. Ia adalah kawasan tanaman jati yang diusahakan oleh Jabatan perhutanan. Ada beberapa trail yang diexplore oleh geng Redflag dan jarak antara 14 – 18 km sahaja (loop).

Setelah hampir 5 tahun tidak mengayuh di sini dan bagi mengenang dan mengingati kembali trek ini disamping menggalak semula sahabat lama untuk aktif, aku mengatur satu kayuhan ke sini. 6 orang sahaja yang menyahut kayuhan hari ini iaitu aku, Adiharriman, Sharul Nizar Airod, Hashim(Jazkun Mazkun), Cikgu Azhan dan Dr. Shukri (1st time kayuh sini). Trek kelihatan usang dengan jalan dipenuhi daun-daun jati yang luruh, hakisan air membuat laluan semakin mendatar dan kurang mencanak. Hujan semalam membuat lopak air dan ada tempat perlu berhati kerana pasir yang boleh membuat melarikan tayar basikal. Beberapa air terjun mini juga kelihatan. Kami naik hingga puncak dan tidak turun ke arah klinik sebaliknya kami turun ke arah kampung Labi (tidak jauh dari Puncak Janing) dan balik melalui jalan raya sejauh ± 15km (Adusss …)

Parkir kereta yang luas bersebelahan Sek. Kebangsaan Perik

Permulaan pendakian. Kelihatan ada penghadang dan laluan baru ditolak

Ada mini waterfall lah

Hashim – masih istiqomah dengan MTB

Jaga-Jaga ! Jalan berpasir boleh menggugat kawalan

Dr. Shukri – pertama kali kayuhan disini .. Satu cabaran juga baginya

Di bawah rimbunan bamboo


Padang Besar: Puncak 2 Sempadan

$
0
0

Tarikh       : 09 November 2018
Misi          :  Mencari, Mendaki Bukit, Tasik & Air Terjun
Lokasi       : Padang Besar, Ampoe Sadao, Songkhla, Thailand
Jarak        :
Coordinate: N6.67870° E100.30301°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/8q2UsVCQQ4D2

Bukit Yang Sama: Hijau adalah trail yang aku kayuh satu ketika dahulu dan unggu adalah laluan dari Padang Besar ke Puncak

Seorang rakan maya memaklumkan kepada ku mengenai satu rekreasi baru di Padang Besar Thailand yang kini mula menjadi perhatian penduduk tempatan. Berbekal maklumat, kami bertolak seawal pagi dari rumah dan masuk melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Mudah urusan imigresennya hari ini  dan berhenti solat Subuh di sebuah masjid di Sadao. Usai solat kami menuju ke arah Padang Besar dan bersarapan disebuah kedai di sana.

Selepas sarapan kami menelusuri Rop Mueng Road hingga ke penghujung simpang dan belok ke kanan lalu menelusuri pula Ro Pho Cho Songkhla Road sejauh ± 270 meter kami belok ke kiri mengikuti Chine Koon Road pula ± 1.1 km dan berjumpa dengan pintu masuk (gate) Jakraphat Resort (KLIK)(N6.68360° E100.30887°)

Di sana Khao Loe yang diselaputi kabus

Dari sini sudah dapat mengagak kedudukan bukit, lalu kami mengikuti jalan di dalam resort ini dan  terus mendaki dengan motosikal hingga ke Titik Pandang 1(N6.68333° E100.30561°). Disini ada batu bertenggek yang menjadi pot berswafoto dan pondok. Kami tidak melepas peluang untuk berswafoto dan dari sini jelas kelihatan pekan Padang Besar.

Setelah berbual bersama penduduk tempatan, kami dimaklumkan bahawa ada View Point berikutnya di atas bukit. Kami menghayun langkah ± 1.3km ke puncak untuk ke Titik Pandang 02. Disini dapat melihat lebih jelas pekan Padang Besar, Sadao, Khao Loe dan sebahagian Perlis . Keindahannya lebih terserlah pada waktu pagi ketika kabus menyelubungi bukit berhampiran dan kawasan sekitar.

Disini  terdapat tembok sempadan Malaysia/Thailand dan yang menariknya kami dapat menyentuh batu sempadan SIAM . Setelah mengamati Garminku, barulah aku sedari bahawa pagar sempadan ini adalah BUKIT KHUAN CHU (KLIK) yang pernah aku mengayuh suatu ketika dahulu disebelah sempadan Malaysia.

Di tempat ini bakal dinaikan cafe untuk pengunjung menikmati kopi

Ada jeep di pertengahan perjalanan

Aerial view Bukit Khuan Chu dari Padang Besar

Tembok sempadan .. Untuk makluman Bukit Khuan Chu disebelah Malaysia adalah kawasan larangan dan perlu kebenaran jika ingin berkayuh atau memasuki

Berehat di kerusi sambil menikmati pemandangan

Di sana Perlis … tudia Bukit Chabang


Pautan Kembara Berkaitan
1. Padang Besar: Puncak 2 Sempadan   
2. Ton Nga Chang: Air Terjun Yang Hebat Lagi Memikat

Ton Nga Chang: Air Terjun Yang Hebat Lagi Memikat

$
0
0

Tarikh       : 09 November 2018
Misi          :  Mencari, Mendaki Bukit, Tasik & Air Terjun
Lokasi       : Ton Nga Chang Wild Life Santuary, Hadyai, Songkhla, Thailand
Jarak        : 70 km 
Coordinate: N6.94645° E100.23068°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/ujB3kH44h3G2

Bersambung ….

Turun dari Bukit Khuan Chu,   sengaja mengikuti jalan luar bandar untuk melihat  kehidupan masyarakat desa. Oleh itu kami menelusuriRo Pho Cho Songkhla Road’dan ± 3.5 km kami belok ke kanan dan telusuri pulaO Bo Cho Songkhla 3069 Road’dan rural road sejauh ± 11 km sehingga bertemuHighway 4145 dan Songkhla 4034 Rural Roaddan seterusnya menuju ke Khlong Cham Rai Reservoir(N6.82388° E100.33084°)

Ia adalah sebahagian Projek Pembangunan Basin Sungai Khlong Hai dan Terusan Hoi Khong. Terletak di Moo 7, Ban Thung Yung, Daerah Khlong Hoi Khong, Songkhla.

Takungan ini dibina  dalam tahun 1983 dan memakan masa 3 tahun  untuk disiapkan (1983 - 1985). Projek yang menelan belanja THB 152,192,000.00. Berkeluasan ± 7 km2 dan bertujuan untuk:-

  • Mengairi kawasan pertanian seluas 8,000 hektar
  • Membekal air untuk kegunaan  > 500 keluarga
  • Kawasan tadahan air  dan mengurangan masalah banjir di kawasan Hadyai,
  • Tempat pembiakan ikan air tawar
  • Tempat rekreasi di daerah Khlong Hoi Khong dan kawasan berdekatan.

Selepas berswafoto, menikmati pemandangan dan menghirup udara segar kami meneruskan perjalanan menelusuriO Bo Cho Songkhla Road’ sehingga ke Ton Nga Chang Waterfall.

Air terjun ini dinobatkan antara yang tercantik di Selatan Thailand.Namtok Ton Nga Chang atau Air Terjun Gading Gajahmempunyai 7 Tingkat (level) yang memikat. Ia mengalir turun dari pergunungan Hutan Simpan Ton Nga Chang. Ia terletak ± 30 km dari bandar Hadyai. Untuk masuk ke Taman Negara ini dikenakan sebanyakTHB200 (wisatawan asing).

Biasanya pengunjung akan berada pada air terjun di level 1 sahaja dan menariknya dari sini kelihatan berpuluh tan ikan kelah berenang-renang sambil mengerumuni pengunjung di sepanjang sungai.

Kami bercadang untuk mengunjungi hingga ke level 4. Sebelum mula mendaki kami perlu mendaftar nama di pondok ranjer dan seterusnya menghayun langkah ± 400 meter mendaki ( ketinggian ±160 meter) ke air terjun di level 2. Di sini tampak 2 curahan air setinggi ± 20 meter yang turun di kiri dan kanan tebing.

Kami gagahi mendaki lagi ±600 meter ke ketinggian ±250 meter untuk melihat air terjun level 3 yang lebih dramatik. Di sinilah lokasi air terjun yang terbaik dimana 2 curahan air terjun bagaikan gading gajah. Agak bahaya di kawasan ini kerana curahan air terjun level 3 akan mengalir ke tebing yang curam dan pernah dilaporkan pelancong asing jatuh. Untuk sampai ke sini, penat jugalah berhempas pulas melawan mental dan mengerah kudrat (adakalanya laluan licin ) tetapi sangat bebaloi bila sampai.

Tidak sempat ke level 4, lantaran langit semakin mendung (bimbang juga), lalu membatalkan pendakian, lagipun hanya kami berdua di sini

Untuk makluman, Taman Negara ini pernah ditutup hampir 15 tahun hingga tahun 1976 kerana masalah keselamatan(kawasan hitam). Jabatan Hutan Diraja (The Royal Forest Department) telah menghantar pegawai Wildlife Conservation Division ke sini dan mendapati kawasan ini mempunyai banyak hidupan liar terutama tapir yang menjadi kawasan habitatnya. Hutan ini juga menjadi kawasan tadahan hujan dan sumber air dan dapat menyuburkan ribuan ekar kawasan sekitar Songkhla. Apabila laporan diserahkan, Pihak Kerajaan mendapati kawasan ini harus dilindungi kerana mempunyai sumber alam yang sangat bernilai dan mesti dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar dan susulan itu ia di istiharkan sebagai‘TON NGA CHANG WILDLIFE SANCTUARY’pada 2 Julai 1978

Level 1

Di level 1 ni berpuluh ikan akan mengerumuni kita tambahan apabila di tabur makanan ikan. Makanan ikan ada dijual di kedai dan gerai di sini. Harga THB20 sepeket

Level 2 – Di sini pun cantik dah. Perlu daftar nama dahulu sebelum mendaki untuk tujuan keselamatan

Laluan mendaki agak curam terutama ke Level 3 ke atas

Level 3 : Hati-hati d isini. Untuk mendekati air terjun sini kena menyeberang dan kawasan sini agak bahaya kerana di hadapan ada tebing yang tinggi dan diberitakan ada pelancong yang pernah jatuh.

Level 3: Di sini dikatakan air terjun paling cantik . Dengan 2 aliran air terjun bagaikan Gading Gajah yang membawa nama Ton Nga Chang


Pautan Kembara Berkaitan
1. Padang Besar: Puncak 2 Sempadan   
2. Ton Nga Chang: Air Terjun Yang Hebat Lagi Memikat

Betong: Pokok Terbesar di Selatan Thailand

$
0
0

20181120_113253

Tarikh       : 21 November 2018
Misi          :  Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani – Day 1   
Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Chulabhorn Pattana 10th, Betong, Thailand         
Jarak        :  
Coordinate: N5.86243° E101.23885°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/rz3jZpBVUkD2

Tersorok di dalam hutan dara berdekatan sempadan Malaysia – Thailand, (± 28 km dari pekan Betong) terletak di Chulaphorn Peace Village 10th (yang menjadi penempatan bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya(PKM)), terdapat sepohon pokok (Somphong Tree) yang dikatakan pokok terbesar di Selatan Thailand.

Ia adalah  pokok Mengkundor atau nama saintifiknya Tetrameles Nudiflora. Ia adalah spesies tumbuhan dalam famili Tetramelaceae. Pokok ini berukurlilit ± 30 meter (Diukur berdasarkan rantaian manusia seramai 38 orang yang mengelilingi pokok ini) dan ketinggian tidak pasti kerana telah patah bahagian atasnya.

Ia dipromosikan oleh kerajaan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Disamping memberi pendapatan sampingan kepada komuniti kampung, ia juga boleh menyebarkan sejarah dan pengetahuan tentang pokok ini. Ia adalah 2 pokok di wilayah Yala (sepohon lagi di Piyamit Tunnel)yang dipilih dari 64 pokok di seluruh Thailand sebagai warisan tanah atau “Treasure Of The Land” di bawah naungan His Majesty the King of Thailand pada tahun 2017.

Untuk maklumat, lokasi pokok ini terletak di dalam kawasan berpagar (± 1.2 km dari perkampungan) dan diselenggara oleh penduduk kampung. Bayaran sebanyak THB60 seorang dikenakan sebagai bayaran penyelenggaraan dan ada pengiring yang akan membawa kita ke sini sambil bercerita mengenai kawasan ini. Terpaksa hiking di jalan bersimen yang disediakan ± 600 meter sebelum sampai ke kawasan pokok ini.

Selain itu di perkampungan ini  terdapat: -

  • Muzium Peperangan PKM yang mempamerkan gambar dan kegiatan PKM semasa era pertempuran mereka dengan kerajaan Malaysia.
  • Memorial atau Tugu Peringatan untuk memperingati ahli-ahli PKM pada era sebelum perdamaian. Ia terletak di atas sebuah bukit tinggi berdekatan kampung ini.
  • Simulasi Kem - yang terletak di kawasan hutan bagi menunjukan kehidupan puak PKM  di era perang di dalam hutan
  • Taman Herba – terletak dalam perjalanan untuk menuju ke pokok besar. Pelancong diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan herba dan  dapat belajar mengenai tumbuhan ini yang boleh dijadikan sebagai ubatan.


Laluan bersimen untuk ke Pokok sejauh ± 600 meter

Ladang Herba: Dalam perjalanan menuju ke Pokok

Ada mini waterfall berdekatan pokok

Replika kediaman geng PKM sebelum perjanjian Damai. Ada pokok, dewan yang tergantung gambar pemimpin komunis seperti Lenin, Karl Marx dan lain-lain lagi

Pokok ini berusia ratusan tahun dan berukurlilit > 30 meter


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2.  Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3.
4.
5.
6.

    Betong: Air Terjun Tersorok di Kampung Perdamaian.

    $
    0
    0

    Tarikh       : 21 November 2018
    Misi          :  Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani – Day 1   
    Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       : Chulabhorn Pattana 10th, Betong, Thailand         
    Jarak        :  
    Coordinate: N5.85882° E101.23115°
    Maps Link  : https://goo.gl/maps/kSupLqZzGQs

      … Bersambung 

    Semasa berjalan di kawasan pokok besar, aku bertanyakan tentang air terjun disini dan pengiring kami menyatakan ada air terjun berdekatan tetapi tidaklah tinggi.

    Selesai melawat pokok besar, kami menelusuri jalan kampung dan berhenti berdekatan sebuah jambatan dan meninggalkan motosikal di pinggir jalan. Merentasi kawasan dusun yang cantik dan terjaga. Dusun ini di tanam dengan durian bermutu tinggi, dokong, manggis, petai dan lain-lain lagi. Pada musim buah-buahan akan di adakan pesta buah-buahan. Selepas berjalan ± 600 meter kami jumpa anak sungai dan dihujung sana ada air terjun kecil bertingkat yang menarik. Disini tersedia bilik persalinan tetapi tiada tandas. Kami tidak berhenti disini sebaliknya merentas anak sungai untuk menuju ke air terjun yang lebih menarik di bahagian bawah. Ia ± 30 meter dari air terjun pertama. Walaupun air terjun ini bersaiz mini tetapi air terjun ke 3 lebih dramatik(tidak jauh dari air terjun ke 2)  dimana tingginya ±1.5 meter dan airnya sangat sejuk lagi bersih dan kolamnya tidaklah dalam. Tiada nama khusus air terjun ini hanya dikenali sebagai namtok Chulaphorn Pattana 10th.

    Air terjun pertama: Tidak berani hampiri bimbang dalam dan pasir jerlus

    Air Terjun kedua

    Air terjun ke 3 paling menarik .. di bawah ada kolam cetek yang boleh mandi


    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2.  Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3.
    4.
    5.
    6.

    Iyerweng: Jambatan Gantung Kayu

    $
    0
    0

    Tarikh       : 21 November 2018
    Misi          :  Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani – Day 1   
    Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       : Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand
           
    Jarak        :  
    Coordinate:
    N5.93788° E101.18734°
    Maps Link  : https://goo.gl/maps/55SdXq2VLpD2

    .. Bersambung

    Dari Chulabhorn Pattana 10th, kami menelusuri laluan pendalaman sejauh ± 12 km sehingga berjumpahighway 410dan belok ke kanan menghala ke Aiyoeweng untuk menuju ke sebuah jambatan yang menjadi antara tarikan di daerah ini.

    Jambatan ini dikenali sebagaiTha Pu Soo Bridge (สะพานแตปูซู). Ia adalah jambatan kayu gantung sepanjang ± 25 meter dan selebar ±1.8 meter yang merentasi Sungai Patani. Jambatan ini dibina sejak lama dahulu dan kini menjadi penghubung penduduk untuk ke kebun mereka di seberang sungai.

    Ramai pengunjung ke sini untuk berswafoto di atas jambatan ini. Jambatan ini boleh di lintasi dengan motosikal dan sekiranya penduduk kampung lalu, kita perlu mengelak semasa berselisih dengan mereka. Aku tak sempat untuk menunggang di atas jambatan ini kerana keberanian aku terhad lagipun kami perlu bergegas mencari homestay disekitar kawasan ini.

    Aku jarang buat tempahan untuk penginapan bila ke Thailand. Aku suka walk-in untuk mencari tempat bermalam yang sesuai. Kami berhenti di KM 34 dan terdapat sebuah homestay berwarna hijau yang hanya dikenali sebagaiHomestay 34 (โฮมสเตย์ สามสี่)(N5.95064° E101.19216°).Ia adalah Homestay yang ringkas dan adalah 2 rumah berkembar  dan setiap rumah terdapat 2 tilam queen saiz dan toto, TV, Free wifi, air cond dan kipas. Di belakang homestay terdapat tempat untuk beristirehat dan terdapat ruang makan yang lengkap dengan peralatan. Harganya adalah berdasarkan ‘kepala’. Kami nyatakan tidak mahu air cond (sejuk ooo sini) dan dikenakan sewaan sebanyak THB300 seorang (pandai-pandailah pujuk untuk dapat diskaun).

    Jambatan sepanjang ± 25 meter dan selebar ±1.8 meter

    Ia merentasi Sungai Patani: Berdekatan ada perkhidmatan waterafting



    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2.  Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3.  Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
    4.  Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan

    5.
    6.

    I-yerweng: Puncak Di Atas Awan

    $
    0
    0

    Tarikh       : 22 November 2018
    Misi          :  Day 02: Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani   
    Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       : Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand       
    Jarak        :  
    Coordinate: N5.97965° E101.18215°

    Maps Link  :https://goo.gl/maps/9nFwkKqfPsv

    Bayangkan, bagaikan berada di atas awan, berada pada satu titik ketinggian dimana bukit, awan, matahari, kabus  dan pepohon bersatu menghidangkan panorama alam dimana hamparan awan nan eksotis menyelimuti lembah-lembah disekitar kawasan pergunungan pada awal paginya. Keindahan semakin terserlah apabila matahari yang muncul dari kaki langit bagaikan memancar warna emas. Pandangan sebeginilah yang membuat ramai pelancong berpusu-pusu hadir ke sini terutama pada hujung minggu dan cuti (termasuklah aku).

    Ia adalah puncak I-yerweng (Aiyoe Weng ) terletak di daerah Aiyoeweng, Betong, Yala, iaitu ± 40km ke utara pekan Betong. Ia berada pada ketinggian 676 meter dari aras laut. Ia dinobatkan sebagai lokasi lautan awan yang tercantik di Selatan Thailand.

    Kami bertolak ke sini ± jam 5:30 pagi dari Homestay km 34. Ia sejauh ± 7km sahaja tetapi mengambil masa ± 20 minit kerana jalan berbukit dan bengkang bengkok. Jalan naik ke sini elok dan di simpang 4 belok kanan dan ikuti jalan bersimen yang agak curam dan terpaksa berhenti di kawasan parkir yang dikhaskan (yang terdapat tandas, surau ) dan dari sini terpaksa berjalan dengan mendaki ±500 meter untuk sampai ke puncak I-yerweng. Terdapat beberapa buah motor yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang ke atas dengan bayaran THB20 seorang dan turun THB10.

    Pelancong tidak dibenarkan membawa kenderaan ke atas kerana sebuah projek pembangunan kompleks skywalk bernilai THB 98 Juta sedang pesat berjalan dan dijangka siap dalam tahun 2019. Bila siapnya pelantar pejalan kaki ini dijangka akan menarik lebih ramai lagi pengunjung ke sini (hmmm … harapnya masih percuma seperti sekarang)

    Pelantar pemandangan di puncak I-Yerweng

    Petang sebelumnya kami meninjau dahulu ke sini dan dapat naik dengan motosikal hingga ke puncak. Dari sini nampak jelas Bang Lang Dam

    Bagai di atas awan pulak

    Golden Hour: Apabila matahari mula menyinar

    Sinar matahari bagaikan emas

    Di lokasi sebelum naik ke menara: Pot untuk selfie

    Lokasi ini berada di kawasan bawah dari parkir. Disini ada beberapa pelantar di bina dan terdapat gerai makanan/minuman

    Ada perkhidmatan angkut pengunjung ke puncak Iyerweng


    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2.  Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3.  Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
    4.  Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
    5.
    6.

    I-yerweng: Air Terjun Wong Mai

    $
    0
    0

    Tarikh       : 22 November 2018
    Misi          :  Day 02: Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani   
    Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       : Ban Wong Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand       
    Jarak        :  
    Coordinate: N5.95304° E101.16439°

    Maps Link  :https://goo.gl/maps/mtVpZwuWHuA2
    … Bersambung

    ±8:00 pagi kami turun dari I Yerweng dan apabila sampai di simpang empat (penghujung jalan simen) kami teruskan perjalanan menghala ke Ban Wang Mai menelusuri Yala 5032 rural road sejauh ±3.2km dan belok ke kiri mengikuti laluan kecil (jalan simen) seluas 1 meter yang membawa kami memasuki kawasan perkampungan dan dusun. ±800 meter, di penghujung jalan akan jumpa pondok dan di sini sudah kedengaran bunyi deruan air terjun.

    Persekitaran kawasan ini agak sunyi dan beberapa kemudahan yang disediakan seperti pondok ada yang sudah rosak ada sesetengah pondok beerapa bumbungnya sudah tertanggal. Kami meletak motosikal di bawah pondok dan turun menelusuri anak sungai untuk melihat air terjun pertama yang mengalir deras dari tebing yang sempit dan ‘meluahkan’ air ke sungai kecil (Wang Mai) sungai  yang jernih lagi sejuk. Air terjun ini pada anggaranku setinggi 1 meter sahaja dan di bawah sana kelihatan sebuah lagi air terjun. Kami menyeberang anak sungai sambil berhati-hati berjalan ke air terjun tersebut. Air terjun ini lebih cantik dan setinggi ±1.5 meter dan kelihatan nak sama seperti namtok Chulaphorn Pattana 10th yang kami kunjungi kelmarin. Terdapat 2 aliran sungai yang jatuh ke kolam di bawah. Di tengahnya boleh duduk berehat sambil menikmati keindahannya.
    Tidak lama kami disini kerana ada lagi air terjun yang perlu kami kunjungi di kawasan ini ..


    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2.  Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3.  Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
    4.  Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
    5.  Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
    6.

    I-Yerweng: Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 9

    $
    0
    0

    Tarikh       : 22 November 2018
    Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
    Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       : Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand
           
    Jarak        :  
    Coordinate:
    N5.95345° E101.16603°
    Maps Link  : https://goo.gl/maps/3mNUpQWnKS12

    … Bersambung

    Keadaan mukabumi Wilayah Yala yang bergunung ganang, dipenuhi dengan hutan hujan yang subur, kaya dengan kepelbagaian bio menjadi satu komponen penting alam semula jadi. Ia menjadi kawasan tadahan air dan  air disalirkan ke sungai utama iaitu Sungai Patani yang mengalir ke Bang Lam Dam. Sungai Wang Mai adalah antara sungai-sungai kecil yang mengalir ke sungai Patani, Sepanjang sungai Wang Mai terdapat beberapa air terjun (namtok) seperti Namtok Wang Mai yang kami singgah sebelum ini dan Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 9.(ada yang memanggilnya Namtok KM 32)

    Ia terletak tidak jauh dari homestay kami dan jalan masuknya adalah sehala dari jalan ke puncak I-Yerweng tetapi diseberang sungai (di Km 32 Highway 410 - N5.94301° E101.18942°)

    Air terjun ini nama asalnya ialah Wang Mai (“วังเวง” หรือ "อัยเยอร์เค็ม" ) dari sebutan china semasa era bijih di sini. Kemudian bersempena ulang tahun ke 72 tahun (The auspicious occasion of the 6th Birthday Anniversary of the 72nd Anniversary) pada tahun 1999, pihak kerajaan telah membangunkan kawasan air terjun ini sebagai tarikan pelancong dan mengubah nama kepada Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 9. Beberapa kemudahan asas untuk pelancong disediakan seperti parkir, tandas, pondok, laluan pejalan kaki NAMUN sejak tahun 2003 ia ditinggalkan akibat konflik di daerah ini. Pada tahun 2015 ia dibangunkan semula untuk menarik pelancong kesini.

    Dari jalan raya (highway 410) kami menelusuri jalan simen sejauh ± 3km sehingga sampai ke parkir. Dari sini kami berjalan kaki sejauh ± 500 meter sebelum sampai ke air terjun. Wau! dari kejauhan dah nampak air terjun  setinggi ±30 meter. Ada sebuah jambatan berbumbung untuk melintas sungai (wang Mai) dan aku cuba untuk menghampiri sedekat mungkin air terjun ini. Batu-batu licin dan tajam menyukarkan aku untuk berada di bawah air terjun.

    Sungai Wang Mai yang mengalir ke sungai Patani. Air terjun yang kami singgahi kelmarin berada di atas dari sini

    Curahan air setinggi 30 meter


    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2.  Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3.  Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
    4.  Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
    5.  Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai

    6.  Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 9

    Yala: Tham Krasaeng - Gua Tembus Sungai Mengalir

    $
    0
    0
    Tarikh       : 22 November 2018
    Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
    Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       : Ban Ka Sing, Bannang Sata, Yala, Thailand
           
    Jarak        :  
    Coordinate:
      N6.21439° E101.20407°
    Maps Link  : https://goo.gl/maps/zqLW92fv8oD2

    … Bersambung

    Kami check-out dari Homestay pada jam 10:00 pagi dan meneruskan perjalanan menuju ke arah Yala (melalui Highway 410) dan singgah ke sebuah gua tembus yang mengalir sungai di bawahnya iaitu Gua(Tham) Kraseang (ถํ้ากระแซง).

    Tham Krasaeng terletak di kampung Ka Sing, daerah Bannang Sata, ± 45 km dari Yala City. Ia dikelilingi oleh masyarakat muslim dan terdapat masjid berdekatan gua ini. Ia adalah gua semulajadi yang indah. Gua tembus yang mempunyai aliran sungai di bawahnya. Ia dikelilingi oleh hutan dan bukit.

    Pintu masuk ke gua ini (Mulut gua) adalah rongga besar yang dapat pandang terus ke arah hutan di sebelah sana. Kini terdapat jalan khas bersimen yang dibina bagi membolehkan kenderaan ‘bolos’ melaluinya. Semasa berjalan di gua kami dapat melihat stalaktit indah yang bergantungan. Ketika tiba di tengah-tengah gua, langutlah ke atas melihat dua lohong menampakan langit.

    Terdapat 16 gua sekitar kawasan ini, namun 3 buah yang terkenal iaitu Candy Cave, Nam Lod Cave and Phra Cave.

    Sungai (Tham Kra Chaeng) yang mengalir melaluinya sangat jernih dan sejuk airnya. Jika air surut boleh berjalan di sepanjang sungai melalui gua ke seberang sana (sisi lain) (aku cuba menyeberangi dengan motosikal ke seberang, namun pasir membenamkan tayar dan air agak tinggi parasnya).

    Gua ini boleh dikunjungi pada setiap hari dan tiada bayaran dikenakan. Di hadapan gua ada beberapa kemudahan asas disediakan dan ada gerai berbentuk pondok dari buluh (mungkin beroperasi pada hari tertentu).

    Dalam perjalan ke Bannang Sata, singgah merehatkan diri dan pekena kopi kampung di Ban Rai (N6.11274° E101.18564°). Kopi halus (tak payah tapis dah …) dan sedap diminum, murah pulak tu. Aku sempat beli setengah kilo buat ole-ole.

    Langutlah ke atas untuk melihat 2 lohong yang menampakan langit. Fokuskan juga kepada stalaktit yang cantik dan menarik

    Di sebalik bukit


    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2. 
    Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3. 
    Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
    4. 
    Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
    5. 
    Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
    6. 
    Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
    7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
    8.    
    9. 
    10.
     

    Yala: Namtok Sukthalai - Air Terjun Yang Sepi

    $
    0
    0
    Tarikh       : 22 November 2018
    Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
    Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       : Taling Chan, Bannang Sata, Yala, Thailand
           
    Jarak        :  
    Coordinate:
      N6.31650° E101.35879°
    Maps Link  : https://goo.gl/maps/2x5U2TW5f5u

     … Bersambung

    Sebelum tiba ke Yala, kami singgah ke Namtok Sukthalai atau dikenali juga Namtok Kue Long, Ia terletak di Ban Taling Chan, Amphoe Bannang sata, Yala. Terletak ± 40km dari Yala city. Kami telusuri Highway 410 dan di Ban Taling Chan kami belok ke kiri telusuri pula Yala 3012 Rural Road sejauh ± 9km dan jumpa pejabat kerajaan. Bertanya kepada penduduk tempatan lalu ditunjukan arah ke air terjun. Air terjun 5 tingkat dengan persekitaran yang nyaman dimana airnya jatuh ke dalam kolam takungan dan sesuai untuk mandi manda. Walaubagaimanapun suasana sekitar kawasan ini sangat sunyi, seperti tidak dikunjungi oleh orang ramai.

    Air Terjun ini ditemui pada tahun 1964. Dinamakan Sukhtalai sempena lawatan Her Royal Highness Princess Srinagarindra kesini. Ia ditutup dalam tahun 2004 akibat konflik di daerah ini dan kini masyarakat disini cuba membangunkannya semula untuk menarik pelancong ke sini.


    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2. 
    Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3. 
    Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
    4. 
    Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
    5. 
    Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
    6. 
    Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
    7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
    8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
    9. 
    10.
     

    Yala: Lakaran Dinding Penghilang Tekanan

    $
    0
    0
    Tarikh       : 22 November 2018
    Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
    Tempoh    :  3 hari (21 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       : Nual Sakul Road, Yala, Thailand
           
    Jarak        :  
    Coordinate:
      N6.55869° E101.28664°
    Maps Link  : https://goo.gl/maps/JLM25yxCjEQ2

     

    … Bersambung

    Di bawah Program Pembangunan Ekonomi di Wilayah Selatan, pelbagai kegiatan dirancangkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi beberapa bandar di wilayah selatan. Salah satu adalah memperkenalkan keunikan atau kelainan sebagai tarikan pelancong. Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa Yala (Yala City Administration) memperkenalkan satu konsep yang dikenali sebagai Yala Bird City Street Art. Konsep ini sebagai satu kaedah bagi meredakan tekanan penduduknya setelah sekian lama berada dalam ancaman. Mereka percaya seni ini dapat memberi kegembiraan dan seterusnya menghilangkan tekanan disamping menjadi tarikan. Oleh itu beberapa artis grafiti telah dijemput untuk melakarkan grafiti mereka di dinding-dinding bangunan tinggal, dinding awam di sekitar lorong dan sebagainya.

    Beberapa orang artis grafiti di datangkan khas dari dari Bangkok untuk tujuan ini. Salah seorang artis, Patcharapol Tangruen, yang dikenali sebagai Alex Face(satu character an aged, disillusioned child's face dan sentiasa memakai kostum binatang) ditugaskan untuk melakukan contengan dinding (spray paint) sepanjang Nual Sakul road dan hasilnya mendapat sokongan dan kerjasama dari penduduk tempatan bahkan menjadi tarikan pelancong.

    Selepas bergambar kami mencari tempat untuk bermalam dan aku memilih Egg House Resort(N6.55443° E101.27843°). Sebuah chalet/resort di pinggir pekan Yala. Ia terletak di Khuha Muk Road. Bilik berharga THB500 dilengkapi dengan hawa dingin dan ada kemudahan wifi percuma.

    LAYAN GAMBAR DI YALA BIRD CITY

    mata yang melihat

    Kebanyakan karya Alex Face mempunyai 3 mata, Kenapa?

    Menurut Alex. mata ketiga dalam lukisannya mewakili dimensi lain "ia sesuatu yang kita boleh rasakan tetapi tidak dapat melihat dengan dua mata jadi dia menambah mata ketiga yang dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh kita".

    Peace! …. Senyuman di ukir secara paksa?

    Cintakan kedamaian


    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2. 
    Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3. 
    Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
    4. 
    Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
    5. 
    Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
    6. 
    Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
    7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
    8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
    9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
    10.

    Yala: Menikmati Laksa Sambil Bersila

    $
    0
    0

    Tarikh       : 21 November 2018
    Misi          :  Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
    Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
    Lokasi       :  Sukkhayang Road , Yala, Thailand
           
    Jarak        :  
    Coordinate:
      N6.54896° E101.28394°
    Maps Link  : https://goo.gl/maps/D9fS3t6WRs92

    … Bersambung

    Laksa Siam(ขนมจีน) atau dalam bahasa siam di sebut Kanom Jeen adalah antara makanan popular di Thailand. Setiap daerah/wilayah mempunyai perbezaan dari segi kuah/sampingan (perkakas) tetapi sama pada isi laksanya. Terdapat beberapa versi kuah laksa yang menjadikan ia berbeza pada rasanya seperti kuah lemak(green curry), asam pedas, kuah yang dicampur rebung jeruk, kuah ketam dan lain-lain lagi.

    Selepas maghrib, kami keluar meronda pekan Yala untuk melihat suasana malamnya dan mencari makan. Di Sukkhayang Road, berhampiran bulatan jam berdekatanThetsaban Nakhon Yala Health and Environment Division, terlihat ramai orang sedang beratur dan duduk di atas tikar menikmati makanan lalu singgah untuk mengambil tahu, Rupanya ada gerai yang menjual laksa dan pulut.

    Selepas memesan laksa dan pulut mempelam, kami mengambil tempat di  atas hamparan tikar, sambil bersila di kawasan terbuka sambil menikmati laksa berkuah ketam dan pulut mempelam. Sebenarnya ada pelbagai kuah laksa disediakan seperti ayam, ikan dan lain-lain lagi – pilihlah mana yang suka, semuanya menyelera dan tidak mahalpun (Laksa + Pulut pelam = THB80).

    Tudia … Perkakas (menu sampingan) laksa

    Kuah pekat lagi lazat dimakan dengan rimbunan ulaman segar seperti timun, temu, terung, toge dan lain-lain lagilah. Di tambah hidang dengan pelbagai jeruk, ikan bilis dan macam-macam lah. Dahla murah, Rasanya aroiiiiii bangat

    Panorama malam di Bulatan Jam


    Pautan Kembara Berkaitan
    1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
    2. 
    Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
    3. 
    Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
    4. 
    Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
    5. 
    Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
    6. 
    Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
    7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
    8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
    9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
    10.Betong Ke Patani : Laksa Di Yala
    Viewing all 227 articles
    Browse latest View live