Quantcast
Channel: PUDIN TTG
Viewing all 227 articles
Browse latest View live

Darulaman Trails: TTIS Trail–Denai Larian

$
0
0

Tarikh  : 19 Jun 2017
Jarak   :  2.00 km
Coordinate: (N6.25310° E100.44557°)
Lokasi  : Darulaman Trails, Darulaman Hills , Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia

Denai Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS Trail) terletak disebelah timur Darulaman Hills (bersebelahan dengan perumahan Idaman dan perkampungan). Sebahagian dari laluan ini pernah menjadi trek Girl & Women Jamboree 2012. Ia sejauh 2km dan digabungkan dengan beberapa denai lainnya bagi mewujudkan lingkaran bersambung (loop) sejauh 5.7km sesuai untuk aktiviti hiking dan Trail Running (Larian Denai)

Denai Larian

Pembangunan trail ini dilakukan setelah mendapat lampu hijau dari CEO BDB supaya dipanjangkan lagi trail sedia ada, maka pada 31/05/2017 saudara Md. Nasron dan Apit(Hafiz) memulakan tinjauan trek. Terkejutnya mereka, kawasan sekitar sudah dipenuhi dengan pokok kacang gila (sejenis kekacang penutup bumi) dan tumbuhan lain. Maka tinjauan dilakukan dengan amat berhati-hati sekali, setiap langkah diatur dengan tertib sambil mulut kumat kumit membaca doa apa yang patut. Semak yang tebal diredah sambil menebas, denai dibuka jalan ditanda. Setiap sudut bukit diteliti untuk melihat potensi. Seterusnya  Trailbuilders masuk membuat kerja, semak mula ditebas, laluan dicuci. Walaupun puasa ia bukanlah alasan melengahkan kerja, berbekalkan  kudrat dan semangat, komitmen kerja diteruskan demi memikul tugasan.

TTIS Trail

Graf Elevation TTIS Trail (2km)

18814174_1691920260837829_6121298317589546757_n

Denai larian bermula dari GATE 1(iaitu pintu masuk mula di bahagian utara bukit, berdekatan pondok pengawal Suasana Permai) dengan menempuhi Pak Guard Trail sejauh ±270 meter belok ke kiri lalu masuk ke kepala denainya (trail head). Denai ini menyajikan laluan yang ada menaik dan sedikit menurun, dimesrakan dengan alam, pepohon tinggi teduh menaungi, sesekali kera dan unggas menyapa dilaluan sambil melompat-lompat antara dahan. Direncahkan lagi dengan halangan semulajadi untuk menyedapkan rasa berlari. Batang-batang pokok tumbang sengaja dibiar menghadang, bonggol dan banir sengaja dibiarkan. Selepas turun dan naik, denai ini masuk semula ke Pak Guard Trail dan seterusnya ke DATARAN hingga ke puncak di ketinggian 110 meter lalu memasuki Ciu Ciu Trail , memasuki Billboard Trail sambil melintas ‘titik pandang’ (view point – Darulaman Hills) yang menjadi mercu tanda dan pot berswafoto (dek View Point sedang dalam pembinaan) diakhiri di Bola Golf Trail dan keluar ke  tarmac (Persiaran Indah) dan ada lagi 700 meter untuk ke tempat permulaan (GATE 1)

Denai Larian

Graf Elevation Trail Running  (5.7 km)

18740801_1691920217504500_5694852773815557875_n

Hati-Hati: Semak menebal

18835640_1696362933726895_6156872470213978024_n

Kerja-kerja permulaan: menebas laluan

20170610_100022

20170610_100426

‘Madu 3’ di Section Aral Melintang

20170610_100805

‘Batang Bertindih’ nama diberi

20170610_100815

Batang-batang kayu tumbang yang dikekalkan sebagai cabaran

20170610_100846

kaki tak sampai

20170610_101101

Alam & Haiwan: Seperti spesis tupai terbang ?

20170610_101824_001

Udah cerah: Dulu ini adalah trek gugirls

20170610_121828

The Wall : antara section menarik yang ada di Darulaman Trails

20170523_111735

Bola Golf Trail

P6172136

EXIT : Laluan Keluar ke kampung berdekatan (N6.24961° E100.44695°)

P6172138

Laluan di kampung .. di sana ada mini tar yang membolehkan ambulan/bantuan kecemasan hampir ke denai


Darulaman Trails: Peta Tunjuk Arah

$
0
0

Coordinate: N6.24825° E100.44472°
Lokasi  : GATE 2, Darulaman Trails, Darulaman Hills (Bukit Nara), Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia

Peta Lokasi Darulamantrails3

Rujuk map atas - IKUT Arah warna Hijau

Ramai yang bertanyakan tentang lokasi Darulaman Trails. (Darulaman Trails yang dulu dikenali sebagai Darulaman Bike Park juga BDB Bike Park), Berikut aku berikan sedikit panduan dan ringkasan arah  untuk ke sana.

Pertama sila masukkan Koordinate ini (N6.24825° E100.44472°) ke dalam apps Maps anda. (atau apa-apa maps yang anda guna seperti MAPS.ME, Here maps dll).   Jika tiada apps map, sila rujuk peta di atas sebagai panduan.

Peta tunjuk arah ini adalah dari arah Selatan yang menghala ke Bukit Kayu Hitam. Ambil susur keluar (Exit 181 )Bandar Darul Aman/Wang Tepus. Dari susur, akan jumpa persimpangan, ambil kanan dan ikut arah menuju ke Darulaman Golf & Country Club, dipersimpangan lampu isyarat (berdekatan Condo 900) belok kiri dan teruskan perjalanan lagi sejauh ± 2km sehingga berjumpa bulatan. Sebelum itu anda akan melewati Darulaman Golf And Country Club (DGCC) dan The Splash di Tasik Darulaman. Di bulatan ambil jalan keluar ke 2 menuju ke Taman Tunku Sarina. ± 500 meter dari bulatan anda akan jumpa persimpangan (seperti simpang 4) dan belok ke kanan ke Suasana Permai sambil melewati pondok pengawal yang merupakan GATE 1 (untuk Trail Running) dan teruskan perjalananan ke GATE 2 sejauh ±580 meter.

Bukit Wang: Menjelajah Bukit Tunggul Besar

$
0
0

Tarikh  : 26 Februari 2017
Jarak   :  3.8 km   
Max Elev.  : 280 meter  
Coordinate: (N6.31446° E100.48331°).
Lokasi  : Bukit Tunggul Besar, Bukit Wang, Jitra, Kedah, Malaysia 

Hiking Bukit Wang

Bukit Wang adalah salah satu kawasan rekreasi yang terkenal dikalangan penduduk kawasan utara terutamanya dari Alor Setar dan Jitra. Ia terletak ± 40km dari Alor Setar dan 11km dari Pekan jitra. Berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Perangin di daerah Kubang Pasu dan dikelilingi oleh bukit bukau. Hutan Lipur ini berkeluasan 867 hektar dan telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal sejak tahun 1937.

Terkenal kerana kedinginan air terjunnya yang datang dari sebatang sungai yang dikenali Sungai Tosak sepanjang ± 15 km. Terdapat kemudahan asas yang disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, tandas awam, kolam kanak-kanak, pondok, laluan refleksologi kaki, surau, jambatan, laluan pejalan kaki dan lain-lain. Kemudahan yang tersedia menyokong untuk aktiviti riadah seperti berkhemah, berbasikal dan trekking hutan. Terdapat beberapa buah bukit yang mengelilinginya iaitu Bukit Hangus (470 m) di utara, Bukit Besar (461 m) di barat, Bukit Buluh (440 m) di timur dan Bukit Tunggal Besar (260 m) di Selatannya.

Aku acapkali berbasikal disini tetapi tidak pernah untuk hiking dibukit dikawasan ini. Dek kerana itu, maka perkara pertama yang aku lakukan adalah membuat tinjauan awal ke sini, memahami laluan disamping merujuk peta topo. Dari pemerhatian, aku mendapati  bukit ini sudah pernah dijelajah oleh geng 4H Jitra, jadi sudah ada tanda/jejak dilakukan oleh mereka. Ini memudahkankan kami untuk hiking dikawasan ini.

Graf Elev Bkt Wang

Memandangkan kawasan ini tersangat sunyi, maka aku mengajak beberapa sahabat GAT dan keluarga untuk turut menjelajah ke bukit ini. Kami parkir kereta di kawasan parking sediada di air terjun Bukit Wang. Jam 9.30 langkah dimula, doa dibaca memohon agar selamat perjalanan dan dijauhkan bahaya. Perlu diingatkan bahawa di kawasan ini banyak babi hutan. (Dulu kami pernah membina trek DH disini dan sering dirosakkan oleh babi). Dari parkir kami berjalan menelusuri jalanraya (ke selatan) ± 400 meter ke trailhead (N6.31613° E100.48029°)dari sini pendakian pun bermula. Laluan ± 1 km semuanya mendaki sehingga kami hampir sampai ke puncak Bukit Tunggul Besar Kecerunanpun seperti mencanak. Hutannya tidaklah tebal dan kebanyakan pokok didominasikan oleh pokok palm, pokok Seraya (Shorea curtisii) yang tumbuh secara semulajadi dimana diameternya  lebih dari 120 cm. 

P2261573

Kami mengelilingi bukit tunggul ini yang laluannya turun naik tetapi kecerunan agak mencanak. Setelah 2 jam 50 minit, dengan berjalan turun dan naik sejauh 3.8km, akhirnya kami selesai menjelajah mengelilingi Bukit Tunggul Besar ini dan kembali ke kawasan parkir. Disini kami merehatkan diri dan membuka bekalan buat mengalas perut yang sudah berbunyi.

Sedikit  pengalaman pahit   yang aku hadapi ialah apabila digigit oleh ‘cekenit‘@ sengkenit (kutu babi) yang hinggap dicelah paha. Kesan dari gigitan aku terpaksa merana kegatalan hampir 2 bulan.

20170226_091309

7 orang memulakan langkah dari kawasan parkir

20170226_095225

Trek yang sudah ada laluan/tanda

P2261583

Pernah kajian dilakukan disini yang mendapati sebanyak 15 spesies amfibia yang terdiri daripada 6 famili dan 15 spesies reptilia yang terdiri daripada 7 famili telah ditemui.

P2261590

Dominasi pokok palma  dikawasan ini

20170226_095346

Merenung Bukit yang kecerunannya lumayan jugak tu …

P2261598

Kawasan sekitar (Bukit Wang) juga menjadi tumpuan penggemar burung.

P2261591

Garmin Basecamp: Merungkai Kuncian Garmin Map

$
0
0

INGATAN: Panduan ini sebagai rujukanku mengenai tatacara untuk unlock peta  Garmin.

Contoh: fail NepalTopo Routable map.exe

1.  Install Fail

2.  Selesai install , run Basecamp

3.  Satu Popup Screen akan muncul memaklumkan Locked Maps Detected

fail: Nepal TOPO NPL Routable 2011.2

Garmin Nepal Topo 00

JIKA TIDAK UNLOCK, MAP akan kosong tanpa TOPO seperti di bawah

Garmin Nepal Topo

4. Gunakan perisian Garmin Unlock Generator dan ikut panduan bergambar di bawah

    • Enter your 10 digit Unit ID,
    • select map product <custom mapset>,
    • enter the FID (MapID) of the newest Downloadable Update (the one you want to Unlock).

Garmin Unlock Generator

Unit ID: 3903064165

Masuk unit ID : (dari Device anda )Main menu –>Setup –> About 

Garmin Unlock Generator 02

Garmin Unlock Generator 03

5. Masukan Map unlock code dalam BASECAMP dan KLIK OK

Garmin Nepal Topo 04

6. TADA … SIAP

Map sudah terlerai kunciannya dan sudah ada TOPO

Garmin Nepal Topo 05


ATAU teknik lainnya dengan menggunakan perisian Protected Garmin File Toolkit (PGFT)

Garmin Nepal Topo 02

Garmin Nepal Topo 03


Rujuk url sini : https://obiwan2208.wordpress.com/2015/03/13/unlock-maps-pc/comment-page-1/

panduan di youtube: https://youtu.be/3lmhlceJUU8

Bukit Temin: Ke Puncak Jua–Satu Ulangan

$
0
0

Tarikh  : 25 Ogos 2017
Jarak   :  5.8 km  
Max Elev.  : 184 meter 
Coordinate: (N6.40273° E100.43542°).
Lokasi  : Bukit Temin, Changloon, Kedah, Malaysia

Pagi ini taktau haluan mana nak ku terjah. Teringatku Bukit Pak San(area Changloon) yang lama tak ku jengah, Sampai di Lantrum ternampak Bukit Temin yang dari kejauhan seperti ada laluan. Lalu aku belok masuk dan menelusuri  mini tar kampung Bendang Perang hingga sampai ke rumah dipenghujung. Aku menyapa tuan rumah dan meminta izin meletak kereta berhampiran rumahnya sambil bertanya soalan berkaitan bukit ini.

Bukit Temin

Aku pernah mendaki bukit ini bersama saudara Mat Noor pada tahun 2012 lalu (KLIK) namun kami tidak sampai kepuncak kerana firasatku rasa seperti ‘berat’ untuk teruskan.

20170825_083043

Kami mengikuti laluan yang seperti baru diterokai, puncak masih diselebungi kabus, rimbunan hijau masih kelihatan walau sebahagian sudah dinoda, sesekali kelihatan  monyet memecah kesunyian, berlompat dari dahan ke dahan. 

DJI_0284

Laluan teres sudah terhakis, tercungap-cungap kami mendaki dan mencari arah kerana ada teres sudah terputus dihakis air . Sesekali kami berhenti menghela nafas, sambil menikmati keindahan alam. Kelihatan sepasang helang berterbangan di atas kepala(mungkin ada sarangnya disini). Hampir 400 meter ‘menuas’ naik dengan kecerunan ± 45°, akhirnya kami sampai ke permatang.

DJI_0290

Dari atas ini dapat melihat pemandangan  360°. Lebuhraya Utara Selatan di sebelah barat, ditimurnya kampung Darat, nampak juga  Kampung Jeragan, kebun getah dan sawah bendang luas terbentang. Dari sini aku terbangkan ‘Marvic pro’ku bagi meninjau sekitar bukit ini. Semasa terbangkan drone,  aku menuruti permatang untuk melihat potensi laluan. Aku ternampak laluan menarik di sebelah timur dan beberapa kawasan yang sudah diterangkan (depa ambil kayu ni). Selepas bergambar, aku mengambil keputusan mengikuti permatang ke arah selatan dan menuruti laluan yang seperti baru diteroka hingga sampai ke kaki bukit. Aku mengikuti jalan kampung dan jalan  di dalam kebun getah. Mengelilingi Bukit hingga balik semula ke tempat kami parkir kereta. Alhamdulillah selamat kami hiking berdua. Walau laluan pendek tapi keseronokkan berada di atas puncak yang berlainan setiap minggu sukar diluahkan dengan kata-kata. Ayat yang sesuai “OOOOOsem’ …

20170923_085428

20170825_092940

Pokok kecil ditebang

DJI_0298

Musim Menuai hampir tiba …


DJI_0516

Pada 23/09/2017 sekali lagi kami berempat mendaki Bukit ini. Kali ini kami mendaki mengikut jalan balak disebelah timur bukit. Kebetulan masa ini banjir sedang melanda Kedah. Kami dapat menyaksikan beberapa kawasan ditenggelami oleh air bah.

20170923_094037

20170923_094242

Nun disebelah utara – kelihatan air membanjiri kawasan (kiri gambar)

Koh Sukorn: Singgahan Dalam Perjalanan

$
0
0

DJI_0664

Tarikh : Jumaat – 3 November 2017
Misi : Menjelajah Koh Sukorn 
Lokasi : Khao Tanan, Thungwa, Satun, Thailand
Laluan : TTG – Wang Klian – Thung Wa – Palian – Tase Pier – Koh Sukorn  
Koordinate: N7.05987° E99.69176°
Jarak : ± 365 km
Kos  : RM240 (all-in)

Road to Koh Sukorn

Tahun 2017 aku belum lagi menjejaki kaki ke bumi Siam dek anakku yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan ada tuition setiap hujung minggu. Kini setelah habis peperiksaan maka bolehlah aku merancang perjalanan ke sana semula.

Destinasi

Lama aku merancang untuk berkayuh ke Koh Sukorn, namun atas beberapa sebab, rancanganku terpaksa ditunda. Bagi menjayakan semula perancanganku ke sana disamping mencari maklumat beberapa lokasi selepas ini dan menjejakiPantai Belakang Naga’di daerah Satun/Trang aku mengajak keluargaku ke sana. Awalnya ingin bersepeda, namun ramai yang nak ikut maka terpaksalah berkereta.

Prosedur imigresen & Borang

Seperti biasa kami akan masuk ke Thailand melalui pintu masuk Wang Kelian, katanya ada beberapa prosedur baru untuk masuk ke Thailand dengan kereta(lama tak masuk). Untuk makluman bagi yang bawa kereta anda boleh download borangTM2(Information Conveyance) dan TM3(Passenger List)dan isi siap siap. LINK1, LINK2.

Tukaran matawang

Seperti biasa, kami akan singgah dipekan Chalung untuk bersarapan dahulu dan menukar duit di kedai emasYin Saing Goldsmith(N6.72561° E100.06627°).Kedai ini terletak bertentangan dengan Lotus Tesco pekan Chalung. Kadar tukaran hari ini ialah RM10 = THB78.00 (OK lagi  berbanding tukaran disebelah Malaysia). Selepas sarapan kami ke pekan Thape untuk membeli simcard Thai. Kedai ni penjualnya boleh ‘kecek’ Melayu. Simcardku yang lama sudah luput da..

20171103_111817

  Satun Geopark 

Melewati pekan Thungwa, aku juga singgah diSatun Geopark(N7.12387° E99.79786°), di Ban Khiriwongyang terletak ± 10km ke utara Thungwa.

20171103_111241

Satun Geopark meliputi 4 daerah di Wilayah Satun, iaitu Thung Wa, Manang, La-Ngu, dan Amphoe Mueang. Kepelbagaian rupabumi dengan batuan tua dan dominan campuran argillaceous limestone dan pure limestone, pulau-pulau dan pantai yang wujud sejak 500 juta tahun lalu.

20171103_111925

Geopark yang merangkumi 72 tapak di empat wilayah ini terbahagi kepada 3 kategori

  • Kategori pertama adalah seperti gua Tham Le Stegodon dan gua Phu Pha Phet .
  • Kategori kedua adalah tapak fosil yang kebanyakannya terdapat di daerah Thung Wa dan Langu. Fosil yang dijumpai sejak zaman Paleozoic yang berusia antara 542 hingga 251 juta tahun yang lalu.
  • Kategori ketiga adalah kumpulan pulau termasuk Tarutao, Lipe, Khai dan Hin Ngam

Untuk makluman,Langkawi menjadi tapak UNESCO Geopark yang pertama di Asia Tenggara((2009)dan Satun Geopark rasanya masih dalam proses untuk dapat pengiktirafan dari UNESCO.

20171103_111513


Le Stegodon Cave(dulu dikenali sebagai Kluay Cave) adalah gua sungai air masin terpanjang di Thailand iaitu sejauh 4 km. Namanya diubah kepada Tham Le Stegodon apabila penduduk kampung menjumpai fosil gajah stegodon di dalam gua ini dalam tahun 2008.

20171103_120756

NAMUN aku tidak dapat menikmati suasana berkayak disini kerana tiada operator bertugas, sunyi seperti tiada orang mungkin cuti atau terlalu awal ku disini .. lalu aku meneruskan perjalanan ke arah Palian menujuYong Sata Pier(N7.11659° E99.66602°)bagi mendapat maklumat ke Koh Sukorn. Dijeti kelihatan sunyi seperti tiada orang ketika kami sampai dan tempat letak kenderaan yang selamatpun tak tersedia maka kami mengambil keputusan untuk keTase Pier(N7.14952° E99.58888°)  pula yang terletak sejauh ± 50km dari sini.

20171103_134533-horz

Motosikal boleh dibawa ke sana (tambang tak pasti pulak)

Di Tase pier ada tempat untuk parkir kereta dan dikenakan caj sebanyak THB60 per hari. Bot(longtail) tambangpun murah, kerana ramai penduduk sering berulang alik kesana.(Penuh ja, jalan.) Tambang sebanyak THB25 seorang yang dibayar di atas bot atau semasa sampai kepada pemandu bot. Jarak dari Tase pier ke Koh Sukorn pier ±4km sahaja dan mengambil masa sekitar 15 minit.

…. bersambung

20171103_134302

Di Tase Pier … Bot untuk ke Koh Sukorn banyak

20171103_134326

Bot tambang dari Koh Sukorn – Di belakang sana Koh Sukorn yang jaraknya ± 4km ja

20171103_140616

Koh Sukorn Pier – perjalanan mengambil masa 15 minit ja

Koh Sukorn: Pulau Yang Jarang dikunjungi Pelancong

$
0
0

20171104_072621

Tarikh : Sabtu – 4 November 2017
Misi : Menjelajah Koh Sukorn
Laluan : TTG – Wang Klian – Thung Wa – Palian – Tase Pier – Koh Sukorn – Khao Tanan- Pak Bara – Wang Kelian – Alor Setar
Koordinate: N7.05987° E99.69176°
Jarak : ± 365 km
Kos  : RM240 (all-in)

Koh Sukorn_

Perjalanan dari Tase Pier (N7.14952° E99.58888°) ke Sukorn Pier(N7.11455° E99.58308°) memakan masa cuma 15 minit sahaja. Air laut sebelah petangnya kelihatan surut menampakan beting pasir yang timbul. Sebelum sampai ke jeti pendaratan kelihatan beberapa buah pulau yang tersingkap pasirnya apabila air surut. (hmm. Kena pi lain ni …).

20171103_140616

Jeti Koh Sukorn

Sampai di jeti sudah ada motor roda tiga menanti untuk membawa penumpang. Aku dapatkan sebuah dan pinta dihantar kami ke Sukon Andaman Beach Resort(N7.09953° E99.56583°). Bayaran dikenakan sebanyak THB30. Untuk makluman sebelah pantai barat Koh Sukorn lah yang paling meriah dimana banyak hotel atau chalet yang beroperasi dengan teratur disamping pantai yang terhampar cantik. Sepanjang perjalanan kelihatan beberapa buah resort terbiar. Pulau Sukorn tidak ramai pelancong yang berkunjung tambahan pula kini musim hujan (off season)

20171104_064018

Sukorn Andaman Beach resort terletak di Ao Lo Yai (iaitu disebelah barat pulau) sejauh ± 3km dari Jeti ( ± 10 minit.) Resort ini dimiliki oleh bukan muslim. Ada 2 jenis bilik iaitu berkipas (THB800) dan air cond(THB1200). Aku mohon untuk menempatkan kami berempat di dalam bilik berair cond. Tilam tambahan juga disediakan – pada musim sekarang kita boleh berunding dengan pengusaha hotel. Katanya dari Jan – Mei ia mendapat sambutan menggalakan dari pelancong Eropah yang gemarkan suasana tenang dan damai di pulau ini.

Ada perkhidmatan wifi disediakan tetapi perlu berada berhampiran pejabat (lobi) untuk dapatkan liputan yang jelas/kuat.

Sebelum masuk bilik aku meminta tokey dapatkan kami sebuah motosikal roda tiga untuk muat kami sekeluarga. Untuk makluman harga motosikal ialah THB300 sehari dan basikal THB 100 sehari.

20171103_155126

Uniknya pantai disini

Selepas solat kami pun mula menjelajah sekitar pulau ini. Pulau ini seluas ±13 km2. Ia sepanjang 9km dan selebar 3km dan jalan bersimen mengelilingi pulau sejauh ±30km. Pulau ini 98% penduduknya adalah muslim dan kebanyakan adalah pesawah, penoreh dan nelayan.

DJI_0680

Kami menuju kesebelah selatan, melintasi kawasan kebun getah, tanaman padi dan pepohon kelapa. Jalan disini mendatar sahaja dan dibahagian utara dan tengah ada bukit yang ketinggian maksima disini hanyalah sekitar 150 meter sahaja. Kami menuju ke tanjung paling selatan berdekatan Ban Laem Jak(Laem Chin - N7.08045° E99.61646°). Melihat air laut surut dan pantainya yang warna keperangan(itulah antara keunikan Koh Sukorn) dan terus menghala ke utara ke View Point (N7.12565° E99.55674°) disini aku dapat melihat Pantai Belakang Naga (Jade Dragon Spine Beach) yang menjadi antara misi  pencarianku. Penduduk disini tidak fasih berbahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu, Namun aku  menemui seorang tua yang boleh bercakap beberapa patah perkataan Melayu.

DJI_0689

Jade Spine Dragon Beach – akan ku injak jua nanti

Paginya kami bercadang untuk berkayak dan seterusnya ambil bot untuk ke Koh Lao Liang dan Koh Takiang (Sebuah pulau batu karang yang unik dan cantik). Hujan yang turun dan angin yang kuat menyebabkan aku membatalkan hasratku itu. Maka aku mengambil kesempatan ini dengan ronda kawasan kampung dan bersarapan. Selepas sarapan aku mengambil keputusan untuk balik ke tanah besar ± jam 8.30. Kami menggunakan motor yang disewa kelmarin dan tinggalkan di jeti. Semasa balik tiket perlu dibeli dikauntar yang berharga THB30. Sampai dijeti aku mengambil kenderaan dan dikenakan bayaran sebanyak THB60 sahaja. Tuan rumah yang ramah dan banyak membantu kami sebelum ini datang mengucapkan selamat tinggal.

NAMPAKNYA aku perlu datang lagi untuk menjejaki kaki ke Jade Dragon Spine Beach dan pulau kecil berhampiran disamping bersnorkling dan bersiar di Koh Lao Liang.

20171104_092732

Samran Beach, Trang

Keluar dari Tase Pier, aku menghala ke Samran Beach(N7.23512° E99.53668°), Trang.  Samran beach adalah pantai yang menganjur panjang sejauh beberapa kilometer. Pasirnya berwarna perang seperti di Koh Sukorn dan dinaungi oleh pepohon Rhu. Terdapat monumen ketam dipantainya namun berhati-hati, ada banyak anjing berkeliaran disini.

PB040109

Ladang Bunga matahari yang sudah ditumbuhi semak

Dari Samran Beach, aku menuju ke Khao Tanan (N7.05987° E99.69176°)yang pernah ku kunjungi dahulu melawat ladang Bunga Matahari. Kunjungan kali ini adalah untuk memastikan samada ladang bunga matahari masih wujud (lagi pun ia adalah sebahagian dari Satun Geopark.) Aku  bercadang untuk membuat penggambaran dari atas (aerial photo). Dukacita hujan yang turun  sepanjang jalan membuat aku membatalkan hasratku untuk bergambar. Ladang bunga matahari pun sudah tidak terurus dan ditumbuhi semak samun. Tiada lagi permainan bot itik disini.

Aku meneruskan perjalanan ke Pak Bara untuk mencari beberapa maklumat untuk misiku berikutnya. Selepas makan, kami  menuju ke pintu sempadan untuk terus balik ke rumah.

20171103_161106

20171103_175355

Pemandangan dari Ao Lo Yai – Disana Koh Lao Liang dan Koh Takiang

20171104_073526

20171104_075203

Disini penduduk masih menggunakan kaedah lama dalam memproses susu getah

20171104_075815

rumah penduduk yang menarik perharianku – dibawahnya ada kolam ternakan ikan

20171104_075952

Antara chalet yang ditinggalkan

DJI_0680

air surut di Ban Laem Jak

DJI_0693

Koh Sukorn View Point – Di belakangku adalah Jade Spine Dragon Beach


Pautan Kembara Berkaitan
1. Koh Sukorn: Singgahan Dalam Perjalanan (Bhg. 1)
2. Koh Sukorn: Pulau Yang Jarang Dikunjungi Pelancong (Bhg. 2)

BDB Enduro Challenge 2017: Hati Kering Di Trek Basah

$
0
0

PC230006

Tarikh : Sabtu – 23  Disember 2017
Lokasi : Darulaman Trails, Jitra, Kedah DA
Koordinate: N6.24734° E100.44551°

DSC07879

Susulan kejayaan penganjuran Mini Merdeka Enduro Challenge pada 31 Ogos 2017 lalu, pihak Bina Darulaman Berhad (BDB) telah meminta saudara Nasron untuk mencadangkan satu acara sukan MTB di Darulaman Trails pada penghujung tahun 2017.

PC230245

Melewati Sec. Rock Garden @ SS1

Mengambil peluang dari sambutan disiplin Enduro, berinspirasikan penganjuran Kejohanan Kiara Enduro, berbekal pengalaman dan kejayaan penganjuran Merdeka BDB Enduro Challenge yang telah mempamirkan kemampuan. MAKA ke arah penganjuran ini, satu jawatankuasa telah dibentuk pada 24 Oktober 2017 bagi merangka format kejohanan, mempromosi acara, menyiapkan trek yang bersesuaian, menyediakan bajet, mempersiapkan tempat dan mencadangkan tarikh yang sesuai.

PC230260

Berhampiran Ending SS1

Setelah perbincangan dengan pihak BDB, tarikh 23 Disember dipilih untuk acara yang diberi nama ‘BDB Enduro Challenge 2017’. Kearah perlaksanaan yang teratur, kami menyediakan satu ‘jadual perlaksanaan kerja’ sebagai garis panduan dalam melaksanakan tugas. AJK diberi tanggungjawab masing-masing disamping konsep musyawarah diterapkan.

DSC07897

Pendakian  LS 2

Kali ini penganjuran melibatkan 4 stage dengan jarak keseluruhan sejauh ± 8km dan ketinggian maksima 110 meter. Beberapa laluan baru dibina dan diubahsuai bagi menambahkan lagi cabaran dan tekanan. Ya... sekali lagi kami menggunakan sistem chip elektronik timer. Khidmat sahabat dari SPORTindent (Nazir) digunakan lagi. Kami nyahkan kerumitan, terapkan kepintaran agar pergerakan peserta di trek dapat dikesan dan keputusan yang tepat lagi cepat terhasil. 

bdb Enduro

Dengan fee RM70.00 kami memberi peluang kepada lebih ramai peserta dari pelbagai lapisan dan gender untuk bertanding dengan lebih sesuai dan adil, maka 7 kategori diperkenalkan. Hadiah yang menarik ditawarkan, peluang yang lebih dipersembahkan. 5 terpantas ditangga teratas (dalam kategori) bakal menaiki pentas.

Cat & prize

Usaha kami nampak berbaloi, seminggu sebelum kejohanan sudah ramai rider datang mencuba, semua yang mencuba terasa teruja tidak sabar untuk beradu domba.

 PC220216

Latihan di ketika kering @ SS3

23 Disember 2017 kejohanan bermula. Trek yang kering kelmarin mula basah dengan curahan hujan sejak malam semalam ( Jabatan Kajicuaca meramalkan tempias Ribut Tropika Kai-Tak akan menyebabkan negeri-negeri di utara Malaysia Barat  mendapat hujan pada Jumaat malam hingga Ahad 22 – 24/12/2017 ) Maka pastilah cabaran semakin terasa tetapi ini membuat rider lebih berhati-hati.

‘Heaven & Hell’ … begitulah antara gambaran rider terhadap trek yang ada. SS1(Trail Balik Kampung) membuat ramai peserta macam nak berpatah balik ke rumah (Time ujan ni dok rumah rehat sambil pekena secangkir kopi dicicah roti - kan shockkkk..!). Kelicinan di laluan yang baru dibuka memang tak dinafi. Hanya yang bersemangat  kental, akan berusaha menghabiskan cabaran yang dipersembah. Titi Balik Kampung yang curam memang sesuai untuk yang berhati kering, lintang pukang dek penangannya, kemahiran dipupuk tumpuan diberi, basikal dilatu sambil meluncur laju. Ada yang berguling di Rock Garden, tak kurang juga meredah bersahaja.  NAMUN berbeza pula di SS2 (Trail Pak Guard) HULALA... masa untuk menikmati laluan yang dihidang dengan lahap TETAPI pada SS3 (Trail Longkang) hmmm … ramai yang kecundang, rebah di medan, ada yang meluncur  basikal, hanya yang tabah dan punya keyakinan  tinggi dapat mengatasi drop yang menyengat dan last SS4 (Trail Freeride) melaju disini tanpa menoleh ke belakang, namun tenaga diperah dipermulaan membuat ada yang sudah mengah. ALHAMDULILLAH kejohanan berjalan dengan lancar tanpa kecederaan serius bahkan semua peserta berjaya mencukupkan kuota. 

DSC08001

Banyak suka duka dalam pelbagai perkara. Apapun pasti ada kekurangannya, namun kami cuba untuk meminimakannya sesuai dengan keperluan dan kemampuan. Mungkin kami bukan yang terbaik namun kami sedaya upaya memberi yang terbaik. Bagi pihak Jawatankuasa penganjur, aku menyusun jari memohon ampun sekiranya ada kekurangan dan kelemahan. Segala keseronokan dikongsi bersama. Insyaallah tahun hadapan ketemu lagi ..

Terima kasih kepada semua peserta dan penyokong (keluarga dan sahabat handai) tanpa anda semua sepilah trek ini. Semestinya penghargaan tidak ternilai kepada kepada pihak penaja terutama pihak BDB yang sentiasa memberi sokongan sepenuhnya kepada penganjuran. Pada ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus mempersembahkan acara agar berjaya. Tidak dilupa kepada Trailbuilders, dengan kudrat mereka, trek yang bergaya berjaya disedia, barisan Marshall yang mengawasi laluan dengan sabar dan tidak lupa kepada semua sahabat, penyokong, pendokong dan penonton yang memberi sokongan samada moral dan juga material .. TERIMA KASIH semua.

Dengan penyertaan seramai 97 peserta (semua 109), dengan masa lebih 3 ½ jam acara berjalan maka keputusan muktamad adalah seperti berikut: -

result01

result02

Untuk maklumat lanjut sila download keputusan di link bawah

1. Keputusan keseluruhan - PDF Format (KLIK) 

2. Keputusan ikut kategori - PDF format (KLIK)

DSC_8137

Pendaftaran & Pengambilan Transponder + Sarapan (Nasi Lemak Viral sama susu kambing)

DSC07929

SS3 yang mencabar

PC230339

Mudah menackle di drop longkang @ SS3

PC230347

PC230403

Titi @ SS4

PC230408

Titi Tampak Sisi @ SS4

PC230420

SS4

PC230425

ASBT @ SS4

PC230440

Bandit Tunnel @ SS4

PC230383

PC230501

Hebatnya cengkaman Topui ?????

PC230526

Lompatan Penamat

DSC_8621

Hanya 3 pemenang dalam kategori Women

PC230125

ELITE

PC230123

OPEN

PC230120

MASTER A

DSC_8661

MASTER B

DSC_8648

MASTER C

PC230534

MASTER D

DSC_8710

Cabutan bertuah dihoskan oleh Cikgu Mukhlis aka CM

DSC_8705

Barisan AJK pertandingan dan wakil BDB


Satun: Koh Khao Yai / Prasad Hin Panyod – Unseen Satun

$
0
0

Tarikh : Isnin – 25  Disember 2017
Lokasi : Koh Khao Yai, Pak Bara, Satun, Thailand

Koordinate: N6.85288° E99.69534°

Prasat

Koh Khao Yai adalah sebuah pulau berhampiran dengan tanah besar Thai dan ± 3km dari Jeti Pak Bara, Thailand. Ia terletak di bawah kawalan Taman Negara Mo Koh Phetra. Aku mendapat maklumat mengenai pulau ini semasa pencarianku mengenai ‘Pantai Belakang Naga’(KLIK)di daerah Satun/Trang dan ketika bertanyakan mengenai nama pulau. Perancanganku untuk ke pulau ini dibuat sejak pertengahan tahun ini, namun atas beberapa masalah aku tangguhkan dahulu.

DJI_0829

Hari ini cuti sempena krismas, jadi aku bertolak awal dari rumah kerana bimbang ramai orang dipintu sempadan Wang Klian. Namun sesampai kami disana dalam jam 8:30pagi, kami adalah pengunjung pertama dan tiada orang seperti sangkaan. Kemudian aku meneruskan perjalanan menuju ke Langu dan terus ke Jeti di kampung Bo Chek Luk(N6.87148° E99.70243°). Jeti Ban Bok Chek Luk ini sebenarnya tidak jauh dari Pak Bara tetapi dipisahkan oleh 2 muara sungai iaitu Khlong Langu dan Khlong Pak Bara. Sampai di Jeti aku terus ke sebuah kedai makan berhampiran Jeti dan bertanyakan mengenai program berkayak ke Koh Khao Yai. Pemilik kedai bernama Kak Nah, seorang bekas guru yang pandai bertutur bahasa melayu menyambut kedatangan kami dan memaklumkan bahawa disinilah operator untuk ke Koh Khao Yai. Beliau menghubungi pemilik bot iaitu Puan Fareda (Suree Lee (KLIK)) untuk membawa kami ke sana. Kebetulan anak Kak Nah yang bernama Haris (Gide’ris Tarutao (KLIK)) juga adalah guide untuk ke pulau tersebut.

20171225_102054

Memandangkan program bermula pada jam 11.00 pagi(waktu Thai), maka kami menuju ke lokasi bersejarah iaitu ‘Laga Tuyo’(N6.87263° E99.70359°). Ia terletak berhampiran masjid dan bersebelahan dengan kubur. Nama kampung Bo Chek Lu ini adalah berasal dari ‘Laga Tuyo’ atau Telaga Tujuh dalam bahasa Melayunya. Ia adalah sebahagian dari Satun UNESCO Geopark. Menurut cerita, telaga tujuh ini dijumpai oleh pendatang pertama iaitu suku Gipsi Laut(Chao Le) yang menggali telaga disekirtar kawasan bagi mendapatkan air minuman. Hanya tujuh telaga di kawasan ini sahaja yang terdapat air dan ia kekal sehingga kini. Ia dipelihara sebagai tinggalan sejarah dan kini diperkemas semula dengan bata dan simen. Masing-masing berkeluasan antara antara 0.53 – 1.52 meter dan sedalam antara 1.5 – 2.16 meter. Kawasan ini dijaga rapi dan terdapat tandas dan bangku yang sempurna. Ramai juga orang yang datang untuk mandi di telaga ini.

DJI_0837

Thale Waek – dibelakang sana jeti Ban Bo Chek Lu

Pada jam 11.00 pagi (waktu Thai) kami dibawa ke jeti untuk menaiki bot menuju ke Thale Waek’ @ ‘Mongkorn’ atau pantai belakang naga yang terletak ± 600 meter sahaja dari jeti. Ia sepanjang ± 1km dan hampir menghubungkan antara 2 buah pulau iaitu Ko Na Ban dan Koh Talo Baen Tae. Selepas bergambar kami di bawa ke Restoran Terapung atau Bang Dul Homestay(N6.86981° E99.70479°). Selain dapat menikmati makanan laut segar pengunjung boleh menginap di 3 buah bilik asas dan mereka juga membuat ternakan ikan dalam sangkar. Perghh… enak sungguh ‘merarau’ (makan tengahari) disini dengan hidangan lazat lagi segar.

20171225_120045

boat house @ Restoran Terapong

Selepas itu kami dibawa dengan long tail bot ke Koh Khao Yai untuk ke lokasi yang unik iaitu Prasad Hin Panyod (N6.85288° E99.69534°), dalam perjalanan Fareeda menunjukkan kepada kami batu seakan kepala naga sedang minum air di perairan Koh Talo Baen Tae. Jarak pulau ini dari jeti ± 2.5km sahaja.

20171225_120459

Makanan Tengahari – Kensom, sotong, sayur campur dll

Prasad Hin Panyod asalnya adalah sebuah gua batu kapur yang terjadi jutaan tahun lalu. Bumbungnya yang semakin terhakis dan runtuh menyebabkan ia seolah-olah lagun yang terkepung dengan batuan. Terdapat 3 pintu masuk utama ke lagun ini dan ianya boleh dimasuki samada dengan berenang atau berkayak. Bot kami berhenti di hadapan pintu masuk (seluas 1.5meter) dan kami diberi kayak untuk berkayuh masuk ke dalam lagun ini. Di lagun ini terhampar pantai yang cantik dan airnya tidaklah terlalu dalam. Batu-batuan yang terjadi akibat hakisan berdiri gagah dan berceragah menambahkan kecantikan dan keunikan pulau ini. (terlintas difikiranku pantai Semeti di Lombok yang batuannya hampir sebegini).

DJI_0852

Prasad Hin Panyod

Setelah hampir 45 minit kami disini kami berkayuh keluar menelusuri pulau ini menuju keutara. Sepanjang kayuhan ini aku mengamati batuan dan pokok-pokok disini. Tiada pantai melainkan batuan dan dinding batuan yang berdiri megah. Kayuhan kami ± 800meter dan menuju dan memasuki gua tembus yang dikenali sebagai Tamlod Pobe Rak(N6.84984° E99.69795°).

20171225_134428

Tamlod Pobe Rak

Kemudian kami menaiki semula bot dan dibawa ke Ao Hin Ngam(N6.85838° E99.69756°) iaitu sebuah telok yang mempunyai batuan tua yang unik. Kami menghampiri pantai dengan menaiki kayak semula. Batuan disini sememangnya unik dan cantik. Ia bagaikan dikelar, fenomena hakisan alam menjadikan ia unik sebegini. Selepas menaiki bot semula kami dibawa ke batua pengantin yang terletak diselat antara Koh Koh Talo Baen Tae dan tanah besar. Menelusuri selat sepanjang 800 meter dan dikiri kanan kami adalah paya bakau dan seterusnya ke Jeti semula. Selepas itu kami dibawa (berjalan kaki ja) ke Telaga Tujuh untuk mandi dan membersihkan badan.

20171225_142159

Au Hin Ngam

Terima kasih kepada guide kami Puan Fareeda (tel: 0853675093/0899778358)dan Haris yang meraikan dan membawa kami melawat kawasan ini. Insyaallah kami akan datang lagi untuk pengembaraan ke Pulau lain yang berhampiran (maklumat sudah dikumpul).

Peta

Peta ke Ban Bo Chek Luk dari Langu

PC250536

Kedai Kak Nah berhampiran Jeti

DJI_0834

Thale Waek – air sudah mula pasang dan menenggelami pantai belakang naga

20171225_113407(0)

di atas Pantai Belakang Naga

20171225_124725

Puan Fareeda (kiri) dan Haris (kanan)

GOPR3768

Laluan masuk ke Lagun di Prasad Hin Panyod

20171225_131710

DJI_0853

20171225_133441

berkayak menelusuri Koh Khao Yai

20171225_134549

20171225_141237

Batuan menarik di Au Hin Ngam

20171225_141735

20171225_142159

Au Hin Ngam

DJI_0869

PC250550

 


Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah

$
0
0

Tarikh  :  04 – 12 Januari 2018   
MISI    : Jelajah Iran
LALUAN: Tehran – Kashan –Esfahan –Shiraz –Esfahan - IKA
Jarak  :± 2300 km
KOORDINATE:

PENDAHULUAN

Iran adalah antara peradaban tertua di dunia, ia telah terdiri sejak tahun 4000 SM. Terletak di Asia tengah yang bukannya berbangsa Arab. Mereka adalah Parsi dan istilah Iran bererti “Tanah Aryan”. Iran menjadi republik pada tahun 1979 apabila kerajaan monarki Shah Iran Reza Pahlavi jatuh dan pemimpin agama, Ayatollah Khomeini mengambil kekuasaan. Islam adalah agama majoriti di Iran (98%) dimana bermazhab Syiah (89%) dan Sunni (9%). Lagi 2% terdiri dari agama Zoroastrianisme, Yahudi, Kristen, dan Baha’i.

PERBEZAAN WAKTU

type_C

Waktu di Malaysia mendahului selama 4 jam 30 min dari waktu di Iran (lewat laaa sikit) : (UTC +3.5)  

SOKET ELEKTRIK

Plug-horz

Di Iran power soketnya adalah dari type C dan F iaitu soket2 pin (bulat) Voltage: 220 V, Frequency: 50 Hz Power sockets.

MATAWANG

Akibat sekatan ekonomi, kemudahan kad kredit tidak dapat digunakan di Iran jadi sila sediakan “cash” yang secukupnya. Bagi memudahkan urusan sila bawa matawang USD atau EURO ke Iran. RM boleh ditukar ke Iran Rial (IRR) di kaunter pertukaran wang di Lapangan Terbang di Iran TETAPI di Malaysia jenoh cari lokasi untuk tukar.

Matawang Rial Iran (IRR) adalah matawang rasmi negara TETAPI jangan terkejut semasa di sana kerana sebutan dan penggunaan “Toman” meluas digunakan dalam segala urusan harian. Dimana Sa Toman = IRR10 (alaaa … buang satu kosong dibelakang ja – tapi aku pun keliru woooo ) 1000 Rial = 100 Toman

Iran-100000-FB

Bagi mengurus perbelanjaan. Aku install  Trabee Pocket ke phoneku. Ia sejenis aplikasi yang boleh menjejaki perbelanjaan semasa dan semak baki bajet semasa atau setiap hari perjalanan. Ia juga menyokong penggunaan matawang banyak negara dan dengan hanya sentuh(paid version) dapat mengetahui jumlah perbelanjaan dalam nilai yang kita mahu (convert terus ke nilai matawang mengikut kemahuan samada nak RM atau USD). Ia juga boleh membuat carta perbelanjaan mengikut jenis dan boleh ekspotnya ke fail dlm format xls atau csv.

ETIKA PAKAIAN

Islam sebuah negara Islam yang menekankan penutupan aurat semasa berada di sana. Berpakaianlah secara sopan. Jika anda lelaki pastikan jangan berseluar pendek. Jika wanita, anda perlu menutup rambut dengan scaf atau tudung. Dibeberapa masjid atau makam, wanita perlu memakai cadur ketika memasuki kawasan tersebut.

SIM KAD

Terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telefon mudah alih di Iran seperti Irancell, RighTel dan Hamrah. Ada beberapa kaunter khas yang dibuka di balai ketibaan.

Aku memilih Irancell dengan kuota 3GB yang berharga IRR350,000 (± USD9.80). Cukup penggunaan untuk kami selama seminggu bahkan kami kongsi berdua lagi (Tethering)

Untuk makluman Facebook, Gmail dan Youtube disekat penggunaannya di Iran. Olehitu kita perlu menggunakan apps VPN untuk mengakses perisian yang disekat tersebut.

VISA & MAKLUMAN KEPADA KEDUTAAN

Untuk pemegang passport MalaysiaVisa dikecualikan, sekiranya tempoh anda berada di Iran sehingga 15 hari (negara lain aku tak tau). Jika nak lebih masa … pun aku tak ambil tau.  

Aku menghubungi pihak kedutaan Malaysia melalui email memaklumkan kehadiran semasa berada di Iran (mwtehran@kln.gov.my (KLIK)). Aku setiasa memaklumkan kedudukkanku setiap hari semasa berada disana. Aku juga mendaftar di E-Konsular (KLIK) .

20180104_080430

Maka bermulalah kembara kami …..

Iran adalah antara wishlist untuk aku kunjungi. Sebenarnya perancangan awalku adalah untuk berbackpacker ke sebuah negara Asian. Tetapi apabila sdr Adi Harriman memaklumkan bahawa ada tawaran tiket Air Asia murah (RM565) return, maka aku terus bersetuju. Walaubagaimanapun tiket hanya tinggal 3 apabila kami ingin memuktamadkan perjalanan. Sehubungan dengan itu sdr Adi Harriman menarik diri. Maka aku berdua bersama isteri menaiki pesawat Air Asia D7 776 dari KLIA ke Imam Khomeni International Airport (IKA) pada 04 Jan 2018 jam 07:05pm.

GOPR4018

Bertiga kami merentas gurun (Mohamad NoorMohamadi di Belakang)

Aku tidak membuat persiapan rapi perjalanan kali ini kerana aku sedikit sibuk dengan aktiviti luar dan jabatan Tetapi aku sempat memuat naik peta topo Iran dan memasukan beberapa waypoint ke dalam ‘Garmin’ku. Disana aku mendapatkan khidmat sahabat facebook iaitu Mohamad NoorMohamadi. Beliau banyak membantu kami dalam perjalanan ke lokasi  disana. Disamping menjadi supir, beliau juga adalah pencerita, jurubahasa, pembayar wang, mencari kediaman yang sesuai dan selesa dan banyak membantu kami dalam memilih tempat untuk dikunjungi. Sabar melayan karenah kami, sanggup kesejukkan menemani kami kemana jua kami ingin berswafoto, mengikuti kami mendaki, turut mencari sisa-sisa tinggalan sejarah, makan apa yang kami makan dan lain-lain lagi.

Aku juga menginstall aplikasi Google Trips sebagai pemudah cara dan pemahaman kepada setiap  lokasi yang ingin dilawati. Yang bestnya apps ini boleh berfungsi di luar talian,  anda boleh memuat turun segala-galanya ke telefon anda sebelum anda pergi, termasuk peta dan arah perjalanan.

   

20180111_084246

Bersama  tuan punya homestay Mr Hossein (beliau bercadang melawat Langkawi)

Kami tidak tinggal dihotel tetapi tidur dirumah penduduk Iran (bagai homestay di Malaysia) yang selesa dan sesuai dengan gaya kehidupan kami (ada heater dan water heater).

Bersambung….

Kembara Bumi Parsi: Berpelesiran Di Tehran

$
0
0

20180105_121046

Tarikh  :   05 Januari 2018   
MISI    :   DAY 02
LALUAN:  Tehran
Jarak  :±
KOORDINATE: N35.88190° E51.40836°

20180105_083345

Kami sampai di Lapangan Terbang Imam Khomeini pada jam 11:15 pm (waktu Iran). Usai urusan passport, Muhammad sudah sedia menanti kami di pintu keluar. Beliau menjemput kami dengan sebuah proton wira lalu membawa kami ke rumahnya. Beliau memberikan kami sebuah bilik (ala homestay) dan meminta kami berehat dahulu sebelum aktiviti bermula esok.

20180105_085126

Jam 8.00 pagi kami sudah bersedia dan kemudian berbincang dengan Muhammad tempat-tempat untuk dilawati. Kini di Iran adalah musim sejuk, tentulah kami mencari peluang untuk bermain salji, maka Mohamad membawa kami ke Tochal iaitu sebuah kawasan peranginan sejuk yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Tehran untuk beriadah. Memandangkan hari ini hari Jumaat yang merupakan cuti mingguan, maka ramailah pengunjung yang hadir jadi kami terpaksa meletak kenderaan jauh di kawasan perumahan. Berjalan mendaki hingga ke tempat tiket. Dipertengahan jalan kami melepasi beberapa buah café, gua dan singgah sebentar di air terjun (N35.82356° E51.39992°) yang semakin kurang airnya mungkin kerana puncanya sudah mula membeku. Kami berhenti di sebuah café berdekatan kaunter tiket untuk bersarapan (pastinya roti dan scrambled eggs untuk 2 orang dan tea untuk 3 orang - kos IRR340,00 = USD9.52 hmmm… )

TeleCabin

Kemudian kami dapatkan tiket untuk menaiki Telecabin iaitu kereta kabel ke puncak Tochal  yang katanya adalah antara yang terpanjang di dunia (± 7.5km) Kami mengambil tiket hingga ke stesyen terakhir iaitu stesyen 7 dengan harga IRR400,000.00(USD11.20) seorang.

20180105_104216

Telecabin antara yang terpanjang didunia

Perjalanan dari stesyen permulaan(N35.81951° E51.40740°) sejauh ± 4.5km ke stesyen 5 mengambil masa ± 20 minit (kami melintasi stesyen 1 dan 2 tanpa singgah). Dalam perjalanan dapat menyaksikan panorama indah bandar Tehran dihidangkan dengan landskap indah pergunungan dogol yang diseluputi salji dan menghidu udara gunung yang segar. Kelihatan ramai juga pengunjung  mendaki bukit ini (jika ada masa pasti aku pun akan turut sama mendaki).Stesyen 5(N35.85764° E51.39995°) terletak pada ketinggian 2,960 m. Disini kami singgah untuk menikmati pemandangan sekitar. Di kawasan ini terdapat restoran dan bangunan ala Swiss. Ramai pendaki berhenti disini untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan ke puncak. Jelas kelihatan puncak Komachal setinggi 2,950 meter disebelah kiri telecabin. Kemudian kami meneruskan perjalanan dengan menaiki telecabin ke stesyen 7 sejauh ± 3km yang mengambil masa ± 15 minit. Stesyen 7(N35.88190° E51.40836°) adalah stesyen terakhir dan berada pada ketinggian 3760m. Dikanan ku kelihatan puncak Tochal (3,964 m) sejauh 1 km lagi perlu mendaki, dihadapanku adalah puncak Qezquncal(3,780m) dan dikiriku adalah puncak Shah Neshin(3,876m). Inilah adalah puncak yang menjadi ‘sasaran’ pendaki. Memandangkan kesuntukan masa maka kami membatalkan hasrat untuk mendaki ke puncak Tochal. Lagipun aku sudah mula terasa kepenatan dan sakit kepala (mungkin tanda-tanda serangan AMS kot (acute mountain sickness). Aku gagahi juga menaiki chair lift sejauh ± 890 meter ke kawasan perangin ski. (N35.88748° E51.40110°) 

20180105_114346

Bersama seorang warga tempatan yang berusia 80an. Masih gagah dan gigih mendaki, bermain ski dan sebagainya. Dibelakangku adalah puncak Tochal.

Disini terdapat salji namun masih kurang tebal, jadi tidak nampak orang bermain ski. Ada hotel berdekatan, Kami cuma bermain salji (maklumlah mana ada salji di Malaysia) sambil bergambar. Tidak lama kami disini kerana  sakit kepalaku semakin kuat dan tubuh terasa semakin kesejukan kerana tiupan angin. Sesekali kelihatan awan membelah di sekitar stesyen 7 dan puncak berdekatan. Bergegas kami turun dengan telecabin ke bawah. Sampai dibawah jam sudah pukul 2.30 petang dan Muhammad membawa kami ke Old Tajrish Bazaar(N35.80562° E51.42984°). Disini kami makan tengahari yang lewat (3.30pm) dengan nasi dan kebab untuk 2 orang + coke (IRR350,000 = USD9.8).

20180105_112021

Tajrish Bazaar dibina sejak ratusan tahun lalu dan tidaklah sehebat Grand Bazaar tetapi ia tidak sesak dan kurang dicemari. Peniaga-peniaga  sebelah menyebelah menjual barangan perhiasan, makanan, sayuran segar barangan rumah dan lain-lain lagi.

DSC08303-horz

Selepas itu kami singgah ke makam/masjid Imamzadeh yang terletak berhampiran dengan Tajrish Bazaar. Ia adalah antara masjid yang terkenal di Iran dan antara lokasi popular untuk dikunjungi oleh para penganut mazhab Syiah. Memandang waktu maghrib sekitar jam 5.30 petang maka kami kami singgah untuk solat di sini. Walaupun disini bermazhab syiah, aku ke hadapan menyelesaikan urusanku dengan Allah keseorangan tanpa gangguan. Selesai solat aku meninjau ruang sembahyang masjid ini yang dibina indah dan silingnya dihiasi dengan kristal. Kelihatan  ramai pengunjung menziarahi makam imam Saleh Bin Musa. Untuk makluman pengunjung wanita diwajibkan memakai Chadur apabila berada di dalam kawasan masjid ini.

20180105_163946

Refleksi ! … Hiasan dalaman dari kristal di dalam masjid Imamzadeh

Kami meninggalkan kawasan ini semasa maghrib dan menuju ke Azadi Tower(N35.69975° E51.33810°) yang menjadi ikon kebebasan dan berada ditengah bulatan (round about)  medan Azadi dan landmark pintu masuk barat ke kota Tehran.

20180105_175910

Azadi Tower atau Borj e Āzādi yang bermakna "Freedom Tower" (1979) dahulunya semasa zaman Shah dikenali sebagai Shahyad Tower. Menara berbentuk bagaikan Y terbalik dibina pada tahun 1971 untuk memperingati ulang tahun ke-2500 kerajaan Parsi yang pertama dan menjadi salah satu ikon atau landmark Tehran. Direka oleh Hossein Amanat dengan menggabungkan seni bina moden dengan pengaruh Iran tradisional.

Plan Azadi Tower

Jam sudah 8.30 malam, maka kami mengambil keputusan untuk balik ke rumah penginapan untuk berehat. Banyak juga tempat di Tehran terpaksa kami skip kerana masa yang agak lama kami ambil semasa berada di Tochal ….

Bersambung ……

20180105_094737

hmm… Sarapan sebegini di Tochal USD9.52

20180105_153812

Nasi tanpa kuah - Makan tengahari nasi berlauk kebab dan ayam USD9.80(untuk dua orang) termasuk air 

20180105_110437

Laluan hiking menarik disini

20180105_124921

Bersama penduduk tempatan yang mengambil peluang bersiar bersempena cuti mingguan

20180105_134840

Burger Iran

DSC08260

Air terjun mini – aliran air yang semakin kurang

DSC08274

Di Stesyen 5  - Salji masih kurang pada masa kini

DSC08295

Chair lift ke kawasan meluncur salji

DSC08296

Hotel peranginan

DSC08309

pintu masuk ruang wanita di Imamzadeh mausoleum. Wanita perlu bercadur di kawasan ini

 

Bersambung


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi  : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 :
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 :
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 :
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 :
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 :

Kembara Bumi Parsi: Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah

$
0
0

Tarikh   :   06 Januari 2018   
MISI     :   DAY 03
LALUAN:  Tehran – Kashan
Jarak    :  ±250km
KOORDINATE: N33.94625° E51.37320°

20180106_100128

Jimat masa - Aku singgah membeli roti di R & R untuk sarapan

DSC08323

Darmarkuz

8.00 pagi kami bertolak keluar dari bandar Tehran tanpa sarapan dengan menghala ke arah selatan menuju ke Kashan yang sejauh ±250km. Perjalanan melalui Lebuhraya yang dikenali sebagai Freeway 7 atau Persian Gulf Highway. Sepanjang perjalanan penorama indah rupabumi Iran berlatarkan gurun dan gunung ganang. Aku memang teruja melihat lanskap Iran, dengan bukit dan gunung ganang yang nampak seperti mudah  didaki sambil berangan akan ku daki gunung-gunung ini andai ia berada di Malaysia (layan pilah bukan kena duit). Pemerhatianku terhenti dan terus fokus kepada banjaran bukit yang berwarna merah dengan alur menarik yang memanjang selari jalan sejauh 4 – 5km. Aku meminta Muhammad  berhenti seketika untuk bergambar. Berdekatan kawasan kami berhenti ada kesan tasik air masin yang kering (ia akan kembali terjadi apabila musim hujan bermula). Bukit merah atau Red mountain(N34.42519° E51.16442°) ini dikenali sebagai Darmazku(betoi dak taktau ejaan ni)  

20180106_120220

Lanskap berwarna yang menarik berhampiran Kashan

Kami singgah di sebuah R & R untuk berehat seketika. Aku terpandang sebuah rumah lama lalu kami ke sana untuk bergambar. Di kawasan ini memang banyak sekali rumah-rumah lama sebegini.

20180106_124812

DSC08333

Bersama gadis manis Kashan. Perkampungan lama ini sudah ditinggalkan, walaubagaimanapun masih terdapat beberapa buah rumah lagi

Lebihkurang jam 2.30 petang kami tiba ke Bandar Kashan dan terus mencari restoran untuk makan tengahari. Kami singgah disebuah restoran yang cantik (N33.98612° E51.42514°). Makan nasi berlauk kebab untuk 2 orang (IRR310,000 = USD8.68). Usai solat kami bertolak ke Historical House(N33.97496° E51.44148°) di Kashan berdekatan Alavi Street.

20180106_135700

Makan tengahari dengan Nasi tanpa kuah di Restoran mewah

Kashan adalah penempatan kuno terawal di Iran. Jadi tidak hairanlah perkembangan dan pembinaan rumah di daerah ini dipengaruhi oleh gaya hidup, taraf ekonomi dan kebudayaan masyarakat. Rumah-rumah lama ini dibina sejak abad ke 18 dan 19 dimasa kemakmuran kerajaan Parsi terutama di Kashan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar kaya. Kebanyakan rumah-rumah ini kini diambil alih oleh kerajaan Iran untuk pemuliharaan bangunan bersejarah. Di kawasan ini terdapat beberapa buah rumah bersejarah seperti Baroojerdi house, Tabatabaei house, Sultan Amir Ahmad Bathhouse, Ameri House dan beberapa lagi. Apa yang menarik adalah senibinanya yang unik dengan binaan rumah dari lumpur dicampur dengan jerami gandum, pintu kayu yang tebal lagi unik dan rumah mereka kebanyakannya dikelilingi oleh tembok. Tetapi yang menarik perhatianku adalah binaan unik perangkap angin atau wind catcher. Wind catcher atau badgir ini dibina untuk memberi peredaran udara segar ke bahagian yang dikehendaki bagi mendapatkan suasana segar dan sejuk sepanjang masa

 GOPR3830

The Sacred Shrine – The Holy Sultan Amir Ahmad

20180106_151220

Pengetuk pintu ini uniknya kerana dibuat khas untuk wanita(kiri) dan lelaki(kanan). Dari bunyi yang nyaring dari pengetuk sebelah kanan boleh memaklumkan tuanrumah bahawa yang berkunjung itu adalah lelaki.

GOPR3826

Boroujerdi House – Rumah ini milik Usahawan kapet Seyed Hassan Netenzi (1859). Rumah ini berkeluasan 3,500 meter per

20180106_153224

di sebuah lorong di kawasan historical house

20180106_153534

Wind Catcher di Boroujerdi House

Senibina rumah ini juga kebanyakan memasukkan unsur air bagi digabungkan dengan angin bagi memberi lebih kesan penyejukan dari wind catcher. Sebab itu kebanyakan rumah sebegini ada kolam dihalaman rumah atau telaga khas di bawah serombong wind catcher. 

DSC08355

Fountain yang digerakan dengan kuasa air. Air disalirkan dari saliran yang berwarna biru

DSC08359

Kolam utama yang memberi tekanan kepada saliran dan juga fountain. Falsafah dalam rekebentuk Taman ini meliputi 4 unsur iaitu tanah, air, api dan angin  

Selepas itu kami ke Fin Garden(N33.94625° E51.37320°) atau Bagh-e Fin. Taman ini mula dibina oleh Shah Abas 1 di era Kerajaan Safavid sekitar kurun ke 16 disebuah perkampungan bernama Fin yang terletak beberapa km ke baratdaya Kashan. Taman ini diperbaharui semula diera Qajar (1797 – 1834). Taman ini berkeluasan 2.3 hektar dan dihiasa dengan pokok pine dan tumbuhan wangian. Yang menarik ialah bagaimana sumber air di pergunakan sepenuhnya dan teknologi diaplikasi di taman-taman yang dihiasai dengan air memancut melalui tekanan dari kolam yang dibina khas. Walaupun kawasan ini dikelilingi oleh gurun, namun sumber airnya diperolehi dari pergunungan Karkas yang dialirkan melalui saluran bawah tanah yang dipanggil ‘qanat’ ke kolam takungan yang besar dan dari sini air dialirkan ke taman ini melalui saliran yang dibina khas berwarna biru. Saliran ini mempunyai kemampuan untuk mewujudkan pancutan air di sekitar taman. Hebat ….. Dek kerana itu Taman ini di jadikan sebagai Harta Negara pada tahun 1935 dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagaiWorld Heritage Site pada 18 Julai, 2012.

20180106_163516

SAfavid pavillion – Sultan dan keluarga akan beristirehat sambil menikmati bunyi aliran air

20180106_164913

Bath house – Mungkin disinilah lokasi pembunuhan penuh tragik Amir Kabir seorang Perdana Menteri di Era Nasiruddin Shah (1848 – 1851)

 

bagh-e-fin_garden_plan

Peta Fin Garden

  Untuk masuk ke taman ini dikenakan bayaran sebanyak IRR200,000 atau USD5.6. Ia dibuka dari jam 8.00 am – 7.00pm setiap hari (tetapi pada musim sejuk dengan masa siang yang singkat semasa kami sampai ianya sehingga jam 4.30pm sahaja). Selepas keluar kami mengikuti seorang penduduk tempatan untuk bermalam di rumahnya yang terletak ± 1.2 km dari Fin Garden. Rumahnya (N33.94872° E51.38546°) yang tersedia keperluan asas seperti pendiang, tandas dan water heater disamping katil dan selimut yang cukup.

Bersambung


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 :
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 :
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 :
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 :

Kembara Bumi Parsi : Isfahan – Kota Separuh Dunia

$
0
0

Tarikh   :  07 Januari 2018   
MISI     :  DAY 04
LALUAN:  Kashan – Isfahan
Jarak    :  ±260km
KOORDINATE: N32.65802° E51.67722°

20180107_085409

Ada jalan bertol dari Tehran ke Isfahan dan kosnya murah bangat

Seperti biasa jam 8.00 pagi mesti gerak ke destinasi, bersarapan di jalanan sahaja. Perjalanan dari Kashan melalui Lebuhraya sejauh ± 261km dengan kadar tol cuma IRN20,000 sahaja. Minyak (yang kualiti sama macam Ron 95) pula harganya IRN10,000/per liter (± RM1.00). Kami tidak memandu laju sekitar 80 – 100 km/j sahaja dan peluang untuk aku memandu kereta panduan sebelah kiri, memang terasa kekok dan aku tak mungkin boleh memandu di dalam kota. Perjalanan yang mengambil masa ± sekitar 4 jam dan kami tiba di Isfahan ± jam 12.00 tengahari.

20180107_121434

di depan jam suria Di Medan Nagh-e Jahan

Isfahan adalah kota ke 3 terbesar di Iran dan menjadi ibu negeri wilayah Esfahan. Ia telah wujud sejak 1,500 tahun dan kegemilangannya menonjol di era dinasti Safavid pada abad ke 16 dan pernah menjadi ibu kota Parsi. Mendapat jolokan sebagai "Nesf-e-Jahan" yang bermakna"Half The World". Dengan keindahan senibina, karya seni yang hebat dan binaan yang mengkagumkan seperti taman, masjid dan tinggalan kota membuat para pelancong berasa kagum dan mengatakan berkunjung ke Isfahan adalah seperti melihat separuh dunia. Maka dek kerana tu aku memang teringin untuk ke sini.

esfahan-29-728plan_ieng

Sesampai kami di Isfahan, kami terus ke Naghs-e-Jahan(N32.65802° E51.67722°) yang juga dikenali sebagai Imam Square atau Meydan Emam. Ia pernah dinobatkan sebagai medan kedua terbesar didunia. Dihiasi dengan kolam dengan pancuran air dan dikelilingi oleh bazar, istana dan masjid yang mempesonakan. Secara khususnya medan ini mempunyai sebuah istana (Ali Qapu Palace di sebelah barat, 2 buah masjid yang terdiri megah (Shah mosque atau Imam Mosque disebelah selatannya dan Sheikh Lotfollah Mosque di sebelah Timur dan di bahagian utara terletak pintu masuk utama dan Grand bazar iaitu 4 buah bazar yang bersambungan.

20180107_125307

Di dalam masjid Shah

P1070021

Masjid ini dalam pembaikan pulak ..

20180107_125920

di tempat mengambil wuduk – dikananku adalah perigi untuk wuduk

Sesampai kami di Imam Square, azan zohor berkumandang dari Shah Mosque @ Imam Mosque(N32.65490° E51.67749°), Mohammad memaklumkan jika masuk ke masjid ketika waktu solat dikecualikan bayaran (IRN200,000). Alhamdulillah selepas mengambil wuduk aku terus ke ruang solat dan mengambil tempat di penjuru untuk sendirian menyelesaikan urusanku denganNYA. Usai solat aku keluar melihat sekitar kawasan masjid yang kini sedang dalam proses ubahsuai.. Masjid ini mula dibina pada 1611, kehebatannya pada keindahan jubin mozek dan warna inskripsi kaligrafi. Ciri yang unik dalam kehebatan senibina ialah pada bunyi dan pantulannya dibawah kubah yang boleh menyaringkan bunyi sekeliling. Tidaklah dapat aku untuk melaungan azan dibawah kubah ini untuk denar dan menyaksikan keistimewaan senibina ini. Masjid ini dikatakan ‘masterpiece’ di dalam senibina islam Parsi dan ia didaftarkan bersama dengan Medan Naghs-e-Jahan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dalam tahun 1979.

20180107_132552

20180107_133021

Istana juga masih dalam pemuliharaan

Selepas itu kami ke Istana Ali Qapu(Ali Qapu bermaksud 'Gate of Ali')(N32.65714° E51.67655°). Ia dibina pada penghujung abad ke-16 untuk kediaman Shah Abbas I. Istana bertingkat ini menjadi tempat keluarga diraja menyaksikan acara disekitar medan. Namun kami hanya melihat dari luar sahaja. Untuk masuk  ke dalam dikenakan bayaran sebanyak IRN200,000.00 seorang.

20180107_132713

Dibelakang kami adalah Masjid Sheikh Lotfollah

Terus ke Masjid Sheikh Lotfollah (N32.65742° E51.67851°) yang dibina oleh Shah Abas sekitar 1602 – 1609. Masjid ini didedikasikan pembinaan kepada Sheikh Lotfollah seorang ulama Islam yang dihormati yang telah dijemput ke Esfahan untuk mengajar dan mengawasi kerja-kerja keagamaan di masjid raja (Masjid-e Shah). Selepas itu kami bersiar di bazar yang luas dan terus mencari tempat untuk menikmati makan tengahari di restoran berhampiran. Usai makan kami ke Chehel Soton Palace 

20180107_131752

20180107_131913

di dalam bazar

20180107_133759

The main entrance called Qeisarieh

20180107_143317

Menikmati makan tengahari sedikit berbeza – ikan (IRN450,000 utk 2 orang + air 3)

Chehel Soton Palace(N32.65742° E51.67196°). dibina oleh Shah Abas 1 dalam tahun 1647. Ia meliputi kawasan seluas ± 67,000 meter persegi. Ia disempurnakan lagi oleh Shah Abbas II dengan membuat beberapa tambahan. Istana ini dibina untuk upacara keramaian dan majlis tertentu. Namanya bermaksud 40 tiang dimana duapuluh tiang yang dibina dengan refleksi di dalam kolam menjadikan jumlah 40 batang kesemuanya. Istana ini kini dijadikan muzium lukisan dan seramik Parsi.

20180107_135332

entrace untuk ke Chehel Soton

DSC08387

Penat berjalan mengelilingi medan dan sekitar membuat kami perlu segera ke homestay (N32.65135° E51.73604°) di kawasan pinggiran Isfahan kepunyaan seorang pesara guru, Mohammad Hussain yang ramah dan baik hati untuk berehat seketika.

DSC08404

DSC08413

DSC08417

DSC08421

Pavillion kerabat raja beristirehat – Pavillion ini ditutup kepada orang ramai

Selepas maghrib kami keluar ke salah satu jambatan romantik yang merintangi sungai Ziyandeh dan terletak di selatan Chahar Bagh Avenue iaitu Si-O-Se Pol Bridge(N32.64448° E51.66748°). Si-o-se Pol Bridge yang bermakna "33 Bridge" atau "Bridge of 33 Arches" atau juga dikenali sebagai Jambatan Allah-Verdi Khan. Jambatan ini mula dibina pada 1599 dan berakhir 1602. Ia sepanjang 298 meter dan lebar 13.75 meter. Ia berfungsi sebagai jambatan dan empangan. Di tengah jambatan ini ada pavillion khas untuk keluarga diRaja bersantai menikmati pemandangan indah sungai. Pada malam hari jambatan ini akan kelihatan lebih cantik dengan biasan lampu pada air tetapi pada masa kini sungai Ziyandeh kering kontang.

20180107_195132

DSC08432

DSC08435 

Kemudian kami ke Khaju Bridge(N32.63684° E51.68334°). Ia dibina merentangi sungai Ziyandeh sebagai penyambung antara 2 tebing dan juga berfungsi sebagai empangan. Ia dibina pada abad ke 17. Ia mempunyai 23 arch dan sepanjang 105 meter

20180107_210843

Jiger aka hati bakar dimakan bersama roti, harga sebatang hampir RM1.00

DSC08439

Ia dibakar dalam tempat khas . KAmi makan dekat 20 cucuk .. kos IRN150,000

Malam semakin sejuk, perut semakin lapar, roti sudah jemu, nasi tanpa kuah semakin hambar, mencari kelainan. Singga di kedai yang menjual makanan seperti satay. Namanya ‘Jiger’ iaitu hati kambing atau lemak kambing yang dicucuk dengan besi dan dibakar di atas api. Ianya dimakan bersama roti dan disulam dengan bawang mentah. Perut pun kenyang, hatipun senang apalagi sampai di homestay, letak kepala dibantal terus gelap pandangan …..

Bersambung….


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 :
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 :
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 :

Kembara Bumi Parsi : Menuju Selatan Mencuba Makanan Traditional Iran

$
0
0

Tarikh   :  08 Januari 2018   
MISI     :  DAY 05
LALUAN:  Isfahan - Shahreza - Safashahr – Marvdasht - Shiraz
Jarak    :  ± 502 km
KOORDINATE: N32.65802° E51.67722°

20180108_090125

Pagi ini sungguh sejuk, suhu - 4°C, jam 8.00 pagi kami berangkat menghala ke Selatan menuju Shiraz sejauh ± 502km (Suatu perjalanan yang jauh hari ini). Sepanjang perjalanan fros mulai turun hingga gurun-gurun mula kelihatan memutih.

20180108_092853-horz

Hidangan Kaleh Pacheh – Sup Kepala & Kuku Kambing

Kami berhenti disebuah pekan iaitu Shahreza ± 80km dari Esfahan untuk menikmati sarapan popular Iran iaitu Kaleh Pacheh di sebuah restoran (N32.02706° E51.87557°). Kaleh Pacheh adalah sup kepala dan kuku kambing. Hidangan dimulakan dengan semangkuk sup kosong yang dicicah makan dengan roti. Habis sup, di persembahkan pula isi dari kepala kambing - otak, lidah, bola mata, pipi dan lain-lain aku ratah selahapnya (maklumlah banyak hari tak menikmati sesuatu yang berkuah). Nah Haih .. habis semangkuk dia mai pulak organ dalaman dengan perut. Tanpa menolak bahkan aku tambah lagi dan licin pinggan aku sebat …. Puaihh haih ‘menyorok’ pagi ni. Harga untuk 3 orang makan disini ialah IRR280,000.00. Sebelum tu beberapa penduduk Iran mempelawa roti kepada kami sebelum sup tiba bahkan ada pasangan Iran ingin bergambar dengan kami setelah dimaklumkan kami dari ‘Malaisie’. Menunjukkan keramahan dan kemesraan penduduk Iran terhadap pelancong terutama dari negara muslim.

    20180108_093812-horz

Mula-mula dihidangkan sup dimakan dengan roti

20180110_080742-horz

Kemudian segala otak, daging pipi, lidah dan diakhiri dengan perut kambing pulak

20180108_100836_004

20180108_114102-horz

‘Bukit Mordor’ yang dikelilingi oleh gurun yang berlatarkan gunung bersalji

Perjalan kami diteruskan lagi dan aku semakin teruja melihat rupabumi iran, bukit-bukit dan gurun mula diselaputi salji tebal pagi ni. Mataku tidak lepas dari memandang semua bukit dan bangunan-bangunan lama. Apabila terlihat sebuah kota diatas sebuah bukit lalu meminta Mohammad berhenti dan kami mendaki sejauh ±700 meter kepuncak bukit untuk melihat lebih dekat binaan tadi. Binaan ini adalah seperti sebuah pos kawalan lama yang ditinggalkan. Sebahagiannya sudah runtuh dan ia berada pada kedudukan yang strategik, terletak antara sempadan Pars/Isfahan. Dengan dikelilingi oleh gunung bersalji dan gurun yang luas mata memandang mengingatkan kami akan cerita ‘Lord Of The Rings’ dan kami memanggil bukit ini ‘Bukit Mordor’ (N31.62808° E52.09391°). 

P1080029-horz

GOPR3972

Caravan

Bentuk caravanserai

Berdekatan dengan kota Sormac kami jumpa sebuah Caravanserai(N31.04976° E52.81450°) yang ditinggalkan. Caravanserai adalah seperti rumah persinggahan kuno yang digunakan oleh pengembara/saudagar untuk berehat dan mendapat perlindungan dari serangan alam dan manusia. Ia popular sejak era Achaemenid yang menjadi singgahan popular di rangkaian laluan perdagangan terutama di Laluan Sutera.

20180108_151217 (1)

Harga Dizi untuk 2 orang ialah IRR280,000

Kami singgah untuk menikmati makan tengahari di pekan Safashahr(N30.60796° E53.18987°). Disini kami menikmati lagi makanan tradisional Iran iaitu Dizi. Dizi atau Abgoosht dalam bahasa Parsi bermakna Jus daging. Hidangan disajikan bersama ‘lesong batu khas’ yang dipanggil ‘Dizi’. Dimana daging kambing dan jus akan ditumbuk didalam lesong ini dan kemudian akan dimakan bersama roti. Ia adalah makanan berkhasiat yang berkalori tinggi dan merupakan sumber protein yang baik. Ia biasanya dinikmati di musim sejuk. 

20180108_134814

Salji semakin tebal digurun apabila kami menghampiri Safashahr

Jam 4.00 petang kami ke Madar Soleyman dan dengan masa yang singkat (pintu masuk ditutup pada jam 4:30 pm) tidak membolehkan kami untuk masuk ke dalam Kota ini. Pasargadae adalah ibukota kepada empayar Achaemenid. Ia diasaskan oleh Cyrus II the Great (yang memerintah 559-529 SM). Sisa-sisa tinggalan binaan hebat seperti Istana-istana, taman-taman dan makam Cyrus di tapak seluas 160-ha adalah saksi kepada kehebatan peradaban Persia. Ia telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2004.

Kami tiba di Shiraz pada jam 7.30 malam dan terus ke Homestay untuk berehat…..

P1100048DSC08442

tempat pembuatan roti traditional Iran.

P1100054

Roti dibeli dan dibawa untuk dimakan dengan Kaleh Pacheh. Roti ini lebih lembut berbanding roti yang disediakan bersekali dengan Kaleh Pacheh.

P1100052

Tak silap ku ini adalah Ash (Ash-e reshteh) . Iaitu Persian Sup

Bersambung….


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 : Menuju Selatan & Mencuba Makanan   
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 :
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 :

Kembara Bumi Parsi : Shiraz – Lokasi Bermulanya Empayar Parsi

$
0
0

Tarikh   :  09 Januari 2018   
MISI     :  DAY 06
LALUAN:  Shiraz – Persepolis - Marvdasht
Jarak    :  ±
KOORDINATE: N29.93480° E52.88501°

20180109_081238

Awal pagi kami kami bertolak ke Nasir Al Mulk Mosque di Lotf Ali Khan Zand Street sejauh ±5km dari hostel. Awal pagi, mudah dapat parkir, senang bergerak dan tak ramai lagi pengunjung.

20180109_084758

Tiket masuk ke sini ialah IRR200,000. Masjid Nasir Al Mulk(N29.60856° E52.54855°) juga dikenali sebagai "Masjid Pink", “Mosque of colours,” “Rainbow Mosque” dan “Kaleidoscope Mosque”. Mana tidaknya dengan simbahan cahaya matahari ke tingkap berwarnanya mewujudkan sinar pelbagai warna. Pada luarnya masjid ini sama sahaja seperti masjid-masjid lainnya tetapi di dalamnya, fuhh cantik bener senibinanya, sebab itulah ia dinobatkan sebagai masjid tercantik di Shiraz dan antara yang tercantik di Iran.

DSC08453

DSC08451

Di Halaman Masjid Nasir Al-Mulk

Ia dibina semasa era Qajar oleh Mirza Hassan Ali (Nasir Al Mulk) yang mengambil masa 12 tahun untuk disiapkan (1876 – 1888). Lama kami bergambar disini kerana masih tidak ramai pengunjung dan pada awal pagi ini biasan cahaya menerusi tingkapnya terserlah.

20180109_113340

Dipuncak sana Gahvareh Deed

GOPR4061

Pemandangan Kota Shiraz

Selepas itu kami ke Quran Gate(N29.63560° E52.56181°) dan berhenti bertentangan dengan quran gate untuk mendaki sebuah bukit yang dikenali sebagai Gahvareh Deed atau Cradle Of Sight(N29.63354° E52.56209°) juga dikenali sebagai Azod Dome iaitu struktur batu seperti kota/pos yang menghadap kota Shiraz. Ia mungkin lokasi peninjau suatu masa dulu.

    persepolis

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke arah Marvdasht untuk ke sebuah tinggalan kota kuno iaitu Persepolis (N29.93480° E52.88501°) sejauh ±57 km dari Quran Gate.Persepolis adalah nama Greek yang bermaksud 'Persian City' atau Parsa bermaksud 'Kota Persia'. Penduduk Iran memanggil Takht-E Jamshid yang bermaksud Throne Of Jamshid. Ia diasaskan oleh Darius The Great pada 518 SM (yang memerintah 522-486 SM). Darius menjadikan Parsa ibukota baru Empayar Parsi menggantikan Pasargadae. Persepolis terletak di kaki Gunung Kuh-e Rahmet ("Mountain OF Mercy"). Kota ini dibina diatas platform batu setinggi 12 meter dan berkeluasan 125,000 meter persegi, sebahagiannya batu ini dipotong dari Gunung Kuh-E Rahmat. Di atas Platform inilah beberapa struktur hebat dibina seperti Tachara (istana diraja), Apadana(Balai Penghadapan) dan lain-lain lagi struktur yang sempurna prasarananya. Senibina bangunan yang mengkagumkan dengan teknologi yang hebat digunapakai. Kehebatannya empayar ini yang berjaya menguasai seluruh Asia Tengah dan malangnya kegemilangannya berakhir apabila Alexander The Great berjaya menawan Empayar ini pada 334 SM. Tempat ini di senaraikan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 1979.

DSC08466

Selepas parkir kereta kami ke kaunter tiket dimana bayaran masuk dikenakan sebanyak IRN200,000 seorang. Kemudian terpaksa berjalan sejauh ±350meter ke pintu masuk (Wow!  luas dan tingginya tapak kompleks struktur ini) . Bermula dari sini kita akan menaiki anak tangga yang dikenali sebagai ‘Stairs Of All Nations’ atau Terrace Stairway (N29.93601° E52.88868°). Pembinaannya di lakukan oleh King Xerxes (486 – 465 SM) iaitu anak lelaki kepada Darius The Great. Tangga ini adalah main entrance ke istana. Ia dibina di kiri dan kanan dan mempunyai 111 anak tangga dan selebar 7 meter. Anak tangganya dibina rendah (±10cm tinggi setiap anak tangga) bagi membolehkan pengunjung menaiki dengan mudah dan bersahaja tanpa mengerah tenaga yang banyak.

GOPR4070

Selepas sampai di atas teres kami mengunjungi pintu masuk utama yang dikenali The Gate Of All Nations’(N29.93616° E52.88908°) iaitu nya pintu masuk utama. Pintu ini dijaga oleh patung yang berbentuk  Lembu bersayap dan berkepala manusia berjanggut yang dipercayai untuk menjauh/menolak kejahatan.

DSC08543

Kemudian kami ke runtuhan Apadana iaitu Dewan Penghadapan. Ia adalah ruang/dewan yang paling besar dan mungkin paling indah dari bangunan-bangunan di Persepolis, boleh menampung ratusan orang. Terdapat 72 batang tiang yang menyokong bumbung yag katanya setinggi 25 meter. Dewan ini adalah tempat untuk menerima tetamu kehormat dan tempat menerima ‘pemberian hadiah’ dari tetamu.

DSC08484

The Eagle-griffin(Homa)

DSC08496

DSC08538

DSC08535

Kami meneruskan lagi perjalanan di dalam kompleks ini menuju ke runtuhan istana peribadi iaituTachara atau istana Darius. Ia mungkin struktur terkecil di Persepolis dan berukuran 1,160 meter persegi. Ianya dibina dari batu yang berkualiti. Permukaannya digilap hingga berkilat bagaikan cermin. Ukiran yang melambangkan motif tertentu menghiasi dinding.

G0104077

Paling menarik kami mengunjungi, Imperial treasury atau Treasury Of Persepolis(N29.93457° E52.89170°). Ia terletak di Bahagian Tenggara kompleks ini. Walaupun dibina oleh Darius, ia diperluaskan lagi oleh Xerxes. Dengan luasnya khazanah ini menggambarkan bahawa betapa kayanya kerajaan Achaemenid bahkan boleh dinobatkan sebagai kerajaan paling kaya di dunia pada masa tersebut. Dilaporkan selepas dimusnahkan empayar ini, Alexander menggunakan 20,000 lembu dan 5,000 unta untuk memunggah dan mengangkut harta rampasan dari kawasan ini.

20180109_134532

Membelakangi ‘The Hundred Column Hall’– The Largest Chamber in Persepolis. Berkeluasan 4,800m per dan mula dibina oleh Xerxes dan disiapkan oleh anaknya Ataxerxes 1. Menjadi balai penghadapan dimana pegawai-pegawai tentera Empayar menghadap Raja.

DSC08502-horz

Tomb Of Artaxerxes III

20180109_160041

20180109_160816

Sebenarnya banyak lagi tempat yang kami lawati seperti ‘The Unfinished Gate’, ‘The Hadish Palace’, ‘The Tripylon’, ‘The Rock-cut Well’, The Army Street’ dan kami memang mengambil masa yang cukup lama disini maklumlah terlalu teruja bahkan ia adalah sebahagian dari minatku kepada sejarah tamadun manusia. Bahkan semasa disini aku ‘membayangkan’ suasana tempat ini pada zaman tersebut. Kesimpulan yang aku dapat .. betapa hebatnya tamadun ini di abad tersebut.

20180109_170119

Harga IRN350,000 untuk nasi ayam (ada kuah), nasi kebab dan 2 pepsi

Jam 4.00 petang di kawasan parkir kami berjumpa dengan penduduk setempat yang menawarkan rumahnya yang juga dijadikan sebagai hostel (N29.88967° E52.80481°) untuk kami bermalam. Sebelum itu kami singgah membeli nasi ayam disebuah kedai untuk makan malam. Hmmm… baru aku tahu kalau beli nasi ayam sudah tersedia kuah (kari) - barulah terasa nikmat makan nasi dengan kuah ….

Bersambung….


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 : Menuju Selatan & Mencuba Makanan   
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 : Shiraz – Bermulanya Empayar Parsi   
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 :


Kembara Bumi Parsi : Pengalaman Yang Dibawa Pulang

$
0
0

 

Tarikh   :  10 & 11 Januari 2018   
MISI     :  DAY 07
LALUAN:  Marvdasht – Necrepolis - Esfahan – Qom - IKEA
Jarak    :  ± 485km + 431 km 
KOORDINATE:

Ia adalah perjalanan ‘tala balik’ kami selama 2 hari sejauh 916km dari Marvdasht ke Esfahan dan seterusnya ke Lapangan Terbang di Tehran. Perjalanan yang tidak menjemukan dengan melihat lanskap gunung ganang unik berdiri megah, merentas gurun yang keperangan dan diselumuti salji singgah dibeberapa caravaserai yang ditinggalkan dan mendaki bukit Nabi Khidzir diQom. 

20180110_093842

Jam 8.00 pagi kami bertolak dari Hostel menuju ke arah Necrepolis(N29.98828° E52.87475°) yang terletak sejauh ±30km dari hostel kami. Necrepolis bermakna City of Dead dalam bahasa Greek dan juga di gelar Naqsh-e Rustam oleh penduduk tempatan. Ia adalah makam kuno yang dimiliki oleh pemerintah empayar Achaemenid iaitu Darius 1, Darius II, Xerxes 1 dan Ataxerxes 1. Makam ini dibina di tebing kaki bukit dan berada tinggi beberapa meter dari aras bumi. Makam ini telah diceroboh oleh penjarah yang mencuri banyak harta tinggalan yang disimpan di dalam makam setelah jatuhnya empayar ini ditangan Alexander The Great.

20180110_100755

Tidak lama kami disini kerana kereta kami mengalami kerosakan, enjinnya tidak boleh dihidupkan. Setelah berjaya menolak bersama beberapa orang kakitangan Nacrepolis, kami menuju ke pekan terdekat untuk membaikinya. Hampir jam 12.00 tengahari baru siap kereta dan perjalanan santai kami ke Shiraz yang memakan masa hampir 5 jam sejauh 485km. Kami tiba di Shiraz pada jam 8.00 malam dan terus ke Imam Square semula untuk mencari cenderamata untuk dibawa balik. Disini aku menyaksikan pemandangan malam Naqh-E Jahan yang cantik kemudian ke hostel Mohamad Husein untuk bermalam. 

DSC08580

Istana Ali Qapu diwaktu malam

20180110_153236-horz

20180111_125645

20180111_124936-horz

Tinggalan caravanserai di sekitar Kashan

Pagi besoknya kami bertolak semula dan bercadang untuk singgah ke Abyaneh, tetapi sepanjang perjalanan kami singgah ke beberapa caravanserai lama, maka tak sempat untuk ke Abyaneh sebaliknya kami singgah ke bandar Qom menuju ke satu bukit menarik yang dikenali sebagai Bukit Nabi Khidzir(N34.59008°, E50.86785°).   

Untitled-horz

Di atas bukit ini ada sebuah masjid yang dipercayai dibina oleh Nabi Khidzir sekitar 3000 tahun lalu (walaubagaimanapun masjid ini sudah dipermodenkan). Masjid yang berada pada ketinggian ±200 meter dari kaki bukit dan hanya boleh di akses dengan berjalan kaki melalui laluan yang sempit. Perjalanan ke atas mengambil masa ± 10 minit. Kelihatan berduyun-duyun penduduk tempatan tak kira usia dan beberapa pelancong mendaki ke puncak. Peluang yang datang sekali seumur hidup pasti jangan dipersiakan,  kami mendaki dan bila di sampai di atas. . Wow .. pemandangan 360° bandar Qom dapat disaksikan dari atas sini dan di hujung sana ada banyak puncak –puncak yang menarik 

P1110067

Bukit & Masjid Nabi Khidzir dari jalan masuk

DSC08618

Di kawasan parkir – nun di atas sana Masjid Nabi Khidir

GOPR4126-horz

Pemandangan dari atas – masjid Nabi Khidzir

GOPR4160

Pemandangan dari dalam Masjid – di hujung kiri katanya adalah lokasi nabi Khidzir beramal

Sejauh perjalanan kesini dan penat mendaki pasti aku tidak melepaskan peluang untuk menghormati masjid ini. Di suatu sudut masjid ada bilik khas (dulu adalah gua(???) dimana katanya tempat Nabi Khidr ‘beribadat’. Kelihatan ramai penduduk tempatan bersembahyang sambil berdoa di dalam bilik ini.

Selepas itu kami keluar dari bandar Qom memasuki Lebuhraya untuk pulang ke IKIA(Lapangan Terbang) dan singgah menikmati makan malam(petang) di R&R yang berhampiran (± 5 km dari Qom) iatu Mehr-O-Mah Tourist Complex (N34.74237°, E50.86728°). Satu kawasan hentian yang lengkap dengan komplek perniagaan dan antara kompleks pelancongan terbaik di Iran. Kompleks ini sentiasa bersih. Di sini ada butik ADIDAS dan beberapa kedai terkenal. Di tingkat satu ada restoran yang menjual dan menyajikan masakan dan makanan tradisional Parsi. Walaubagaimanapun ini adalah tempat yang paling mahal kami makan sejak berada di Iran. 

Selepas makan kami menuju ke Lapangan Terbang Imam Khomeini pada jam 7.30 malam. Setelah bersalam kami mengucapkan terima kasih kepada Mohammad atas khidmatnya. Alhamdulillah dipelihara Allah sepanjang perjalanan kami, dicukupkan rezeki olehNya (bajet terhad), diperlihatkan keindahan alam dengan topo yang berbeza dari Malaysia, didedahkan tentang rahsia kehebatan empayar dan teknologi kuno dan lain-lain lagi . Syukur …

Penerbangan balik kami dengan penerbangan Air Asia D7 777 jam 12:40am waktu tempatan

 


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 : Menuju Selatan & Mencuba Makanan
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 : Shiraz – Bermulanya Empayar Parsi
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 : Perjalanan Pulang

YAMAHA NMAX 2018: Yang Biru menjadi Pilihanku

$
0
0

Tarikh: 02 April 2018

Sering melihat kawan-kawan beriring berkelana mengendarai motosikal membuat aku juga semakin tertarik untuk sama-sama ke arah aktiviti sedemikian. Namun dengan motosikal yang aku ada  iaitu skuter Honda icon 110cc dengan tangki minyak hanya 3.3l membataskan aku untuk menyertainya. Menyedari itu aku perlu mencari skuter yang sesuai denganku tetapi tidaklah terlalu besar kuasa kudanya, kerana style pemanduanku hanya santai.

17-Nov-10-NMax-Blue6

Maka apabila Hong Leong Yamaha Motor melancarkan skuter Nmax terbaharu mereka (versi 2018) baru-baru ini membuat aku terpesona akan keanggunan dan kelincahannya.

17-Nov10-NMax-Blue1-horz

Yamaha Nmax mempunya DNA yang sama dari abang besarnya Yamaha T-Max yang sendo lagi gagah. Skuter kelas pertengahan yang dikuasai enjin 155cc dengan ditambah sejukan cecair, menjadikan ianya lancar bertenaga dan penuh dengan daya kilas (dapat menghasilkan 14.8 hp pada 8,000 rpm dan 14.4 Nm pada 6,000 rpm). Menjadi yang pertama dalam segmennya mengggunakan sistem Variable Valve Actuation (VVA) dan teknologi Blue Core Yamaha ditambah bagi menjadikan sistem pembakaran lebih cekap dan sempurna dan dapat mengurangkan penggunaan minyak. (Tangki minyaknya 6.6 liter – 1 liter 42km). Transmisinya pula ialah dari jenis CVT. Kedua tayarnya dilengkapi dengan  sistem brek antikunci ABS. Lampu hadapannya pula benar-benar terang dan kebuk simpanan di bawah pelananya yang luas untuk diisi barangan sendiri.

GOPR4521_1523087600273_high

Dengan harga atas jalan sebanyak RM9,000.00, maka pada 02 April 2018, mesin ini menjadi milikku dengan no. pendaftaran KEM 5511.

Givi

Dan aku tambah kotak dibelakang jenama GIVI Model E43NTL-ADV MULEBOX bagi membolehkan barangan dimuat tambah

Tinggalan Paip Besar Gopeng dan Hiking Bukit Batu Putih

$
0
0

Tarikh      : 02 April 2018
Jarak       :  2.7 km  
Max Elev. : 265 meter 
Coordinate: N4.44967° E101.20197°
Lokasi      : Jalan Kampung Pintu Padang, Gopeng, Perak, Malaysia

Batu Putih

Lama benar aku menyimpan hasrat untuk mendaki ke sini, mencari-cari tika yang sesuai dan kebetulan aku ada urusan di Kuala Lumpur pada hari sebelumnya, maka dalam perjalanan balik ke Alor Setar kami singgah bermalam di Gopeng untuk mendaki bukit ini pada awal pagi esoknya.

Kami bermalam di Hotel bajet Hamid Top(N4.46815° E101.16436°). Berdekatannya ada sebuah tinggalan Paip Besar Gopeng yang menjadi sebahagian dari sejarah Gopeng.

20180401_185045

Dahulu paip ini digunakan untuk menyalur air untuk aktiviti perlombongan bijih timah di kawasan Gopeng. Ia dibina oleh The Mephan-Fergusan Co. Ltd. United Kingdom dan dipasang dalam tahun 1908 oleh Gopeng Tin Mining Co. Ltd. Gopeng pernah menjadi pengeluar bijih timah terbesar di Lembah Kinta dengan kawasan perlombongannya mencecah 3,543 ekar sehinggalah operasinya ditamatkan pada bulan Ogos 1992 kerana harga timah jatuh merudum sejak tahun 1985.

Paip ini asalnya sepanjang 13.6 km dan bergarispusat 14 in. yang menghubungkan sumber air dari Ulu Geruntom dan Ulu Geroh ke kawasan perlombongan. Dengan ledakan pemintaan bijih timah, keperluan semakin bertambah maka dua batang paip bergaris pusat 45 in ditambah dan panjang sehingga 15km.

Memandangkan batang paip ini tidak digunakan dan mengundang bahaya kepada penduduk sekitar, ianya dirobohkan oleh kontraktor mulai 21 Julai 2010 namun sejarah dan fungsinya kepada perkembangan ekonomi di Gopeng dan usianya yang melebihi 100 tahun, wajarlah sebahagiannya dipelihara sebagaimana kedudukan asal sebagai bahan sejarah dan peringatan kepada generasi baru. Dari itu, Syarikat Global Distinction Sdn. Bhd. telah bermurah hati mendermakan 2 batang paip yang panjangnya 96 kaki (30 meter) dan bergarispusat 30 in kepada Kerajaan Negeri Perak.

Trail

20180402_081456

Bukit ini tidaklah tinggi sekitar 260 meter sahaja dan mempunyai denai dan petunjuk yang jelas. Laluan mendakinya dikategorikan sebagai mudah oleh itu ia sesuai untuk aktiviti keluarga. Jarak dari permulaan (pintu masuk utama - N4.45640° E101.19384°) ke puncak sejauh lebihkurang 1.4 km sahaja dan mengambil masa ± 30 minit. Untuk turun pula sekitar 15 minit ja. Laluannya agak mendatar dan sedikit mencanak sebelum sampai ke kawasan batu putih (N4.45176° E101.19905° - zone 5 kot) dan ada lagi 450 meter untuk sampai ke puncak (N4.44967° E101.20197° - di tandakan sebagai Zon 6)

DJI_0177

29025488_1477196622391803_421005994990742842_n-horz

Trail ini diselenggarakan oleh Persatuan Belia Kampung Pintu Padang. Fee sebanyak RM3.00 seorang dikenakan sebagai yuran konservasi (conservation fee). Bayaran ini untuk pengurusan bagi menjaga kebersihan persekitaran selain memastikan keadaan bukit Batu Putih pada tahap optimum. Ianya telah berkuatkuasa semenjak tahun 2017 lagi.

P4020147

P4020145-horz

Di pintu masuk utama ada tandas dan pondok/Kaunter untuk pendaftaran. Ia mula beroperasi jam 8 pagi - 6 ptg. Tapi jika tiada orang bolehlah hubungi En Ady 014 245 3055 / Amirul Hafiz Zainal 0111-642 4413 atau Akram 017-516 3836. Boleh juga naik dahulu dan kemudiannya setelah turun boleh buat pembayaran. Terdapat juga parkir percuma di kawasan berdekatan

20180402_094547-horz

Setelah turun kami singga ke gerai Mee Kari Ami yang popular di Gopeng. Istimewanya hidangan mee dan laksa  ia menyediakan tambahan kuah khas dan keropok. Tetapi aku lebih menggemari laksanya.

DJI_0157

di pertengahan Trail

DJI_0165

Zone 5 …

DJI_0166

Tampak dari Barat ke Timur

DJI_0181

Puncak Bukit Batu Putih

DJI_0178-horzTahniah!! berjaya sampai , walau mudah

Danok Ke Sakom: Menelusuri Sempadan, Menerjah Tasik Buatan

$
0
0

20180420_125836

Tarikh       : 20 – 21 April 2018   
Laluan      :
TTG – Danok – Khlaong Sadao Reservoir - Khao Nam Khang  - Nathawi – Wang Yai – Sakom – Durian Burung - TTG
Jarak        : 380 km   
Coordinate: N6.96034° E100.84765°
Lokasi       :

Sakom

Tiba-tiba pagi ni tergerak untuk melangkah ke‘seberang’ dengan menaiki Nmax. Jam 8.00am kami bertolak dari rumah dan singgah ke Kedai Runcit 56(N6.43569° E100.42886°) di Taman Seri Changloon untuk membuat insuran dan tukaran wang. Aku ambil insuran motosikal untuk tempoh setahun dengan bayaran RM95.00 (tudia haih…. sama macam insuran kereta). Aku tak pernah masuk Thailand dengan motosikal dan jarang sekali masuk melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, maka terpinga-pinga jugalah bagai rusa masuk kampung untuk membuat urusan imigresen di sebelah Thailand. Usai urusan imigresen aku cari kedai sticker membuat no. pendaftaran Thai (boleh dibuat dikebanyakan kedai yang menjual insuran disebelah sana) – sebenarnya tak buat pun takpa …saja

20180420_112337-horz

Setelah itu kami meneruskan perjalan menelusuri jalan sempadan Thailand/Malaysia dan singgah di sebuah tasik (± 5km dari Danok) yang dijadikan sebagai tempat makanan popular. Tempat ini dikenali sebagai Water View(N6.52661° E100.43693°). Keunikan tempat ini ialah pondok-pondok dibina ditebing tasik dan makanan boleh dipesan dan dihantar ke pondok tersebut .. perghh .. santapan di atas tasik dibuai angin namun kehalalan makanan tak dijamin. Kami meneroka sekeliling tasik ini hingga ke chalet di seberangnya.

20180420_112200

Laluan ke sini tidak asing bagi aku, kalau dahulu kesini dengan berbasikal atau berkereta, maka banyak tempat tidak sempat/dapat disinggahi, tetapi dengan motosikal pasti akan ku redah apa yang dilihat unik.

20180420_121447

Setelah itu aku mencari jalan untuk menjelajah sekitar tasik buatan yang dikenali sebagai Sadao water Reservoir(Khlong Sadao Dam) (N6.58594° E100.49671°)  ± 30km dari pekan Danok . Ia adalah Empangan terbesar di wilayah Songkhla (anggaran aku ± 9km2) dengan kapasiti simpanan air sebanyak 56.74 juta cubic meter. Ia bina bagi menampung keperluan bekalan air ke kawasan Hadyai dan Songkhla.

DJI_0292

Pembinaannya memakan masa selama 8 tahun (1991 – 1998) dengan kos sebanyak 340 juta baht. Tasik buatan ini menjadi tarikan kepada kaki pancing tempatan kerana ia kaya dengan ikan air tawar dan menawarkan pemandangan yang menarik dan masih belum dicemari dengan pembangunan selain kurang dikunjungi oleh pelancong. Kami mengelilingi tasik ini, menjelajah memasuki laluan offroad, singgah di beberapa tanjung dan beberapa lokasi yang menarik padaku.

20180420_142729

Setelah itu kami menuju ke Khao Nam Khang National Park. Ia ditubuhkan dalam tahun 1991 dan adalah Taman Negara ke 65 yang diistiharkan oleh kerajaan Thai. Taman Negara ini berkeluasan 212 km2 yang kaya dengan flora dan fauna. Tarikan utama disini ialah Terowong Komunis Khao Nam Khang(KLIK), beberapa air terjun seperti Ton Lat, Ton Dat, Ton Sung, Ton Mai Pak dan Phru Ching yang merupakan air terjun tertinggi di Taman Negara ini. Kami tidak singgah disini kerana pernah sampai ke sini beberapa kali lagipun ingin mengejar masa untuk ke Sakom Beach.

Sakom Beach

DJI_0300

Kami menuju Na Thawi dan seterusnya mengikuti jalan kampung untuk menuju ke Sakom Beach, ternampak beberapa tasik menarik dan aku singgah disebuah tasik bekas kuari yang airnya cukup jernih. Kelihatan beberapa gadis cilik sedang mandi usai membasuh pakaian. Selepas bergambar kami teruskan ke D'Aman Resort, namun tiada bilik yang sesuai dan ke Armana Resort, pun bilik sudah habis ditempah, maka aku ke Sakom beach dan dapatkan sebuah chalet ditepi laut. Chaletnya agak selesa, sesuai untuk 2 orang dan ada air cond – harga THB700. Malamnya kami menikmati makan malam di Armana (hmm … tak sedap pulak masakan kali ni) sebelum balik berehat.

20180420_184407

Esoknya kami mendaki kembali bukit berhampiran bagi mendapat gambar dari udara dan kawasan sekitar untuk aku mengatur perjalanan kelak.

20180420_131613-horz

Sebuah pondok yang ditenggelami air di Khlong Sadoa Reservoir

DJI_0281

Pot menarik untuk memancing di Sadao Dam

DJI_0294

Dihujung Tanjung: Terpaksa melalui jalan offroad dicelah ladang getah untuk sampai ke sini

20180420_163114

Kuari yang menghijau airnya – kalau di tempat kita – sahih viral dah

DJI_0318

Bukit kecil dihujung tanjung – Sakom Beach

20180421_072051

Memberanikan diri di tebing

Meloncat Antara Pulau: Keindahan Gugusan Pulau Pesisir Yan

$
0
0

Tarikh       : 28 April 2018
Misi          :  Jelajah Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsong
Max Elev.  :
Coordinate: N5.81382° E100.37045°
Lokasi      : Jeti Kuala Sungai Udang, Yan, Kedah, Malaysia

Pulau Songsong

Gugusan pulau ini berada di perairan daerah Yan. Ia melipiti 4 buah pulau iaitu Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsong. Pulau-pulau ini tidak berpenghuni dan memiliki khazanah lautan yang menarik seperti terumbu karang, ikan yang berwarna warni, flora dan fauna serta pantai yang memutih ditambah dengan pemandangan yang menakjubkan.

20180428_083311

Sebelum ke sana aku ‘recce’ dahulu daerah Yan untuk menentu lokasi jeti yang sesuai, mencari pemilik bot yang boleh membawa kami ke sana dan harganya. Setelah menetapkan tarikh yang sesuai maka aku hubungi saudara Amirul Naim(Tel:014-2515 957) memaklumkan mengenai kehadiran kami sekeluarga pada jam 9.00 pagi untuk meneroka 3 buah pulau. (Kebetulan hari ini, hari penamaan calon PRU14 jadi tidak ramai pengunjung yang akan ke pulau-pulau ini.)

P4280169

Aku memilih Kuala Sungai Udang, Yan(N5.81382° E100.37045°) kerana lebih dekat perjalanan ke pulau. Aku parkir kereta di masjid berhampiran dan naik bot dari jeti LKIM. Bot fiber berenjin Yamaha yang boleh memuat 10 penumpang dipacu laju ke Pulau Bidan sejauh 13.5 km dan mengambil masa ± 24 minit. (kos sebuah bot ialah RM400.00 untuk mengunjungi 3 pulau tersebut)

DJI_0336

Pantai dipulau Bidan

Pulau Bidan(N5.74413° E100.28865°) seluas ±72 ekar adalah pulau yang sepi kerana tiada penduduk. Ianya digunakan oleh nelayan sebagai perlindungan dari hujan ribut. Mempunyai pantai bersih yang cantik dengan air laut jernih yang menghijau. Banyak unggas menjadikan pulau sebagai habitat. Namun yang menjengkelkan bila ada aktiviti mengambil pasir di kawasan ini sejak tahun 2015 dan sudah pasti ekosistemnya terjejas. Pihak APMM pernah merampas kapal korek dan menahan beberapa orang pada awal tahun 2016 lalu.

P4280178

Suatu ketika dahulu Pulau Bidan mempunyai sebuah makam seorang ulama tersohor iaitu Syeikh Abdur Rasyid al-Fathani  yang katanya adalah saudara kandung kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Makamnya juga dikenali sebagai keramat Pulau Bidan dan menjadi   menjadi tempat pemujaan individu tertentu bagi memohon hajat. Bagi mengelak kegiatan ini berterusan, Pejabat Agama Daerah Yan telah memindahkan makam ini ke tanah daratan di lokasi yang dirahsiakan.

DJI_0346

Kemudian kami mendekati Pulau Telur(N5.77062° E100.28573°) tetapi tidak mendarat ke pantai. Pulau Telor adalah pulau paling kecil digugusan kepulauan Yan. Ia berkeluasan ± 11.9 ekar dengan ketinggian pulau ini adalah 68 meter serta jaraknya dari Pulau Bidan ± 1.7 km. Ia adalah tempat persinggahan penyu bertelor terutama bulan Februari hingga Mei.

DJI_0351

Kemudian kami ke Pulau Songsong(N5.81043° E100.29697°) yang kini sedang viral. Kami ditinggalkan dipantai dan berjanji dengan pemandu bot untuk menjemput kami pulang ±jam 2.00 petang. Kami menurunkan bekalan makanan dan  alatan snorkling(bawa sendiri) untuk beriadah disini.

GOPR4549

Kami bawa peralatan snorkling sendiri: atau perlu sewa dari pengusaha bot RM10/unit (kena tempah dahulu)

Pulau Songsong berkeluasan ± 62 ekar dengan ketinggian 118 meter. Jarak Pulau Songsong dari Kuala Sungai Udang ± 8 km. Di utaranya ialah Pulau Bunting. Pulau Songsong mempunyai pantai yang sebahagian besarnya terdiri dari batu berwarna merah yang menutupi sebahagian besar kawasan pantai. Terdapat  hamparan pantai disebelah Tenggara pulau ini. Ia menjadi tempat pengunjung untuk berkhemah kerana disini tersedia kemudahan asas seperti bekalan air, surau dan tandas. Terdapat juga telaga disini namun  ianya  menjadi hampir kering.

P4280204-horz

Telaga yang ada di Pulau Songsong

P4280222

Surau di Pulau Songsong

P4280206

Sebelum tahun 2008 para nelayan dan orang ramai tidak dibenarkan mengunjungi perairan Pulau Songsong kerana ia menjadi lokasi latihan menembak peluru berpandu oleh pesawat pejuang Tentera Udara Australia dan TUDM(???). Tentera Udara Australia mengambil alih pulau tersebut daripada Tentera British sejak 1940-an dan menjadikan pulau tersebut sebagai lokasi ujian menembak peluru. Selepas perjanjian dengan kerajaan Malaysia tamat, pulau ini diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan. Kini Pulau ini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai tanpa sebarang halangan. Namun apa yang menghampakan adalah sikap pengunjung yang masih lagi membuang sampah merata-rata. Keadaan ini menyebabkan kecantikannya tercemar.

P4280208

Batuan unik berwrna merah

Aku berharap pihak berkuasa dapat memelihara dan mengurus habitat semulajadi flora, fauna dan ekosisitem kawasan pulau serta pantai bagi menjamin kesinambungan keunikan bio diversitinya. Flora di hutan mempunyai kepentingan tersendiri dalam memastikan ekosistem terpelihara dan mengurangkan hakisan. Fauna seperti burung, hidupan marin termasuk penyu dan terumbu batu karang perlu dilindungi bagi mengekalkan habitat dan pembiakan. Ia perlu dipulihara untuk kepentingan generasi kini dan akan datang. Perlu kawalan kepada aktiviti seperti memungut atau memiliki karang, mengorek pasir atau batu kelikir, membuang apa-apa pencemaran, mengubah atau memusnah tapak pembiakan semula jadi dan habitat hidupan akuatik. Semuanya bagi menjamin kelastarian dan keindahan pulau terus terpelihara.

DJI_0353-horz

Pulau Songsong: Pandangan dari udara dan kawasanpantai yang terdapat di tenggara pulau

Viewing all 227 articles
Browse latest View live