Quantcast
Channel: PUDIN TTG
Viewing all 227 articles
Browse latest View live

Khao Loe: Bukit Dogol Yang Indah - Unseen Sadao

$
0
0

Tarikh       : 11 Mei 2018
Jarak        :  470 meter – sehala 
Max Elev.  : 241 meter 
Coordinate : N6.66079° E100.40015°
Lokasi       : Sadao, Sadao District, Songkhla 90120, Thailand

DJI_0375

Dua puncak yang berdekatan – Puncak dogol menjadi pilihan

Khao Loe

Khuan Loe เขาเล่ adalah sebuah sebuah puncak yang dogol tersembunyi dibelakang sebuah kuil(Chinese Kuan Im shrine). Ada bukit yang memanjang ± 2km dimana terdapat 2 puncak tetapi puncak dogol ini sering menjadi pilihan pendaki. Tarikan utama di puncaknya yang dogol ialah dapat melihat panorama 360° sekeliling Sadao ditambah dengan  batuan menarik dan rumput unik. Biasanya pendaki tempatan akan mendaki pada awal pagi untuk melihat matahari terbit dan melihat lautan kabus (sea of mist) menyelubungi kawasan sekitar terutama kalau hujan pada sebelah petang atau malamnya.

20180511_093112

Lama aku dok merancang ke sini, setelah tiada rakan yang boleh guide, maka pada hari ini bersama isteri terjah ja dengan berpandukan ‘garmin’ku. (Sebenarnya aku merancang untuk datang pada hari kedua selepas PRU14, tapi teruja dok tunggu upacara angkat sumpah Tun Mahathir sebagai PM ke 7, maka tangguhkan keesokan harinya pula)

20180511_092919

Khuan Loe/Khao Loe terletak ±7km dari pekan Sadoa atau mengambil masa ±10 minit sahaja untuk sampai ke sana.

GOPR4604-horz-vert

Ikuti laluan ini untuk mendaki – jumpa kuil ini dahulu

Sampai hadapan kuil aku mengikuti papan tanda ‘Way Watch View’ dan lalu sebelah kuil dan terus memanjat laluan. Kami memulakan pendakian agak lewat iaitu pada jam 10.00am (agak lewat kerana sangkut semasa urusan imigration – ramai hari ini orang Malaysia masuk Thailand). Ada denai yang boleh diikuti dan pendakian dimudahkan kerana laluan ditanda. Di tempat tertentu tali dipasang untuk memudahkan pendakian. Jarak pendakian ±470 meter sahaja dan tidaklah sukar tetapi sedikit memenatkan kerana ada beberapa tempat sedikit curam.

DJI_0389

Dengar khabar kelulusan untuk membangunkan bukit ini sudah diberi iaitu dengan membina sebuah Taman Buddha Khao Lee Dae dengan keluasan 98 ekar. Ia bakal menjadi  tarikan di Sadao nanti. (Buddhist and Ecotourism)

20180511_114948

Selepas turun aku singgah ke Kedai Nasi Beriani Ayam(N6.63301° E100.42301°) untuk melepaskan dahaga dan lapar. Aku langgah sebanyaknya air oooo (Tersangat haus, lupa bawa bekalan air) . Menikmati Nasi beriani dengan ayam bakar yang enak. Kedai ini terletak bersebelahan 7E Sadao(Ditepi jalan besar atau sebelah kiri bila memasuki Lorong Pracha Bamrong 1).

20180511_091735-horz-vert

Denai yang jelas

20180511_092837

DJI_0399

Ada jurang disisi bukit ini – hati-hati bila berposing

GOPR4596

Memang berbaloi ke sini


Ton Plio Waterfall: Air Terjun Menawan Yang Terpencil

$
0
0

Tarikh       : 11 Mei 2018
Jarak        :   
Max Elev.  :  
Coordinate : N6.99858° E100.23359°
Lokasi       : Chalung, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Menikmati keindahan alam, meraup kesejukan air dan menghirup kesegaran udara.   

org_a2ade70a4ada2cc6_1526029472000

Ton Plio Waterfall น้ำตกโตนปลิว terletak ± 30 km dari Hatyai. Ia berada dalam daerah Ratthapung di wilayah Songkhla. Ia antara air terjun yang menawan di wilayah ini. Air terjun ini terhasil dari aliran air yang jatuh dari banjaran gunung di Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary yang berkeluasan 181.95 km². Air terjun utamanya setinggi ± 60 meter dan ada 12 tingkat air terjun kecilnya. Dibawahnya ada kolam takungan yang sesuai untuk pengunjung mandi manda. Air terjun ini bagai tersembunyi di sebalik naungan hutan, oleh itu ia kurang dikunjungi pelancong luar kecuali penduduk tempatan. Untuk masuk ke sini pengunjung luar akan dikenakan bayaran THB200, manakala penduduk tempatan hanya dikenakan  THB20 sahaja.

GOPR4640

Kunjungan ku ke sini setelah aku terlepas laluan hendak ke airterjun Ton Nga Chang. Aku membiarkan garmin ‘guide’ perjalananku ke sini.

Memandangkan ia berada dalam kawasan hutan simpanan, maka ada fee dikenakan untuk masuk. Walau aku tak faham apa yang dicakap oleh pengawal, namun dengan bahasa isyarat kami kowtim dan alhamdulillah … lolos. Sampai dikawasan parkir, aku pekena dulu minuman ringan disulam dengan somtam dari gerai berdekatan yang dikendalikan oleh penduduk muslim (ada 2 gerai sahaja yang buka hari ni.) sebelum berjalan masuk untuk menikmati air terjun sedekat yang mungkin.

20180511_163902

Di atas Jambatan akar – akar pokok ficus (jejawi) yang berpintal dan menjadi seperti jambatan

20180511_165120_003

Buaian di air terjun : Aliran sungai sebelum memasuki kawasan hutan simpan

20180511_134510

20180511_194102

Mini Reunion - Makan malam bersama team GA : bersua di Danok

Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhorn Si Thammarat

$
0
0

Tarikh       : 24 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : TTG – Danok – Hadyai – Pak Ro - Sathing Pra – Hua Sai – Nakhorn Si Thammarat
Jarak        : 310 km
Coordinate: N8.43400° E99.96284°

 

Pendahuluan

Kembara ini sepatutnya dibuat sebelum bulan puasa lalu, namun atas masa yang terhad untuk mendapat ‘kelulusan’ ke luar negara maka kami tangguhkan selepas raya puasa. Disamping itu sengaja dipilih  tarikh ini kerana baru berakhir cuti sekolah  dengan jangkaan tidak ramai pelancong ditempat kami hendak tuju.

Perjalanan kali ini adalah santai darat dengan menunggang motosikal berdua bersama isteriku. Aku merancang percutian ini selama 8 hari kerana ingin merasai nikmat percutiaan disesuatu lokasi. Sehubungan dengan itu aku telah menetapkan ‘point-point’ singgahan agar ada pengisian sepanjang perjalanan dan tidak mahu mengejar masa.

Menghala Nakhorn

Menikmati sarapan dengan nasi sup yang enak

Jam 7.00 pagi kami bertolak dari rumah dan isian penuh minyak di BP Bukit Kayu Hitam. Syukur pagi ni tidak ramai pengunjung, maka lancarlah urusan imigresen dikedua sempadan. Usai urusan imigration dan kastam, aku dapatkan sim kad di sebuah kedai telekomunikasi yang membuka perniagaan di awal pagi. Kami meneruskan perjalanan hingga ke Ban Po Mo untuk bersarapan disebuah kedai muslim (N6.93079° E100.46854°) bersebelahan masjid Ban Po Mo. Menikmati nasi sup tulang yang enak disulam dengan ‘Cha-ron’ (pergh …. Sedarp).

Pokok Tai – Boleh kelihatan sepanjang jalan di Sathing Pra

Pantai yang memanjang

Kemudian kami meneruskan perjalanan tetapi aku tidak mengikuti Highway 4(Hadyai –Phatthalung – Nakhorn Si Thammarat) sebaliknya mengambil jalan pilihan (4111) melalui Pak Ro - Sathing Phra – Hua Sai – Nakhorn. Kami singgah di beberapa pantai dan lokasi yang dirasa menarik bagi melepas lelah dan menjamu mata.

Memang banyak tempat yang menarik untuk disinggahi sepanjang perjalanan

Sampai di Nakhorn terus mencari masjid Salahuddin dan mencari kedai muslim berdekatan untuk menikmati makan tengahari. Alhamdulillah jumpa kedai muslim (N8.43256° E99.96262°). Pengusaha nasi ini boleh bertutur bahasa Melayu dan beliau memaklumkan ada saudaranya di Pulau Pinang. Selepas itu kami check-in di Hotel Passion(N8.43032° E99.97213°). Sewaan semalam sebanyak THB50.00 sahaja. Berehat seketika sebelum keluar untuk santai sekitar pekan Nakhorn.

Nakorn Si Thammarat Yang Hebat

Nakhorn Si Thammarat adalah wilayah ke 16 terbesar di Thailand. Nakhon Si Thammarat juga adalah bandar kedua terbesar di Selatan Thailand selepas Hadyai. Ia mempunyai sejarah yang panjang iaitu sejak 1,800 tahun lalu. Nakhorn SI Thammarat mendapat nama dari Rajanya yang pertama iaitu ‘Phra Chao Si Thamma Sokkara’. Kerajaan Nakhon Si Thammarat atau Kerajaan Ligor bertukar ganti dari era pemerintahan Sukhothai (sehingga 1351), kemudian era Ayutthaya (hingga 1767) dan bebas sementara dan ditakluk kembali oleh King Taksin .

Ligor menjadi pusat ketenteraan Siam dan sering menyerang wilayah Melayu terutama Kedah, Patani, Kelantan dan Singgora dan memaksa kerajaan Kedah/Perlis/Singgora membayar ufti kepada Siam.

Tinggalan Runtuhan Kota

Old City Wall adalah sisa tinggalan kota/tembok lama yang terdiri sekian lama. Kami mencari Old City Wall (N7.22591° E100.56393°) yang terletak di Ratchadamnoen road dan cuma sejauh ±1.2km sahaja dari hotel kami.

Kubu ini dipercayai dibina di era pemerintahan Phra Chao Si Thamma Sokkara. Kubu ini adalah sebahagian dari benteng pertahanan kota yang dibina pada tahun 1278. Kota ini memanjang sejauh 456 m dari timur ke barat dan sejauh 2238 m dari utara ke selatan dan ia seperti dikelilingi oleh sistem peparitan. Katanya dahulu kota ini dibina dari kayu dan ia dibina semula dari bata merah pada abad ke 18. Hari ini hanya sebahagian dinding kota ini yang tinggal. Pihak kerajaan telah memulihara dengan membaik pulih dinding di bahagian utara.

Tok Dalang Yang Tersohor

Selepas bergambar kami bergerak ke Si Thammasok Soi 3 sejauh ± 1.7km dari Old City wall dimana terletak rumah seorang artis yang diangkat oleh Raja Siam sebagai National Artist iaitu Suchart Subsin.

Suchart Subsin  adalah seorang seorang seniman wayang kulit yang tersohor. Dilahirkan pada 1938 di Ban Srakaew, Tha Sala, Nakhorn. Sebelum beliau meninggal dalam tahun 2015 ketika berusia 79 tahun, beliau sempat menjadikan kawasan rumahnya sebagai muzium dan studio berkaitan seni wayang kulit atau ‘nang Thalung.

Rumahnya dijadikan sebagai tarikan pelancong dalam tahun 1980. Kemuncak kerjayaannya apabila diundang untuk membuat persembahan di hadapan King Bhumipol pada tahun 1985. Pada tahun 1996 rumah/studionya telah mendapat anugerah ‘Best Cultural Tourist Attraction’ dan seterusnya beliau mendapat penghormatan tertinggi sebagai‘National Artis Of Thailand’ dalam tahun 2006

Rumah/Muzium ini dikenali sebagai Ban Nang Thalung Suchart Subsin(N8.41448° E99.96879°) terletak di 10/18, Si Thammasok 3 road. Ia dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang dan masuk adalah percuma. Apa yang ada di sini :-

1. Muzium Wayang Kulit – sebuah bangunan 2 tingkat yang menempatkan pelbagai patung dari serata Thailand dan dari beberapa negara Asean seperti Malaysia, Indonesia dan Cambodia. Ahli keluarga akan mengiringi pelancong sambil memberi penerangan tentang wayang kulit.

2. Kedai Souviner – Kedai ini asalnya adalah rumah Suchart yang menjual pelbagai patung dari pelbagai karekter sebagai souvenir.

3. Demontrasi pembuatan Wayang Kulit – Ahli keluarga akan menunjukan kemahiran pembuatan patung wayang kulit kepada pelancong.

4. Persembahan Wayang Kulit – Jika datang pada masa dan jumlah yang sesuai, persembahan wayang kulit akan dipertunjukkan kepada pelancong

5. Disamping itu disekeliling kawasan rumahnya terdapat beberapa barangan antik dan unik dipamirkan.

Ran - Rumah pokok berdekatan rumah Suchart

Rumah Warisan Klasik Yang Dipulihara

Kemudian kami ke sebuah rumah kayu klasik (Phan-Yah style) yang telah dibaikpulih dikenali sebagai Baan Tan Khun (N8.40968° E99.96764°). Ia terletak di Ratchadamnoen Rd. dan hanya ± 800 meter sahaja dari Ban Nang Thalung Suchart Subsin.

Rumah ini yang berusia lebih 106 tahun ini mempunyai suasana vintaj dengan dikekalkan senibina kayu, dihiasi perabut lama antik dan juga dipamerkan peninggalan cenderahati lama.

Rumah ini dibina oleh seorang pembesar iaitu Tuan Khen dalam tahun 1912. Rumah dan tanah ini kemudiannya diserahkan oleh tuan punya kepada anak saudara mereka Mr. Kovit Trisattayapan. Beliau telah menjadikan bangunan ini sebagai sekolah bernama "Ratwut Wittaya" dan kemudian berubah menjadi sekolah "Nakorn Wittaya" pada tahun 1939. Pada masa ini haya terdapat 26 orang pelajar, 2 orang guru. Apabila meletusnya Perang Dunia 2 dalam tahun 1941. Sekolah ini terpaksa ditutup kerana beberapa masalah terutama kewangan. Selepas perang sekolah ini dibuka semula dan ditutup sepenuhnya dalam tahun 1986.

Pada tahun 1993, Anak saudara Encik Kovit Trisattayapan, Mr Samrarn Trisattayapan yang kini adalah pemilik rumah ini, telah membaikpulih semula rumah ini dan menjadikan salah satu tarikan kepada pelancong.

Rumah ini boleh dilawati setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam dan bayaran masuk adalah percuma. Disebelah rumah ini dibina café untuk melepaskan dahaga sambil berehat menikmati keindahan rumah ini.

     

Memandangkan hujan mula turun pada sebelah petangnya, kami terpaksa mengambil keputusan balik ke hotel walau masih banyak lagi tempat yang perlu dilawati .

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhorn Si Thammarat
2. Koh Samui: Day 02 –
3. Koh Samui: Day 03 –
4. Koh Samui: Day 04 –
5. Koh Samui: Day 05 –
6. Koh Samui: Day 06 –
7. Koh Samui: Day 07 –

Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui

$
0
0

Tarikh       : 25 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : Nakhorn Si Thammarat – Khanom – Don Sak – Koh Samui 
Jarak        : 204 km
Coordinate
:
N9.53634° E99.93479°

Jam 6:30 pagi (waktu Thailand) kami bertolak keluar dari Passion Hotel untuk mencari sarapan di jalan menuju Tha Sala. Tiada masalah mencari makanan halal di sini kerana ramai muslim di daerah ini.

Tasik Hijau

Selepas sarapan kami menuju ke Khanom dan singgah di sebuah tasik/kuari tinggalan yang digelar Grand Canyon Khanom( N9.26219° E99.76381°). Ia terletak di Khuan Thong, Khanom District, Nakhon Si Thammarat 80210, Thailand.

Tidak sukar untuk mencarinya kerana ia terletak di sebelah kiri jalan dari Nakhon ke Don Sak (4142 rural road). Lagipun ada ‘signboard’ jelas dibahu jalan. Tidak pasti samada dikenakan bayaran masuk, kami letak motosikal di sebuah pondok dan berjalan turun ke tasik. Kelihatan berkawan-kawan ikan sedang berenang sambil bermain-main di dalam tasik yang jernih dan menghijau ini. Ditengah tasik ada bonjolan tanah/batu. Persekitaran agak sunyi dan pagi ini hanya kami berdua disini.

Urutan Manja Ikan

Lepas bergambar kami meneruskan perjalanan. Terpandang satu papan tanda lalu masuk menelusuri jalan tanah merah sejauh ± 400 metar. Disini terdapat  lokasi popular baru  untuk beriadah sambil diurut geli oleh Dr. Fish. Ya… SPA ikan dari persekitaran yang semulajadi. Aku rasa nama tempat ini ialah Suan Saran Garden(N9.26675° E99.76397°). Ada beberapa lagi lokasi SPA ikan seperti ini dikawasan berdekatan.

Sungai  yang sama mengalir dari Cho waterfall maka semestinya airnya jernih dan dipenuhi dengan pelbagai ikan. Sungai ini  mengalir dibawah pohon yang rendang dan melalui di celah banir pokok yang tumbuh di kiri, kanan dan tengah sungai. Pelantar kayu dibina ditebing sungai dan dicelah banir bagi mewujudkan satu suasana yang menarik kepada pengunjung.

Hulurkan kaki anda ke dalam air dan sebentar lagi kaki anda akan dikerumuni oleh puluhan ikan (Garra Rufa @ Doctor fish) yang akan mengigit manja seolah mengurut kaki. Pastinya geli tetapi biarkanlah sahaja kerana ia hanya akan memakan daki dan kulit mati di kaki.

Di kawasan ini juga ada tersedia gerai makanan (ada makanan halal). Ianya dibuka dari jam 8.00 pagi – 6.00 petang setiap hari dan bayaran masuk THB20 seorang. Biasanya ramai pengunjung pada sebelah petang tapi Alhamdulillah … hanya kami berdua disini, maka dapatlah  menikmati privasi sepuasnya tetapi kami tidak boleh lama kerana ingin mengejar feri ke Koh Samui.

Pulau Kecil Dihujung Tanjung

Sebelum menaiki feri kami ke hujung tanjung untuk ke sebuah pulau kecil iaitu Ban Koh Rat(N9.32968° E99.70337°). Pulau ini dianggarkan (dari peta garmin) selebar 200m dan sepanjang 350m. Aku mendapat maklumat bahawa terdapat jambatan kayu yang panjang menghubungkan pulau ini dengan tanah besar. Tetapi kini jambatan itu telah digantikan dengan jambatan batu sepanjang ±700 meter. Jambatan ini diberi nama‘Chaloem Sirirat Bridge’. Iadibuka secara rasmi pada 13 Julai 2010 dan dirasmikan oleh puteri raja, Her Royal Highness Princess Chulabhorn Mahidol.

Pulau ini didiami oleh penduduk etnik cina yang kebanyakkannya adalah nelayan. Terdapat kurang dari 100 buah rumah di pulau ini. Terdapat jalan batu sejauh ±900 meter yang dibina mengelilingi pulau. Kami menelusuri jalan ini dan melalui celah perkampungan sambil disambut dengan senyuman mesra dari penduduknya. Terdapat formasi batuan/karang di bahagian Timur Laut hingga Utara pulau.  Di Bahagian utaranya ada viewpoint (sebuah pondok) yang digunakan oleh pelancong untuk melihat matahari terbit dan terbenam disamping dapat melihat panorama indah lautan. Terlihat disana Koh Samui dan beberapa gugusan pulau berhampiran.

Ada beberapa buah chalet di atas pulau ini. Selain menyediakan penginapan mereka juga menawarkan perkhidmatan bot untuk melihat dolphin di kawasan berhampiran. Uniknya ada satu kawasan laut  ada air tawar yang menjadi tempat mainan dolphin. Kononnya seorang sami terkenal telah menyentuh kakinya ke dalam laut lalu air masin bertukar menjadi air tawar di kawasan itu.

Feri Ke Koh Samui

Kemudian kami bergegas balik ke daratan dan singgah seketika diHug Villageyang menjadi antara tarikan terbaru di Don Sak. Ia seperti dunia Belanda di Thailand. Selain menyedia penginapan ia juga menjadi tempat eco pelancongan dengan binatang ternakan seperti kambing, kuda ,lembu dan lain-lain lagi. Bayaran masuk ialah THB200 (dewasa) dan THB120 (kanak-kanak). Sempat berbual dengan penjaga tiket seorang muslim yang boleh bertutur bahasa melayu. Kami tidak masuk dan hanya bergambar dipintu masuk kerana ingin mengejar feri.

Kami sempat menaiki feri pada jam 11.00 pagi dariJeti Seatran (N9.32117° E99.73530°).Kami dikenakan tiket sebanyak THB330 (THB190 + THB140). Ringkasan kadar tiket seperti berikut:-

1

Passenger per pax

140.00

2

Children with a height exceeding 100 cm. but not exceeding 120 cms.

70.00

2

Bicycle and Motorcycle with rider

190.00

4

Big bike with rider

240.00

5

Trailer motorcycle with rider

240.00

6

3-wheel Car,4-wheel Car, Van or Pick-up with driver

450.00

Semua penumpang perlu turun dan naik secara berasingan ke dalam feri. Feri ini memang selesa dan tersedia banyak tempat duduk/kerusi di ruang terbuka dan yang berhawa dingin. Ada kantin yang menjual makanan ringan dan minuman. Air panas percuma tersedia untuk penumpang membancuh air (3-in-one) atau memasak mee yang dijual di kantin. Secara sembunyi aku mengeluar maggie dan Indo coffee dari bag (Syyy … ambil kesempatan dari kemudahan yang tersedia)

Perjalanan dari Jeti Donsak ke jeti Nathon (sejauh ± 15 batu laut nautika atau 25.5 kilometer) mengambil masa ± 1 jam 30 minit. Aku mengambil kesempatan ini untuk berehat sambil lelap seketika di kawasan berhawa dingin sambil mengecaj telefon bimbitku.

Kampung Melayu di Koh Samui

Koh Samui terletak di Teluk Siam dan adalah pulau yang kedua terbesar di Thailand selepas Phuket. Berkeluasan 228.7 km2 dan  dengan status perbandaran (locally self-governing) maka tidak hairanlah sektor pelancungan telah melonjak namanya dan telah memberi kesan kepada pembangunan yang pesat di pulau ini.( rasa macam dok Langkawi pulak)

Sesampai di Koh Samui, kami menghala ke bahagian Tenggara Koh Samui untuk mencari sebuah perkampungan melayu berhampiran Hua Thanon. Kami menuju keMelayu Samui Seafood & Resort(N9.43927° E100.02193°)untuk menikmati makan tengahari. Berehat seketika selepas menikmati hidangan tengahari yang enak sambil mencari-cari nama hotel yang bakal kami tempah.

Kemudian kami singgah seketika diMasjid Nurulihsan @ Koh Samui Central Mosque(N9.44002° E100.02230°).Dikawasan ini ramai komuniti islam, jadi tidak ada masalah untuk mencari makanan halal dan kebanyakan penduduknya boleh bertutur bahasa melayu. Masjid ini menjadi pusat pertemuan masyarakat islam di Koh Samui dan dihadapannya ada sekolah agama.

Bermalam Di Chaweng

Kami mengambil keputusan untuk menginap diChawengkerana ia adalah pekan yang terbesar di Koh Samui dan ‘happening’ lagipun mudah untuk mendapatkan makanan halal. Kami meronda sekitar jalan dan singgah bertanya beberapa hotel yang bersesuaian dan yang penting murah & selesa (nak tidoq ja ….). Akhirnya kami menginap diFanta Hostel (N9.51944° E100.05661°)  berdekatan Verticolor. Sewaan sebanyak THB500 sahaja. Penginapan yang sederhana dengan bilik yang agak luas tetapi style lama,  ada air panas dan beraircond. Hostel ini boleh dikatakan berada dalam kawasan pesat dan mudah untuk akses kepada makanan halal.

Batu Bertindan

Selepas selesaikan urusan ‘wajib’, kami keluar semula untuk meneroka beberapa tempat sekitar Lamai dan Chaweng. Kami menuju ke satu view point menarik iaituOverlap Stone(N9.46027° E100.02969°) yang terletak berhampiran Lamai Beach

Untuk kesana perlu melalui sebatang jalan bersimen yang curam sejauh ± 1km. Kami meletak motosikal disebuah kawasan yang dikhaskan dan berjalan sejauh ± 250 meter melalui kawasan kebun kelapa  dan melewati sebuah rumah penduduk. Berhampiran rumah ini ada sebatang jambatan yang menghubung ke batu ini. Tidak ada bayaran masuk dikenakan cuma terdapat kotak derma di permulaan jambatan.

Overlap stone ini berada pada ketinggian 160 meter dari aras laut. Ia setinggi 10 meter dan bersusun di atas sebuah batu lain.Dari sini dapat menikmati pemandangan indah Lamai beach dan kawasan sekitar. Selepas selesai bergambar dan menikmati pemandangan, kami berjalan turun dan ke satu lagi view point yang cantik berdekatan tempat letak motosikal.

Perlu berhati-hati semasa penurunan terutama jika hujan kerana jalan yang curam dan licin.

Formasi Batuan di Pantai Lamai

Kemudian kami keHin Ta & Hin Yai(N9.45232° E100.03953°).Formasi batuan unik hasil dari tindakbalas alam. Formasi batuan ini hampir menyerupai alat kelamin lelaki dan perempuan, oleh itu ia dikenali sebagai Grandpa (Ta) & Granma (Yai). Ia kini menjadi tarikan pelancong jika datang ke Koh Samui.

Hin Ta

Hin Yai

View point berdekatan Lamai Beach

Tidak sukar untuk kesini kerana ada papantanda yang jelas dan bayaran masuk ‘macam’ percuma. Disamping itu ada banyak batuan menarik yang boleh dijadikan subjek untuk berfoto.

Kemudian kami menuju keLad Koh Viewpoint(N9.49832° E100.06000°)atau dikenali juga sebagai "Zenith Viewpoint".Titikpandang terbaik untuk melihat panorama lautan. Terletak ditengah-tengah antara Chaweng Beach dan Lamai Beach. Ada laluan dibina untuk turun ke pantai sambil dapat melihat formasi batuan tua yang bagaikan dikelar. Kelihatan penduduk tempatan beristirehat bersama keluarga dan ada yang memancing ditebing batu.

Selepas itu kami mencari kedai makan muslim iaitu Faria Halal Food (N9.51455° E100.05052°) yang jaraknya cuma 2.4km sahaja dari hostel kami. Ia terletak berhadapan Bangkok Hospital. Chaweng.

Sebelum ke Koh Samui, kami dinasihatkan oleh sahabat untuk mendapatkan perkhidmatan feri ke Ang Thong Marine Park melalui mereka kerana mereka menyediakan makanan halal. Kami booking tempat untuk program keesokan hari. Bayaran dikenakan sebanyak THB 1,600 seorang.

Sebenarnya ada lagi perkhidmatan yang lebih murah dari tour ejen lain (kena rajin cari) bahkan dapat naik speed boat lagi dan kita boleh request halal food atau bawa bekal sendiri.

Malamnya kami ronda sekitar Chaweng sambil menikmati roti (pan cake) yang kebanyakan diusahakan oleh pelarian Rohingya (UNHCR) yang beragama islam

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhorn Si Thammarat
2. Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui 
3. Koh Samui: Day 03 –
4. Koh Samui: Day 04 –
5. Koh Samui: Day 05 –
6. Koh Samui: Day 06 –
7. Koh Samui: Day 07 –

Koh Samui: Day 03 – Terpukau di Ang Thong National Park

$
0
0

Tarikh       : 26 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : Chaweng – Nathon Pier – Ang Thong Marine Park
Jarak        :
Coordinate: N9.65816° E99.66662°

Mukadimah

Mu Ko Ang Thong adalah gugusan kepulauan di Telok Siam (Gulf of Thailand). Ia terletak di Barat Laut Koh Samui dan ± 30km dari Koh Samui (Jeti Nathon). Ia telah digazedkan sebagai Taman Laut Negara pada 12 November 1980. Berkeluasan 102km2 dan mempunyai 42 pulau kecil yang berkeluasan 18km2dari keluasan Taman laut ini. Pulau yag terbesar ialah Ko Wua Ta Lab yang mempunyai puncak tertinggi iaitu 395masl. Pulau-pulau batu kapur yang berceragah dan bertebing, kebanyakan tidak berpenghuni (kecuali di Ko Wua Ta Lap dan Ko Phaluai). Taman laut ini telah diiktiraf sebagai Tapak Ramsar (No. 1184) dalam tahun 2002. Kedudukan pulau dengan arus air yang sentiasa mengalir sangat penting kepada ekosistem yang membolehkan pembiakan terumbu karang dan kelangsungan pembiakan hidupan laut di sini. Di kepulauan ini terdapat beberapa spesis binatang seperti 16 spesis mamalia, ±50 spesis unggas, 14 reptilia dan 5 amphibia. Uniknya ada spesis endemic iaitu sejenis orkid yang hanya boleh didapati disini iaitu Ang Thong Lady’s Slipper Orchid (Paphiopedilum Ang Thong). Taman ini adalah kawasan yang dipelihara oleh itu untuk masuk ke sini dikenakan bayaran sebanyak THB300(pelancong luar dewasa) THB150(kanak) manakala local sebanyak THB40. Hanya operator berlesen sahaja dibenarkan masuk untuk membawa pelancong.

Perjalanan Ke Ang Thong

Untuk makluman, perkhidmatan bot melalui ‘day tour’ ke sini hanya boleh dilakukan dari Koh Samui dan Koh Phangan sahaja. Tiada dari Surat Thani atau Don Sak.

Jam 6.20 pagi kami telah keluar dari hostel menuju ke Faria Halal Food(N9.51455° E100.05052°). Sementara menanti van datang untuk menjemput, kami nikmati dahulu sarapan berat dengan nasi + kengsom + Cha-ron/nasi biryani ayam.

Bot kami yang membawa pelancong l.kurang 30 orang yang kebanyakan adalah pelancong asing

7.30 pagi van datang dan kami dibekalkan nasi biryani ayam untuk santapan tengahari (merarau). Dalam perjalanan ke Jeti Nathon, Van ini menjemput beberapa lagi pelancong dari beberapa hotel.

 

Sebelum menaiki bot kami perlu membayar sebanyak THB300 seorang sebagai ‘bayaran masuk’ ke Taman Laut  dan ‘ditanda’ sebagai ‘pengenalan kelompok’.. Di atas bot sudah tersedia sarapan berupa sandwich tuna, pisang, biskut dan minuman panas - belasahlah sepuasnya. (Tuu pun sampai balik ada lagi tak habis). Bot bertolak pada jam ±8:30 pagi waktu Thailand dan pagi ni lautnya agak beralun, akupun hampir tumbang, nasib baik ada petugas bot yang mengambil berat dan menawarkan ubat mabuk laut kepada penumpang (aku pun tumpang minta sebiji). Bot ini memang slow - perjalanannya lebih 2 jam masa diambil untuk sampai ke destinasi pertama iaitu Ko Wua Ta Lab.

A Landmark Of Ang Thong - Titikpandang yang menerujakan.

Bot tidak dapat menghampiri daratan, jadi dari sini kami menaiki bot panjang(long Tail) untuk ke jeti di Koh Wua Ta Lap(N9.63564° E99.67230°).

Koh Wua Ta Lap adalah pulau terbesar dalam gugusan Ang Thong dan disini ditempatkan pejabat National Park/ranger station/visitor centre dan fasiliti asas. Tersedia juga bungalow untuk penginapan dan restoran. Sewaan khemah (berdua) juga tersedia dengan harga THB250. Walaubagaimanapun bekalan elektrik hanya bermula pada jam 6.00 ptg – 10 malam (melalui generator). Di kawasan Ang Thong ni jangan bimbang tentang liputan internet… laju giler beb bahkan dipulau ini ada Free wifi lagi.

Dihadapan pondok ranjer dan dibelakang sana adalah kantin/restoran

di hadapan Trail head: ada tangga batu yang membawa pelancong ke atas

Tarikan utama disini ialah Pha Jun Jaras viewpoint(N9.63244° E99.67163°) yang berada di ketinggian 500 meter. Dari atasnya dapat melihat hampir kesemua gugusan pulau Ang Thong yang cukup cantik dan menarik dihampari dengan lautan yang menghijau.

Terdapat trail khas untuk ke sana. Ia sejauh 500meter dan memerlukan masa ±1jam (untuk naik/turun). Terdapat 6 level viewpoint disetiap 100 meter dan membolehkan pengunjung berehat seketika sambil menjamu mata akan keindahan pulau pada ketinggian yang berbeza. Pada ketinggian 300 meter – 500 meter terdapat 4 viewpoint pada setiap 50 meter. Pada view point ke 3 – 6 keadaannya agak curam. Sampai diatas memang berbaloi kita berpeluh mendaki. Subhanallah itulah ayat paling sesuai di lafazkan, dari atas ini pemandangan cukup indah menampakkan pulau-pulau yang berada di sekitar.

Untuk mendaki denai ini, siapkan diri anda dengan stamina dan mental. Pakailah kasut yang sesuai (aku jumpa pelancong yang terpaksa menanggalkan slipper kerana asyik tercabut semasa mendaki).

Selepas itu kami dibawa naik semula ke bot untuk menikmati makan tengahari. Aku hanya ambil buah sahaja dan membuka bekalan nasi yang dibekalkan. Tidak beraniku aku menikmati makanan yang dihidangkan dengan ayam kerana kehalalalnya diragui, namun aku tengok ada pelancong Indonesia dan Arab sapu semacam ja. (Bila ditanya memang depa kata halal kerana tiada babi). Pada yang prihatin kepada kehalalan permakanan sila AMBIL PERHATIAN.

Lagun tersembunyi di perut pulau

Koh Mae Ko (Mother Island) (N9.65816° E99.66662°) tersohor dengan tasik hijau yang dikenali sebagai Thale Nai Lagoon. Lagun/tasik air masin yang berkeluasan 17.5 ekar tersembunyi di pulau ini dan bagaikan kawah kerana dikelilingi oleh tebing curam. Ia dihubungkan dengan lautan melalui terusan/terowong bawah tanah. Untuk melihat keindahan Lagun ini, maka bersiaplah diri untuk mendaki tangga yang curam yang hanya sejauh 100 meter ja. Namun kecuraman tangga membuat nafas tercungap-cungap jugalah untuk sampai ke titikpandangnya ( N9.65746° E99.66617°). Titik pandang ini hanya ±50 meter tapi memang berbaloi sampai kesini. Indah menyaksikan tasik hijau bagaikan emerald, dan kita boleh turun hingga ke pelantar yang disediakan di bawah tasik namun tidak dibenarkan untuk berenang di dalamnya.


Memang curan tangga untuk naik/turun ke viewpoint

Selepas turun, aku bersnorkling dahulu melihat terumbu dan ikan yang bermain-main dicelahnya. Kemudian kami berkayak ditepi pulau sambil melihat keindahan batuan tua dan pulau. Kami berkayuh hingga ke satu telok yang mempunyai pantai yang cantik bersih.


Aku terkilan kerana tidak dapat berkayak ke Koh Sam Sao (mungkin tak masuk dalam pakej) melihat kejadian alam yang terhasil dari hakisan dan perubahan masa mewujudkan satu jambatan batu bagaikan arch di lautan.

Pantai yang memutih. Speed boat boleh mampir hingga ke pantai

Selepas itu bot panjang datang mengambil kami di jeti dan membawa kami ke bot besar. Di atas sudah tersedia biskut(ada cop halal), coca cola, ais dan pisang. Dengan lapar dan dahaga, tanpa was-was dan rasa silu, aku sapu sepuasnya. … tapi tak luak pula walau ramai yang berkelaku macam aku. Perjalanan pulang lebih tenang dan aku terelap akibat keletihan. Petangnya kelihatan mendung dan hujan renyai-renyai membuat aku memikirkan semula plan kami untuk ke Koh Tao esoknya.

Sampai dijeti, van sudah sedia menanti dengan memapar nama hotel – (kami lokasi Bangkok Hospital). Van menghantar semua pelancong ke hotel masing-masing dan hujan turun dengan lebatnya. Kami adalah penumpang terakhir dan sampai ke Faria Halal Food pada jam 6.20 petang dan terus pohon keizinan tempat untuk bersolat. Selepas itu kami menikmati makan malam disitu dan pulang selepas kekenyangan.

Selepas berbincang kami terus membatalkan hasrat untuk ke Koh Tao dan tukar haluan ke Khanom untuk melihat dolphine.

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhorn Si Thammarat
2. Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui
3. Koh Samui: Day 03 – Terpukau di Ang Thong National Park
4. Koh Samui: Day 04 –
5. Koh Samui: Day 05 –
6. Koh Samui: Day 06 –
7. Koh Samui: Day 07 –

Koh Samui: Day 04 – UNSEEN KHANOM

$
0
0

Tarikh       : 27 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : Koh Samui – Don Sak – Laem Prathap – Sichon – Tha Sala – Nakhorn Si Thammarat
Jarak        : 251 km
Coordinate: N9.31194° E99.80361°
  

Pendahuluan

Daerah Khanom dikenali sebagai ‘Land of Dolphin’. Ia adalah daerah paling utara dalam wilayah Nakhorn Si Thammarat. Salah satu point atau gerbang untuk melihat dolphin adalah melalui jeti yang terletak disebuah perkampungan nalayan iaitu Laem Phratap. Ia adalah sebuah tanjung dan jeti nelayan yang terletak disebelah barat Don Sak, sejauh ± 20km. Sebelum tiba ke tanjung ini, akan lalui jalan bersimen sejauh ± 3 km.

Ya … tarikan terbesar di Khanom adalah ikan lumba-lumba merah jambunya. Kelihatan banyak patung pink dolphin di sekitar Khanom dan ia menjadi simbol bandar Khanom.

Mulanya Perjalanan

UNTUK MAKLUMAN harga minyak di Koh Samui sedikit mahal dari harga di tanah besar, jadi elok dipenuhkan tangki minyak dahulu sebelum menaiki feri ke Koh Samui. Nasib baik aku telah penuhkan tangki sebelum menaiki feri di stesyen PTT Khanom.

Jam 6:30 pagi, kami check out hotel dan menuju ke Faria Halal Food untuk bersarapan yang berat kerana menjangkakan tiada makanan halal ke lokasi yang bakal kami tempuhi nanti.

Singgah di beberapa lokasi untuk bergambar dan sempat menaiki feri (dari Jeti Nathon) pada jam 8.30 pagi(waktu thai) dan setelah 2 jam perjalanan sampai di Don Sak ± pada jam 10.40 pagi. Sepanjang 2 jam perjalanan aku membuat sedikit ‘reseach’ tentang lokasi yang bakal kami pergi. Jangan bimbang soal internet, sepanjang di lautan … 4G! la (laju beb). Sampai sahaja aku mengambil motosikal dan bergegas keluar dari jeti Donsak untuk mencari Jeti Laem Phratap.

Misi Yang Gagal

Boleh parkir kenderaan anda disini dengan kos THB20

Jeti Laem Phratap(N9.31194° E99.80361°) tersedia parkir, café dan kemudahan asas. Jeti bot yang teratur dengan pondok yang berbumbung, meja dan kerusi untuk taklimat dan penerangan dan ada kemudahan tandas. Kami membayar THB10 untuk parkir motosikal dan simpan bag. Memandangkan hanya kami sahaja disini, suasana kelihatan sunyi. Kami mendapat perkhidmatan bot dari seorang wanita penduduk tempatan dengan bayaran sebanyak THB1,000. Kami memulakan perjalan bot pada jam 11:20 pagi, semasa di atas bot makcik ini asyik bercerita tentang dolphin dalam bahasa Thai seolah-olah aku faham (angguk piii lah). Dalam perjalanan cuaca redup walau di tengah rembang.

Aku difahamkan bahawa masa yang terbaik untuk melihat dolphin ialah antara jam 7.30 pagi – 9:30 pagi kerana masa inilah dolphin akan keluar mencari makan. Persekitaran kawasan ini ditumbuhi dengan rumpai laut yang menjadi makanan ikan. Dolphin adalah mamalia yang peramah dan sangat sensitif kepada perubahan persekitaran terutama pencemaran. Mereka boleh berenang dengan laju (± 37 kph) dan timbul setiap 5 minit untuk bernafas. Biasanya ia akan bergerak dalam kumpulan dan makanan mereka ialah ikan. Kehadiran mereka di kawasan ini adalah petanda bahawa persekitaran dan air laut adalah bersih, nyah pencemaran dan mempunyai eko-sistem yang sihat. Terdapat 4 spesis dolphin disini dan kebanyakan adalah dari spesis Indo-Pacific Humpback Dolphin atau White Chinese Dolphin. Dolphin ini asalnya berwarna hitam/kelabu tetapi bertukar menjadi pink akibat perubahan usia. Kewujudannya semakin terancam dan dianggarkan terdapat kurang dari 60 ekor dolphin yang ada di sini.

Kami melewati beberapa pulau seperti Koh Noi, Koh Tha Rai, Koh Phi dan menghampiri Don Sak Sakon pier. Setelah beberapa lama menunggu kelibat dolphin tidak muncul, akhirnya kami berpatah balik. FRUST ! … (mungkin masa yang tidak sesuai )

Batuan Tua Yang Langka

Semasa hendak melewati Koh Tha Rai, kami singgah seketika disini untuk melihat keindahan geologi yang terbentuk secara evolusi sejak lebih dari 260 juta tahun lalu. Batuan tua ini kelihatan bagaikan dihimpit dan diperah tampak seperti pancake, ia dikenali sebagai Khao Pabpa(N9.32329° E99.78238°) ('Pabpa' dalam bahasa Thai bermaksud "pakaian lipat"). Uniknya batuan seperti ini hanya ada dua sahaja di dunia. Disini (Thailand) dan di New Zealand. Sesuatu yang berbaloi untuk dilawati.

Telaga Air Tawar Di Dalam Laut

Selepas itu kami mengelilingi Koh Tha Rai dan singgah ke sebuah pulau kecil, Koh Nui Nok. (N9.31508° E99.79151°) Pulau ini terkenal dengan air tawar (spring water) yang keluar dari telaga di dalam laut. Ia berada di pinggir pantai dan akan tenggelam apabila air pasang, namun air laut tidak akan merubah rasanya. Air ini terasa payau apabila diminum.

Telaga air tawar di tepi pantai di Koh Nui. Telaga itu kelihatan seperti tapak kaki

Kononnya air tawar ini terjadi berkat keajaiban seorang sami terkenal ‘Luang Pu Tuad’ yang merendam kakinya ke dalam air laut. Keajaiban darinya diabadikan oleh penduduk tempatan dengan membina patungnya dipuncak pulau kecil ini. Pulau ini pada anggaranku berkeluasan ± 0.7 ekar ( ± 80m x 40m). Selepas merasai air dari mata air ini kami naik ke puncak pulau ini dengan mendaki anak tangga yang tersedia bagi melihat panorama sekitar pantai dan lautan berhampiran.

Boleh mendaki naik ke atas pulau

Walaupun tidak dapat melihat dolphin TETAPI dapat mengunjungi tempat yang langka (rare) memang satu pengalaman yang pasti tidak ku lupakan. UNSEEN KHANOM

Menuju Selatan Mencari Penginapan   

Hampir 2 jam juga misi pencarian dolphin. Jam 1.35tgh kami bersiap menuju ke arah Sichon untuk mencari sebuah chalet di tepi pantai dan menikmati makan tengahari. Sichon adalah daerah yang bersempadanan dengan Khanom dan  terletak ±65km dari Don Sak. Ia adalah perkampungan nelayan dan mempunyai pantai yang memanjang mengadap Teluk Siam. Disini pantai-pantainya kurang dikunjungi jadi dapat merasai suasana yang tenang dan boleh merasai suasana kampung. Ramai juga penduduk muslim disini namun kami meneruskan perjalanan ke Selatan setelah tidak berpuas hati tentang lokasi lagipun masih ada masa. Misi kami adalah mencari makanan halal. Kami menuju ke Tha Sala yang majoriti penduduknya adalah muslim.

Tediaaa .. merata dia boh ‘figur’ ni , dalam bilik pun ada pa

Semasa menelesuri jalan tepi pantai kami singgah ke sebuah pantai, Hat Sai Kaeo(N8.69740° E99.94280°) terlihat sebuah resort unik yang mempamirkan ukiran dan kayu seperti alat kelamin lelaki disekitar resortnya (dari jalan masuk hingga ke halaman – dalam lobi dan bilik tak tau la lagumana - Ish pelik sungguh depa menghargai).

Mencuba menu berbeza

Sampai di Tha Sala kami ke sebuah restoran muslim berdekatan Dan Phasi beach (หาดในถุ้ง ) untuk menikmati makan tengahari yang lewat (4:30petang – waktu Thai). Disini aku berkenalan dengan seorang penduduk Nakhorn (Musa) yang membantu kami terjemah dan order makanan (terima kasih sahabat). Setelah makan kami berehat seketika sambil mencari lokasi hotel dan resort berdekatan untuk bermalam melalui aplikasi.

Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Nakhorn kerana mudah mendapat makanan halal dan berdekatan dengan lokasi yang bakal kami tuju besoknya. Perjalanan dari Tha Sala ke Nakhorn sejauh ±30 km sahaja. Hujan turun dan kami tetap meneruskan perjalanan ke tempat penginapan iaitu Haru Hara Hotel(N8.41034° E99.92370°). Sebuah hotel yang selesa dan kami diberi honey moon suite yang berharga cuma THB590 sahaja (wow … kat mesia tak dapat la rega ni) ..

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan
1.
Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhorn Si Thammarat
2. Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui
3. Koh Samui: Day 03 – Terpukau di Ang Thong National Park
4. Koh Samui: Day 04 – Unseen Khanom
5. Koh Samui: Day 05 –
6. Koh Samui: Day 06 –
7. Koh Samui: Day 07 –

Koh Samui: Day 05 – Nyaman Di Nakhon

$
0
0

Tarikh       : 28 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : Nakhorn Si Thammarat – Ban Kiriwong – Hua Nam Sai Reservoir – Phatthalung – Pak Phra
Jarak        : 225 km
Coordinate:
N7.89192° E99.78899°    

Alam semulajadi pilihanku, menghindar dari hiruk pikuk kota, menghirup udara segar, menikmati kesegaran dan pemandangan sungai, gunung dan hutan simpan. Berada di lembah yang indah dan air terjun yang menyimbah dari kawasan pergunungan, itulah misiku hari ini.

Sarapan yang lazat

6:30am kami menunggang keluar dari hotel mencari kedai untuk bersarapan. Singgah bersarapan di gerai muslim (N8.43802° E99.92140°) berhampiran masjid Kamaluddin, Nakhon Si Thammarat. Kami menikmati makanan yang berat dengan nasi kerabu dan pulut ayam. Kami juga mencuba sejenis makanan tradisional Thai yang dikenali sebagai ‘Khanom Krok’ (ขนมครก). Ia dihasilkan dari campuran tepung beras dan santan lalu dimasak didalam lompang/acuan. Enak dimakan sewaktu panas dan dicicah bersama gula. Ada versi Khanom Krok yang mempunyai inti jagung atau kacang namun Khanom Krok yang ini terasa lebih tradisional dan enak. Kami juga ‘tapau’ pulut ayam buat bekalan makan tengahari nanti.

Sesungguhnya di Nakhon ni bukan sahaja penduduknya yang ramah lagi mesra, ia juga tidak kurang dari segi rasa dengan makanannya yang hebat lagi lazat. 

Kampung Yang Ternyaman

Sungai utama yang mengalir di kampung ini

25km ke Barat Nakhon Si Tammarat, sebuah kampung yang dikatakan paling nyaman di Thailand kami tujui. Kampung yang terletak di celah lembah, dipenuhi dengan tumbuhan dan dusun, dikelilingi oleh bukit dan gunung. Kampung yang berusia 300 tahun dikenali sebagai Ban Kiriwong(N8.43342° E99.78174°) yang bermakna ‘kampung yang dikelilingi oleh gunung dan sungai’.

Dikerumuni oleh ikan

Index Kualiti Udara (AQI) yang dikeluarkan oleh Thailand Pollution Control Department (PDC), mencatatkan bacaan kualiti udara disini ialah antara 17 – 49 (cosidered very good). Sebab itu ia pernah di nobatkan sebagai ‘The Best Ozone in Thailand’. Jika kita ke sini, dapat saksikan bagaimana sungainya yang jernih terjaga dan dipenuhi dengan ikan-ikan sungai seperti kelah, jelawat, keli, lampam dan lain-lain lagi. Suasana kampung yang tenang dimana masa seperti bergerak perlahan, redup dan sejuk dinaungi pepohon hijau dan dihuni penduduk yang peramah. Kebanyakan penduduknya adalah petani, pekebun dan mereka mengusahakan produk kendiri berasas pelancongan.

Dalam bulan November 1988, kampung ini dilanda banjir lumpur hingga meragut nyawa dan rumah. Susulan itu mereka berdikari bangkit semula dangan semangat dan kerjasama. Membenteras penebangan hutan sewenangnya, menjadikan produk ‘mesra alam’ sebagai satu cara hidup dan pedoman. Mereka membentuk satu komuniti untuk menarik pelancong berasaskan kepentingan alam semulajadi. Usaha mereka berbaloi apabila kampung mereka berjaya mendapat Anugerah Pelancongan Thailand pada tahun 1998.

Disini ada sebuah gerai muslim yang menjual pulut ayam

Sebuah bangunan biasa yang diberi sentuhan luarbiasa,  Little House In The Vally(N8.35571° E99.74990°): nikmatilah secawan latte/coffe bersama waffles sambil menjamu mata dengan  pemandangan indah dari balkoninya. Ia terletak di :-

189, Khao Kaeo, Lan Saka, Nakhon Si Thammarat 80230, Thailand (160.50 mi)
Amphoe Lan Saka 80230

Air Terjun Yang Tersorok

Kemudian kami bergerak ke Barat Daya Nakhon menuju ke Khao Pu-Khao Ya National Park, mencari satu air terjun kecil yang kelihatan seperti Erawan Waterfall. Perjalan sejauh ± 115km. Sebelum itu kami hendak singgah ke Karom Waterfall(N8.37004° E99.73603°)tetapi kami dikenakan bayaran masuk THB200 seorang (kaedah rundingan gagal kali ini), maka kami membatalkan hasrat untuk singgah ke beberapa air terjun lainnya.

Nan Sawan waterfall adalah air terjun kecil.  Air terjun ini sememangnya cantik, airnya yang jernih menghijau dan berpunca dari aliran sungai yang bermula dari empangan Huai Nam lalu melalui batu kapur dan jatuh ke dalam kolam takungan.

Kami tiba di sini ± jam 1:40 ptg (waktu Thailand). Semasa kami tiba, hanya ada 4 orang pengunjung yang hanya singgah sebentar sahaja. Untuk masuk ke kawasan ini perlu lalui beberapa buah rumah dan rasanya dikenakan caj untuk masuk dan parkir kereta/motor di kawasan yang disediakan. Tapi Alhamdulillah seperti tidak ada orang yang jaga dipintu masuk bahkan kehadiran kami seperti tak dipedulikan. Ah ..biarkanlah.

Aku memang bercadang untuk berenang menghampiri dan berada di bawah air terjun, namun bila melihat suasana persekitaran yang sepi lagi sunyi (kami berdua sahaja) maka aku batalkan sahaja niat untuk hampiri air terjun (bimbang gak .. takut dibuatnya cram semasa berenang).Disini kami membuka bekalan pulut ayam dan menikmatinya dipondok yang disediakan.

Selepas itu kami menuju ke Selatan dan melalui Hua Nam Sai Reservoir. Disini baru teringat bahawa aku sudah pernah kes ini suatu ketika dahulu namun tidak menyedari bahawa Namtok Nan Sawan ada dikawasan berdekatan.

Kami menuju ke arah Phatthalung dan singgah ke Kwanjai Bamboo Garden(N7.72675° E100.00714°)namun ianya ditutup. Katanya ia dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kini banyak perubahan dilakukan berbanding lawatan kami terdahulu.

Kami teruskan perjalanan ke Pak Phra dan terus ke Sri Pak Pra(N7.72979° E100.14663°) untuk menginap.Hotel ini sedikit mahal dari lain-lain penginapan sepanjang perjalanan kami. Takpa … recovery day.

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhorn Si Thammarat
2. Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui
3. Koh Samui: Day 03 – Terpukau di Ang Thong National Park
4. Koh Samui: Day 04 – Unseen Khanom
5. Koh Samui: Day 05 – Nyaman Di Nakhon
6. Koh Samui: Day 06 –
7. Koh Samui: Day 07 –

Koh Samui: Day 06 – Pesona Di Pak Pra

$
0
0

Tarikh       : 29 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : Pak Phra – Pak Phayun – Songkhla
Jarak        : 120 km
Coordinate:
 

  
Pak Pra terletak di dalam daerah Khuan Khanun, Phattalung. Sungai Pak Pra mengalir masuk ke tasik Songkhla dan menjadi  tarikan para penggemar fotografi ke sini ialah pemandangan indah di muaranya dan di Thale Noi. Aku pernah ke sini dengan bertouringbasikal dan bersama keluarga beberapa tahun lalu namun kunjungan kali ini sedikit berbeza dari segi orientasi, pemandangan dan subjeknya.
 
Menginap di Sri Pak Pra 
         
Sri Pak Pra Resort(N7.72979° E100.14663°)adalah resort yang terletak di muara sungai Pak Pra. Lokasinya ditepi Lagoon dan mengadap Tasik Songkhla menyajikan panorama indah dari beranda dan restorannya. Sebuah tempat yang tenteram dengan suasana alam semulajadi paya. Resortnya dibina dari kayu dan bambu dan berbumbung nipah(???), luarannya ala tradisional tetapi mewah di dalamnya. Kami check-in disini kelmarin untuk berehat sebagai ‘masa pemulihan’. Menikmati sepenuhnya suasana disini. Walaupun bayaran penginapan sedikit mahal dari lain-lain penginapan sepanjang perjalanan ini, namun nilai yang dibayar itu berbaloi dengan servis yang diperolehi.
Biliknya mewah dan agak luas (42sqm) dengan katil saiz queen ditambah sofa besar ditepinya, berhawa dingin, ada mandian air panas, TV, minibar, IDD telefon, pemanas air (hot water kettle lengkap ovaltine dan 3+1 coffee), 2 botol mineral water,hair dryer dan yang penting free Wifi. Kebanyakan resort/bilik disambungkan dengan titian kayu merentasi paya di bawahnya. Resort yang kami sewa berharga THB1,500 + breakfast manakala 5 lagi resort yang balkoninya mengadap terus ke tasik/lagooon berharga THB2,000. Harga yang ditawarkan adalah untuk 2 orang dan extra bed dicaj sebanyak THB700.
Restoran Sri Pak Pra
Restorannya juga menjadi tarikan pengunjung dan dikatakan antara yang terkenal di Khuan Khanun. Ia adalah restoran terbuka dan berbumbung dan terdapat 2 geladak yang dibina diatas sungai. Malamnya ia ramai dikunjungi oleh penduduk sekitar dan luar untuk menikmati makanan authentic thai (fresh dari tasik) dan western style. Hiasan dan penampilan dengan sinaran lampu mewujudkan suasana romantis di sini terutama ketika matahari hampir terbenam.
Sri Pak Pra (kiri) dan Pak Pra Lagoon (kanan) yang kini berana di bawah satu pengurusan
Mulai 1 Julai Sri Pak Pra Lagoon dan Pak Pra Lagoon digabungkan dibawah satu pengurusan dan diberi nama Sripakpra Andacura Boutique Resort Phatthalung. Pengurusannya dibawah Andacura, sebuah syarikat perhotelan terkemuka yang mempunyai banyak cawangan diserata Thailand. Ia dibawah pengurusan Mr. Klaus R. Rauter yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhotelan selama lebih dari 30 tahun.
Damai di Thale Noi  
Golden hour/magic moment di muara
Kami telah membuat tempahan boat trip di Lobi dengan harga THB1,200. Jam 5:20am sudah keluar dan pekerja hotel terus membawa kami ke jeti dimana bot sudah siap menanti. Kami memulakan perjalanan ke muara sungai Pak Pra untuk melihat Tangkul gergasi yang dikenali sebagai Yor oleh penduduk tempatan. Tangkoi ini ini diperbuat dari buluh dan kayu disamping jaring yang diguna untuk menangkap ikan secara tradisional dan diguna sejak turun temurun lagi. Yor memang popular di tasik Songkhla namun di muara Pak Pra ini ia menjadi tarikan pelancong kerana disini terdapat beratus tangkoi yang mewujudkan satu pemandangan yang unik dan cantik. Arus sungai yang perlahan menyebabkan penggunaan Yor sangat efektif disini. Dengan berlatarkan matahari yang sedang terbit, disinar cahaya kekuningan mewujudkan satu pemandangan yang memukau lagi mengasyikkan.
Tanaman padi di tebing tasik, rasanya tanaman ini dibuat setahun sekali

Kemudian kami ke hujung ke arah selatan lagoon untuk melihat penanaman padi di tepi tasik. Memang unik penanaman disini kerana tidak banyak kawasan yang boleh ditanam padi kerana keadaan air yang turun naik boleh mempengaruhi kesuburan padi di sini.

Bot kami menghala ke utara menuju Thale Noi, sebelum itu kami menelusuri tebing tasik ini dan sememangnya amat berbeza dengan kunjungan kami dahulu. Kami dapat melihat rumah renjer ditebing tasik yang ditinggalkan. Kemudian kami melintasi jambatan biru kuning yang dikenali sebagai Thanon Chaloem Phra Kiat 80 Phansa atau Ekachai bridge iaitu sebatang jambatan jalan (road bridge) yang menghubungkan, Phatthalung (Khuan Khanun District) dengan Songkhla(Ranot District). Jambatan ini sepanjang ± 6.5 kilometer melintasi terusan Ban Klang (ia menghubungkan Thale Noi dengan Thale Luang).

Kami memasuki Thale Noi seluas 457km² yang merupakan non-hunting wetland. Yaa… ini kali ke 3 aku mejelajah ke sini. Kalau dulu aku tidak dapat menyaksikan panorama lautan teratai seperti hari ini kerana bukan musimnya. Thale Noi merupakan tapak Ramsar pertama yang diiktiraf di Thailand. Tasik ini menjadi kediaman kepada 287 spesis unggas, 57 spesis mamalia, 40 spesis ikan air tawar dan pelbagai spesis tumbuhan. Sepanjang perjalanan kami dapat menyaksikan lautan bunga teratai, sambil burung-burung celapak berterbangan bila mendengar bunyi bot kami mendekati. Kelihatan kerbau-kerbau (water buffalo) sedang meragut rumput dipulau yang dikhaskan oleh pemiliknya. Waduh memang indah dan damai disaji terus dengan pemandangan semulajadi.

Kami balik semula ke resort melalui laluan yang berbeza, menelusuri sungai kecil Khlong Yuan ke Pak Pra canal sejauh 3.5km. Sampai kembali ke Pak Pra Resort pada jam 9:45 pagi dan terus mengadap sarapan yang mewah(bukan layan diri). Aku cuma makan moi kosong, telur separuh masak, roti, salad dan buah-buahan disamping minuman buah-buahan dan kopi, sosej aku tak berani makan walaupun chef maklum bahawa makanan ini adalah halal. Selepas sarapan kami balik dan berehat di resort sebelum check out dari hotel ini pada jam 12:00 tgh.
Perjalanan dari Pak Pra ke Songkhla melalui Pak Phayun

Lampam Floating Market dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 am – 8.00pm

Di Phattung Beach
Menikmati makan tengahari berupa laksa sup + somtam seafood di Pak Phayun
Kami meninggalkan Pak Pra menuju Songkhla dengan kenangan yang penuh memori disini. Menelusuri jalan di tepian tasik Songkhla, singgah melepas lelah menikmati indah pantai pasir halus diPhathong beach(N7.50546° E100.19634°).Berhenti menikmati makan tengahari diPak Phayun(N7.35288° E100.32675°).(Ia sebuah pekan kecil yang biasa sahaja, namun aku suka persekitarannya).Sebuah perkampungan nelayan yang majoritinya penduduk adalah muslim. Kami meneruskan perjalanan lagi 57km ke Songkhla untuk bermalam diLakeInn Hotel (N7.50546° E100.19634°).Hotel yang sering menjadi pilihanku kalau berada di Songkhla kerana ia dekat dengan kawasan muslim dan mudah mencari makanan halal lagipun ia terletak di Old Town Songkhla yang akan menjadi misi kami esok pagi.
saksikan  video di Pak Pra

Bersambung …..


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhon

2. Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui
3. Koh Samui: Day 03 – Terpukau di Ang Thong
4. Koh Samui: Day 04 – Unseen Khanom
5. Koh Samui: Day 05 – Nyaman Di Nakhon
6. Koh Samui: Day 06 – Pesona di Pak Pra
7. Koh Samui: Day 07 –


Koh Samui: Day 07 – Singkapan Sejarah Songkhla

$
0
0

Tarikh       : 30 Jun 2018
Misi          : Overland Thailand: Koh Samui: (24 – 30 Jun 2018)
Laluan      : Songkhla – Danok – Titi Gajah
Jarak        : 139 km
Coordinate:
 


Songkhla atau satu ketika dahulu dikenali sebagai Singgora (sebuah kerajaan Melayu Islam) Di masa tersebut Singgora adalah sebuah bandar yang makmur. Peninggalan artifak berupa kubu dan kota adalah bukti kehebatan tamadunnya dan menjadi sebahagian tarikan pelancong dan sejarah untuk dikenang dan diambil iktibar.

Contengan Dinding Di Jalanan


Songkhla Old Town dihuni oleh ethnik cina dan perkembangan Songkhla sebagai pelabuhan utama banyak  mempengaruhi senibina bangunannya iaitu rumah kedai. Rumah kedai ala china dan sino-eropah  dibina dalam tahun 1836 dan hampir menyerupai senibina di Pulau Pinang, Melaka dan di Old Town Phuket. Bagi menghidupkan kembali suasana disekitar pekan lama ini, maka dinding-dinding bangunan yang lama di beri nafas baru. Mural berkaitan kehidupan di Songkhla dicoretkan di dinding yang bersesuaian di lorong-lorong sepanjang Nakhon Nok road dan Nakhon Nai Road. Mural ini telah merubah suasana dan berjaya menarik pelancong untuk mengunjungi kawasan ini.

Jam 6.00 pagi kami sudah keluar ke jalanan. Kami bermula dari Saksiphitak Jetty(N7.19398° E100.58941°). Ada peta yang menunjukkan lokasi setiap mural ini. Terdapat lebih dari 10 mural di beberapa lokasi/dinding jalanan. Kami menelusi setiap lorong berdasarkan peta sambil bergambar. Untuk mendapat gambar yang lebih privasi tanpa gangguan, eloklah keluar pada awal pagi.

Berdekatan Saksiphitak Jetty

Di dinding area Yala Road

area Raman Road

area Raman Road

Hub Hoe Hin, ada gudang beras yang terkenal dengan warna merahnya (warna asal). Terletak pada lokasi strategik di pelabuhan. Dahulu tenaga manusia diguna untuk mengangkut/memunggah beras dari kapal. Kemudian pemilik gudang menggunakan kren berkuasa stim dari England. Kini kren tersebut digunakan di pelabuhan untuk bot ikan

Berdekatan Syburi Road

Selepas selesai menelusi setiap lorong kami mencari kedai makan untuk bersarapan. Di kawasan ini tidak ada masalah untuk mendapat makanan halal. Kawasan selatan pekan lama ini didiami oleh komuniti muslim. Ia  dipanggil ‘Ban-Bon District’. Sepanjang Phatthalung road menjadi kediaman masyarakat muslim. Di tengah kediaman muslim ini terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Asasul Islam’(N7.19308° E100.59069°) yang dibina dalam tahun 1850.

Menyingkap Sejarah 

Jam 8:30 pagi, kami check out hotel dan menuju ke Chana road untuk melihat Songkhla City Wall(N7.20203° E100.58979°). Walaupun sudah beberapa kali ke sini namun aku ingin menyingkap lagi sejarah kota ini. Kota ini bukanlah kota tinggalan kerajaan Singgora. Ia dibina dalam tahun 1836 dan siap dalam tahun 1842. Asalnya ia adalah benteng dan dibina bersegi empat dengan mempunyai 10 pintu, 8 menara meriam dan setinggi 7 meter. Gaya pembuatannya lebih kepada ala China dan bahan binaannya adalah dari batu merah yang dibawa dari bukit berdekatan Singgora (kota terawal).  Sayangnya sebahagian dari kubu ini telah dirobohkan untuk pembesaran jalan dan kini hanya tinggal 2 Bahagian dinding yang terletak berhadapan dengan Songkhla National Muzium.

Rumah Kelahiran PM

Kemudian kami ke Phathammarong Museum atau Tinsulanonda Family House (N7.20214° E100.59056°). Ia hanya 80 meter dari City Wall. Terletak di tepi jalan Chana Road, selepas lampu isyarat. Ia adalah rumah kelahiran General  Prem Tinsulanonda, bekas PM Thailand ke 16.

Pada masa itu ia menjadi kediaman bapanya , Khun Winunit Sutthanon, seorang warden penjara di Songkhla. Muzium ini dibina oleh Jabatan Penjara . Kerja pembinaan rumah ini dilakukan oleh Jabatan Penjara dan bermula pada 25 Ogos 1987 dengan perbelanjaan sebanyak THB736,039.26. Ia dibuka secara rasmi pada 4 September 1989.

Ia adalah sebuah rumah kayu setingkat, dengan berbumbung bertingkat bagi memboleh peredaran udara  yang menyamankan bilik di dalam rumah. Terdapat katil dan kerusi malas dipamir dibilik tidur, dapur dengan peralatan memasak lama, bilik yang mempamir koleksi senjata lama seperti pedang, parang dan senapang. Perabot antik yang sezaman dan pastinya nostalgia terasa bila berada di dalam rumah ini.

Ia dibuka dari jam 8:30 pagi hingga 4:00 petang pada setiap hari kecuali  hari Isnin dan cuti kelepasan am. Bayaran masuk adalah PECUMA

Kota Singgora dan Makam diRajanya

Singgora asalnya dibuka oleh seorang saudagar Parsi bernama Datuk Muzaffar dari Jawa Tengah (ada yang menyebut Datuk Monggol) pada tahun 1603 M dan mendirikan kerajaan Singgora Darussalam (Hua Khoa Deng). Apabila Sultan Muzaffar Syah mangkat pada tahun 1618, baginda diganti oleh putranya,  Sultan Sulaiman Syah yang meneruskan usaha ayahandanya bahkan semakin makmur. Bagi menjaga pertahanan Singgora, beliau telah membina tembok /kubu/kota yang strategik dan bedil yang hebat (salah satu bedil kini berada di England). Sebelum ini Sultan memberi penghormatan kepada Kerajaan Siam dengan membayar ufti tetapi apabila Sultan Sulaiman Shah mengistiharkan kemerdekaan, hubungan Singgora dengan Ayuthaya menjadi tegang dan mewujudkan konflik. Kerajaan Singgora di serang beberapa kali sepanjang pemerintahan Sultan Sulaiman Syah namun tidak berjaya menawannya. Setelah Sultan Sulaiman mangkat dalam tahun 1668 barulah Siam dapat menaklukinya pada tahun 1687 M.

     

Kami melawat ke sebuah kubu yang dikenali sebagai Fortress Of Singgora  No. 8 (N7.22237° E100.57421°). Ia terletak di atas bukit setinggi ± 40 meter. Perlu mendaki anak tangga untuk sampai ke sini. Kedudukannya amat strategik dan sesuai sebagai menara pandang dan seterusnya dapat mengawasi kapal yang keluar masuk dari Teluk Siam ke Songkhla Lake.

   

Selepas itu kami ke Fort No. 1(N7.22591° E100.56393°) yang terletak tidak jauh dari Kota No. 8. Kini hanya tinggal tembok sahaja. Tembok ini kelihatan seperti berwarna merah dan katanya ia dibina dari bukit dari sini dan seterusnya ke kota/kubu kecil Fort No. 9(N7.21939° E100.55677°). 

Sebenarnya sengaja aku melawat kembali lokasi ini bagi memberi semangat menyiasat lebih lanjut lokasi kota Singgora di kaki bukit merah ini. Insyaallah aku akan catat semula setelah aku menghimpun semula cerita dan lokasi yang aku jelajahi dahulu dan akan datang. Aku kini sedang menghimpun maklumat dan koordinat kesemua 19 lokasi kota Singgora ini

Dihadapan Bangunan yang menempatkan makam Sultan Sulaiman Shah

Makam Sultan Sulaiaman - Pemandangan di dalam bangunan

Makam Datuk Mongol, Ayahanda Sultan Sulaiman Shah

Kami mengunjungi  makam Sultan Sulaiman Shah (N7.23459° E100.55658°).  Makamnya ditempatkan di dalam sebuah bangunan khas yang berbumbung dengan atap ala Singgora. Manakala makam Datuk Mongol (ayahanda baginda) bersemadi dibelakang bangunan ini. Makam ini sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan. Cuma aku musykil berkaitan foto yang katanya adalah gambar Sultan Sulaiman Shah (hmmm... kamera tercipta pada hujung abad ke 19 dan mula diguna sekitar awal abad ke 20 sedangkan Sultan Sulaiman mangkat pada hujung abad ke 17)

Antara chalet terapong di Soi 5 Rom Yen: Dalam perjalanan pulang, kami mengelilingi Koh Yo


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Samui: Day 01 – Singgahan di Nakhon
2. Koh Samui: Day 02 – Selamat Datang Ke Koh Samui
3. Koh Samui: Day 03 – Terpukau di Ang Thong
4. Koh Samui: Day 04 – Unseen Khanom
5. Koh Samui: Day 05 – Nyaman Di Nakhon
6. Koh Samui: Day 06 – Pesona di Pak Pra
7. Koh Samui: Day 07 – Singkapan Sejarah Songkhla

Laksa Siam: Citra Warna & Rasa

$
0
0

Tarikh       : 09 September 2018
Misi          : Jalan-Jalan Cari Makan
Lokasi       : Sadao, Thailand
Jarak        :
Coordinate:  N6.64074° E100.42752°
Google Link:
 https://goo.gl/maps/YKMH2FNoMW72 

Selain Tom Yum, Thailand juga punya sajian lain yang agak popular iaitu Laksa. Secara amnya laksa siam berkuah lemak dengan tekstur laksanya lebih halus dan lembut. Walau terdapat pelbagai versi rasa dari setiap wilayah tetapi laksa buatan sendiri dari pemilik café ini, iaitu Puan Hasnah @ Shalada ada keistimewaan tersendiri. Cafénya yang terletak di Sadao menampilkan kelainan dengan memberi sesuatu yang baru kepada pelanggan. Ia popular dengan  laksa berwarna  (ditampilkan dengan warna biru, hijau, pink dan purple.)

Laksa buatan sendiri yang segar tanpa menggunakan pewarna tiruan atau bahan kimia. Laksanya diwarnakan dengan mengguna tumbuhan semulajadi. Untuk warna kuning beliau menggunakan kunyit, warna ungu dari bunga kacang telang, warna biru terhasil dari campuran kacang telang dan limau nipis, bayam merah dicampur lemon juice untuk warna pink dan lain-lain lagi.

Kuah memainkan peranan penting dalam menentukan kelazatan laksa tersebut. Selain kuah lemak, terdapat beberapa kuah lain seperti kuah ketam, kuah ala kengsom dan lain-lain lagi. Kuahnya memang lazat dan pekat. Ia adalah resepi turun temurun yang diwarisi dan neneknya yang mengusahakan laksa sejak 70 tahun lalu.

Laksa ini disertakan dengan ulaman seperti taugeh, daun selaseh, daun kesom, daun selom (kebanyakan ditanam sendiri), jeruk timun seperti somtam ditambah dengan telur dan ayam goreng ...perghhh... Aroiii.

Café ini mula dibuka sejak setahun lalu (Bulan Julai 2017) kini mula menerima ramai pelanggan tempatan dan pelancong Malaysia. Harga semangkuk laksa ini ± THB 49 dan bergantung kepada menu dan kuahnya

Katanya, proses memasak kuah laksa bermula seawal jam 9 pagi dan café mula dibuka pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali hari ISNIN.

Dalam sehari, anggaran 14 kilo laksa dihasilkan dan kadangkala ia tidak mencukupi kerana kehadiran ramai pelanggan.

Selain laksa, café ini juga menyediakan lain-lain menu berasas laksa dan makanan popular Thai seperti tomyam, kengsom, somtam dan lain-lain lagi. Beliau sentiasa mempelbagaikan lagi menu dan mencari sesuatu yang baru bagi menarik ramai lagi pengunjung ke Cafénya.

Had Thong Resort: Resort Tersorok Di tepiaan Tasik Songkhla

$
0
0

Tarikh       : 06 September 2018
Misi          : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 1
Lokasi       : Pak Phayun, Phatthalung, Thailand
Jarak        : 170 km
Coordinate:  N7.40379° E100.25276°
Google Link: https://goo.gl/maps/tAQvRpnXqmR2

Cuti Hari Keputraan KDYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertua Agung pada 09/09/2018(Ahad) dan seterus cuti awal Muharram pada 11/09/2018 menjadikan cuti yang panjang (Cuti Jumaat dan Sabtu di Kedah) maka tentu sekali pasti ramai pelancong anda berpusu-pusu masuk ke Thailand . MAKA aku mengambil keputusan untuk masuk ke Thailand pada hari Khamis dan setelah mengambil anak-anak aku disekolah, jam 3.30 petang kami bertolak ke sempadan, Walaupun sudah mula kelihatan beberapa orang pelancong tetapi urusan imigresen berjalan lancar. Usai urusan imigresen, kami tukar duit dan topup di kedai berhampiran (kedai ini sudah dibuka pada jam 6.00am(waktu Thailand)). Kemudian kami singgah di kedai LAKSA BERWARNA(Klik) untuk menikmatinya sebelum meneruskan perjalanan

Cuti ini, aku berhasrat membawa familiku ke Phatthalung. Memandangkan waktu sudah lewat petang(6:00pm) maka, aku mengambil keputusan untuk bermalam di kawasan pinggiran Tasik Songkhla dan terus ke pekan Pak Phayun. Kami singgah untuk makan Tom Sup dan sambil-sambil tu aku mencari lokasi resort menerusi apps dan bercadang untuk bermalam di Hadthong Resort. Bagi mengelak kesukaran mendapat makanan, aku tapau’ pulut ayam dan somtam buat bekalan makan malam nanti. Pulut ayam disini (N7.35284° E100.32705°) memang sedap (aku pernah beberapa kali ke sini sebelum ni). Suami penjual pulut ayam ni boleh bercakap Jawi (melayu) kerana dia berasal dari Yala manakala isterinya tidak dapat bertutur dengan baik.

Kami check in di Had Thong Resort pada jam 7.10pm dan mengambil sebuah bilik (Famili Room) – nasib baik mereka benarkan kami 7 beranak tinggal sebilik tanpa ambil extra bed) dengan harga THB1,000.00. Untuk makluman, kalau perjalanan berkeluarga kami sentiasa bawa bantal dan toto). Bilik yang agak besar dengan 2 buah katil King size.

Had Thong Travel & Resort (N7.40379° E100.25276°) terletak ± 15km ke barat Pak Phayun. Ia terletak sedikit ke dalam dari jalanraya dan berada di hujung tanjung kecil ditepian Tasik Songkhla dengan persekitaran yang menarik. Ia dimiliki oleh pengusaha China iaitu Asia Hotels Group (aku tanya samada ia dimiliki oleh Asia Hotel Langkawi dan penyambuit tetamu tidak tahu… ). Ia mempunyai 50 bilik berhawa dingin dan bertaraf 3 bintang. Bilik kami di bangunan utama (2 tingkat) dan ada rumah dengan 2 bilik berkembar diatas bumbungnya yang terbuka dan boleh naik untuk bersantai. Ia mempunyai restoran dan kemudahan wifi namun kami ragu-ragu untuk menikmati makanan disini(nasib baik tapau makanan tadi). Kawasan berdekatan resort ini kebanyakan adalah muslim.

Esoknya kami check out jam 7.00 pagi (waktu Thai) dan sekali lagi singgah di pantai berdekatan untuk menikmati suasana tasik berdekatan resort ini.

Layan Pemandangan sekitar resort ini:-

Bilik berkembar harga rasanya THB700 satu unit

Yang syoknya di atasnya boleh sembang sambil nikmati suasana tasik

YAng ni mahai

Perkhidmatan bot disediakan

Layan suasana tasik di waktu petang

Melihat bot nelayan keluar mencari rejeki

Santai di halaman resort

sebuah pantai Berdekatan Resot

Ada tasik yang menghijau



Pautan Kembara Berkaitan
1. Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day
4. Phatthalung: Day
5. Phatthalung: Day

Namtok Nan Sawan: Pesona Air Terjun Kecil

$
0
0

Tarikh       : 07 September 2018
Misi          : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 2
Lokasi       : Khao Pu - Khao Ya National Park, Phatthalung, Thailand
Jarak        :  170 km 
Coordinate:  N7.89232° E99.78947°
Google Link:
 

Sambungai dari kisah semalam …  Dari Pak Phayun ke Pa Phayom

Dari Had Thong Resort di Pak Phayun kami menuju ke arah Barat Laut menghala ke Pa Phayom (nama macam nak sama) sejauh ±170 km untuk sekali lagi mengunjungi sebuah air terjun kecil menawan. Kali ini membawa anak-anak ku pula. Tetapi kali ini debit air  berkurangan dan aliran air tidak menyeluruh dan hanya ada 3 aliran sahaja. Namun memang tak menjemukan air terjun ini walau berkali-kali datang.

Nan Sawan waterfall (น้ำตกหนานสวรรค์ ) adalah air terjun kecil yang cantik. Ia berada dalam Taman Negara Khao Pu - Khao Ya. ia berpunca dari aliran sungai kecil yang jernih airnya bermula dari empangan Huai Nam mengalir melalui batukapur berwarna kuning disini dan jatuh ke dalam kolam yang menghijau airnya bagaikan emerald, teduh dinaungi oleh pepohon sekitarnya. Kolam ini adalah kolam semulajadi (dalam juga oooii…) dan sesuai untuk mandi manda. Di hujung sana ada lagi air terjun kecil.

Kami tiba di sini ± jam 10:40 pagi (waktu Thailand). Semasa kami tiba, ada beberapa orang kanak-kanak sedang mandi manda dengan menggunakan pelampong yang boleh disewa dari tempat khas. Mereka riang gembira sambil melompot terjun ke dalam kolam. Aku juga tidak mahu ketinggalan, bersama anak-anakku, berenang menghampiri air terjun dan berusaha hingga berada di bawah air terjun ini (yeah… berjaya juga). Membiarkan anak-anakku mandi sepuasnya dan bermain dengan buaian yang tersedia di pokok berhampiran. Walaubagaimanapun aku sentiasa mengawasi mereka dan sentiasa memastikan mereka memakai life jacket.

LAYAN GAMBAR di AIR TERJUN INI

Air terjun ini berpunca dari sungai di atas ini dan jatuh ke kolam di bawah

Di belakang sana ada air terjun kecil lagi

Sebuah chalet berdekat .. ia terletak di tepi sungai

Laluan menarik turun ke sungai dari chalet ini

sungai yang jernih airnya

Terapi bunyi … berehat di atas pelenggar sambil menghayati alam dan bunyi

Ketika aku datang di musim hujan, Debit air yang banyak dan air keruh


Pautan Kembara Berkaitan
1.
Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall    
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung:
6. Phatthalung:
7. Phatthalung: Day
8. Phatthalung:
9. Phatthalung: Day 
10. Phatthalung:
11. Phatthalung: Day

Napokae: Melancong Sambil Belajar

$
0
0

Tarikh       : 07 September 2018
Misi          : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 2
Lokasi       : Khuan Khanun, Phatthalung, Thailand
Jarak        :
Coordinate:  N7.73596° E100.04421°
Google Link: https://goo.gl/maps/41FoWFfsHov

Sambungan ….

Dari Pa Phayom kami mengahala balik ke arah pekan Phatthalung (± 43 km) menuju ke lokasi seterusnya.


Napokae Learning Centre. ศูนย์การเรียนรู้ นาโปแก ควนขนุน kini adalah antara tarikan pelancong ke Phatthalung. Ia adalah sebuah agrotourism  yang berinformasi tentang pertanian berasaskan padi. Napokae bermakna ‘sawah padi warisan leluhor ‘ (aku terjemahkan secara bebas), terletak di Khuan Khanun lebihkurang 19km ke utara pekan Phatthalung. Ia diusahakan oleh penduduk kampung di atas tanah seluas ± 4 ekar.

Pada pintu masuknya kita akan melihat replika kerbau besar dari jerami, menunjukkan betapa pentingnya kerbau membantu kehidupan petani di sini suatu masa dahulu. Kita akan merentas kawasan sawah padi sambil meniti di atas pelantar kayu yang disediakan, sambil melalui bahagian tertentu(menyediakan demontrasi dan sebagainya) dan disulami dengan pondok berehat dan pavillion yang menjual makanan/minuman, barangan penduduk berasas pertanian dan lain-lain lagi.

Pelancong akan didedahkan tentang cara kehidupan petani dalam mengerjakan sawah padi bermula dari penanaman, membajak (dengan menggunakan kerbau), menuai dan menghasilkan beras dari padi. Ada juga sudut demontrasi dimana pelancong boleh  mencuba cara penanaman padi secara traditional,menumbuk padi menggunakan lesong dan lain-lain lagi.

Sangat berbaloi ke sini untuk kembali menyaksikan kaedah lama yang dipratikkan petani dalam penanaman padi, menambahkan pengetahuan dan menikmati keindahan kawasan sawah padi.

Terdapat juga homestay yang boleh disewa dengan kadar THB1,500  hingga THB1,800 sebilik,  disertakan sarapan pagi

Masuk adalah PERCUMA dan Ia dibuka setiap hari :

08:30 - 17:30 - Isnin – Jumaat

08:00 - 18:30 : Sabtu & Ahad

Nota: Pelancong boleh menyewa payung kayu comel berwarna ranggi (untuk bergambar) di pintu masuk dengan harga THB20 sahaja


LAYAN GAMBAR & Lokasi

Pelantar pejalan kaki dibina mengelilingi kawasan sawah padi ini

Pot bergambar

Tangkoi – peralatan traditional

meniti di titian kecil sambil berposing

untuk ke pavillion tinggi

Ada beberapa chalet yang boleh disewa

Bahagian pemprosesan padi

payung kecil ranggi untuk bergambar ada tersedia

laluan ke Chalet

Nostalgia ..!


Pautan Kembara Berkaitan
1.
Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall    
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung:
6. Phatthalung:
7. Phatthalung: Day
8. Phatthalung:
9. Phatthalung: Day 
10. Phatthalung:
11. Phatthalung: Day

Sampaothai: Tarikan Agrotourism

$
0
0

Tarikh        : 07 September 2018
Misi           : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 2
Lokasi        : Ban Sampaothai, Phatthalung, Thailand
Jarak         :        
Coordinate :  N7.71134° E100.11111°
Google Link: https://goo.gl/maps/9PGXh4Yamj82

Sambungan ….

Dari Napokae kami menghala ke Phatthalung untuk mencari tempat berehat bagi mengembalikan kesegaran dan memilih untuk menginap di Mountain View Guest House.(N7.62563° E100.08845°) Sebuah guest house yang selesa dengan harga THB600  sebilik. Biliknya luas dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, wifi, peti sejuk dan kolam renang. Tuan punya juga sangat mesra dan mahir bertutur English. Bagiku penginapan sebegini sangat sesuai untuk kami sekeluarga.

Kami lelap seketika untuk memulih tenaga, petangnya kami keluar ke Sampaothai dan sebahagian anak-anakku menghabiskan masa di kolam renang.

สำเภาไทย SAMPAOTHAI adalah salah satu tarikan terbaru di Phatthalung. Terletak di Ban Sampaothai iaitu lebih kurang 14km ke timur laut Phatthalung. Ia terletak berhampiran jalan utama dan meluas hingga ke kawasan sawah padi dengan keluasan  ± 4 ekar (10 rai). Sebelum memasuki kawasan sawah padi yang menjadi identitinya dan Phatthalung amnya, kita akan melalui kawasan tanaman sayuran dan ada buah-buahan tergantung di atas kepala di laluan simen yang tersedia.

Ia adalah kawasan sawah padi yang diberi nafas baru. Chalet dan restoran dibina, ikan dipelihara. Ikon utamanya adalah replika kapal yang masih dalam pembinaan ( ada cerita tersendiri ). Ada pelantar kayu dibina merintangi sawah dimana kita boleh berjalan di atasnya hingga ke penghujung (ada sungai kecil). Beberapa pot swafoto menarik tersedia seperti buaian, titi buluh, tangkoi dan lain-lain lagi. Ia juga adalah lokasi yang sesuai untuk mempelajari dan menghayati kehidupan sebagai petani di sini.

Terdapat ± 4 unit chalet berkembar dan chalet berteres dibina di dalam kawasan bendang yang boleh disewa dengan harga ± THB1200.00 seunit.

Bayaran masuk adalah PERCUMA ( buat masa ni… ) dan ia dibuka setiap hari dari jam 8:00am - 07:00pm

LAYAN GAMBAR DI SAMPOATHAI ……

ada tanaman organik di sepanjang jalan masuk menuju ke bendang

Duduk di dalam tasik berlatarkan ‘lambang’ Sampaothai

Buaian di atas tasik

Di dalam tasik ini ada beratus ikan talapia merah yang besar

Gerbang ke Chalet

Menikmati pemandangan sambil bermain chongkak

Air pancut : – boleh nikmati kopi di atas tasik ini

beberapa bangunan sedang dalam pembinaan

Pelantar kayu merentasi sawah ladang menuju ke sungai

Titian buluh

Buaian di bawah pohon

Buaian di dalam bendang (sawah)


Pautan Kembara Berkaitan
1.
Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai   
6. Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu 
7. Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla   
8. Phatthalung:
9. Phatthalung: Day
10. Phatthalung:
11. Phatthalung: Day

Khao OK Thalu: Lohong Di Puncak

$
0
0

Tarikh        : 08 September 2018
Misi           : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 03    
Lokasi        : Phatthalung, Thailand
Jarak         :        
Coordinate :  N7.62543° E100.09119°
Google Link: https://goo.gl/maps/kXjHsWktEat

Sambungan ….

Pekan Phatthalung berlatarkan sebuah bukit yang menjadi ‘lambang’ wilayah Phatthalung. Bukit batu kapur setinggi ±250 meter yang berdiri di atas tanah pamah. Bukit  ini memanjang dari Selatan ke Utara sejauh ± 2 km dan lebar ± 1km. Dipuncaknya kelihatan lubang tembus seluas 10 meter dan terdapat rantaian gua-gua batu kapur yang dipenuhi dengan stalagmite dan stalactite.

Bukit ini dinamakan Khao OK Thalu (เขาอกทะลุ) dan penduduk tempatan mempercayai ia adalah tempat yang suci. Ia juga mempunyai nilai sejarah kerana ada penemuan barangan purba di era Srivijaya (abad ke 12 – 13) dan pihak kerajaan (The Fine Arts Department) telah mengeluarkan gazet (Royal Gazette Vol. 52, No. 72, December 8, 1935.) dan juga mengistiharkan sebagai ‘natural resources’ dan perlu di pulihara pada pada 07 November 1989.

Penginapan kami dari OK Thalu

Dari kediaman kami (Mountain view Guest) jaraknya hanya 50 meter sahaja dari kaki bukit ini. Seawal pagi kami semua mendaki anak tangga yang disediakan. Terdapat ± 1,066 anak tangga hingga ke puncak. Dipertengahan jalan ada cabang jalan dimana ke kiri menuju ke kuil berhampiran dan kanan naik hingga ke puncak. Disamping menikmati suasana segar dan menikmati panorama indah kita juga dapat melatih stamina. Memang penat juga woo nak habiskan anak tangga dan setelah ±40 minit akhirnya kami sampai ke puncak dan dapat melihat lubang besar ini . Dari lubang ini, jelas kelihatan pekan Phatthalung. Kini lubang ini di pagar untuk tujuan keselamatan. Di atas ini juga terdapat sebuah kuil. Di atas ini suasana sejuk dan berangin ditambah angin sentiasa menerobos lohong ini. Alhamdulillah dapat jua kami menjejak ke atas puncak yang menjadi simbol atau ikon kepada wilayah Phatthalung.

Permulaan

1,066 anak tangga … jenoh tuoi laaa

Dipertengahan perjalanan .. berlatarkan pekan Phatthalung

pemandangan Dari atas puncak

Yaaa … sampai di puncak

Lohong seluas 10 meter yang menampakan pekan Phatthalung


Pautan Kembara Berkaitan
1.
Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai   
6. Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu 
7. Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla   
8. Phatthalung:
9. Phatthalung: Day
10. Phatthalung:
11. Phatthalung: Day

Phatthalung: Menelusuri Tebing Tasik Songkhla

$
0
0

Tarikh        : 08 September 2018
Misi           : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 03    
Lokasi        : Phatthalung, Thailand
Jarak         :        
Coordinate : 
Google Link:

Sambungan ….

Selepas turun dari Khao OK Thalu, kami ke kedai makan di pekan Phatthalung untuk bersarapan dan seterusnya menghala ke timur. ± 14km kami melihat ladang bunga matahari di pusat penyelidikan pertanian Phatthalung. (N7.58005° E100.16400°) Kelihatan bunga matahari sedang berkembang dan kami tidak melepas peluang untuk bergambar. Disini juga ada penyelidikan tentang pokok teratai. Dan berdekatan kawasan pejabat ada sedikit binaan ditepian tasik yang menarik dan kami singgah seketika untuk bergambar.

Kami meneruskan perjalanan dan singgah ke suatu lokasi berdekatan Chong Ke beach(N7.48970° E100.21104°) yang terletak di Chong Thanon, Phatthalung. Ia menjadi kawasan restoran. Disamping menjamu selera, dapat jua menjamu mata menikmati pemandangan tasik Songkhla.

 

Selepas itu singgah ke Ban Na Pha Ko(N7.46622° E100.22487°). Ia adalah kuala yang menemukan 2 batang sungai (Khlong Ma Khop Kang dan Khlong Thap Quan). Kelihatan seperti tempat ini dijadikan sebagai floating market. Kawasan yang cantik ini dibangunkan sebagai kawasan untuk beriadah dan dijadikan sebagai lokasi sambutan Loi Khratong, Songkhran dan lain-lain lagi. Tetapi singgahan aku ke sini adalah untuk melihat sepohon pokok asam tua yang menjadi simbol penyatuan dan harmoni. Pokok ini berusia lebih dari 200 tahun dan berukur lilit ±3 meter dan setinggi ± 40 meter. Pokok ini di bawah pengawasan pusat pentadbiran daerah Na Pha Ko.

Di bawah pohon Asam yang menjadi simbol harmoni di Na Pha Ko


Pautan Kembara Berkaitan
1.
Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai   
6. Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu 
7. Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla   
8. Phatthalung:
9. Phatthalung: Day
10. Phatthalung:
11. Phatthalung: Day

Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla

$
0
0
DJI_0754
Tarikh : 08 September 2018
Misi    : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 03
Lokasi : Sathing Pra, Thailand
Jarak  :
Coordinate : N7.53142° E100.37962°
Google Link:
https://goo.gl/maps/Ci85GkV3TxB2
Bersambung ……
Lintasan dan gambaran pulau ini telah ‘diilhamkan’ kepadaku olehNya. Maka berusahalah aku mencari danmengenalpasti lokasinya. Hasil godekan dari Garmin dan Google maps telah membantu aku mengenalpasti kemana harus aku mulai.
Dari Phatthalung, aku menghala ke Sathing Pra(sambil berdoa semoga dipermudahkan perjalanan kami dan berjumpa dengan pulau ini).Aku mengikut ‘gerak hati’ yang mendorong aku menuju ke Khu Khut Bird Watching Park(N7.46259° E100.41152°).Sampai disini dalam jam 1.20 tgh, aku terpinga-pinga untuk mencari arah. Aku ‘diamkan’ diri seketika, niat agar didorong ke arah penyelesaian. Kemudian aku menuju ke sebuah restoran (tujuan utama nak beli mineral water) dan disitu aku disapa oleh seorang wanita (pelayan kedai) lantas aku bertanya tentang lokasi pulau ini. Mulanya beliau memaklumkan bahawa aku perlu menuju ke utara lagi iaitu ke Khlong Ri, tiba-tiba seorang operator/pemandu bot (long boat) muncul dan pelayan wanita tersebut bertanyakan kepada lelaki tersebut dan setelah berunding beliau sanggup untuk membawa kami ke pulau ini dengan bayaran THB600.00 (satu bot). Sementara menunggu beliau membawa bot ke jeti, kami bersiap dengan bekalan dan membeli air mineral untuk dibawa bersama (maklumlah belum makan tengahari lagi dan kebetulan bekalan pulut ayam yang dibeli di Phatthalung masih ada). Untuk makluman, kedai makan disini operatornya bukanlah muslim.
Untuk makluman Khu Khut Wildlife Santuary atau Songkhla Lake Wildlife Sanctuary telah diistiharkan sebagai non hunting area pada 13 April 1975. Ia adalah the largest waterfowl park in Asia dengan keluasan ± ​​227,916 rai (365 square kilometers) yang meliputi Wilayah ​​Songkhla, Rattaphum, Sathing Phra dan sebahagian Pak Phayun Phatthalung.  Di kawasan ini terdapat banyak pulau-pulau kecil dan dipenuhi dengan rumput paya yang menjadi tempat yang sesuai untuk unggas paya dan hidupan aquatik. Terdapat 44 spesis burung dikenalpasti di sini dan beratus spesis ikan dan hidupan air. Ada burung yang menjadikan kawasan ini sebagai singgahan dan kawanan burung lebih jelas nampak antara Disember – April.
Kami bertolak dari jeti (N7.46256° E100.41143°) pada jam 1.55pm. Kami menelusuri kawasan tasik ini dengan bot sejauh ± 8km, meredah tasik yang jernih airnya tetapi cetek (aras pinggang ja). Melintasi beberapa pulau dan samun kecil dan akhirnya nampaklah Pulau yang dikenali sebagai Khamngiang @ Tham Yang (เกาะคำเหียง)(N7.53142° E100.37962°). Pulau kecil ini sepanjang ±200 meter dan selepas 90 meter dengan ketinggian tidak melebihi 30 meter. Ada jeti yang tersedia dan Ia seperti bukit kecil yang puncaknya boleh didaki. Kami mendaki hingga ke puncak dan dari atas dapat saksikan ‘sayup’ lautan tasik Songkhla. Ada trail mengelilingi pulau ini dan tali keselamatan dipasang di lokasi curam. Di kaki bukitnya ada gua kelawar dan dimuka gua ada tirai hasil dari juntaian akar pokok.
Semasa hendak balik kami melihat sebuah bot menghampiri jeti dan rupanya mereka adalah krew dari Channel 7 yang sedang membuat liputan tentang pulau ini. Mereka turut menemuramah aku dan bertanyakan pandanganku tentang lokasi pulau ini. Dan selepas itu ada feri datang menghampiri jeti. Ia (feri ini adalah servis dari Khlong Ri) yang menyedia perkhidmatan menelusuri Tasik Songkhla.
LAYAN GAMBAR DI PULAU INI ….
Di trail head (atas pulau)
Dipertengahan trail
di jeti pendaratan di pulau
sebelum memulakan hiking
bagaikan tirai
antara view point di atas bukit ini
Di muka gua berlatarkan tirai akar
Feri dari Klong Ri
Video di Pulau kecil ini

Bo-it beach: Tenang Di Pantai Yang Lengang

$
0
0

Tarikh : 09 September 2018
Misi     : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 04   
Lokasi : Bot-it Beach, Ko Teao, Songkhla, Thailand
Jarak   :
Coordinate : N7.11547° E100.66434°
Google Link: https://goo.gl/maps/SinKo5bzC5t
 

Bersambung ….. DAY 04

20180909_093906

Selepas Sathing Pra, kami bermalam di sebuah chalet berhampiran Muang Ngam Beach(KLIK), daerah Singhanakhon Songkhla. Kawasan ini komonitinya adalah muslim, jadi tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal.

20180909_095137

Tebing penahan ombak sepanjang 200 meter dan selebar 4 meter

Selepas sarapan kami menuju ke satu pantai yang terletak ± 14km ke selatan Songkhla. Dikenali sebagai Bo-it beach (ชายหาดบ่ออิฐ)dan terletak dalam perkampungan nelayan di Ko Taeo, Songkhla. Berada dalam komuniti muslim yang memudahkan untuk menjamu selera dan beribadah. 

Pantai yang agak sepi dan tenang. Setenang lautnya, begitu juga keadaan tempatnya, lengang. Sesekali menjadi tumpuan penduduk yang melarikan dari keriuhan pantai Samila. Lautnya yang jernih dengan pantai yang puteh. Ombak yang ganas ditenangkan dengan beting penahan ombak. Lengkungan pantai antara beting ini bagaikan tanjung dan ia membahagikan 2 bahagian pantai menjadikan. Sebahagian adalah dijadikan sebagai tempat berlabuh bot nelayan dan sebahagian lagi sesuai untuk berenang dan bersantai. Legkongan ini juga menjadi tarikan kepada jurufoto yang menjadikan ia sebagai subjek. Lebih menarik, kini ada tangga berwarna didirikan untuk memanjat tebing batu penahan ombak sepanjang ±200 meter dan lebar ±4 metar.

DJI_0761

Selepas itu kami menuju ke Ban Hin Kliang(N7.03474° E100.58980°) untuk melihat satu kawasan bendang yang dijadikan sebagai kawasan rekreasi. Kawasan ini masih dalam pembinaan, pelantar pejalan kaki masih belum siap sepenuhnya. Tidak banyak yang boleh kami terokai di sini kerana kayu pelantar masih belum dipasang sepenuhnya dan banyak binaan masih belum siap sepenuhnya. Sebelum balik kami singgah ke sebuah cafe (N7.02861° E100.57936°) di kawasan bendang yang mula diviralkan

20180909_111719

Selepas gelincir matahari, kamipun bertolak balik ke rumah …..

GAMBAR DI SEKITAR BO-IT BEACH dan kawasan berhampiran

20180909_094159-horz

Pantai yang membentuk keluk dikiri sesuai untuk mandi manda dan di kanan tempat bot berlabuh

20180909_095726-01

Teduhan di pantai Bo-It … boleh parkir kereta di sini dan buka bekalan

DJI_0763

20180909_104153-horz

Ban Hin Kliang – ketika kami sampai masih belum sempurna pembinaan

Hadyai: Rekreasi di Kawasan Bendang

$
0
0

Tarikh  : 22 September 2018
Misi     :
Lokasi  : Ban Hin Kliang, Tambon Tha Kham, Hadyai, thailand 
Jarak   :
Coordinate : N7.03533° E100.59004°
Google Link: https://goo.gl/maps/XPyx5QfkGrE2
  


Perlancongan berasaskan pertanian (agritourism) sudah mula mendapat tempat di Thailand. Di daerah Phatthalung, nama-nama seperti Napoake, Sampaothai, Khuha Sawan, Kwangjai dan beberapa lagi sudah popular di kalangan pelancong (baik tempatan atau luar).

Kini sebuah kampung berdekatan Hadyai, Ban Hin Kliang (ศาลาต้นโด) mula mengorak langkah ke arah konsep sebegini. Terletak ± 18 km ke timur Timur Laut Hadyai. Ia dibangunkan di dalam kawasan bendang. Pelantar kayu dibina mengelilingi dan merentas kawasan sawah, buaian dipasang di bawah rimbunan pokok, pepatong orang sawah (scarecrow) menarik perhatian, rumah pokok pasti jadi tarikan. Kerbau dan lembu dibiar berkeliaran, unggas pula bebas berterbangan.

2 minggu lalu aku sudah ke sini dan ia masih dalam pembinaan dengan pelantar pejalan kaki yang masih belum sempurna. Hari ini aku berkunjung kembali ke sini dan ia sudah siap sepenuhnya. Bahkan beberapa tarikan baru (pot berswafoto) sudah dibina. Pelantar dan papan tanda sudah siap dipasang. Pengunjung sudah ramai yang bertandang. Rasanya sudah seminggu tempat ini dibuka.

Berdekatan kawasan ini, nun di dalam kawasan bukit di dalam kebun getah, terdapat satu lokasi  tersembunyi yang juga sedang di angkat naik oleh penduduk. Kalau dulu batuan di kebun getah  mungkin dianggap sebagai pembawa masalah(tiada nilai ekonomi, menghadkan kawasan tanaman dll) dan kini mereka menukar masalah kepada riadah. Batu-batu ini berada pada lokasi yang tinggi boleh mewujud satu panorama indah. Beberapa struktur dibina untuk pengunjung bersantai. Lokasi ini ialah Pho Hin Ngam (โพธิ์หินงาม)(N7.02302° E100.58935°) yang terletak ± 2 km ke Selatan dari lokasi Ban Hin Kliang.


Layan Gambar di Ban Hin Kliang & Pho Hin Ngam

Ban Hin Kliang: Buaian di Entrance

Ban Hin Kliang: Pepatung dari jerami

Ban Hin Kliang: Pepatung berbentuk tikus di jalan masuk ke pelantar

Ban Hin Kliang: pot berswafoto

Ban Hin Kliang: MERAIKAN KEJAYAAN - bersama student sebuah universiti tempatan

Ban Hin Kliang: Rumah Pokok

Ban Hin Kliang:  Pandangan rumah pokok dari udara

Ban Hin Kliang: merentas bendang

Pho Hin Ngam: dicelah batu

Pho Hin Ngam:  ada kerusi berehat

Pho Hin Ngam:  dihujung tebing

Pho Hin Ngam:  di bawah sawah kini ada cafe baru dibuka

Pho Hin Ngam:  Di atas batuan curam

Pho Hin Ngam:  pandang udara

Imbangan: Terbalik kuang

Air Terjun Tersembunyi di Laluan Sunyi

$
0
0

20180929_123938

Tarikh  : 29 September 2018
Misi     : Mencari Air Terjun Tersembunyi
Lokasi  : Sadao, Thailand
Jarak   :


Aku mendapat maklumat mengenai air terjun ini melalui seorang rakan kayuhan. Hasrat yang lama terpendam, secara tiba-tiba teringat balik apabila pencarian trail hiking di Padang Besar menemui jalan buntu (sunyi dan tiada nampak bekas laluan). Aku sudah sampai ke ‘Yon’ (lokasi mula untuk ke air terjun ini yang jauhnya cuma 7km ja) bersama famili dan setelah mengambil maklumat dari penduduk tempatan hari ini aku dan isteri bermotosikal datang kembali untuk mencari air terjun ini.


Dikenali sebagai Namtok Ton Mai Pak dan ada yang kata Namtok Khao Mai Pak (Air terjun Batang Berjuntai) – Terletak dalam Khao Nam Khang National Park, tersembunyi hampir di sempadan Malaysia/Thai, tersorok dari penglihatan awam, terletak di celah kebun getah dan dusun.

Perlu redah anak sungai ini

Petang kelmarin hujan turun dengan  lebat dan sudah pasti air sungai akan meningkat parasnya. Laluan pantas ke air terjun perlu meredah beberapa batang sungai. Aku berjaya melintas sungai yang pertama, batu-batu  sungai berjaya di tackle, nasib paras air tidak melepasi ekzos motosikal. Meredah laluan kebun getah yang becak dan tiba pada sungai kedua, aku meminta isteriku meninjau dan beliau melapor paras air hingga pangkal paha, tidak mahu ambil risiko kami berpatah balik. NAMUN aku tidak  berputus asa. Aku soroti peta dari Garminku, aku amati toponya, laluan pilihan aku fokuskan. Aku dapati ada jalan pilihan tetapi jauh… tidak mahu melepas peluang kami terjahi laluan ini, laluan offroad yang berbatu dan melalui sebahagian lereng bukit. Nasib baik sesekali berjumpa dengan rumah penduduk (kebanyakan muslim). Aku berpandu dengan naluri disamping dibantu dengan teknologi, akhirnya berjumpa juga kami dengan air terjun ini.

Air terjun setinggi 5 meter yang memang betoi-betoi air terjun. Mengalir dari anak sungai kecil dari bukit di Sempadan Malaysia yang jatuh ke dalam kolam kecil yang tidak dalam. Sungai ini yang airnya mengalir masuk ke Sadao Dam yang terletak ± 13km. Dari sini, aku meninjau kawasan ini dan aku dapati memang best ni kalau kayuh mai sini …

BErada di tebing ditepian sungai yang airnya  jatuh ke dalam kolam

Pandangan dari atas (kami di tebing)

Kolam ini tidak terlalu dalam tetapi risau gak (pasai sunyi di sini)

Viewing all 227 articles
Browse latest View live