Quantcast
Channel: PUDIN TTG
Viewing all 227 articles
Browse latest View live

Koh Lanta: Limpahan Keindahan Pulau

$
0
0

Tarikh : 25 Disember 2015
4 Island Trip: Koh Chuek,Koh Ngai, Koh Mook & Koh Waen
Misi: Island Hoping & Snorkeling
Koordinate: N7.53103° E99.09472°
Jarak : ± 60 km

Koh Lanta 4 Island

Day 2

Koh Lanta mempunyai lebih dari 50 pulau kecil sekitarnya. Tidak banyak pulau-pulau ini yang mempunyai pantai tetapi mempunyai keindahan semulajadi tersendiri yang menakjubkan. Pulau-pulau ini dilindungi dan diletakan dibawah perlindungan Taman Laut Negara. Dek kerana keindahan semulajadinya itu dengan pulau yang cantik dan lautan yang membiru, ramai pelancong datang untuk menyaksikan dan merasai sendiri keindahannya. Kami juga tidak mahu melepaskan peluang ini. Walau mungkin ada beberapa pulau telah kami singgah dahulu semasa kunjungan ke Trang (KLIK), namun tidak kisahlah kerana sememangnya pulau-pulau ini ada keunikkan tersendiri.

Seusai mendaftar semalam, kami terus membuat tempahan untuk pakej 4 Islands Tour dari agensi Green Group Travel. Kos yang dikenakan ialah THB800 (dewasa) dan THB400 (kanak2). Pakej meliputi insuran, pengangkutan ke jeti dari chalet, makan tengahari, kudapan buah, alatan snorkling, jaket keselamatan dan jurupandu. Pemilik Green Group Travel ini adalah muslim, maka makanan tengahari terjamin kehalalannya. Aku siap tanya berulang kali untuk kepastian. Bahkan atas pickup aku tanya sekali lagi pemandu (muslim) dan beliau memperakukan halalnya makanan mereka.

PC254500-horz

Paginya kami memasak bekalan yang dibawa (kalau ke Thailand aku pasti membawa bekalan makanan, mess tin & portable outdoor gas stove sebagai persediaan) dan bersarapan. Selepas itu kami menyimpan barangan kami dalam kereta dan checkout. Jam 9.30am pickup datang mengambil kami di chalet. Dalam rombongan kami dua pasangan pelancong mat saleh dari US (yang menjadi tenaga pengajar di Korea) dan dari Sweden. Kami menuju ke Lanta Old Town sejauh ± 22km. Perjalanan melalui jalan kampung yang mengambil masa ± 30 minit. Dipekan ini kami berjalan ke jeti yang dibina sejauh ±400 dari pantai. Ramai pelancong sudah sedia menanti untuk menaiki ‘long-tail boat’. Bot kami dimuatkan seramai 25 orang. Perjalanan bermula pada jam 10.15am

Koh Chuek  (N7.40510° E99.23108°)

Singgahan pertama kami ialah ke Koh Chuek.Perjalanan sejauh ±20km yang mengambil masa lebih dari 1 jam dari jeti. Koh Cuek terletak di dalam wilayah Trang dan dibawah pengawasan Hat Chao Mai National Park. Disini terumbu karang terserlah kecantikannya dan banyak ikan-ikan karang bermain-main. Masa inilah aku menguji kemampuan dan keberanian anakku yang telah aku hantar  kursus renang tempohari. Memang pada mulanya mereka kelihatan agak ragu-ragu dan takut tapi setelah masuk ke air dan dibimbing … hmmm tak cukup masa dan tak puas pula dengan masa yang diberi iaitu 30 minit sahaja.

Koh Ngai  (N7.41332° E99.21171°)

Kami kemudian ke Koh Ngai(Koh Hai) yang terletak ±2km sahaja dari Koh Chuek untuk menikmati makan tengahari. Koh Chuek adalah pulau dalam wilayah Krabi dan diletak dibawah perlindungan Lanta National Park. Sebuah pulau sepanjang 4km dan lebar 2 km. Terdapat beberapa pantai yang cantik lagi memutih bahkan tersedia penginapan untuk pelancong bermalam. Koh Ngai menjadi pilihan operator bot untuk berhenti bagi menikmati makanan tengah hari. Krew bot kami memberi masa 40 minit disini sambil mereka menyediakan hidangan tengahari ala BBQ yang enak dimakan ketika lapar sebegini. Dicadangkan anda solat disini dimana-mana beranda chalet dan tanyalah krew bot arah kiblat.

Koh Mook(N7.36867° E99.28392°)

Koh Mook (Koh Muk) terkenal dengan gua ajaibnya sebelum sampai ke pantai yang indah dengan landskap eksotik di tengah pulau. Gua yang dikenali sebagai Emerald Cave atau Soi Marakot. Ia adalah satu-satu jalan masuk untuk ke pantai di dalam pulau Koh Mook.

Koh Mook berkeluasan ± 6 km persegi dan terletak di wilayah Trang dan dibawah pengawasan Hat Chao Mai National Park. Terdapat beberapa buah chalet di selatan dan timur pulau ini. Aku memang pernah bertandang ke sini pada hujung tahun 2013 lalu. Namun kunjungan kali ini amat berbeza. Kalau dahulu kami datang dengan bot besar dan dibawa ke dalam gua secara beratur sambil dipandu oleh guide. Kami berenang sambil memegang bahu masing-masing dalam barisan seperti keretapi. Namun kali ini kami dibiar berenang bersendirian. Guide kami telah berenang dengan membawa isteriku dan seorang anakku meninggalkan kami di belakang. Suasana yang gelap menyebabkan beberapa pelancong yang mengikuti guide berpatah balik tetapi mengekori selepas itu. Aku yang dihadapan menggunakan flash kamera Olympusku sebagai penerang laluan yang sangat gelap. Aku meminta anak-anakku berenang disisiku dan seorang anak saudaraku yang kecil berada dibelakangku. Aku memberi semangat sambil mencerah laluan melalui flash kamera, kami berjaya juga menyusup gua ini yang sejauh ± 80 meter. Pelancong yang lainnya  mengikuti belakangku (memandangkan kami adalah pengunjung paling awal maka laluan ini agak sunyi ketika kami menyusup) bila tiba dipantai aku menegur guide kami kerana meninggalkan kami begitu sahaja. Beberapa minit kemudian baru kelihatan ramai pelancong mula sampai ke pantai ini. Pantai yang kecil sepanjang 60 meter yang terdapat sedikit tumbuhan unik dan dikelilingi oleh tebing yang tinggi (cliff). Dengan sinaran matahari yang memancar menjadikan air lautnya bagaikan warna zamrud, sebab itulah ia digelar ‘Emerald Cave’ . Hal ini mengingatkan aku akan cerita ‘Pirates of the Caribbean’ dan sememangnya pantai ini pernah menjadi tempat simpanan harta rampasan lanun suatu ketika dahulu…

Setelah ±30 minit kamipun berenang balik ke bot tetapi kali ini sudah ramai pelancong yang datang dan gua sudah tidak sunyi dan cerah dengan simbahan lampu picit pemandu pelancong lainnya. Alhamdulillah tidak sia-sia aku menghantar anak aku menghadiri kelas renang tempohari. Teknik yang betul dapat dipraktik ( kalau tidak mampoih aku diruntun oleh mereka ) sepenuhnya disamping mendapat pengalaman yang berharga. Mereka melahirkan rasa sedikit ketakutan kerana kegelapan dan tidak tahu ke mana arah.

Koh Waen(N7.37999° E99.28392°)

Kemudian kami ke Koh Waen yang jaraknya ±4.1km dari Koh Mook. Ia juga masih dalam wilayah Trang dan dibawah pengawasan Hat Chao Mai National Park. Pulau kecil yang keluasannya tidak sampai 1 km persegi. Ia terletak antara Koh Mook dan Koh Ngai. Disini kami diberi masa selama 20 minit untuk snorkeling, namun kelihatan mendung dilangit maka kami terpaksa bergegas pulang dan sampai ke hotel pada jam 6.30pm. Pihak hotel membenarkan kami menggunakan tandas untuk mandi dan membersihkan badan. Selepas itu terpaksa bergegas keluar dari Koh Lanta menuju ke Khlong Thom

Ikan-ikan yang jinak datang memakan roti  di tangan

Anak-anakku dan anak saudaraku berenang menyusup Emerald Cave sejauh 80 meter

Pemandangan dihadapan pintu keluar di dalam pulau

Pantai seluas 60 meter dan mempunyai tumbuhan  unik yang tidak terdapat ditempat lain.

Keletihan dan mengapai keluar dari gua untuk ke bot

Anak saudaraku pun berenang disisi ku melepasi gua

Kelihatan pengunjung beratur mengikuti tali sambil dipandu oleh guide

anak saudaraku yang berusia 13 tahun - Menuju Bot

Snorkeling di Koh Waen – anak saudaraku yang berusia 11 tahun

Bersambung …….


Pautan Kembara Berkaitan

1. Koh Lanta: Day 1
2. Koh Lanta: Day 2
3. Koh Lanta: Day 3
4.


Satun: Terik Mentari di Ladang Bunga Matahari

$
0
0

GOPR0708

Tarikh : Jumaat – 12 Februari 2016
Misi : Mencari Ladang Bunga Matahari
Lokasi : Khao Tanan, Thungwa, Satun, Thailand
Laluan : Titi Gajah – Wang Kelian – Khuan Kalong – La Ngu –  Khao Tanan - Chalung – Wang Klian - TTG
Koordinate: N7.05987° E99.69176°
Jarak : ± 365 km
Kos  : RM82.00

Hamparan kuning indah bunga matahari boleh dilihat di wilayah tengah Thailand terutama di Lopburi, Saraburi dan Saphanburi. Keindahan mekarnya bunga matahari  yang tumbuh subur setahun sekali di sini menjadi tarikan pelancong untuk mengunjunginya (antara bulan November hingga Januari). Kini pelancong dari Malaysia boleh merasai dan menikmati keindahan mekarnya bunga matahari di wilayah Selatan Thailand iaitu di Khao Tanan (N7.05987° E99.69176°) dalam wilayah Satun. Sejauh ± 98 km dari pintu sempadan Wang Kelian

Berdasarkan makluman dari rakan FB (Karlisa Latisya) mengenai satu lokasi baru tarikan pelancongan dengan tasik dan mekarnya bunga matahari membuat aku begitu teruja maka tanpa perancangan yang teratur aku mengajak keluargaku ke lokasi tersebut.

Kami bertolak dari Alor Setar pada jam ±08.00 pagi menuju pintu sempadan Wang Kelian. Urusan imigresen kelihatan mudah walau kini dalam suasana cuti sekolah (cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina). Kami mengambil jalan pintas melalui pekan Khuan Kalong dengan mengambil Laluan 4127 dan singgah di Satun Agricultural and Technology College yang kelihatan pokok bunga matahari ditanam. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang berehat dibawah pokok. Berteduh mengelak pijar terik matahari. Kami meminta kebenaran untuk masuk ke kawasan ladang untuk bergambar. Membiarkan anak-anakku berselfie di ladang ini dan aku sempat menjengah kawasan ini. Ladang yang kami jejak ini menjadi pusat penyelidikan pengunaan baja.

Hampir 40 minit kami disini dan seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju Thungwa dengan mengikuti jalan 416 dan pada satu persimpangan kami belok menelusuri jalan luar bandar (O Bo Cho Satun 2001 road) menuju ke Thung Bulang. Kami sengaja menelusuri jalan tepian pantai untuk menikmati panorama indah tepian laut dan singgah di beberapa lokasi pantai untuk melihat keindahan pantai dan bergambar. Berhenti seketika menikmati Somtam sambil bertanya arah ke Khoa Tanan. Sebelum ke Khao Tanan aku sempat singgah ke sebuah masjid berhampiran untuk bersolat Jumaat. Walau tidak ramai jemaahnya tetapi suasana kemesraan tetap terasa. Mereka dapat merasakan kehadiran lelaki asing (yang jarang-jarang singgah) dikawasan mereka pada hari itu dan seperti biasa aku akan menyapa mereka. Seusai solat kamipun meneruskan perjalanan dan di persimpangan (Ro Pho Cho Satun 2001 Rd. and Satun Pwd. Rd. and Satun Ma Ngang-Thung Thanan Pwd. Rd. - N7.04726° E99.68977°) mengikuti jalan simen yang kiri kanannya adalah hutan bakau. Perjalanan sejauh ± 1.5 km sehinggalah kelihatan sebuah bukit dan sebuah tasik. Disinilah sudah nampak kebun bunga matahari dan ada papan tanda bertulisan siam.

Pengunjung bebas memasuki kawasan kebun ini untuk bergambar dan ia adalah percuma. Tersedia 2 buah wakaf buat pengunjung berehat atau berteduh dari terik panas matahari sambil menikmati pemandangan bunga matahari. Selain kebun bunga matahari, Khao Tanan juga memiliki tasik seluas ±10 ekar. Terdapat kemudahan rekreasi air disini. Di tengah tasik terdapat sebuah bukit yang ada beberapa buah gua. Khao Tanan dahulunya adalah sebuah pulau sepertimana pulau-pulau lainnya sekitar lautan adaman. Ribuan tahun yang lalu pulau ini pernah dikelilingi oleh laut setinggi 4 – 5 meter. Hakisan laut dari ombak telah menghasilkan gua dibahagian bawah (disebelah barat) bukit ini. Disebelah timurnya ada tangga yang agak curam membolehkan pengunjung mendaki bahagian tepi bukit setinggi ±80 meter. Ada sebuah wakaf disediakan buat pengunjung berehat melepas lelah dan menikmati pemandangan kawasan sekitarnya.

Di Satun Agricultural and Technology College, Khuan Kalong

Berehat seketika melepas lelah di Lebuhraya 416 sebelum LaNgu (N6.86726° E99.85678°)

Kemudahan rekreasi air yang disediakan disini, Pengunjung boleh menyewa dengan kadar harga tertentu

Di dalam Ancient Sea Cave

Di atas bukit/pulau sambil menikmati pemandangan sekitar

Berehat seketika didangau @ Thung Bu Lang - dalam perjalanan ke Khao Tanan

@ Thung Bu Lang

@ Khonklan

 

Pantai  dengan pasir puteh bercampur hitam

Terik Matahari – bunga matahari di selatan Thailand

Bukit 8888: Mencari Semangat Memecah Keringat

$
0
0

Tarikh : Sabtu – 05 Mac 2016
Lokasi : Bukit 8888, Jalan Panchor, Pokok Sena, Kedah Darul Aman
Koordinate: N6.18404° E100.51581°
Max Elev: 190 meter
Jarak : ± 3 km

Bukit 888

Kebelakangan ini aku semakin kurang berbasikal, minat mengayuh kian luntur, semangat semakin pudar. Namun .. aku perlu aktif, perlu keluar dari ‘baloq’. Selaras dengan beberapa program/aktiviti yang akan aku ikuti selepas ini, aku harus berbuat sesuatu, aktiviti perlu diteruskan, maka aku mengajak isteriku untuk berjinak dengan aktiviti mendaki bukit pula.

Selepas mendaki bukit Malau/Alor tempohari, isteriku kini semakin berminat dengan riadah sebegini, maka hari ini aku mengajaknya untuk hiking  salah satu bukit yang menjadi tumpuan ramai iaitu Bukit 8888.

Bukit 888 terletak berhampiran  Jalan Panchor, Pokok Sena. Sejauh ± 22 kilometer dari Alor Setar, Kedah. Ia mula menjadi perhatian selepas geng Hash (Persatuan 8888 Daerah Pokok Sena) merintis dan menjadikan bukit ini sebagai trek rentas mereka. Bukit ini menjadi tarikan pengunjung pada pagi dan petang terutama waktu cuti umum. Pelbagai peringkat usia dari serata daerah datang ke sini untuk mengadakan aktiviti pendakian. Bukit ini juga pernah menjadi lokasi untuk program FIT Malaysia Pokok Sena - "Cabaran Bukit 8888" sempena Hari Sukan Negara pada 10hb Oktober 2015.

Hari ini aku disertai bersama Adihariman dan isterinya. Setelah parkir kereta di kawasan lapang di 888 Hash House Harriers (HHH). (Hmm .. tak ramai pulak pengunjung hari ni). Kami memulakan dakian pada jam 8.00 pagi. Mukadimah pendakian dengan melalui kawasan kebun getah sebelum menempuhi kawasan hutan yang keseronokan dan cabarannya bermula. Laluan ini tak silap aku dikenali sebagai jalan Janda Bergetah. Laluan ini tidak terlalu curam, laluan yang mesra pengguna dan tali di laluan disediakan bagi memudahkan pendakian. Hampir 20 minit kami berjalan sebelum sampai ke kawasan rehat. Sebuah pondok didirikan disini untuk kemudahan pengunjung berehat.

Hampir 10 minit melepak di atas kerusi yang disediakan sambil menghela nafas melepas lelah, mengumpul tenaga untuk merintis laluan sejauh ± 380 meter lagi dengan kecerunan 8.1°, melalui laluan single trek untuk sampai ke pondok kedua (N6.18598° E100.50956°) yang berketinggian ± 174 meter. Disini pemandangan lebih cantik, kawasan yang agak luas. Kemudahan pondok dan kerusi hasil sumbangan beberapa persatuan Hash sekitar Kedah/Penang. Disini anda boleh menghayunkan diri di atas buaian yang digantung antara 2 pokok. Boleh membuat aktiviti mendagu dipalang besi yang disediakan. Sungguh bersih di sini, tenyata tempat ini diselia dengan baik oleh persatuan ini. Kami meneruskan lagi perjalanan ke puncak sebelum turun dan menikmati pemandangan lawas yang cantik. Pastinya tak lepaskan peluang bergambar dan kami meneruskan perjalanan dengan mengikuti laluan Tongkat Ali. Laluan yang agak curam tetapi ada tali dan anak tangga disediakan. Laluan ini bertembung dengan laluan mula taqdi iaitu sejauh ± 130 meter dari pondok pertama. Dipondok pertama berehat seketika dan meneruskan perjalanan dengan mengikut laluan Kacip Fatimah. Disini boleh kelihatan sebahagian bukit telah dicerahkan  untuk projek pembangunan. Kami meneruskan perjalanan melalui kawasan kebun getah sebelum berjumpa semula di tempat letak kereta.

Sesungguhnya trek ini memang menarik dan amat sesuai untuk dilayan oleh pelbagai peringkat umur. Trek yang natural, cantik dan dijaga dengan teratur. Suasana bukit  yang tenang, nyaman dengan pemandangan yang indah pasti menarik ramai pengunjung untuk datang lagi kesini.

Tongkat Ali Trail – sedikit mencabar dan agak curam

Cantik pemandangan disini

ada kerusi disediakan untuk melepaskan lelah

hmmm … pembangunan mula menghimpit .

Gunung Irau: Hiking Famili - Pendahuluan

$
0
0

P4096011

Tarikh  :  8 – 10 April 2016    
Rider    : 4 Orang (Pudin, Adi Hariman, Saiful Azman &  Rohizam)
Peserta: 11 Orang 
Lokasi  : Gunung Irau, Cameron Highlands, Pahang

Coordinate:  N4.52898° E101.36520° 

Setelah merancang, akhirnya kami dapat juga merealisasikan satu aktiviti yang melibatkan keluarga. Setelah menetapkan tarikh maka kami membahagikan tugasan, aku dipertanggungjawab untuk mencari maklumat laluan dan seterusnya memasukan ‘route’ ke dalam garmin, Ini kerana hiking kami adalah tanpa guide. Aku juga perlu menghubungi pihak pejabat Hutan Daerah Raub bagi mendapatkan permit mendaki.

Irau Map

Anda boleh download route ini dalam format gpx KLIK SINI

Untuk mendaki Gunung Irau memerlukan permit dan  permohonan untuk mendapatkannya perlu dibuat ke Pejabat Hutan Daerah Raub di alamat:

Pejabat Hutan Daerah Raub
Rotan Tunggal
27600 Raub
Pahang

Tel: 09-3551060 Fax: 09-3550857

Hubungi pihak Pejabat  Hutan Daerah Raub untuk dapatkan borang permit atau boleh download borang permit  di sini (KLIK) .

Fee sebanyak RM5.00 seorang

Borang permit, senarai nama peserta dan Wang Pos (Bayaran atas nama : PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PAHANG ) perlu dihantar ke Pejabat Hutan Daerah Raub 2 minggusebelum tarikh aktiviti. Seeloknya sentiasalah berhubung dengan pihak Pejabat hutan untuk mendapat perkembangan kelulusan permit.

Permit Irau

AdiHariman pula mengurus soal penginapan dan makanan. Beliau telah menghubungi kenalannya dan mendapatkan homestay di Tanah Rata iaitu Homestay Zuraidah di Kampung Taman Sedia, (N4.47851° E101.38018°).

Taman Sedia Homestay7

Gambar dari Internet

Taman Sedia adalah penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands. Dimajukan sebagai sebuah perkampungan oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) pada tahun 1969. Kampung Taman Sedia mempunyai  48 lot yang mempunyai keluasan 0.25 ekar setiap satu dan kini masih dihuni oleh sebilangan peneroka asalnya.

Disini kebanyakan penduduk menjadikan kediaman mereka sebagai homestay. Chalet kami adalah sebuah rumah kayu lama 2 tingkat yang  comel dengan 3 bilik, ruang tamu dan dapur di tingkat bawah. Jadi selama 2 hari disini kami memasak sendiri makanan. Berdekatan kawasan ini ada kebun strawberry, jambatan gantung dan kawasan rekreasi air terjun iaitu hutan lipur Parit Fall.

20160408_185705

20160408_185054

Ayer terjun – Hutan Lipur Parit Fall

P4086002

Perkampungan Taman Sedia

Gunung Irau : Menjengah Dunia Hutan Berlumut

$
0
0

Tarikh  :  09 April 2016    
Rider    : 4 Orang (Pudin, Adi Hariman, Saiful Azman &  Rohizam)
Peserta: 11 Orang 
Lokasi  : Gunung Irau, Cameron Highlands, Pahang

Coordinate:  N4.52898° E101.36520°

Gunung Irau

Seawal pagi kami sudah bangun, kaum hawa menyediakan sarapan dan menyiapkan bekalan makan tengahari. Bertolak dari homestay pada jam 7.30 pagi dengan menghala ke Tringkat dan melewati Pekan Brincang. Untuk ke Mossy Forest/Gunung Irau, perlu melalui sebatang jalan kecil (N4.50875° E101.40812°) menghala ke Sungai Palas Boh Tea Center. Ia sejauh ±6km sebelum sampai ke tempat parking/pintu masuk ke Mossy Forest/Gunung Irau(N4.52418° E101.38181°). Hati-hati semasa memandu di jalan ini kerana jalannya tidak berapa elok, sangat sempit dan berbengkang bengkok. Berilah laluan kepada kenderaan untuk melalui kerana jalannya sempit menyukarkan kereta untuk berselisih. Kebanyakan pengunjung menggunakan kenderaan pick-up (4x4) untuk ke sana, tetapi kami menggunakan 2 buah kenderaan sendiri iaitu Proton Pesona dan Toyota Inova.

P4096014

Untuk makluman Gunung Irau juga dikenali sebagai MOSSY FOREST kerana lumut menyeluputi keseluruhan pokok hingga ke perdu dan banir. Keadaan ini menyebabkan wujud suasana yang indah bagaikan berada di dunia khayalan.   Gunung Irau setinggi 6,924 kaki @ 2,110 meter dari aras laut dan merupakan gunung ke 15 tertinggi di Malaysia. Ia sejauh lebihkurang 2.6 km sahaja (dari Parking ke puncak ) dan memakan masa 4 hingga 5 jam (sehala) untuk sampai ke puncak.

P4096026

Nampaknya pagi ini ramai sekali pendaki yang akan menawan gunung Irau. Sebelum memulakan perjalanan kami membuat sedikit aktiviti regangan dan bacaan doa  dipimpin oleh saudara Saiful Azman. Kemudian bergambar beramai-ramai dihadapan papan tanda Mossy Forest. Jam 9.00 pagi kami memulakan langkah dengan mendaki tangga/laluan kayu sambil melewati beberapa buah pondok. Laluan inipun sudah cantik dengan pokoknya sudah diseluputi oleh lumut. Ramai pendaki sudah mengambil kesempatan berselfie disini termasuklah kami. Ahhh.. peduli pa! Bukan senang nak sampai sini. ±200 meter sehingga habis laluan pelantar kayu kita akan mula memasuki hutannya dan disini cabaran sudah bermula. Laluannya bukan sekadar mendaki tetapi juga menurun, akar terpaksa dipaut, tempat dipijak perlulah kemas dan berhati-hati. Ini kerana kami sedang menjejak bukan atas tanah tetapi atas timbunan dedaun yang terjadi ribuan tahun lalu, bahkan jika tidak berhati-hati boleh terjerlus. Pemandangan memanglah cantik, penat bergambar dari mendaki. Nasib baik kami datang pada waktu kering sebegini, jika waktu hujan, memang ada masalah terutama di akar pokok yang licin dan pasti ‘berlemoih’ lah.

P4096126

Hampir 3 jam kami bertungkus lumus, akhirnya sampai ke Mini Irau atau dikenali sebagai Anak Irau(N4.52956° E101.37147°) berketinggian 6,666 ka (Wow), merupakan puncak palsu (False Peak). Hah .. ingat jauh rupanya baru 1.4km. Kami berhenti berehat ± 10 minit sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Irau sejauh ±800meter lagi. Pejalanan ke puncak Irau disajikan pemandangan hutan lumutnya lebih cantik dan sekitar jam 12.45 tgh kamipun tiba ke Puncak Irau(N4.52898° E101.36520°). Terasa puas dan seronok apabila tiba ke puncak. Walaubagaimanapun agak sesak disini, jadi kami terpaksa mencari sudut yang sesuai untuk melepas lelah dan membuka bekalan makanan tengahari. Kebanyakan pendaki akan memasak disini dan aroma maggie mee terbau disana sini.

GOPR1386

Jam 1.50 pm kami memulakan perjalan turun, kebetulan suasana redup dan berkabus menyebungi puncak Irau dan hujan renyai mula  turun dipertengahan perjalanan kami. Laluan menjadi semakin sukar, akar kayu menjadi licin, penurunan terpaksa dilakukan dengan berhati-hati. Tambahan apabila melihat  seorang wanita kelihatan berada disatu sudut sambil menahan sakit(mungkin bukulalinya terseliuh) tidak jauh dari Puncak Irau. Ini menambah kerisauan aku akan keselamatan anak aku yang tidak biasa dengan pendakian. Jam 4.40 petang kamipun sampai ke tempat permulaan.. Fuhh memang meletihkan …

P4096121

Perjalanan balik, kami tersangkut dalam kesesakan pula sebelum menghampiri pekan Brincang ..akhirnya hampir jam 8.00malam kami selamat sampai ke homestay. Malamnya mula terasa lengoh segala lutut dan selepas makan malam, aku terlelap tak sedar khabar hingga esok pagi

Bersambung …. Kayuhan reverse trail Thomson Trail

P4096023

Awal pendakian – di laluan berpelantar sejauh ±200metar

DSC03490

dari kiri Adihariman, Man, Sabrina, Zakiah, Sofina, Devi, Shakirah, Shauqi

DSC03503

Bagaikan di dunia khayalan

DSC03507

berehat di bawah naungan. Banyak spesis pokok periuk kera disini

DSC03513

DSC03521

cantik

GOPR1347

ada tali - terpaksa memanjat dibeberapa section

GOPR1356

GOPR1392

GOPR1395

CP Bonsai

GOPR1396

Berkabus – hujan renyai di perjalanan balik

P4096153

Hanya 0.8km tapi jenuh

P4096101

tudia … akar berselirat

P4096148

Man & Isteri di CP Slide

Santai Ke Koh Sarai

$
0
0

Tarikh : 13 May 2016
Misi: Menjelajah Koh Sarai
Koordinate: N6.67016° E99.86417°

Kos: RM400.00

Koh Sarai

Koh Sarai adalah kepulauan di lautan Andaman dan berada di dalam wilayah Satun. Terdapat 2 buah pulau utama iaitu Koh Rayatot Yai dan Koh Rayatot Nui. Ada beberapa buah pulau lagi seperti pulau ekor, pulau kerengga, Koh Mot Daeng, Koh Ka, Koh Plao Yan dan lain-lain lagi lah. Jaraknya ± 13 km dari Jeti Che Bilang. Koh Rayatot Yai mempunyai mempunyai penduduk sekitar 3000 orang yang kebanyakkannya  adalah orang Melayu beragama islam, kaum china (10%) dan Gipsi laut. Pulau ini  ada bekalan air tawar yang diperolehi dari sebuah kolam dan ia tidak pernah lagi kering walaupun dimusim kemarau.

Che Bilang

Lama benar tidak berjalan-jalan melepasi sempadan, maka pagi ini, aku mengajak keluargaku untuk berkunjung ke Satun bagi menjejaki beting pasir di laut Andaman, samada untuk ke Thale Weak (Hod Mangkorn Beach) atau ke Koh Sarai.

Sarai

Selepas selesai urusan imigresen (jam 11.00 pagi) kami singgah dahulu di pekan Chalung untuk menukar wang (RM100 = THB870). Memandangkan masa agak terhad maka aku mengambil keputusan untuk menuju ke Che Bilang (sejauh 56km dari pintu sempadan Wang Kelian) bagi menikmati makan tengahari sebelum mengerjakan solat Jumaat dimasjid berdekatan (Masjid Mahmudiah - N6.65591° E99.98009°). Seusai solat aku parkir kereta disatu kawasan lapang (N6.65692° E99.97970°) sejauh lebihkurang 80 meter dari jeti Che Bilang (N6.65720° E99.97920°). Aku tidak dapat gambarkan mengenai kehidupan di Koh Sarai kerana tidak banyak maklumat mengenainya. Apa yang aku tahu ia adalah sebuah pulau yang penduduknya adalah nelayan dan ada juga penoreh getah. Dijeti aku bertanyakan tentang Koh Sarai pada penduduk tempatan. Kebanyakan mereka bertanya balik aku hendak ke rumah siapa di sana. Untuk makluman kebanyakan penduduk Che Bilang boleh bertutur Bahasa Melayu dialek Perlis.

P5136350

Aku juga mendapatkan maklumat mengenai jadual bot dan suasana disana. Nasib baik bot kami masih belum bertolak dan dari makluman jadual bot setiap hari adalah seperti berikut:-

  • Dari Jeti Che Bilang Ke Koh Sarai - 11:30am, 02:00pm dan 05:00pm
  • Dari Koh Sarai Ke Jeti Che Bilang – 07:30am, 08:30am dan 01:30pm

 

20160514_072221

Kami menaiki bot kecil dan terpaksa bersesak dengan hampir 30 orang penumpang di dalamnya. ‘Seriau’ juga aku bila melihat angin dan ombak memukul bot semasa perjalanan menuju pulau, sudahlah tiada jaket keselamatan. Hampir 1 jam perjalanan dengan bot ke Jeti Koh Rayatot Yai (N6.67083° E99.86496°). Tambang bot adalah sebanyak THB60 seorang untuk dewasa dan THB30 untuk kanak-kanak. Sesampai disini aku seperti hilang arah tujuan. Kelihatan beberapa motor roda tiga sudah mengangkut penumpang. Nasib baik seorang makcik yang aku sapa di Jeti Che Bilang tadi membawa aku ke sebuah resort yang berdekatan iaitu Raklay Homestay  (N6.67025° E99.86192°). Tidak ramai penduduk di pulau ini dapat bercakap bahasa Melayu atau Omputeh. Mereka hanya memahami tetapi tidak dapat membalas balik.

20160513_165958

Raklay Homestay terletak ±150 meter dari Jeti yang hanya mengambil masa ±10 minit dengan berjalan kaki. Ia baru sahaja beroperasi iaitu pada pertengahan tahun 2015. Ada lebih dari 10 unit bilik yang dilengkap dengan tandas, aircond dan wifi percuma. Resort ini diusahakan oleh sepasang suami isteri yang juga adalah pegawai kerajaan di tanah besar Siam. Dipulau ini sukar untuk mendapatkan kedai makan maka ambil keputusan meminta pihak resort menyediakan makan malam. Aku berunding dengan pekerja dan setelah setuju kami dikenakan caj sebanyak THB1800 untuk 5 orang kami termasuk sarapan pagi.

GOPR1548

Petang itu aku menyewa sebuah motosikal yang memuat kami sekeluarga dengan kadar THB300.00. Kami pusing pulau ini yang panjangnya 3 km dan lebar 780 m. Kami bebas untuk singgah bergambar dibeberapa tempat menarik. Jika datang pada 13 – 16hb di antara bulan Jan – Mac satu fenomena air surut akan berlaku dan membolehkan kita menyeberang ke pulau Ekor.

P5136407-horz

Selepas puas pusing pulau dengan motosikal, kami ambil sebuat bot untuk ke sebuah pulau unik iaitu Koh Ho Khao. Sebuah pulau kecil yang tebentuk dari timbunan siput laut (fossil) sejak jutaan tahun lalu. Hanya kulit siput dan tidak ada pasirpun disini. Pulau kecil yang panjangnya ±1km dan selebar 200 meter. Jarak pulau ini dari resort sejauh ± 2.5km sahaja. Kami berada disini ± 30 minit sebelum balik ke resort. Sebenarnya ada lagi beberapa buah pulau sebegini dikawasan berhampiran tetapi bot tidak boleh menghampiri kerana terlalu cetek. Kami dikenakan caj sebanyak THB400 (semua).

G0361562

Malamnya kami dihidangkan dengan makanan laut yang enak dan ketam yang disponsor oleh tokey resort. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang boleh dan hendak aku buat disini tetapi aku perlu memendekkan cuti kerana ada mesyuarat kelab dan koperasi. Insyaallah aku akan datang lagi terutama di Bulan Januari @ Feb nanti. Pagi besoknya kami bersiap-siap untuk pulang dengan mengambil bot pada jam 7:30 pagi. Kali ini bot lebih besar dan ramai penumpang juga. Pelayaran dilaut tenang yang menyakinkan.

20160513_171028

20160513_171647

20160513_180407

Pulau kulit siput yang unik

GOPR1529

Dihujung tambak

GOPR1532

Dibawah rimbunan Poko Saga di belakangnya laut

P5136396

Pemandangan Resort kami dari atas bot

P5146428

Bersama Pak Salleh seorang penduduk tempatan yang banyak membantu kami semasa di sana

Discover Koh Lanta: Santai Daratan Pula

$
0
0

20160527_160431

Tarikh : 27 – 29 Mei 2016
Kos    : ± RM1,000.00 (All-in untuk famili 3 Dewasa, 2 Kanak-Kanak)  
Koordinate: N7.64682° E99.03660°
Laluan: TTG - Wang Klian - Chalung – Langu – Thung Wa – Thung Yao – Thung Khai – Trang – Koh Lanta
Jarak :

Koh Lanta

Penghujung bulan Disember(KLIK) lalu aku pernah ke sini tetapi aku tidak sempat menghabiskan jelajah darat di pulau ini. Hari ini sempena cuti sekolah, sekali lagi aku bercadang untuk ke Koh Lanta bagi menjelajah bahagian darat pulau tersebut.

Seperti kisah lalu , Koh Lanta Yai asalnya dikenali sebagai Pulau Sa-Tuk namun pada tahun 1917 Raja Thailand telah mengubah gugusan pulau ini kepada Koh Lanta. Kini sebuah jambatan telah siap digunakan yang menghubungkan dua pulau iaitu Koh Lanta Noi dan Koh Lanta Yai. Walaubagaimanapun pengunjung masih perlu menaiki feri dari tanah besar ke Koh Lanta Noi. Koh Lanta Yai menjadi destinasi tumpuan utama pelancung kerana tarikan pantainya yang cantik. Ia sepanjang ± 30km dan lebar ± 6km sahaja.

20160527_133743

Hati-hati – disini tempat membeli tiket feri ke Lanta Noi

Perjalanan kami bermula pada jam 7.30 pagi dari Alor Setar dan sampai ke pintu sempadan Wang Klian pada jam 8.30 pagi. Isi minyak sepenuhnya di Caltex Wang Klian(N6.68067° E100.18675° -dibuka dari jam 8:00am – 7:00 pm) sebelum berurusan di imigresen. Mudah dan cepat kerana tidak ramai pengunjung hari ini. Disana singgah ke pekan Chalung untuk tukaran wang disebuah kedai emas Yin Saing Goldsmith. Kedai ini dicadangkan oleh makcik di sempadan tadi yang mengatakan kedai ini tukarannya agak tinggi berbanding yang lain dan buka pada jam 9.00 pagi (waktu Thai). Kedai ini (N6.72561° E100.06627°) terletak bertentangan dengan Lotus Tescopekan Chalung. Memang ramai orang siam menukar wang disini. Yang hairannya mereka tukar Ringgit ke Bath (hmm – takdak peluanglah aku nak ‘otek’ tukar dengan mereka ). Kemudian aku meneruskan perjalanan dan mensasarkan untuk sampai ke Koh Lanta sebelum petang. Perjalanan yang selesa kerana redup dan sesekali hujan turun. Solat Jumaat di masjid berdekatan persimpangan Huai Nam Khao. Persimpangan ini (N7.86870° E99.16457°) adalah simpang untuk ke Koh Lanta dari jalan utama ke Krabi. Seusai solat kami meneruskan semula perjalanan ± 30 km menuju ke  Hua Hin Pier. Sebelum menaiki feri perlu beli tiket dahulu di tempat yang kelihatan  seperti kedai minyak/rumah tol (N7.69351° E99.09900°). Selepas ± 20 minit menaiki feri menyeberang selat kecil sejauh ± 1.7km kamipun sampai ke Jeti Khlong Mak di Koh Lanta Noi. Bergegas aku ke Langsod Pier untuk mencari tiket untuk ke Koh Lanta Yai. Laaa .. rumah tiket takdak dah, depa dah guna jambatan baru. Hmmm boleh juga merasa jambatan baru ini. Jambatan yang sekian lama dibina (Projek bermula sejak tahun 2012) untuk menghubungkan kedua buah pulau Lanta ini yang dibuka secara rasminya pada 22 April 2016 lalu.

GOPR1648

SIRI LANTA BRIDGE - Tengah jalanpun boleh dok selfie – tak banyak lagi kenderaan
Jambatan yang berharga THB400 Juta dirasmikan oleh Gabenor Krabi, Pinit Boonlert pada malam 22 April 2016 dalam upacara yang meriah lagi gemilang yang dikenali sebagai ‛Starry Night Over Lanta Bridge’.

Aku tak pasti apakah penggunaan jambatan ini dikenakan caj tertentu .. yang aku tau aku lalu free ja menghala ke Saladan. Baan Saladan adalah pekan paling utara di Koh Lanta. Kalau dulu ia adalah kampung nalayan tetapi kini sektor pelancongan telah merubah lanskapnya. Ia menjadi pekan utama dan tumpuan para pelancong. Sudah maju dan pelbagai kemudahan infrastruktur tersedia seperti bank, ATM, restoran, internet café, travel offices, convenience store dan shopping plaza. Disebelah barat pekan ini terbentang Koh Kwang beach (akan aku kunjungi esoknya) . Sebenarnya terdapat berpuluh pantai di Koh Lanta ini tetapi aku mendapat tahu ia dibahagikan kepada 4 pantai utama bagi memudahkan pengenalan. Dikenali “Lanta's big four beaches” iaitu Khlong Dao, Phra Ae, Khlong Khong dan Khlong Nin.

koh-lanta-map

“Lanta's big four beaches”

Sampai Koh Lanta, aku terus menuju ke pantai Phra Ae (N7.60375° E99.03496°) bagi menikmati makan tengahari yang lewat dari bekalan yang kami bawa dari rumah. Haad Phra Ae atau Phra Ae beach juga dikenali sebagai Long Beach yang merupakan pantai yang terpanjang dengan pasir yang memutih. Walaubagaimanapun aku tidak meninjau secara detail pantai ini kerana kelihatan laut yang agak bergelora dan angin yang kuat. Sekadar melepas lelah dan mengisi perut disini sambil menikmati keindahannya.

20160527_145526

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke penghujung pulau menuju ke Mu Ko Lanta National Park bagi menikmati keindahan pantai dan rumah api yang menjadi ‘landmark’ Koh Lanta. Taman Negara yang berkeluasan 130 km persegi yang turut melibatkan laut andaman yang merangkumi pulau Ko Rok, Ko Haa Ko Muk and Ko Kradan di sebelah selatannya.

GOPR1671

Melewati Bamboo Bay, jalan ke Taman Negara semakin agak sunyi dan berbukit dan sebelum memasuki Taman Negara terpaksa membeli tiket masuk disebuah pondok (N7.47303° E99.09592°). Tiket dikenakan sebanyak THB200 seorang pada pelancong luar dan THB20 untuk kenderaan. Aku ‘kowtim’ sikit dan cuma dikenakan THB420 kepada 2 orang sahaja dan kereta. Lebihkurang  400 meter ke hadapan terdapat Park Headquater yang turut tersedia kemudahan parkir, tandas, tempat berkhemah, bungalow penginapan untuk disewa dan visitor center. Untuk makluman taman ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 ke 17:00 (waktu Thai). Bagi penggemar alam sekitar bolehlah berhiking di denai (berbentuk seperti tapak kuda) sejauh 1.725 km. Denai ini bermula berhampiran pondok tiket masuk dan mengambil masa ± 1 jam untuk merayau di dalamnya sambil melihat keindaham alam, flora dan fauna TETAPI hati-hati dengan monyet yang banyak sangat di Taman ini.

DSC03557

Kami menikmati seketika lautan andaman yang berombak di Hin Ngam Beach yang pantainya sepanjang 150 meter dan berbatu sebelum mendaki tanjung (Ta Nod Cape) yang berbukit untuk ke rumah api yang berada pada ketinggian  38 meter dari laut. Bukit yang bertebing , tiada pagar menjadikan sedikit gerun dihujung tebing ditambah dengan angin yang kuat yang kadangkala membuat sedikit goyah. Dari puncaknya terdiri rumah api, kita dapat menyaksikan pemandangan indah laut Andaman, pulau-pulau berhampiran dan keindahan 2 pantai yang menghimpit tanjung ini. Dikiri Hi Ngam beach yang berbatu dan berombak lautnya manakala Had Hin Beach disebelah kanan dengan pantai yang putih bersih dan air laut yang tenang (hmm - dua set pantai yang berbeza)

GOPR1701

Setelah puas berjalan, bergumbira sambil bergambar, maka kami pun mengambil keputusan untuk mencari hotel secara walk-in tetapi sebelum ini singgah dibeberapa buah pantai yang aku pun tak tau nama untuk menlihat lagi keindahan pantai dan rumah yang dibina dipinggir tebing.

20160528_072620

Sepanjang pantai ini aku bertanya tentang bilik dimana kebanyakkannya tidak membenarkan kami untuk tinggal sekali dengan anak-anak aku, mereka meminta kami mengambil 2 bilik. Sampai di Khlong Khong Beach aku tertarik kepada sebuah chalet. Tuan punya menawarkan kepada kami THB1000.00 sebilik dan mencadangkan kami mengambil 2 bilik. Memandangkan anak-anak aku tidak berani untuk tinggal berasingan dan setelah berbincang mereka bersetuju memberi kami sebuah chalet dengan harga THB1300 tanpa breakfast. Wah setelah tengok bilik memang bestlah! biliknya besar siap ada ruang tamu, ada kolam renang dihadapan dan jacuzzi. Tetapi malam tu kami sajalah yang bermalam di Chalet ini iaitu Lanta Lapaya(N7.57897° E99.03444°). Dengan kemudahan dan saiz sebegini aku dapat maklumat bahawa harga sebenar bilik ini ialah THB3000 (wow … biar betul). Memang best chalet ini, ia kepunyaan orang muslim. luas selesa, dan indah pemandangan. TETAPI malamnya lebih dari 5 kali elektrik terpadam (black-out) dan paginya aku bertanya penjaga dan beliau memaklumkan bahawa kejadian sebegini memang selalu terjadi dikawasan mereka ini.

….. bersambung

20160527_145634

Clean Beach @ Phra Ae – Bersih dan cantik namun laut bergelora hari ni

20160527_160506

Tudiaa .. monyet dok sambut kedatangan pelawat. Pondok untuk masuk ke Mu Koh Lanta National Park

20160527_170619

Had Hin Beach  - Berlatarkan rumah api

20160527_174135

Pantai apa aku tatau .. tapi rumah ini milik seorang muslim. Aku minta izin untuk masuk dan bergambar

20160528_073014

Lanta LAPAYA – Terdapat lebih dari 20 buah chalet untuk disewa

DSC03580

LAEM TA NOD – di belakang sana kawasan hutan simpan

GOPR1686

Tebing tinggi – angin kuat ooo seriau juga do tepi tebing

DSC03596

Batu-batu di Hin Ngam Beach

DSC03610

Nikmat donia - Best rumah ini

GOPR1680

Landmark Koh Lanta – mesti mai kalau ke Lanta

 

BERSAMBUNG ….

Koh Lanta 2 Phatthalung: Day 2

$
0
0

20160528_094109

Tarikh : 27 – 29 Mei 2016
Kos    : ± RM1,000.00 (All-in untuk famili 3 Dewasa, 2 Kanak-Kanak)  
Koordinate: N7.61694° E100.08611°
Laluan: Koh Lanta – Thung Khai – Trang – Phatthalung
Jarak : 295km

Lanta Noi

P5286526

Pekan Saladan yang sunyi di pagi hari, yang meriah dimalam hari

Awal pagi bersiap barangan dan kami check-out dari Hotel pada jam 8.30 pagi (waktu Mal.) dan mencari kedai untuk bersarapan. Selepas sarapan aku menuju ke pekan Saladan, sebuah pekan yang paling utara di Koh Lanta. Hanya ada satu jalan utama di sini dan dipenuhi dengan kedai. Ianya menjadi meriah pada sebelah malam. Kami menuju ke pantai Kho Kwang yang tidak jauh dari Saladan. Pantai ini amat nyaman dan tenang, ia adalah lokasi yang sesuai untuk melihat sunset. Air laut yang surut menampakan beting pasir dan kelihatan dihujung sana sebuah tanjung (Kho Kwang cape) dan pulau kecil iaitu Ko Raeng.

20160528_084615

Air surut hingga menampakkan beting pasir di Kho Kwang Beach

Selepas itu kami menaiki semula Siri Lanta Bridge untuk ke Koh Lanta Noi pula. Untuk makluman di Koh Lanta Noi terdapat Pejabat Daerah Koh Lanta yang dibuka secara rasmi pada 13 May 1999. Majoriti penduduk adalah muslim dan pekerjaan utama adalah nelayan, petani (getah dan sedikit kepala sawit) dan kerja kampung. Ia kurang mendapat perhatian dari pelancong kerana lanskapnya yang kekurangan pantai yang sesuai. Ada beberapa tarikan yang aku singkap seperti Langsod Beach, Khlong Mak View point, Baan Baron yang dikenali sebagai kampung tertua (lebih dari seratus tahun) dan seni batik yang menarik yang dijadikan produk OTOP di Baan Khlang.

20160528_091420

Kelihatan Siri Lanta Bridge dari Langsod Beach

Singgahan pertama aku ialah ke Langsod Beach(N7.66942° E99.04221°). Pantai yang paling panjang di Lanta Noi. Kami menuju hingga ke penghujung jalan untuk melihat muara pertemuan 2 buah pulau Lanta. Dari sini dapat melihat dengan jelas Siri Lanta Bridge, Pekan Saladan dan pantai di seberang sana. Pantai Langsod  adalah taman awam dengan sedikit kemudahan asas tersedia namun agak sunyi. Dengan rimbunan pohon yang teduh dan pantai yang memanjang menjadikan ia sebagai tempat yang agak menarik untuk bersantai.

20160528_093958

Aku bercadang untuk mengelilingi pulau Lanta Noi ini dan di bahagian utara aku terjumpa satu tempat pemandangan untuk melihat tanah besar Thailand dan feri iaitu di Baan Klong Mak(N7.68561° E99.10886°). Pantainya agak berbatu dan kelihatan seperti berselut namun bagi aku ada kelainan dan tarikan tersendiri. Kami mengelilingi pulau ini dan suasana redup menyebabkan aku terpaksa mempercepatkan rondaan kami untuk balik ke seberang.

P5286536-horz

Jalan masuk dan sunyi dan air yang mula melimpah mengalir di Hing Phoeng waterfall

Selepas menaiki feri, hujan mula turun sepanjang perjalanan. Selepas hampir 34km perjalanan menghala ke Trang aku singgah ke pekan Khlong Pon dan menyusur jalan kampung ± 9km untuk ke rekreasi air terjun Hin Phoeng(N7.85252° E99.24933°). Difahamkan ia adalah air terjun 3 tingkat yang berketinggian 800 meter. Alamak hujan tak berhenti-henti turun, namun aku menggagahi berjalan seorang diri menelusuri denai untuk melihat air terjun ini. Aku memutuskan untuk berpatah balik apabila melihat keadaan air yang semakin deras dan keadaan yang sunyi. Hampa aku untuk melihat keindahan air terjun ini.

20160528_144218-horz

Canopy Walkway

Kami menghala ke Trang untuk ke Thung Kai dan singgah untuk makan tengahari di sebuah kedai muslim(N7.51878° E99.60642°) berhampiran lintasan keretapi. Kedai ini agak murah dan sedap tomyamnya.

P5286554-horz

Selepas makan tengahari hujan sudah mula renyai. Kami menuju ke Thung Kai sejauh ± 13km sahaja dari kedai makan ini. Sasaran utama kami di Thung Khai ialah untuk meninjau pelantar pejalan kaki di dalam Peninsular Botanical Garden.

GOPR1782

Peninsular Botanic Garden(N7.46968° E99.63993°) sebuah lokasi yang amat sesuai bagi pengunjung yang berminat tentang alam dan flora. Di dalam taman ini tersedia taman herba, perpustakaan berkaitan botani, muzium botani, denai-denai pejalan kaki, beberapa buah auditorium dan yang menarik pelantar pejalan kakinya yang mempunyai 3 ketinggian berbeza (10m,15m dan 18m). Ianya diasaskan dalam tahun 1993 hasil dari idea Perdana Menteri pada masa tersebut , HE Chuan Leekphai yang bertujuan untuk memelihara, mengumpul dan mengkaji tumbuhan tempatan, tumbuhan herba dan tumbuhan unik. Terletak ±10km dari Trang dan terletak di dalam hutan simpan Thung Kai seluas 416ha.

P5286570

Pintu masuk ke Botanical Garden – Free tau

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Taman ini. Setelah parkir kereta ditempatnya kami mengikuti denai yang ada dengan melihat pelbagai tumbuhan dan batuan metamophic. Denai ini boleh membawa ke paya tetapi matlamat kami ialah ke Canopy Walkway sejauh ±800 meter dari parkir. Terdapat 6 menara yang menghubungkan 5 pelantar dengan ketinggian yang berbeza bermula dari aras 10 meter, 15 meter, 18 meter dan turun balik ke 15 meter dan 10 meter. Pelantar besi sejauh 175 meter tetapi aku merasa gayat apabila berada diketinggian 18 meter kerana ia seperti ‘berembat’ tambahan pemegang pula rendah separas pinggang ja.

P5286542

Tuk-Tuk Hua Kop yang macam katak. Tuk-Tuk klasik lagi unik yang hanya terdapat di Trang. Boleh cuba di stesyen keretapi Trang.

Mulanya aku bercadang untuk balik ikut Wang Klian kerana ingin singgah di Laem Tase bagi meninjau dan mengambil maklumat tentang sebuah pulau yang bakal aku jelajah selepas ini. Tetapi setelah berbincang dengan isteriku kami mengambil keputusan untuk ke Phatthalung dan singgah di sebuah tempat yang berada dalam ladang/hutan buluh.

P5286579

Restoran Terapung di Kwanjai Bamboo Garden

Kwanjai Bamboo Garden(N7.72675° E100.00714°) sering diperkatakan oleh sahabatku dan mencadangkan aku untuk singgah disana. Ia adalah milik Mr Kwangjai yang menjadikan hutan buluh dan kolam dikawasan rumahnya sebagai tarikan. Lokasinya tidak jauh dari Hospital Khuan Kanun. Kami sampai agak lewat petang dan memandangkan pagar tidak tutup kami terjah masuk dan bergambar sebelum berjumpa sendiri dengan tuanpunya dan pohon maaf dan keizinan untuk bergambar. Beliau menjaga buluh dikawasannya dengan rapi dan teratur. Buluh ditanam dengan tersusun. Perusahaan kecil berasaskan buluh juga dilakukan. Sebuah restoran terapung dibina di kolam sediada dan jambatan buluh menghubungkan kiri dan kanan restorannya ke tebing. Sebahagian makanan dihidangkan di dalam buluh dan gelas minuman dari buluh juga.

P5286581-horz

Makanan dan minuman di dalam buluh

Kami terpaksa bergegas untuk ke Phatthalung kerana urusan wajib masih belum selesai dan terus ke masjid Phatthalung, Masjid Darul Islam (N7.61694° E100.08611°) sebelum check in di City Park Hotel(N7.61425° E100.08033°). Sebuah hotel yang selesa dengan kos sebanyak THB950 dan membenarkan kami untuk tinggal sekeluarga.

Bersambung ………..

20160528_095810

Macam berselut tapi tidak di Baan Klongmak

20160528_172517

Buluh yang tersusun tumbuh

20160528_173931

berehat di dangau. Ada perusahaan berasaskan buluh

GOPR1806

Berehat ditepian kolamGOPR1824

DSC03732

Reastoran terapung

DSC03734

Hotel yang kami singgah di Phatthalung.

 

BERSAMBUNG ……….


The Miracle Satun : Menjejak Kaki Di Belakang Naga

$
0
0

Tarikh : 05 Ogos 2016
Koordinate: N6.55683° E99.98412°
Misi: Menjelajah Golden Dragon Spine Beach
Lokasi: Tanyong Po, Satun, Thailand

Thale Waek Di Krabi –
‘ketika’ yang tidak kena – air tidak surut  ketika ku kunjungi dahulu

Menunggu beting pasir di Satun timbul sepenuh Ianya memanjang dan berlingkar sejauh 4km hingga ke Pulau hujung sana

Sekiranya anda pernah ke Krabi mungkin pernah merasai/ mengharung air atau berjalan di atas beting pasir sejauh 70 meter yang menghubungkan 2 buah pulau iaitu Koh Tup ke Koh Mu (N7° 57.649' E98° 48.640'). Beting pasir akan muncul perlahan-lahan bagaikan jambatan dan hanya berlaku pada waktu tertentu terutama ketika air surut. Fenomena ini dikenali sebagai ‘Thale Waek’ atau Separated sea. Tetapi di Satun ada fenomena alam sebegini yang lebih hebat dan menakjubkan. Kemunculan beting pasir yang berlingkar-lingkar memanjang bagaikan seekor naga mahu timbul dan hanya boleh dilihat pada waktu tertentu dan adalah yang terpanjang di Thailand. Tidak hairanlah ianya digelar ‘The Miracle Satun’ atau ‘Unseen Thailand’.

Dragon Spine

The Miracle Satun ini adalah Had Mungkorn atau Golden Dragon Spine Beach. Aku mendapat tahu lokasi pantai ini dari rakan facebook dari sana. Beberapa kali aku merancang, namun terpaksa menangguhkan dahulu misi ke sini kerana beberapa masalah.

Minggu sebelumnya selepas hari raya puasa aku sudah datang kesini, namun keadaan ‘air laut yang mati’ menyebabkan aku tidak meneruskan niat untuk kesana kerana pasti pantai ini tidak timbul sepenuh. Aku ambil kesempatan meronda ceruk kampung dan sempat berbual dengan penduduk tempatan. Mereka memaklumkan bahawa ada 14 jenis pantai sebegini  dari Satun hingga ke Trang. Namanya diberi berdasarkan ciri dan warna seperti Double Dragon Spine Beach’di Tammalang, Satun, ‘Black Dragon Spine Beach’, Golden Stone Dragon Spine Beach, di Koh Lidi, Jade Dragon Spine Beach’di Koh Sukorn, Trang dan lain-lain lagi. Laaaa … kebanyakkan tempat tu aku dah pernah sampai, tapi mungkin kerana kabur tidak tahu bahawa adanya fenomena sebegini disitu dan mungkin juga kerana MASA yang tidak sesuai.

Hari ini aku datang lagi ke Satun dan menuju ke Tanyung Po. Aku tidak ke jeti yang selalu orang ikuti iaitu di Jeti Ban Bakan Koey (N6.59703° E99.97365°) atau ke Kampung Tengah sebaliknya aku ke kampung Pasir Panjang atau ke Ban Sai Yao (N6.61176° E99.95117°). Perjalanan ke sini agak jauh namun sengaja aku mencari kelainan disini. Aku bertanya apakah masih lagi sesuai untuk ke sana kerana dimaklumkan bahawa air surut(low tide) berlaku pada hari isnin lalu dan hari ini adalah Jumaat. Setelah disahkan masih berpeluang maka aku pun bertolak dengan bot pancung (long-tailed boat) milik bang Nin (Kos ±THB2000 – pandai kowtim  kalau mau harga lagi murah).

Singgahan pertama kami ialah ke Pulau Rusa(Koh Kwang)( N6.53859° E99.99134°). Sebuah pulau kecil sepanjang ±160 meter dan selebar ±90meter. Pulau ini berjarak ±9km dari jeti Pasir Panjang yang mengambil masa ±40 minit. Disini ada sebuah bukit setinggi ±30meter. Biasanya pengunjung berhenti berehat dan naik bukit ini untuk melihat Dragon Beach dari atas. Dari pulau ini kita dapat melihat Langkawi yang jauhnya ± sejam perjalanan.

Selepas puas bergambar dan mengambil angin kami menuju ke Pulau Ubi (Koh Hua Man)(N6.56017° E99.98224°) pula yang jaraknya ±2km sahaja . Disini kelihatan ada 12 buah rumah penduduk yang kebanyakkannya adalah nelayan dan mereka mahir menangkap ketam. Pulau seluas 0.2km ini ditumbuhi dengan hutan bakau ada juga sedikit tanaman getah yang tidak diurus sebaiknya. Lama kami disini menunggu air surut hingga aku terlena diatas buaian sambil dibuai angin laut. Sedar sahaja anak-anak aku mengajak untuk ke hujung pulau melihat beting pasir yang semakin menimbul.

Selepas itu kami menaiki bot menuju ke tengah laut bagi menjejak kaki di beting pasir ini. Hmm… akhirnya berjaya juga aku menginjak atas belakang naga ini. Dari sini aku melihat riak-riak air yang berlingkar-lingkar memanjang bagaikan naga yang akan timbul. Kami mengambil masa bergambar dan aku menghayati sepenuhnya fenomena ini. Aku dimaklumkan bahawa hari ini beting ini tidak timbul sepenuhnya seperti kelmarin dulu. Ia memanjang sejauh 4km menghubungkan Pulau Rusa ke Pulau Ubi hingga ke Pulau Tiga Besar dan Pulau Tiga Kecil. Mengikut cerita penduduk tempatan ia fenomena ini dikaitan dengan cerita/lagenda dahulu dimana KONONNYA berlakulah petempuran dahsyat antara Sang Naga(Great Dragon of Ban Pak Ngu) & Helang (Great Eagle of Langkawi ) lalu alahlah sang naga, matinya ia dan terdampar disini. Kepalanya di Pulau Tiga ekornya di Pulau Ubi manakala badannya tenggelam kedalam air dan boleh dilihat ketika air surut (low tide) – iaitu pantai ini

Selepas hampir berlabuh senja, pantai ini tidak timbul sepenuhnya maka kami mengambil keputusan untuk balik. Dalam pada itu kami singgah juga di beberapa tempat yang pasirnya timbul. Sesungguhnya kunjungan sebegini memang berbaloi dilawati dan pastinya banyak lagi akan aku jejaki.

Berlabuh di Pulau Rusa

Bukit setinggi 30 meter – ada laluan disediakan untuk naik ke atas

Menghadap Langkawi

Antara Rumah Nelayan di Pulau Ubi – penduduknya adalah orang melayu

Posing di Pulau Ubi – menanti air surut

Air semakin surut menampakkan beting pasir

Kelihatan beting pasir perlahan-lahan timbul

Di atas belakang naga yang sudah mula timbul

Melingkar-lingkar badan naga

Berhenti di sebahagian beting pasir yang timbul sebelum balik ke Jeti.
Untuk makluman fenomena sebegini banyak berlaku di Laut Andaman dan ada dikesan di Sri Langka dan lain-lain tempat lagi

…. BERSAMBUNG …

Phatthalung/Trang: Misi menjelajah Tasik, Gua dan Sungai

$
0
0

20160930_144924

Tarikh : 30 September 2016
Misi: Menjelajah Tasik & Sungai
Laluan: Wang Klian – Trang – Khao Kop – Bang Di – Huai Nam Sai - Nhan Mod Dang – Phatthalung – B.K.Hitam 
Jarak:± 914 km
 

peta Trang
2hb cuti Muharam, Kedah mendapat 3 hari cuti berturut.  Bagi mengisi cuti ini aku mengajak familiku untuk jelajah ke Phatthalung.

Kami memulakan perjalanan dari rumah seawal jam 7.00 pagi dan jam 9.00 pagi sudah melepasi sempadan lalu menuju ke Chalung untuk tukaran duit dan sarapan ditempat selalu kami singgah (tuanpunya kedai makan dah kenai kami, sambil tanya nak kemana pulak?). Selepas itu topup sim card Thai sebanyak THB100 di Tha Pae (kerana disini  mudah berkomunikasi dalam bahasa Melayu).

Teruskan perjalanan dan singgah disebuah tempat(tasik) berdekatan Na Thon. Tasik (N7.01973° E99.75078°) yang dijadikan kawasan rekreasi. Ada kedai makan muslim yang dipunyai oleh Hassan. Beliau boleh memahami dan bertutur bahasa Melayu walau tidak lancar. Beliau juga memaklumkan bahawa kawasan sekitar ini ramai muslim dan ada sesetengah boleh bertutur bahasa Melayu juga. Beliau juga mempunyai 2 unit homestay yang berharga THB1500.00 semalam. Tasik ini jernih airnya dengan angin yang bertiup dengan berlatar bukit menghijau pasti membuat hati menjadi tenteram jiwa menjadi tenang dan pasti mengasyikkan.

Melewati pekan Thungwa, terlihat aku satu lagi tasik dengan pokok-pokok dihias indah bagai taman. Singgah seketika ditempat ini (N7.07639° E99.79149°). Kelihatan bebarapa orang sedang bersiap untuk mengadakan seperti satu acara, lampu dan pembesar suara sedang dipasang. Tanaman pokok bunga tahi ayam (lantana camara) dihias dan ditanam tersusun cantik. Tasik dibelakang (tak pasti tasik buatan atau asli) yang berlatarkan bukit dan air yang menghijau. Kreatif sekali penduduk Thailand, membuat sesuatu yang biasa menjadi luar biasa dan menjadi daya tarikan.

Selepas puas bergambar kami bergerak menuju ke Trang dan singgah di stesyen keretapi Trang(N7.55460° E99.60530°) bagi menunjukkan kepada anak-anak aku salah satu keunikan yang mungkin hanya terdapat di Trang iaitu ‘Tuk-Tuk Hua Kop’. Keunikannya pada bentuk kepala tuk-tuk bagaikan kepala katak (hua kop). Tuk-tuk ini dibawa masuk ke Thailand pada penghujung tahun 50an, masih beroperasi walau lebih 60 tahun telah memberi perkhidmatan dan mewarnai pekan Trang. Keunikannya membuat tut-tut ini menjadi ikon Trang dan menarik pelancong untuk bertandang ke sini.

Seterusnya kami mengahala ke utara dengan mengikuti highway 419 dan selepas ±10km belok kiri mengikuti highway 403 dan selepas hampir 32km kami pun tiba ke Khao Kop Cave(N7.79371° E99.57247°). Kha Kop cave adalah sebahagian dari bukit Khao Kop bahkan terdapat berberapa buah gua lagi di sekitar bukit ini. Terdapat sungai sepanjang ± 9km yang mengelilingi bukit ini dan sungai ini berpecah dua dimana sebatang sungai akan mengalir melalui gua Khao Kop ini sejauh ± 800 meter. Terdapat perkhidmatan sewaan bot untuk memasuki gua ini yang dikenakan sebanyak THB200 per bot (memuat maksima 5 orang). Bot kecil dikayuh untuk masuk ke dalam gua dan berhenti di satu kawasan yang terdapat banyak stalagmite & stalactite yang cantik dengan pelbagai bentuk seperti itik tergantung, kaki gajah, kemaluan lelaki dan sebagainya. Pengalaman paling mencabar ialah diakhir perjalanan (sejauh ±200 meter) menerobos gua yang dikenali sebagai ‘Thong Mangkon’ (perut naga) yang cukup sempit. Kami terpaksa tidur melentang di dalam bot dan tidak dibenar untuk panggung kepala (bahkan aku tak dibenar tangkap gambar) kerana bimbang luka tersangkut dinding gua.. mana tidaknya kami terpaksa melalui lubang gua yang cukup sempit semuat bot tersebut ditambah dengan suasana gelap yang hanya diterangi dengan lampu picit pengemudi. Dengan pengalaman jurumudi berjaya melolos gua ini tanpa cedera. Walaubagaimanapun jurumudi ada meminta tips dan aku memberi sebanyak THB200.

Selesai aktiviti kami bergegas untuk ke Thale Song Hong. Di pertengahan jalan aku ternampak sebuah tasik rekreasi (N7.78300° E99.50602°) berdekatan Ban Phru Chud Health Center. Singgah sebentar untuk bergambar. Tasik ini menyediakan rakit buluh dan airnya sangat jernih. Ramai penduduk tempat datang ke sini berehat bersama keluarga atau kawan-kawan pada waktu petang.

Thale Song Hong = Lake of Two Rooms(N7.84140° E99.47875°). adalah sebuah tasik air tawar semulajadi. Ia dipisahkan oleh tanah ditengah menjadikan 2 bahagian di mana dibahagian utara air biasa yang jernih dan diselatannya air bagaikan ‘emerald’ yang cukup jernih sekali hingga menampakkan ikan berenang. Terletak dikawasan agak pendalaman iaitu di Bang Di, Huai Yot, ± 40km ke utara Trang, Thailand.

Tidak lama kami disini kerana kawasan ini agak sunyi lagipun aku mesti sampai ke Nhanmoddang (Pa Payom) sebelum senja. Singgah ke Huai Nam Sai Dam(N7.89244° E99.80888°). Di sini adalah sempadan daerah Phattalung dan Nhakon Si Thammarat. Air di tasik ini kelihatan surut dengan agak kritikal. Kemudian kami meneruskan perjalanan mencari chalet yang sesuai dan singgah ke chalet yang menarik kawasan sekitarnya. Pengusaha chalet juga menyediakan perkhidmatan rekreasi kayak. Chalet ini harganya THB800 dan pagi besoknya cadang untuk berkayak di sini.

Sejak semalam aku sudah terasa seram sejuk bagai nak demam dan pagi ini aku membatalkan misi kami untuk berkayak bila badanku semakin panas. Sebelum pulang kami bersarapan di sebuah gerai. Ramai penduduk muslim dikawasan ini bahkan sesetengah penduduk boleh bertutur bahasa Melayu. Aku gagahkan kudrat memandu balik dan sebelum tu singgah di Route 41(N7.67958° E100.01172°) yang menjadi persinggahan wajib geng motor. Sebuah tempat rehat/kedai makan /kedai cenderamata yang dibina ala western (cowboy town). Awal pagi kami disini dan masih belum buka  dan peluang ini kami gunakan untuk bergambar sepenuhnya.

Dalam perjalanan pulang kami singgah ke Khlong Hu Rae (N7.41775° E100.14114°). Sebuah tempat yang jaraknya ±30km ke Selatan dari Phatthalung. Ia adalah sebatang sungai yang airnya jernih dan pondok-pondok dibina di atas sungai. Menjadi tempat beristirehat penduduk tempatan untuk bersantai menyejukkan badan. Jangan bimbang soal makanan kerana ada beberapa orang pengusaha muslim menjalankan perniagaan disini.

Fuhh Lega …. Keluar dari gua perut naga yang sempit

Chalet Di Nhanmoddang, Nakhon. Ia juga menyediakan pakej berkayak

Di  belakang chalet ada mengalir sungai yang berpunca dari Empangan Huai Nam Sai Dam. Ada lokasi tempat bermain dan bergayut

Khlong Hun Rae - Boleh beristirehat di atas pondok sambil berjuntai kaki ke dalam air sejuk yang mengalir

Sakom/Pattani: Menjelajah Pantai dan Tanjung–Ulangan

$
0
0

Tarikh : 25 – 27 November 2016
Misi: Menjelajah & Mendaki Sakom Beach & Hiking ke Hujung Tanjung di Pattani
Laluan: Durian Burung – Na Thawi - Chana – Sakom – Pattani – Yaring – Tanjung Budi (Laem Po/Laem Ta Chi) – Thepa – Na Thawi – Prakop – Durian Burung.
Jarak:± 480 km

Lam Ta Chi

Sempena cuti sekolah,  aku membawa familiku ke Sakom dan Pattani, Thailand kerana merasakan kawasan tersebut kurang pelancong, tidak sesak, pantainya yang cantik dan tambahan pula stok bath masih banyak lagi.

Jam 7.30 pagi pagi, menghala ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ)(N6.46869° E100.70881°) Kota Putra, Durian Burung, Kuala Nerang, Kedah sejauh 72km dari rumah. Jam 8.45 pagi kami tiba dan urusan imigration berjalan lancar. Hari ini urusan ‘cuctom declaration’ kenderaan, free pulak dah (biasanya dikenakan caj RM5.00).

20161125_101206

Selepas itu kami menuju ke Chana bagi menyantuni Tuan Haji Awang B Jusoh diBan Na, Chana District, Songkhla 90130, Thailand.(N6.89550° E100.74181°).Beliau kini kembali menetap disini. Beliau ialah tokey"Hajjah Restoran"yang suatu ketika dahulu tersohor di Alor Setar (sekitar hujung 80an & 90an). Isterinya, Hajah Fatimah Bt Abdullah (asal nama Hajjah Restoran) telah meninggal pada 26 Sept 2016 lalu. Aku bertanyakan beberapa maklumat tentang lokasi tempat yang bersejarah/menarik sekitar Chana seperti makam Syekh Abdus Samad Al Palimbani (Pengarang Kitab Hidayatus salikin, kitab Siyarus Salikin dan lain-lain lagi) dan lokasi Telaga Lailatul Qadar Syeikh Wan Mustafa Al Fathoni di Bendang Daya (Insyaallah aku akan menziarahi tempat ini pada kunjungan akan datang).

SAkom

Selepas meminta diri, kami meneruskan perjalan 15 km lagi menuju ke Sakom Beach dan terus mendaftar diri diD'Aman Hotel & Resort (N6.95272° E100.85624°).Resort ini terkenal dikalangan penduduk muslim sekitar kerana adalah resort yang mematuhi Syariah dan prinsip Islam. Pihak D'Aman Resort telah membeli dan mengambilalih pengurusan dari pemilik asal (dahulu dikenali sebagai Leela Resort) pada 11 Januari 2013. Mempunyai 26 buah banglo dan 49 buah bilik yang boleh memuat 200 pengunjung dan terletak dalam kawasan seluas 12.65 ekar lengkap dengan kemudahan dewan persidangan, kafiteria, restoran, kolam renang dan ruang BBQ. (harga bilik dari Thb 700 – Thb2200)

20161125_105529-tile

DSC05035

Selepas check-in kami menuju keCoco One Beach Hotel & Restaurant (N6.95424° E100.83509°)untuk bergambar dikawasan chaletnya yang dibina cantik. Resort ini  mempunyai 3 bilik berhubungan (connecting) dengan kolam mandi di dalamnya dan 4 unit chalet biasa. Terdapatjuga splash pool untuk kegunaan kanak-kanak bermain. Kami hanya makan somtam dan aiskerim direstorannya untuk menyejukkan badan di dalam restoran yang berhawa dingin.

GOPR2882

20161125_141039

Kemudian aku menuju kemasjid Tak Yi Dun Abidin, Pak Bang(N6.94898° E100.82917°)bagi menunaikan solat Jumaat. Ia terletak ±3km dari D'Aman Resort. Seusai sembahyang, aku membawa keluargaku memasuki perkampunganPak Bangdan seterusnya menuju ke hujung muara sungai (Khlong Sakom). Kawasan ini seperti tanjung sejauh hampir 1.5km. Di muara ini terdapat jeti bot nelayan. Kami berjalan ± 200 meter untuk ke pantai cantik memanjang. Kemudian kami berjalan hampir 600 meter mengikuti tambak hingga ke penghujung untuk ke rumah api kecil yang menjadi penanda bot nelayan memasuki muara untuk ke jeti. Setelah puas bergambar berlatarkan telok Siam, rumah api dan pantai, kamipun kembali ke bilik untuk berehat seketika dan makan tengahari dengan bekal yang dibawa dari rumah.

20161125_164513

± jam 5.00 petang aku keluar bersama isteriku untuk mendaki sebuah bukit berhampiran. Aku sudah mengenalpasti lokasi permulaan pendakian kerana sebelum ini aku sudah dengan membuat beberapa tinjauan. Aku meletak kereta dibahu jalan dan berjalan kaki menuju ke tempat permulaan. Kami memulakan pendakian pada jam 5.30 petang(waktu Malaysia). Kami berjaya sampai kepuncak yang berketinggian 83meter. Dari sini dapat melihat terus ke laut dan kawasan sekeliling. Aku turut mengamati beberapa lokasi bukit berhampiran sambil menilai kesesuaian dan mencari denai/jalan masuk. Kami sampai balik ke bilik pada jam 7.00 malam.

20161125_165757

Pagi besoknya selepas sarapan aku mengajak isteriku untuk mendaki satu kawasan bukit berhampiran, ada satu lagi bukit kami tidak dapat pergi kerana kesuntukan masa berpatah balik ke bilik dan terus check out. Kemudian kami menuju ke Sakom Beach untuk mendaki bukit kecil untuk sampai keview point(N6.96214° E100.84891°).

20161125_170431

20161126_101855-tile

Jam 10.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke Pekan Pattani sejauh ±55km dan singgah untuk makan tengahari yang awal diRestoran Maksu Soup Shormalee (N6.85592° E101.25323°). Sebuah Restoran yang terkenal dengan kesedapan supnya terutama sup kuku lembu.

20161127_113546-tile

Selepas makan tengahari kami menuju kemasjid Kerisik (KLIK) (N6.87302° E101.30283°).Memandangkan sudah beberapa kali aku kesini aku tidak singgah ke masjid ini tetapi membiarkan anak-anak aku masuk. Aku menuju ke seberang jalan  untuk  melihat sebuah perigi yang dikatakan‘Perigi Hang Tuah’ (N6.87239° E101.30360°).Perigi dikatakan telah digali oleh Hang Tuah, sewaktu beliau datang ke Patani. Aku juga mendapat beberapa cerita versi Hang Tuah disini namun tidak bersedia untuk dikongsi kerana tidak dapat disahihkan ceritanya.

GOPR2897-tile

Kami singgahYaring Mangrove Forest Study(N6.87021° E101.37189°).Kalau kunjunganku ke kawasan ini dahulu, aku tidak sempat berjalan dipelantar pejalan kaki sejauh 1,250 meter. Kini dengan masa yang panjang aku pasti tidak melepaskan peluang.

DSC05212

Pusat pembelajaran/penyelidikan ini berada di kawasan hutan bakau seluas 200 ekar. Lengkap dengan kemudahan asas yang dibina untuk memberi pembelajaran dan pemahaman kepada orang ramai mengenai keperluan dan kelastarian hutan bakau. Disepanjang pelantar jalan kaki ini terdapat pelbagai spesis tumbuhan paya bakau dan haiwan dan yang menarik terdapat sebuah menara pandang setinggi 13 meter. Namun aku hampa sekali kerana menara ini ditutup kerana beberapa binaan telah rosak dan reput yang boleh membahayakan pengunjung.

20161127_061929

20161127_063233

Aku mengambil keputusan untuk bermalam di D Budi Beach Resort(N6.93414° E101.31831°) yang terletak di Ban Budi, Yaring. Ia sejauh 12km dari Yaring Mangrove Forest Study. Sebuah Chalet yang baru dibina dalam tahun 2015 lalu yang terletak di tepi pantai yang pasirnya halus dan memutih. Sangat sesuai untuk melihat matahari terbit.

GOPR2903

Paginya aku menuju ke hujung Tanjung (Lam Ta Chi) untuk hiking hingga ke hujung beting pasir. Aku sudah kesini dalam bulan Mei 2014 lalu (KLIK)  namun tidak sempat menjelajah hingga ke hujung beting pasir kerana keretaku lekat dipasir.

GOPR2922

Terdapat 2 beting pasir di kawasan ini. Aku memasuki hutan rhu ini untuk mencari jalan masuk hingga ke beting pasir, namun tidak dapat menghampiri kerana terhalang dengan beberapa paya (walau nampak dekat) . Namun aku bernasib baik kerana bersua dengan seorang nelayan, beliau membawaku ke beting pasir pertama(N6.93386° E101.24212°)yang memanjang seperti beting pasir di Satun (Dragon beach KLIK) tetapi disini pendek sahaja. Dari sini kami dapat melihat pelabuhan nelayan di Pattani dan bot nelayan keluar masuk. Hujung Tanjung ini membentuk seperti telok dan lautnya tenang. Kemudian kami ke penghujung Tanjung(betul-betul dihujung sekali) – dipanggil penduduk tempatan sebagaiTanjung Budi (kalau lihat dalam google seolah-olah kami berada di dalam laut) (6.92787° E101.23376°).

GOPR2902

Kawasan ini sudah kembali cerah (tidak seperti kunjunganku dahulu) banyak pokok rhu ditebang untuk kayunya yang berharga. Menjadikan tanjung ini kurang naturalnya bahkan banyak chalet mula dibina.


DSC05054

Di Muara Khlong Sakom. Kerja-kerja mendalam sungai sedang dijalankan

DSC05139

Sebuah pulau kecil (Koh Kaam) di Pantai Sakom

DSC05144

View point di Sakom Beach … kalau sebelah kiri terdampar pantai memanjang hingga ke rumah api dan sebelah kanan pantai memutih hingga ke Pattani

DSC05147

menuruni bukit di View Point di Sakom Beach

DSC05156

Sebuah pantai yang cantik di pertengahan jalan menuju Pattani

DSC05220

Ada tempat berehat sepanjang pelantar pejalan kaki di Yaring Manggrove Center

20161126_171501

Berehat seketika di Laem Ta Chi

20161127_072729

Disana beting pasir tetapi dipisahkan dengan paya

20161127_082130

Posing seketika di beting pasir pertama

20161127_103102

Makam Dato’ .. ada sejarah tersendiri di sini. Siapa Dato’?

20161127_104123

Pantai berdekatan Ban Dato

20161127_104235

DSC05397

Xplore Lombok - Prawacana

$
0
0

20161223_200258

TARIKH : 23 – 30 Disember 2016
MISI : Jelajah Lombok
LALUAN: Mataram – Lembar – Kuta – Jerowaru – Sembalun – Senaru – Senggigi
JARAK:± 800 km
KOORDINATE:

Lombok adalah sebuah pulau yang terletak antara Bali dan Sumbawa. Sebuah pulau yang berada dalam pentadbiran Gubenor Nusa Tenggara Barat (NTB). Ia dibahagikan kepada 4 wilayah iaitu Lombok Utara, Lombok Barat, Lombok Tengah dan Lombok Timur. Memanjang sejauh 70km dan seluas 4,725km₂. Dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid kerana majoriti penduduknya yang kebanyakan adalah dari suku Sasak adalah beragama islam. Lombok sinonim dengan 3 Gilinya (gili Terawangan, meno dan Air) dan Gunung Rinjani (gunung berapi ke 2 tertinggi di Indonesia), namun Lombok memiliki berpuluh lagi pesona lainnya yang meliputi alam, budaya dan makanan.

PC240011

mercu tanda Pulau Seribu Masjid

Aku merancang untuk ke Lombok setelah lawatan ke Bali (KLIK) pada bulan September 2015 lalu. Persediaan awal adalah dengan mencari maklumat dan koordinate dan menyediakan itinarari yang menyenaraikan tempat yang akan aku singgahi mengikut urutan. (KLIK – untuk itinarari cadangan).

lombok

Perjalanan kami sejauh 800km mengelilingi Lombok yang bermula dari Mataram selama 6 hari dengan fasa pertama mengunjungi pantai dan tanjung kemudian memasuki fasa kedua iaitu kawasan tanah tinggi di Sembalun dan fasa seterusnya air terjun dan pulau.

1. Penginapan

Memandangkan penerbangan kami akan sampai agak lewat petang, jadi aku terpaksa membuat tempahan penginapan hari pertama di Puji Homestay(S8.58986° E116.12056°), Mataram yang ditempah melalui booking.com. Penginapan ini berdekatan dengan Mataram Mall yang membolehkan aku membeli barangan asas dan sewaan motor yang mudah. Penginapan seterusnya adalah secara walk-in ditempat yang dirasakan sesuai.

2. Budget

Bajetku sebanyak Rp3.5 juta tidak termasuk tiket kapalterbang. Aku cuma menukar wang sebanyak 2 juta di Malaysia ( Rp 1juta = RM335). Tiada masalah jika keputusan wang kerana aku mempunyai akaun CIMB dan banyak mesin ATM di Lombok (CIMB ada di Mataram, Kuta, Senggigi dan Selong bahkan melalui ATM BRI pun boleh).

3.Tranportasi

20161226_133511

dengan honda beat dan muatan backpack kami mengelilingi Lombok

Kembara aku hanya berdua, bersama isteri dan secara backpackers. Jadi motosikal adalah kenderaan paling effisien yang sesuai dengan cara backpackers kami. Banyak tempat yang kami akan lawati aksesnya sangat sukar. Aku menyewa motosikal (honda Beat) dengan Puji Homestay untuk selama 6 hari dengan kadar ID50.000 perhari. Minyak yang diisi dalam lingkungan RM35 sahaja untuk perjalanan kami. Tempahan secara online dan motor akan dihantar ke hotel boleh dicuba melalui Lombokmotorbike.com (KLIK).

20161230_101531

Pihak Lapangan terbang  Lombok  ada menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam. Berikut adalah jadual perjalanan bus DAMBRI

Bandara Internasional Lombok -> Pantai Senggigi
Tempoh : ± 1,5 Jam
Harga : Rp.  25.000
Masa: 03.00 WITA s/d 20.00 WITA (berangkat setiap 2 jam)

Bandara Internasional Lombok -> Terminal Bis Mandalika Mataram
Tempoh : ± 1 Jam
Harga : Rp.  25.000
Masa: 04.00 WITA s/d 19.00 WITA (berangkat setiap 1 jam)

Walaupun perkhidmatan bas ini disediakan aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan taksi yang ditawarkan kerana masa yang sudah suntuk (sudah gelap ketika kami sampai). Aku berunding harga dahulu sebelum membuat keputusan bersetuju. (Rp150.000 hingga ke penginapan di Mataram).

4. Backpack

Kami masing-masing membawa backpack dengan kapasiti 40ℓ (berat hampir 8kg gak). Pakaian dan seluar 3 helai (ala hiking kerana mudah kering), cap, penutup muka, barangan keperluan peribadi, tuala microfiber, sepasang kasut hiking (terbuka), telekong/kain sembahyang, ubatan asas, kamera (wajib) dan peralatan elektronik (untuk mengecas dan sebagainya). Aku lupa membawa SPF lotion … hmm hitam la lengan dan mengelupas kulit )

5. Pandu arah

Aku sudah membuat persediaan dengan mencari koordinate setiap lokasi yang kami akan singgahi. Tambahan dengan teknologi, guna saja apps Google Map melalui handphone bagi menunjuk jalan. Aku juga membawa garmin etrex(sebagai backup)  yang sudahku tandakan ‘waypoint’ dan memasukan koodinatenya dan ‘create route’ sekiranya line internet terbatas atau tiada.
Seusai sampai di Lombok, kami singgah dikedai telekomunikasi untuk membeli simkad TELKOMSEL dengan pakej internet  (7GB maaa… tak habis pakai seminggu ) dengan harga rp55.000. Laju giler dan tiada masalah liputannya … kecuali di Lombok Timur )
Tetapi yang terbaik ..  bertanyalah dengan ramah kepada penduduk tempatan, pasti mereka berbesar hati untuk membantu.

Bersambung …….


Pautan Kembara Berkaitan

1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 :
4. Xplore Lombok - Day 4 :
5. Xplore Lombok - Day 5 :

Xplore Lombok: Jelajah Pantai & Tanjung

$
0
0
TARIKH : 24 Disember 2016
DAY 2 – Misi Jelajah Lombok Barat 
LALUAN:  Mataram – Gunung Batu Idung – Pantai Nambung – Pantai Mawi – Pantai Mawun - Kuta
JARAK:± 137 km
KOORDINATE:

Lombok2
Peta perjalanan hari ke 2: dari Mataram ke Kuta (137km)
Seawal pagi (± jam 7.10am) tanpa sarapan, kami bertolak dari Puji Homestay dengan motosikal menuju ke arah Lembar dengan mengikuti jalan Raya Lembar. Sampai disatu persimpangan aku teringat bahawa di Lombok Barat ini ada satu kawasan rekreasi baru yang mula mendapat perhatian iaitu gunung(bukit) Batu Hidung (S8.70908° E116.10671°). Bukit yang menyimpan keindahan dan panorama yang pasti boleh membuat hati menjadi tenang dek pemandangannya. Tentang namanya, hmm .. mungkin kerana terdapat batu besar di hujung tebingnya yang seakan-akan hidung raksasa.
20161224_083125
Terletak di Desa Gerebekan, Kecamatan Lembar, Kabupaten Lombok Barat. Sejauh ± 38km dari penginapan kami, Puji Homestay. Setelah melalui jalan masuk sejauh ±4km kami sampai ke kaki bukit ini dan meletak motor di kawasan parkir(S8.71094° E116.10511°) dikenakan bayaran sebanyak rp5.000. Setelah berbual bersama penduduk tempatan kamipun mendaki bukit ini yang berketinggian ±200 mdpl yang mengambil masa ±15 minit sahaja. Dipuncak bukit ini terdapat sebuah pondok/bangsal dan rumah seorang penduduk yang menjual makanan ringan dan minuman. Dari puncak bukit ini, kami dapat menyaksikan pemandangan indah 3600 tetapi pagi ini sedikit berkabus. Di sebelah timur kelihatan Gunung Rinjani, di utara pula kelihatan Kota Gerung, Mataram dan sekitarnya. Di sebelah selatan, kelihatan perkampungan yang diapit oleh beberapa bukit dan di sebelah barat Pelabuhan Lembar dapat dilihat jelas.
PC240015
Selepas itu kami meneruskan lagi perjalanan melalui jalan Raya Sepi dan singgah di sebuah warung untuk bersarapan lewat. Berpandukan Google, kami meneruskan perjalanan dilaluan yang agak lengang sejauh ±40km sehingga google menunjukan bahawa kami telah sampai. Kebingungan aku seketika , lalu aku bertanyakan seorang penduduk arah ke Pantai Nambung. Beliau mempelawa aku ke rumahnya dan disitu kami parkir motosikal dan bag. Memandang hari ini bukan hari minggu kawasan ini sangat sunyi jadi beliau mencadangkan kami pergi dengan bertemankan.
PC240048
Kaki terbenam di dalam pasir di pantai Nambung ini
Untuk ke sana perlu berjalan menempuh pantai Nambung yang mempunyai keunikan tersendiri dimana pasirnya bulat berbutir bagaikan batu merika. Pasirnya yang berbutir membuat kaki  terbenam ke dalam pasir dan memberi tekanan semasa berjalan, (sudah pasti memenatkan). Sepanjang bibir pantai ini kelihatan deretan rumput laut yang diusahakan oleh penduduk setempat sebagai mata pencarian tambahan selain menangkap ikan.
PC240041
Unik - Pasirnya yang berbutir
Setelah berjalan hampir 1.2km sampailah kami ke satu kawasan yang berbatu dan berbukit dengan deretan batuan karang yang tinggi iaitu Tanjung Jagog (S8.87222° E116.10876°). Keunikan Tanjung Jagog ini ialah apabila ombak besar dari Lautan Hindi memukul batu karang akan menyebabkan air jatuh/mengalir bagaikan air terjun. Sebab itulah tanjung ini digelar juga air terjun asin. Satu fenomena alam yang sungguh menarik untuk disaksikan.

20161224_113043
Setelah puas bergambar, kami pun berjalan pulang di bawah terik mentari dan pasti melelahkan. Setelah berehat kami menghulur sedikit bayaran kepada tuan rumah sebagai penunjuk jalan dan parkir.
PC240163
Teruskan perjalanan ± 22km ke Pantai Selong Belanak(S8.87498° E116.16174°). Pantai Selong Belanak merupakan salah satu pantai yang cukup terkenal kerana keindahan dan kehalusan pasirnya. Ia juga diberi jolokan sebagai Hawaii Lombok. Ia menjadi tarikan ramai pengunjung luar terutama dari Barat. Berada seketika untuk bergambar kerana kelihatan ramai orang disini.
PC240170
Kami meneruskan perjalan lagi 6 km untuk ke pantai Mawi dan Semeti. Pantai ini berada disebalik bukit. Sebelum masuk ke kawasan ini perlu bayar di gerbang sebanyak rp5.000 dan aku bertanyakan tentang laluan ke pantai Mawi dan Semeti. Jalan disini melalui kawasan sawah dan perkebunan kelapa. Jalan menjadi semakin teruk apabila semakin menghampiri.
20161224_152557
Pantai Mawi (S8.88785° E116.16075°) menjadi tarikan para surfer kerana ia memiliki ombak yang sangat sesuai bagi penggemar surfer. Aku berhenti seketika melepas lelah digerai berhampiran sambil menikmati air kelapa. Fuhh .. dengan anginnya dan pemandangan yang cantik boleh membuat aku lelap seketika. Tidak lama kami disini kerana katanya tarikan utama aku adalah Pantai Semeti(S8.89193° E116.15823°) yang mempunyai batu karang yang unik. Di beri jolokkan pantai Planet Krypton kerana batuannya mirip kristal-kristal diplanet tersebut.20161224_152703
Aku menggunakan firasat mencari jalan ke pantai Semeti ini dengan melihat jejak tayar motosikal. Sememangnya jalan ke sini agak teruk dan akhirnya setelah bersusah payah sampai juga ke pantai ini. Jaraknya tidak jauh sekitar 1.5km dari pantai Mawi. Letak motosikal dan bag di sebuah gerai.Berjalan menuju ke batuan karang sambil memanjatnya. Batuannya berwarna hitam dan tajam disamping simbahan ombak yang melalui rekahan dan celah batuan karang menambah keunikannya. Sebelum balik aku terlihat  bekas laluan disebelah kanan lalu menuruti laluan tersebut dan nah … sebelah sini lagi cantik batuannya. Batu-batu dan tebing-tebing bebatuan  terukir indah seolah-olah ditata dan dipahat.Keindahan pantai yang mempersona dengan lekukkan batu karang yang terisi dengan air laut dan deburan ombak melalui lubang atau gua-gua kecil. Ya … semestilah  berfoto sebanyak-banyak disini sebagai kenangan indah ke sini.
Pantai Mawun (S8.90051° E116.22645°) menjadi matlamat berikutnya. Sejauh ± 4.9km dari Pantai Semeti tetapi laluan ke sini mulus. Pantai yang terletak dalam kabupaten Lombok Tengah. Pantainya yang memutih dan laut membiru dengan ombak yang tampak besar namun selamat bagi pengunjungnya pasti terpikat dengan sajian alam sebegini. Akupun tidak lama dipantai ini kerana hari sudah hampir petang dan perlu mencari penginapan di Kuta yang sejauh 12 km lagi.
PC240341
Pantai Kuta(S8.89434° E116.28279°)  terletak di Lombok Tengah dan menjadi tumpuan pelancong barat kerana pantainya yang memutih dan memanjang disamping namanya(mungkin) senonim dengan Kuta di Bali. Banyak hotel dan chalet disini. Aku berhenti rehat seketika di Indomart sambil menikmati secawan kopi panas sambil melayan kanak-kanak yang menjual barangan. Selepas itu aku ke musolla berhampiran untuk solat. Aku ke Novotel untuk mengeluarkan wang melalui mesin ATM CIMB. Bertanyakan harga bilik disini namun sudah penuh dan akhirnya aku berpatah balik ke Kuta lalu menginap di Surfing Inn(S8.89330° E116.28269°) yang mengadap pantai Kuta. Penginapan tanpa aircond tetapi ada kolam renang dengan kadar harga sebanyak rp210.000. Check in dan terus rebah diri sebelum malamnya aku berendam di dalam kolam mandi yang berada dihadapan bilikku …. 
PC240024
Pendakian Bukit Batu Idung – ada trek dengan tahap – easy
20161224_084325
Dihujung batu – Di Bukit Batu Hidung, Lembar, Lombok Barat
20161224_153128
Karang hitam yang berceragah – di Pantai Semeti
PC240235
Hentaman ombak melalui rekahan batuan menyebabkan percikan – di Pantai Semeti
PC240273
Bukit di pantai semeti
PC240333
Padi ditanam dicelah pohon kelapa – pemandangan di Pantai Mawi/Pantai Semeti
PC250345
Surfing Inn yang terletak berhadapan dengan pantai Kuta, Lombok
20161225_060242
Ada buaian di pantai Kuta
20161225_060456
Pantai Kuta, Lombok
Bersambung ……



Pautan Kembara Berkaitan
1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 :
4. Xplore Lombok - Day 4 :
5. Xplore Lombok - Day 5 :

Xplore Lombok – Pantai & Tanjung @ Lombok Timur

$
0
0

20161225_071007

TARIKH : 25 Disember 2016
DAY 3 – Misi Jelajah Lombok Timur
LALUAN:Laluan: Kuta – Bukit Merese – Batu Payung – TWA Gunung Tunak – Ekas
JARAK:± 120 km
KOORDINATE:

Lombok Timur

Jam 7.00 pagi kami sudah check-out tanpa breakfast. Bag diletakkan di lobi kerana kami akan menuju ke sebuah bukit yang dikenali juga sebagai bukit cinta. Terletak ± 7km, ia berada di pantai Selatan Pulau Lombok, dalam wilayah Lombok Tengah dan berada berhampiran Pantai Tanjung Aan.

20161225_072353

Kami singgah dahulu ke Pantai Aan (S8.90918° E116.32131°), pantai dengan pasir yang memutih dan air laut yang menghijau kebiruan lagi jernih. Diapit oleh dua tanjung yang berbukit menjadikan lautnya tenang.

20161225_073440 

Kemudian kami menuju ke arah bukit Merese dengan melewati kawasan pembangunan (katanya kawasan ini akan dibangunkan oleh pihak Club Med (???)). Kami parkir motor dikaki bukit dan mendaki bukit yang berketinggian sekitar 60meter sahaja. Jika tidak licin pasti aku naik dengan motosikal sahaja.

20161225_070152

Wow di atas memang indah sekali pemandangannya. Dengan bukit yang menghijau, lautan yang membiru, pantai dan tanjung ..fuhhh tak terucap dengan kata-kata. Patutpun ia digelar “Bukit Cinta” pastinya ia menjadi tempat berswafoto dan sasaran pengantin bergambar. Memandangkan kami awal di sini maka tidak ramailah pengunjung, hanya beberapa keluarga dan sepasang pengantin baru. Kalau waktu petang ia adalah lokasi terbaik untuk melihat sunset dan semasa aku diparkir motor aku terlihat sekelompok penunggang MTB hendak mendaki bukit ini.

20161225_070808

Semasa hendak keluar dari kawasan Tanjung Aan kami dikenakan caj sebanyak Rp5,000 sebagai bayaran memasuk ke wisata ini (masuk tadi tadak orang). Kemudian aku guna GPS mencari koordinateGoa(gua) Kotak(S8.92369° E116.34266°).Setelah melalui jalan yang sangat becak dan licin, aku bertanyakan beberapa penduduk yang kebetulan lalu dan menasihati kami untuk tidak meneruskan perjalanan kerana jalan ke sana sangat ‘jelek’ lalu aku mengambil keputusan untuk ke Batu Payung sahaja. Kamipun berpatah balik dan singgah ke satu kawasan perkampungan dan parkir motor disini(S8.90997° E116.33178°).Beberapa orang kanak-kanak menawarkan kepada kami perkhidmatan untuk menunjuk arah ke Pantai Batu Payung. Aku bersetuju dan 3 orang kanak-kanak mengikutiku.

PC250358

Perjalanan ke pantai Batu Payung kelihatan penduduk sedang mencari sejenis cacing laut spesis Nyale

Sepanjang perjalanan mereka banyak bercerita tentang Batu Payung ini disamping membawa baranganku dan bekalan nasi yang aku beli tadi. Sesampai disana mereka juga menjadi jurufoto sambil mencadangkan berbagai aksi disini. Berbaloi aku mendapat perkhidmatan mereka bahkan secara tidak langsung membantu mereka mencari rezeki.

PC250366

Pantai Batu Payung(S8.91980° E116.33073°)adalah pantai yang tidak memiliki pasir tetapi batuan karang. Untuk kesana kita perlu berjalan kaki menyusuri pantai sejauh ± 1.2 km. Pantai ini diberi nama kerana terdapat satu batu yang besar persis payung (walaupun tidak nampak seperti payung tetapi kononnya suatu ketika dahulu ia menyerupai payung tetapi akibat hakisan ia berbentuk seperti sekarang)

PC250447

Tidak jauh dari batu payung terdapat sebuah pulau berbentuk seperti kura-kura. Katanya ada gua disitu dan ada ular laut yang jinak di dalamnya. Air laut sedang pasang dan bergelora pula mematikan hasratku untuk ke sana.

PC250571

Gerbang /pos pengawal/kaunter tiket untuk masuk ke TWA Gunung Tunak

Sekitar jam 10.00 kami balik ke hotel dan mengambil bag lalu meghala ke sebelah timur menuju ke Taman Wisata Alam (TWA) Gunung Tunak yang terletak di Dusun Bumbang, Desa Mertak, Kecamatan Pujut, ± 25km dari Kuta beach. Sebelum tiba ke TWA ini kami menaiki sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Lobster. Menikmati panorama dari ketinggian dengan memandang ke arah teluk, hamparan hijau dan laut membiru amat mendamaikan jiwa. Jika bukan kerana jauh perjalanan lagi, pasti lama aku di atas bukit untuk menikmati keindahan alam ini. Turun kami singgah di Bumbangku cottage, bertanyakan harga dan sebagai persediaan jika kami terlewat di TWA Gunung Tunak. Dengan berpandukan GPS kami menuju keGerbang masuk  TWA(S8.91101° E116.38098°)yang juga adalah pos kawalan dan tiket masuk dikenakan. Jalan untuk ke pintu masuk sedang diperbaiki dan rosak teruk, nasib baik cuaca hari ini kering, jika hujan pasti licin dan sukar untuk melalui. Dipintu gerbang ini ada pos pengawal dan kini beberapa bangunan sedang dalam proses pembinaan (upgrade). Untuk masuk ke TWA ini dikenakan bayaran sebanyak rp5.000 – rp7.000 dan untuk pelancong luar dikenakan rp150,000. Aku sempat berbual dengan pegawai perhutanan disitu, beliau memaklumkan bahawa TWA ini wartakan sebagai Taman Wisata Alam pada bulan Ogos tahun 1996 dibawah kelolaan Balai Konservasi Sumber Daya Alam Nusa Tenggara Barat. Ia berkeluasan 312 ha. Banyak lokasi yang menarik dan beliau berkata mungkin tidak cukup sehari jika mau lawati kesemua pantai dan tempat menarik disini. Di TWA menjadi habitat sejenis burung dikenali sebagai Gosong kaki merah (Megapodius reinwardt ) burung yang sebesar ayam, berwarna gelap dengan kaki berwarna jingga.

PC250569-horz

Kami meletak bag kami disini dan memandu berhati-hati dilaluan yang kondisi jalannya agak buruk dan sangat sunyi. ± 5km setelah bersusah payah mengendali motosikal dilaluan yang mencabar ini kami sampai ke sebuah pantai indah yang tersembunyi disebalik hutan ini iaitu Pantai Bilasayak (S8.94764° E116.38813°).

20161225_124947

Pantai Bilasayak

20161225_122245

Untuk ke Gunung Tunak perlu menyeberang kawasan pasir kerana jalan ditenggelami air dan dipenuhi dengan kerbau liar. Terpaksa mendorong motosikal di atas pasir yang agak dalam sebelum mendaki bukit untuk parkir dibawah pepohon. Disini sudah kelihatan beberapa buah motor. Kemudian kami ‘soft trekking’ menyusuri hutan renek sejauh ± 500 meter untuk kemenara pandang(S8.95172° E116.39341°)menjadi landmark Gunung Tunak.

20161225_122853

Meredah hutan renek untuk  ke menara

20161225_123405

Aku tidak dapat mendaki hingga ke puncak menara kerana bimbang dengan angin yang kuat, terasa bergetar menara ini. Tak mahu ambil risiko aku turun – melepaslah untuk menikmati panorama indah dari atas menara yang setinggi ±30 meter yang dapat menyaksikan pemandangan 360° hampir seluruh Gunung Tunak ini. Dibawah aku terjumpa sebuah kubur lama dan kami menyusur semak ini menuju ke sebelah barat melihat keindahan pantai yang bertebing. Hamparan bukit hijau yang indah dan laut membiru disamping deburan ombak melengkapkan indah alam disini. Aku terpaksa memendekan eksplorasi apabila melihat langit semakin gelap hendak hujan. Tidak mahu mengambil risiko perjalanan pulang yang mungkin menjadi lebih buruk.

PC250555

Kubur misteri di Gunung Tunak .. bagaimana boleh berada di tempat terpencil ini?

Lebihkurang jam 2.00 petang kamipun keluar semula ke gerbang. Teimakasih kepada penjaga pos kerana tolong menyimpan bag kami dan mereka sempat bertanya pandangan aku tentang Lombok dengan perbandingan Phuket (Thailand). Bagiku Lombok mempunyai keistimewaannya tersendiri begitu juga dengan Thailand.

20161226_133211

Kami bergerak menuju ke Lombok Timur dalam suasana redup menuju ke suatu tempat yang aku belum pasti untuk bermalam. Kami menghala ke Jerowaru, berhenti beberapa kali untuk melepas dahaga meneguk air kelapa. Kebanyakan tempat yang kami singgahi disambut mesra oleh penduduk yang rata-rata bercerita ada saudara bekerja di Malaysia. Di Jerowaru aku berada dipersimpangan samada hendak ke Pantai Tangsi(25km) atau ke Pantai Ekas(6.6km), memandangkan jam sudah 4.30 petang aku memilih ke Pantai Ekas kerana tempat bermalam perlu dicari dahulu. Jalan ke Pantai Ekas pada permulaannya bertar tetapi selepas itu jalannya berlopak dan rosak, was-was samada ada penginapan dihujung sana lantas bertanya penduduk setempat lalu diiakan mereka.

20161225_171327

Akhirnya aku sampai ke sebuah penginapan yang nampak seperti biasa sahaja, Ekas Break(S8.88834° E116.46350°).Tetapi apabila singgah barulah ku tahu ia adalah sebuah penginapan milik pemodal dari Swiss. Tersorok di tempat sebegini dan menjadi pilihan ramai pelancong Eropah yang minat kediaman terpinggir dan untuk bermain papan lucur air. Terus ke kaunter dan ditawarkan rate sebanyak USD60, setelah berunding dikenakan caj sebanyak USD50. Kediaman ala rumah tradisi sasak, ada kolam renang dan laman yang menarik lagi cantik. Bahkan mempunyai talian internet yang laju (untuk makluman di kawasan Lombok Timur, liputan internet sangatlah sloww bahkan ada yang tak dapat – tetapi tidak disini) Keletihan menunggang motosikal hampir seharian membuat aku tidak memikir soal harga atau pilihan lain walau mereka ada mencadangkan beberapa lokasi penginapan berhampiran yang lebih rendah harganya. Seusai check-in, aku terlelap dan bangun untuk menikmati makan malam di Restoran mereka yang tentu harga sememangnya diluar jangkaan berbanding harga di warong atau restoran. Selepas makan malam aku bercadang untuk mandi di kolam (bayar mahal mesti gunakan segala kemudahan seoptimanya) namun keletihan membuat aku terlelap sehingga subuh esoknya.

Bersambung ……




Pautan Kembara Berkaitan
1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 : Pantai & Tanjung @ Lombok Timur
4. Xplore Lombok - Day 4 : Dari Pantai Ke Tanah Tinggi 
5. Xplore Lombok - Day 5 :     
6. Xplore Lombok - Day 6 :       
7. Xplore Lombok - Day 7 :

Xplore Lombok: Dari Pantai Ke Tanah Tinggi

$
0
0

20161226_102806

TARIKH : 26 Disember 2016
DAY 4    : Misi Jelajah Lombok Timur
LALUAN : Ekas– Pantai Sungkun - Sekaroh – Tanjung Ringgit – Jerowaru – Sembalun
JARAK   :± 150 km
KOORDINATE:

Pantai Pink

Semalam aku bertanyakan kepada petugas mengenai pantai Kura-Kura/pantai Sungkun dan pantai Surga, mereka tidak mengesyorkan kami ke sana kerana jalan sukar dan licin lantaran hujan sebelumnya. Pagi ini seawal jam 6.30 pagi, kami nekad menuju ke sana dengan alasan pengalaman di TWA Gunung Tunak yang jalannya teruk dapat kami lalui. Ternyata jalan tidaklah terlalu buruk seperti digambarkan walaupun jalan ini sedikit becak. Cuma disatu lokasi bukit jalannya berselut dan licin, aku mendorong motosikal mendaki bukit dan sempat menyapa seorang petani yang kebetulan lalu disini. Beliau memaklumkan bahawa hanya disini sahaja laluan yang rosak jika hendak ke pantai kura-kura, tetapi tidak mencadangkan kami ke pantai Surga kerana jalannya buruk sebegini akibat hujan petang semalam.

20161226_072906

Selepas bertanyakan penduduk tempatan akhirnya kami pun sampai ke pantai Sungkun (S8.92047° E116.44553°). Pantai ini terletak di daerah Pemongkong, Kecamatan Jerowaru, Kabupaten Lombok Timur (± 7km dari Ekas Break). Dikenali juga sebagai pantai kura-kura kerana ada sebuah batu karang besar/pulau yang seakan-akan kura-kura(penyu). Berdekatan pantai ada kawasan lapang yang ditumbuhi dengan pokok pandan laut dan beberapa pondok tempat parkir motosikal. Walaupun pantai ini kurang popular seperti pantai lain, namun keindahan alam dengan adunan warna hijau dari padang rumput, hamparan pasir putih yang luas dan air laut yang biru ditambah deburan ombak membuat ia tidak kalah dengan pantai lainnya.

20161226_074336

Dihujung sana kelihatan tebing tinggi bagaikan ‘canyon’ dan sudah pasti kami merapati lokasi ini untuk bergambar. Kemudian kami pulang ke hotel dan checkout tetapi memohon untuk tinggalkan bag di kaunter kerana kami ingin menuju ke bahagian timur lagi iaitu ke Tanjung Ringgit sejauh ±25km. Tanjung Ringgit(S8.86326° E116.59064°) terletak di Desa Pemongkong, Kecamatan Jerowaru merupakan kawasan paling hujung selatan wilayah Lombok Timur.

PC260597

Lokasi ini jarang di kunjungi pelancong kerana jalan ke sana agak rosak dan buruk. Kini setelah beberapa promosi dilakukan sudah ada perubahan dimana setiap hujung minggu ramai pelancong tempatan akan ke sini.

Bentuk muka bumi dengan tebing tinggi menjadikan Tanjung Ringgit sangat sesuai sebagai kubu pertahanan dan perlindungan bagi tentera. Terdapat banyak gua dan rantaiannya sekitar daerah ini. Kedudukan Tanjung Ringgit yang menghadap Lautan Hindi menjadikan ia lokasi yang strategik sebab itu terdapat sebuah meriam tinggalan tentera Jepun sekitar Perang Dunia Kedua (1942) sepanjang 5 meter yang diarahkan ke laut.

PC260599

Perghh .. memang cantik panorama disini.. bagaikan lukisan hidup. Berbaloi ke sini walau terpaksa melalui jalan yang rosak.

Kemudian kami ke Pantai Tangsi(S8.86006° E116.58042°) yang terletak ±1.5 km dari Tanjung Ringgit. Dari laluan utama perlu melalui jalan simen ±250 meter sebelum sampai ke Pantai ini. Ia dikenali juga sebagai pantai pink kerana keunikan pantainya yang berwarna pink. Pantai ini merupakan salah satu dari tujuh pantai di dunia yang memiliki pasir pantai berwarna pink, dan satu dari dua pantai di Indonesia yang memiliki pasir pantai berwarna pink.

20161226_105011

PC260607

Warna pink pada pasirnya terbentuk apabila pasir bercampur dengan serpihan karang merah muda. Warnanya semakin jelas apabila pasir dibasahi dengan air laut dan disinari matahari. Keindahan Pantai Pink menjadi sempurna dengan keindahan bukit yang menghijau di sekelilingnya, pulau-pulau berhampiran, tanjung dan tebing. Kedudukannya di teluk menjadikan lautnya tenang dan sesuai untuk mandi dan snorkling.

PC260624

Lebihkurang jam 11.30 pagi kami bertolak balik ke Ekas, sebelum sampai ke Ekas Break (± 7km lagi), aku ternampak papan tanda makam sejauh 500 meter sahaja dari jalan utama, lalu aku pun menuruti laluan tersebut, laaaa… bukan 500 meter tapi lebih 1 km masuk hingga  nampak seperti ada ramai orang di atas sebuah bukit. Teruskan perjalanan hingga ke atas bukit parkir motor dan bertanyakan kepada seorang peniaga wanita disinikah makam TGH Sibawaihi? (S8.85197° E116.46138°) 

PC260618-horz

TGH Sibawaihi adalah seorang ulama yang terkenal di Lombok. Seorang yang sangat disegani dan istiqomah dalam berdakwah. Mempunyai pondok pesantren Darul Aitam Wal Masaqin, Jerowaru, Lombok Timur. Beliau juga  mengajar dibanyak tempat bahkan hingga luar pulau Lombok. Pesantrennya terhasil dari sumbangan para jemaah dan dibina secara gotong royong. Beliau dikatakan tidak mahu menerima bantuan dari Kerajaan untuk pembangunan pesantrennya kerana mempunyai alasan tersendiri. Beliau meninggal dunia pada 24/11/2015 ketika berusia 68 tahun. Semasa pengkebumiannya ribuan mengunjungi makamnya, menunjukkan betapa besarnya pengaruh beliau dalam menyumbangkan ilmu di Lombok.

PC260625

permulaan mendaki - Jalan ke Sembalun : padi teres

Kemudian kami balik ke Ekas Break, ambil bag dan sempat bersembang dengan Pengurus Ekas Break. Beliau menasihati kami berhati-hati di Sembalun kerana ia adalah kawasan tanah tinggi dan agak sunyi. Jam 1.30 petang kami bertolak menghala ke utara menuju kawasan berbukit iaitu ke Sembalun.

20161226_163130

Sembalun terletak di kabupaten Lombok Timur, yang berada dalam kawasan Taman Nasional Gunung Rinjani. Di ketinggian 1.156 meter dari permukaan laut semestinya membuat udaranya dingin dan segar. Ketinggian ini juga membuat ada beberapa tempat motosikalku sukar untuk mendaki. Semasa berhenti di Pusuk Sembalun motosikalku terjatuh sendiri mengakibatkan lever brek patah. Keadaan ini membuat aku runsing kerana jarak ke pekan Sembalun ±18km lagi. Kabus mula menyelubungi kawasan ini dan cuaca semakin gelap walau baru jam 5.00 petang. Laluan menurun ini membuat aku banyak menggunakan brek yang menyebabkan brek ku tidak berfungsi kerana panas. Aku terpaksa berhenti beberapa kali bagi menyejukan ia. Sambil berdoa aku berharap dapat meneruskan perjalanan. Alhamdulillah kami selamat sampai ke pekan Sembalun dan terus mencari penginapan dan ‘ditemukan’ dengan Homestay Rinjani Famili(S8.36235° E116.52493°).

20161226_182936

Sewa sebanyak id350.000 dengan bilik yang luas lagi selesa. Homestay ini memenangi “Guest Review Awards 2016” dari Booking.com. Ia dimiliki oleh Pak Ar Man Sih seorang yang ramah dan mesra. Beliau juga menawarkan perkhidmatan membawa pelancong ke Gunung Rinjani, Bukit Anak Dara, Bukit Pergasingan dan lain-lain bukit sekitar sembalun. Malamnya kami makan malam di restauran disini dan seterusnya tidur dalam suasana dingin tanah tinggi Sembalun’'.


20161226_070415

Pantai Sungkun – Kelihatan tebing seperti muka beruk (kanan)

PC260582

Deburan ombak memukul pantai @ Pantai Kura-kura (nama diambil kerana pulau dibelakangku bak kura2)

20161226_072744

Gabungan biru+hitam+putih+hijau melengkapkan indahnya panorama

20161226_103303

Tanjung Ringgit – Deburan ombak memukul tebing tinggi

PC260602

Tanjung Ringgit: – Kelihatan menara setinggi 20 meter

PC260604

Bertuah berada di Pantai Tangsi yang juga dikenali Pantai Pink .. Hanya ada 7 pantai pink di DUNIA ooooo…

20161226_105944

Pantai Pink dikelilingi oleh tebing menjadikan lautnya tenang

PC260613

Tebing Tinggi di Pantai Pink/Tangsi ..kelihatan pulau tiga disana

Bersambung ……




Pautan Kembara Berkaitan
1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 : Pantai & Tanjung @ Lombok Timur
4. Xplore Lombok - Day 4 : Dari Pantai Ke Tanah Tinggi 
5. Xplore Lombok - Day 5 :     
6. Xplore Lombok - Day 6 :       
7. Xplore Lombok - Day 7 :


Xplore Lombok: Bukit Didaki, Air Terjun Didekati

$
0
0

TARIKH : 27 Disember 2016
DAY 5    : Misi Jelajah Lombok Timur : Tanah Tinggi & Air Terjun
LALUAN : Sembalun – Bukit Selong – Desa Sajang – Bayan – Senaru
JARAK   :± 60 km
KOORDINATE:

Day 4

Bukit Selong(S8.36494° E116.54000°)

Perancangan awalku adalah untuk mendaki Bukit Pergasingan yang menjadi antara pilihan hiker bila berkunjung ke Sembalun selain Gunung Rinjani. Namun kerana keletihan aku menukar rancangan dengan mencari bukit yang lebih rendah dan dicadangkan oleh Pak Ar Ma Sih ke Bukit Selong.

20161227_064152

Seawal paginya ( ±jam 6.30 pagi ) kami bergerak menghala ke arah tenggara dari Homestay Rinjani Famili sejauh ±4km. Bukit Selong terletak di Desa Sembalun Lawang. Aku mencari-cari jalan disekitar perkampungan penduduk sambil bertanyakan dimana arah ke bukit ini. Sebelum sampai ke kaki bukit kami melewati kawasan hutan buluh cantik yang dijaga dan dipelihara dengan teratur. Buluh diusahakan oleh penduduk untuk kegunaan sendiri dan kraftangan.

20161227_065245

Dikaki bukit terdapat sebuah perkampungan budaya masyarakat Sembalun yang dikenali sebagai Desa Adat Beleq. Terdapat 7 buah rumah asal yang dipelihara hasil dari tinggalan leluhur masyarakat Sembalun. Memandang jam masih awal, desa ini masih belum dibuka lalu kami mendaki bukit Selong yang ketinggiannya sekitar 1,200 meter dari paras laut (tetapi ketinggian dari Desa Beleq sekitar 40 - 50 meter sahaja). Tak penat mendakipun, peluh tak sempat keluar tambahan dinginnya udara pagi disini. Walaupun bukit ini rendahnya sahaja tetapi tawaran pemandangan yang disajikan tidak mengecewakan. Kelihatan petak-petak sawah dan tanaman petani bagaikan hamparan permaidani. Dibelakang sana Bukit Anak Dara melatari dan disebelah sana pula Gunung Rinjani.

20161227_065106

Selesai bergambar, kamipun balik ke homestay untuk bersarapan. Selepas sarapan, Pak Ar Ma Sih membawa ku ke bengkel sahabatnya untuk memperbaiki brek motosikal. Aku menukar lever dan break pad kerana jauh lagi perjalananku dan laluan menurun akan ditempuhi.

Selepas itu Pak Ar Ma Sih mencadangkan aku untuk ke air terjun Mangku Sakti dan Mangku Kodek dan tidak mencadangkan ke air terjun Mayong Puteq sepertimana pelan asalku. Beliau juga menghubungi kenalannya dengan memaklumkan yang aku akan ke situ dan juga persiapan tempat tinggal di Senaru.

Air Terjun Mangku Sakti (S8.31838° E116.46871°)

PC270660

Jam 9.40pagi kami bertolak menghala ke utara mencari Desa Sajang dan setelah ±12km tiba-tiba sebuah motorsikal kelihatan mengekoriku dan lantas penunggangnya menegurku ‘samada akukah pelancong dari Malaysia’. Alamak… hampir 3km aku dah tersasar dari lokasi (nasib baik Pak Ar Ma Sih hubungi kenalannya). Penunggang tersebut ialah saudara Rendy Hartono, seorang anakmuda dari perkumpulan Pemuda Adat Peduli Alam Rinjani (PAPAR). Beliau juga mengusahakan khidmat pemandu pelancong sekitar Rinjani dan Lombok. Kami meletak motosikal dirumahnya (S8.31491° E116.48870°), berehat seketika sambil menikmati secawan kopi Sembalun buatan sendiri. Kebetulan ibunya sedang memanggang kopi tersebut, memang sedap kopi asli ini lantas aku membeli 2 paket sebagai ole-ole kenangan.

20161227_102634

Randy mengusahakan  perkhidmatan tunjuk arah (guide) dan ‘ojek’ (pengangkutan bermotor) hingga ke air terjun Mangku Sakti/Kodek. Aku bersetuju menggunakan perkhidmatan mereka dan kamipun dibawa menunggang 2 buah motosikal ke kawasan air terjun tersebut sejauh ±4.5km (bayaran ±id50,000 seorang). Memang tepat sekali keputusan aku dengan menggunakan perkhidmatan ojek kerana laluan untuk ke kawasan air terjun sangat mencabar – kalau dengan skuter kami, pasti gagal menempuh laluan sebegini. Dikawasan ini ada parkir khas dan sebuah gerai makanan dan minuman. Kemudian kami berjalan ±650 meter untuk sampai ke air terjun Mangku Sakti.

 20161227_112311

Air terjun Mangku Sakti tersembunyi di dalam hutan di kaki gunung Rinjani dan berasal dari aliran Kokoq Puteq yang sumbernya adalah dari danau Segara Anak di atas gunung Rinjani. Air terjun setinggi ±30 meter yang langsung jatuh ke kolam seluas ±15 meter yang kedalamannya sekitar 2 – 4 meter. Airnya sedikit keruh berwarna putih kerana bercampur dengan belerang. Sangat baik untuk merawat penyakit berkaitan kulit.

Aku merendamkan badan disini buat menghilangkan kepanasan dan menyegarkan kembali badan dan selepas itu kami trekking untuk ke Air Terjun Mangku Kodek.

  Air Terjun Mangku Kodek(S8.31665° E116.46956°)

PC270772

Air Terjun ini terletak ±200meter dari Air Terjun Mangku Sakti. Ia tersembunyi diantara tebing-tebing tinggi. Aliran sungai yang menghasilkan air terjun ini adalah yang sama dari air terjun Mangku Sakti. Untuk ke air terjun ini terpaksa mengharung aliran sungai separas pinggang sejauh 20 meter. Air terjunnya tidaklah tinggi sekitar 3 meter sahaja namun keindahannya terpapar apabila ia bersatu dengan dinding-dinding batu kuno yang terbentuk dari hakisan air. Air terjun yang diapit oleh dinding-dinding dengan lekukan ukiran semulajadi tampak gagah lagi eksotis.

PC270730-horz

Kami tidak menuju ke air terjun satu lagi iaitu air terjun Kuda Sembrani kerana masa yang agak terhad.

Masjid Kuno Banyan(S8.26698° E116.42669°)

20161227_141535

Lebihkurang jam 2 petang kami sudah berada di Masjid kuno ini yang terletak di Belek, Karang Bajo, Bayan, Kabupaten Lombok Utara. Ia terletak ±18 km dari Pos untuk ke Air Terjun Mangku Sakti (rumah Rendy). Tidak sukar mencarinya kerana ia terletak ditepi jalan utama Raya Banyan. Bangunan masjid ini sudah terdiri sejak > 400 tahun (sejak abad ke 16) dan bentuknya tidak berubah. Dengan ukuran 9 x 9 meter dengan berdinding anyaman buluh, beratapkan lalang berlantaikan tanah liat. Struktur tiangnya masih yang asal iaitu 4 tiang utama berbentuk bulat yang dibuat dari kayu nangka. Katanya dinding dan atap akan diganti setiap lapan tahun sekali . Masjid ini tidak lagi digunakan bahkan pintunya dikunci dan aku tidak berpeluang untuk masuk, hanya sekadar menjenguk melalui celahan pintu. Kelihatan sebuah beduk yang tergantung di atas alang

PC270793-horz

Ia kini menjadi salah satu warisan yang dipelihara kerana ia melambangkan sejarah kemasukan islam ke Lombok. Di sebelah masjid ini terdapat sebuah kubur lama milik Syekh Abdul Razak salah seorang penyebar islam ke sini dan juga kubur tokoh agama tempatan.

PC270799-horz

Kami kemudian bergegas ke Senaru untuk mencari penginapan untuk malam harinya. Aku terus mencari penginapan yang dicadangkan oleh Pak Ar Ma Sih iaitu di Rinjani Homestay(S8.29480° E116.40949°). Homestay ini berharga id250,000 dilengkap dengan kemudahan yang cukup asas. Katil saiz queen tanpa aircond tetapi diberi kipas, bilik air tanpa air panas dan apa lagi nak diharap dengan harga yang sebegini ditempat tumpuan pelancong. Tetapi dia punya view sangat lawa – Gunung Rinjani jelas kelihatan dari balkoni dan teres sawah padi menghias bumi. Keletihan membuat aku tidak memikir panjang untuk mencari lain-lain penginapan. Selepas mandi dan solat,  baru menikmati makan tengahari di lewat petang dan jam 4.00 petang kami mengupah seorang petugas homestay untuk guide kami ke ayer terjun berdekatan.(Sdr Fauzan id100,000 - Tidak kisah aku membayar lebih kerana aku anggap sebagai sumbangan/sedekah kepada beliau.)

PC270802

Pemandangan dari balkoni Rinjani Homestay

Air Terjun Sendeng Gile(S8.30599° E116.40764°)

PC270807-horz

Kami berjalan ±1.6km  melalui ‘jalur irigasi’ untuk ke air terjun ini. Laluan ini tidaklah terlalu sukar dan mendatar sahaja. Laluan ini turut diguna oleh ‘ojek’ untuk mengangkut penumpang ke air terjun ini. Kemudian terpaksana manapak di beberapa anak tangga sebelum sampai ke tempatnya. Kelihatan masih ramai pengunjung disini. Ayer terjun ini berketinggian ±30 meter dan airnya jatuh dari tebing yang bertingkat melalui rimbunan pepohon hijau. Aliran air ini katanya berpunca dari Danau Segara Anak di Gunung Rinjani.

Air Terjun Tiu Kelep (S8.31150° E116.40415°)

PC270821

Kami meneruskan perjalanan lagi 1km untuk ke air terjun seterusnya iaitu Air Terjun Tiu Kelep. Kami terpaksa menaiki anak tangga dan jambatan yang merupakan saluran air. Selepas itu menerjah denai dalam kawasan hutan dengan pepohon besar disekeliling. Terpaksa ‘cross’ sungai kecil dari aliran air terjun ini. Untung dapat guide kerana kami mungkin boleh sesat apatah lagi hari semakin nak gelap (jam 5.00 pm)

PC270841-horz

Apabila kami sampai, hanya ada beberapa orang pengunjung disini kerana ramai sudah berpatah balik (Satu kelebihan pada kami). Di sini air terjunnya tampak lebih hebat dan menakjubkan. Tiu Kelep bahasa Sasak yang berarti “Terbang Renang”. Air terjun setinggi 50 – 60 meter yang langsung jatuh dari tebing ke kolam. Dikiri kanan batuan dengan tumbuhan yang menempel menambah kecantikan air terjun ini. Wow! …. memang menarik disini. Airnya yang jernih lagi dingin, sempat aku membasahkan diri sebelum bertolak balik kerana hanya tinggal kami yang terakhir disini dan bimbang nanti gelap walau jam baru pukul 5.30 petang. Tidak sempat aku untuk ‘meronot’ gua yang dialiri air yang sering menjadi perhatian pengunjung kalau ke sini.

PC270860

Bersambung ……


Pautan Kembara Berkaitan
1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 : Pantai & Tanjung @ Lombok Timur
4. Xplore Lombok - Day 4 : Dari Pantai Ke Tanah Tinggi 
5. Xplore Lombok - Day 5 : Bukit Didaki & Air Terjun Di Dekati    
6. Xplore Lombok - Day 6 :       
7. Xplore Lombok - Day 7 :

Xplore Lombok: Santai Di Pantai, Berekreasi Di Alam Semulajadi

$
0
0

TARIKH : 28 Disember 2016
DAY 6 : Misi Jelajah Lombok Utara : Pantai, Air Terjun & Pulau
LALUAN : Senaru – Kayangan – Gangga – Bangsal – Gili Meno – Bangsal – Senggigi
JARAK : 147 km
KOORDINATE:

Day 6

Selepas sarapan kami check-out (± jam 6.30am) dan bertolak menghala ke utara untuk menuju ke arah Kayangan. Setelah ±18km perjalanan, aku ternampak papan tanda Desa Akar-Akar, walau terlajak ambil keputusan untuk kunjungi tempat ini (bila lagi nak sampai kalau bukan harini). Berputar-putar juga aku mencari sambil bertanya penduduk tempatan lalu ditunjukan ke arah Kawasan Tradisional Dusun Batu Gembung yang terdapat sebuah gerbang dipintu masuk.

Masjid Kuno Batu Gembung(S8.22363° E116.36260°).

PC280880

Memasuki gerbang terlihat beberapa buah rumah tradisional dan juga bangunan yang diperbuat dari buluh dan kelihatan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Kuno Batu Gembung. Masjid ini berdindingkan anyaman buluh juga dikelilingi oleh pagar buluh. Pintunya terkunci, jadi tidaklah dapat aku menghampiri secara dekat masjid ini. Kelihatan ia seperti tidak digunakan dalam waktu terdekat ini.

PC280878-horz

Pantai Tebing(S8.28791° E116.21574°)

20161228_082717

Pantai Tebing yang nama asalnya ialah Pantai Luk. Terletak di Dusun Luk, Desa Sambik, Bangkol, Kecamatan Gangga, Kabupaten Lombok Utara. Sejauh ±20km dari Dusun Batu Gembung. Dari jalan utama Raya - Banyan terpaksa menyusuri laluan bersimen sejauh ±500 meter untuk sampai ke pantai. Awal pagi masih tiada orang disini bahkan penjaga parkirpun masih belum ada. Dipinggir jalan untuk turun ke pantai kelihatan sebuah kubur lama.

PC280881

Pantai ini mempunyai tebing-tebing setinggi 15 - 25 meter dimana tebingnya bagai dipahat cantik yang terjadi hasil dari hakisan alam. Pasirnya juga berwarna hitam. Pantai ini diletakan dalam kawasan Geopark Rinjani. Dari maklumat yang aku dapati, tebing ini adalah dari batu kapur yang terjadi hasil dari letusan gunung Samalas atau gunung Rinjani Tua (gunung Baru Jari) beribu tahun dahulu.

20161228_082314

Rumah Pohon Gangga Murmas(S8.35124° E116.22709° )

20161228_093221

Kemudian mengikut papan tanda menuju ke air terjun Gangga sejauh ±10km dan disitu berehat seketika sambil menikmati kopi Lombok, bertanyakan beberapa lokasi menarik sekitar kawasan tersebut. Terdapat 4 point menarik iaitu Tiu Pituq, air terjun Kerta Gangga, rumah pohon Gangga Murmas dan Mata air Kakong.

PC280896

Kami mengambil keputusan untuk menuju ke rumah pohon dahulu kerana bila matahari semakin meninggi pasti ramai pelancong mengunjungi ke sana. Sebenarnya ia tidak jauh dari air terjun Gangga, sekitar 15 minit perjalanan kaki mendaki tetapi kami ingin ke mata air Kakong pula selepas itu jadi eloklah kami bermotosikal sejauh ± 6km ke sana dengan mengikut jalan kampung dan melewati perkebunan koko dan buah buahan.

PC280923

Rumah pohon ini diusahakan oleh Perkumpulan Anak-Anak Muda Desa Gangga Murmas secara gotong royong. Projek dimulakan sekitar pertengahan tahun 2016 lalu. Kalau dahulu tempat ini adalah lokasi anak muda berkumpul menghabiskan masa dan kini ia dimanfaatkan dengan membina rumah pohon yang boleh menjana pendapatan kepada penduduk setempat.

Agak gayat juga  apabila mendaki rumah pokok ini kerana memikirkan kemungkinan boleh roboh. Tapi memandangkan ia masih baru dibina maka aku memberanikan diri untuk menaiki hampir semua rumah pohon ini. Dari rumah pohon ini kita dapat menikmati panorama indah lembah Kerta Gangga dengan hijaunya rimba dan bukit

Mata Air Kakong(S8.37440° E116.23197°)

20161228_102542

Kemudian kami menuju ke Mata air Kakong sejauh ± 3.5km ke selatan Rumah Pohon Gangga Murmas. Ia terletak di desa Bantek, Kacamatan Gangga, Lombok Utara NTB. Mata air ini adalah sumber bekalan bagi beberapa dusun/desa berhampiran. Airnya yang sentiasa mengalir setiap waktu dengan diteduhi pepohon yang rendang.

PC280960

Penduduk tempatan bergotong royong memajukan kawasan ini sebagai satu tarikan kepada pengunjung dengan mempergunakan sumber asli sediada. Ditengah sungai dibina pondok/tempat duduk  terapong yang menjadi tarikan pengunjung untuk berswafoto. Disamping itu dibina pelantar 3 tingkat setinggi hampir 10 meter disebatang pokok beringin/jejawi (ficus). Disini kehijauan hutan dan suasana damai kawasan bukit dapat dirasai.

20161228_104944_001

Di atas ada air terjun kecil yang dikenali sebagai Tiu Mejet dimana kedinginan air semulajadi akan dirasai.

20161228_104052

Air Terjun Kerta Gangga(S8.35114° E116.22627°).

Kemudian kami kembali ke parkir air terjun Kerta Gangga. Air Terjun Tiu Pituq tidak dapat dkunjungi kerana jalan yang rosak dan dinasihatkan oleh penduduk untuk tidak ke sana buat masa sekarang.

PC281001

Air Terjun Kerta Gangga berada di Dusun Kerta Desa Genggelang Kecamatan Gangga Kabupaten Lombok Utara (KLU). Terdapat 3 peringkat air terjun dengan 3 kolam menarik dan mempunyai sebuah kolam/gua tersembunyi yang boleh menghasilkan pelangi apabila disinari matahari pada waktu tertentu.

20161228_120927

Air Terjun Pertama - Untuk sampai ke sini terpaksa memanjat beberapa anak tangga. Terdapat jambatan yang baru dibin, dimana air terjun disebelah kiri dan kanan pula disajikan dengan pemandangan yang memesona bagai lukisan dimana sawah padi dikelilingi bukit dikiri dan kanannya.

Air Terjun Kedua - Berada tidak jauh dari air terjun pertama. Disini juga sudah dibina pelantar khas untuk kemudahan pelancong. Air terjun yang jatuh ke dalam kolam dan bagaikan berada di dalam gua kerana dikelilingi oleh tebing yang tinggi. Kolam ini dikatakan kolam tersembunyi.

PC281017

Kami tidak mengunjungi air terjun ke tiga kerana lokasinya sedikit jauh dan perlu turun kebawah dan melintas sawah padi. Kami terpaksa pendekan perjalanan kerana masa yang suntuk. Sebelum bertolak kami menikmati makanan tengahari disini (nasi goreng ja – kerana mudah dan cepat lagi sedap) bersama secawan lagi kopi Lombok.

Pelabuhan Bangsal(S8.39408° E116.09920°)

PC281044

Kemudian kami menuju ke arah pelabuhan Bangsal yang menjadi transit ke 3 Gili (Gili Terawangan, Gili Meno & Gili Air). Kami parkir motosikal di kawasan khas yang berbumbung (seperti bangsal) dan diberi karcis (tiket). Bayaran sebanyak Rp10,000 sehari.

PC281046

Kami menuju ke kaunter tiket dan untuk makluman syarikat ‘Karya Bahari’ diberi kuasa oleh pemerintah daerah Kabupaten Lombok Utara untuk mengurus pengangkutan dan tiket ke 3 Gili. Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk mengunjungi Gili Meno sahaja.

PC281050

Untuk penyeberangan dengan menggunakan bot biasa kadarnya adalah sebanyak Rp8,000.00 dan dengan speedboat ialah sebanyak Rp85,000 dengan mengambil masa ± 30 – 45 minit.

Gilis MAp

Gili Meno(S8.35307° E116.06188°)

PC281069-horz

Terdapat perusahaan pembaikan bot

Gili Meno terletak ditengah 3 gili (pulau) dan adalah yang paling kecil. Ia berkeluasan ± 2km2(memanjang sejauh ± 2 km dan selebar ± 1km).Mempunyai penduduk sekitar 300 orang. Pulau ini banyak ditumbuhi dengan pepohon kelapa, mempunyai pantai yang cantik dan spot snorkling yang menarik terutama di bahagian utaranya. Walaubagaimanapun tidak ramai pelancong berkunjung ke sini berbanding Gili Terawangan. Kebanyakan yang ke Gili Meno adalah pelancong yang gemarkan kedamaian, kesunyian, lari dari kebisingan dan ia popular sebagai lokasi honeymoon.

20161228_153555

Danau Air asin – ketika kami sampai air di danau ini banyak sekali

Ada keunikan disini iaitu  pada sebuah danau air masin(S8.34802° E116.05313°) seluas ± 2 ekar yang terletak di bahagian barat laut pulau (tidak jauh dari pantai). Katanya air ditasik ini lebih masin dari laut disekitarnya. Pada musim tertentu (kemarau), air tasik ini akan diproses untuk menghasilkan garam.

20161228_155316

Buaian Di Turtle Beach .. berdekatan sini ada Pusat Pembiakan Penyu

Dipulau ini tidak ada langsung kenderaan bermotor, yang ada hanyalah basikal dan ‘Cidomo’ iaitu sebuah kereta kuda. Sesampai kami di Gili Meno, semua pelancong/pengunjung terpaksa serahkan kad pengenalan (aku bagi lesen kenderaan yang luput tempoh pada mereka) di kaunter khas. Ia sebagai langkah keselamatan berikutan ancaman bom dari golongan pelampau. ID kad boleh dituntut semula apabila hendak keluar dari pulau.

PC281054

Di pulau ini, kami terpinga-pinga dan memusing seketika untuk cari tempat bermalam. Akhirnya kami di ‘temukan’ dengan seorang pemandu Cidomo (pernah bekerja di Malaysia). Kami minta beliau bawa  ke tempat penginapan yang cantik di lokasi yang menarik. Setelah singgah dibeberapa lokasi aku tidak berasa tertarik untuk meneruskan percutian disini, putuskan untuk balik ke darat sahaja. Tetapi sebelum itu, kami ajak pemandu Cidomo ini untuk pusing pulau.

PC281076

balik ke Pelabuhan Bangsal - Kena naik Bot Transit untuk ke speed boat

Bot terakhir dari Gili Ke Bangsal ialah pada jam 4.30 petang ..fuhhh nasib baik  sempat naik lagi tetapi ia adalah speedboat bukan seperti bot yang kami datang.

Sampai di Bangsal terus ambil motosikal dan meneruskan perjalanan sejauh ±28km ke Senggigi, melewati Bukit Malimbu (S8.44316° E116.03375°) dan perlu cepat sampai ke penginapan sebelum gelap. Selamat sampai dan check in di Hotel Puri Senggigi(S8.50496° E116.05526°)± jam 7.00 malam. Biliknya yang cukup selesa dengan kadar sewaan  Rp130.000 semalam.

Puri Senggigi

Hadapan bilik kami @ Puri Senggigi - di waktu malam – gambar dari internet

Bersambung ……


Pautan Kembara Berkaitan
1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 : Pantai & Tanjung @ Lombok Timur
4. Xplore Lombok - Day 4 : Dari Pantai Ke Tanah Tinggi
5. Xplore Lombok - Day 5 : Bukit Didaki & Air Terjun Di Dekati
6. Xplore Lombok - Day 6 : Santai Dipantai, Berekreasi di Alam Semulajadi 
7. Xplore Lombok - Day 7 :

Explore Lombok: Menghayati Alam, Mendekati Cagar Budaya

$
0
0

TARIKH : 29 Disember 2016
DAY 7 : Misi Jelajah Lombok Tengah : Air Terjun, rafting & Kampung Tradisional
LALUAN : Senggigi – Batu Kliang – Rembitan – Senggigi
JARAK : 181 km
KOORDINATE:

Lombok-Tengah_thumb1

Seawal pagi kami bertolak dari hotel menuju ke arah Batukliang dengan mengikuti jalan Raya Mantang. Awal pagi melalui jalan di kawasan kota sememangnya memudahkan, kurang kenderaan. Tetapi jalan Raya Mantang ini bukanlah laluan yang sepi diwaktu biasa, dipertengahan perjalanan terpaksa juga menyelit disisi kenderaan.

Air Terjun Benang Kelambu(S8.53279° E116.33694°)

20161229_091155_thumb1

Setelah hampir 2 jam diatas motosikal dengan mengharung perjalanan sejauh ± 50km kamipun sampai ke desa Aik Berik. Memasuki desa ini kami disajikan dengan pemandangan alam yang indah. Tanaman padi yang berpetak-petak dan pelbagai tumbuhan, flora dan fauna sepanjang perjalanan di kawasan lereng bukit.

20161229_092451_thumb1

Desa Aik Berik adalah  antara pintu masuk ke Taman Nasional Gunung Rinjani melalui jalur(track) selatan. Untuk pendakian ke Gunung Rinjani, katanya laluan ini lebih dekat berbanding laluan Sembalun atau Senaru. Walaupun sudah pernah digunakan sebelum ini namun ia baru dibuka secara rasmi pada 20 Mei 2016 lalu.

PC291127_thumb1

Disini terdapat sebuah Pusat Informasi Pendakian Rinjani(yang menyediakan maklumat tentang trek dan air terjun berhampiran). Disini juga kita perlu parkir motosikal jika hendak ke air terjun Benang Kelambu atau Benang Stokel.

20161229_093429_thumb1

Kami tiba ±jam 8.30 pagi, berhenti menikmati sarapan pagi (pasti secangkir kopi dan sepinggan nasi goreng) sambil mencari maklumat dengan bertanyakan kepada tuan punya warung. Selepas sarapan kami beriringan menunggang bersama seorang penduduk yang juga ingin ke kebunnya disana tanpa ditegur oleh beberapa orang yang sedang berada dipintu masuk ini (mungkin depa rasa kami orang tempatan kot – katanya tiket masuk Rp5.000).

Kami mengikuti jalan tanah sedikit berbatu yang teduh dinaungi oleh tumbuhan/hutan yang rendang sejauh ±1.6km sehingga ke tempat letak motosikal. Disini juga terdapat beberapa buah gerai yang menjual makanan & minuman. Tidak ada masalah jika tak bawa bekalan makanan. Kami parkir motosikal disini dan menelusuri anak tangga sejauh ± 300 meter menuju ke air terjun.

20161229_092459_thumb1

Ayer terjun Benang Kelambu secara tepatnya terletak di Dusun Pemotoh, Desa Aik Berik, Kecamatan Batukliang Utara, Kabupaten Lombok Tengah.  Sumber airnya adalah dari beberapa matair, sebab itu airnya sangat bersih. Air yang jatuh dari tebing melalui celahan daun kelihatan indah kerana aliran airnya yang halus dan tersebar bagaikan tirai(masyarakat tempatan menyebut kelambu). Air terjun ini setinggi 43 meter dan mempunyai 4 tingkat dengan ketinggian yang berbeza.

Air Terjun Benang Stokel(S8.53325° E116.34127°)

20161229_104037_thumb1

Kemudian kami balik menuju ke arah gerbang untuk ke air terjun seterusnya. Kami tidak dibenarkan untuk memasuki laluan ini dengan motosikal dan dipinta parkir motor ditempatnya. Berjalan kaki dilaluan yang nyaman sejauh ±500 meter sebelum sampai ke lokasinya.

20161229_104154_thumb1

Air terjun Benang Stokel terletak di Desa Teratak, Kecamatan Batukliang Utara, Kabupaten Lombok Utara. Air terjun ini berada di ketinggian 552 m dari permukaan laut dan dikelilingi oleh hutan. Suasana yang dingin dan damai terasa disini. Air Terjun Benang Setokel memiliki 2 cucuran air yang berketinggian sekitar 30 meter. Air terjun yang disebelah kiri limpahan/curahan airnya lebih besar berbanding yang kanan. Sementara itu di bawahnya terdapat kolam kecil tempat menampong curahan air yang jatuh dari atas. Kolam ini tidaklah dalam dan aku memberanikan diri mengharungnya dan berada dibawah air terjun sambil membiarkan curahan air ini jatuh ke badan.

20161229_104432_thumb1

Alam Stokel/Setokel Rafting(S8.57597° E116.32883°)

PC291132_thumb3

Dalam perjalanan pulang, ±5.4 km dari parkir aku ternampak seperti satu kawasan rekreasi iaitu Alam Setokel. Terlihat seperti ada rakit dan beberapa kemudahan masih dalam pembinaan. Ada chalet (masih dalam pembinaan), rumah makan, ATV dan lain-lain lagi. Kami masuk dan bertanyakan tentang rafting. Katanya pusat ini baru dibuka pada 25 Disember 2016 dan kami adalah pelanggan ke 3 disini. Terus kami bersetuju dengan pakej rafting termasuk makan tengahari dengan harga sebanyak rp150.000.

20161229_114023_thumb1

Kami dibawa dengan pickup menghala ke  utara ke tempat permulaan (seperti pintu/kunci air - S8.54828° E116.33338°) sejauh ±3.4km. Hanya kami berdua dan dipandu oleh 2 orang guide tempatan. Memang menarik dan cantik pemandangan di sungai ini. Beberapa air terjun kecil kelihatan mencurah masuk ke dalam sungai ini. Untuk makluman, air sungai ini sangat bersih kerana ia berpunca dari mata air, oleh itu airnya diproses sebagai air minuman(mineral).

20161229_120132_thumb1

Berarung jeram (rafting) disini tidaklah sukar dan agak aman. Sungainya yang cetek dan amat sesuai untuk pelbagai peringkat umur (7 – 65 tahun.) Dengan menggunakan bot getah(angin) yang boleh memuat 4 orang, kami dipandu oleh 2 orang jurumudi. Tahap kesukaran di sungai ini ialah pada gred 2 atau 3 dimana aliran air yang sederhana, batuan yang besar menghadang laluan, beberapa drop kecil yang bersesuaian dan memerlukan sedikit kemahiran manuver.

PC291167_thumb1

Jauh perjalanan ± 3.4km yang memakan masa hampir 1.5 jam. Perjalanan yang menarik dengan disajikan pemandangan yang cantik sambil melewati kawasan hutan, sawah padi, dusun dan sedikit perkampungan. Tidak perlu terburu-buru bahkan kami berhenti dibeberapa tempat untuk bergambar. Perjalanan berakhir di Jembatan Maiq Meres (S8.56743° E116.32127°) sebuah tempat takungan/empangan air. Disini dapat lihat 2 aliran air yang berbeza bertemu. Satu yang jernih lagi bersih dan satu lagi yang keruh.

PC291155-horz_thumb1

PC291187-horz_thumb1

20161229_134755_thumb1

Kemudian apabila sampai ke Alam Setokel, nasi sudah terhidang dengan makanan tradisional yang memang sedap iaitu ikan nila(talapia) bakar madu, pelicing kangkung, urap dan kelaq kelor. Perhh .. berbaloi wooo mai sini …

PC291198_thumb2

Pelicing kangkung makanan khas masyarakat Lombok. Kangkung sebagai asas (direbus) dan diadun dengan sambal tomato dan sambal cili merah, ditambah tauge, kacang panjang dan kacang tanah goreng ataupun urap. ..perghhh kecur air liur wehhhh ….

PC291196_thumb1

Urap pula adalah seperti kerabu dimana parutan kelapa digaul beserta kacang, daun turi yang direbus, sambal goreng … fuhhh …lupa keletihan

PC291200_thumb1

Keloq Kelaq adalah sayur manis daun munggai(aku agak la) yang direbus bersama beberapa sayuran lain. Yang kami punya dimasak bersama jagung manis, hmmm sedap la jugak, tambah lapaq ni.

PC291199_thumb1

Masjid Kuno Rembitan(S8.82951° E116.29415°)

20161229_155602_thumb5

Selepas makan tengahari kami menuju ke arah selatan sejauh ±38km untuk ke salah sebuah perkampungan asal Sasak iaitu di Desa Rambitan bagi mengunjungi sebuah masjid lama.

PC291207_thumb1

Masjid Rambitan terletak di Desa Rambitan, Kecamatan Sengkol, Kabupaten Lombok Tengah, Provinsi Nusa Tenggara Barat. Masjid ini dibina sekitar abad ke 16 dan dikaitkan dengan seorang tokoh spiritual Lombok iaitu Wali Nyatoq. Seorang yang amat berjasa dalam penyebaran islam di daerah ini. Makamnya  terletak terletak ± 2km ke timur dari sini (S8.83591° E116.31087°). Masjid ini dilindungi dibawah undang-undang sejak tahun 1992 oleh pemerintah Indonesia dan dianggap sebagai peninggalan bersejarah (cagar budaya).

PC291220_thumb1

Bertuah! … Berpeluang melihat dan mendengar beduk diketuk sebelum solat

PC291213-horz_thumb6

Mimbar dan pandangan atas bumbung

Masjid ini terletak di atas sebuah bukit dan dikelilingi oleh rumah penduduk sekitar. Keluasan masjid ini lebihkurang 8m x 8m. Mempunyai 4 batang tiang asas yang masih kekal asli dan 28 tiang penyangga yang digunakan untuk melekatkan dinding dari buluh. Manakala atapnya adalah dari sejenis rumput (alang dan ijuk). Berlantaikan tanah. Masjid ini hanya mempunyai satu pintu masuk disisi kirinya dan yang menariknya pintu masuknya agak rendah . Dimana ada makna tersirat iaitu pengunjung perlu tunduk masuk sebagai tanda hormat dan pintunya kecil agar tidak berebut masuk. Dibelakangnya kelihatan sebuah beduk dan aku dinasihatkan  jangan mengetuk beduk tersebut. Katanya beduk tersebut hanya boleh diketuk oleh orang tertentu sahaja dan ada tekniknya. Ia akan diketuk sewaktu masuk waktu solat. Ternyata masjid ini masih digunakan sehingga kini dan aku berpeluang untuk solat disitu bersama isteri dan seorang penduduk.

20161229_155542_thumb3

Pokok Kemboja tua dan Telaga lama - apabila memasuki kawasan masjid ini

Diluarnya, masjid ini dikelilingi oleh pagar yang diperbuat dari susunan batu dan kayu. Untuk masuk ke dalam kawasan masjid, perlu melalui sebuah gerbang. Terdapat beberapa pokok kemboja yang berusia ratusan tahun disini. Dihadapannya terdapat sebuah telaga(sumur) lama berhadapan sebatang pokok ara (ficus). Telaga ini seluas 5 meter persegi yang dahulunya digunakan untuk mengambil wuduk. Terdapat 5 anak tangga batu untuk turun ke dalamnya yang melambangkan rukun islam.

20161229_160238_thumb1

Bersama pemukul beduk – Hanya orang tertentu yang dibolehkan memukul beduk di masjid ini

Desa Sade(S8.83901° E116.29177°)

20161229_164744_thumb1

Kemudian kami menuju ke selatan lagi sejauh ± 1.3 km ke sebuah Desa Tradisional iaitu Desa Sade. Ia adalah perkampungan kecil Lombok Tengah dan dijadikan sebuah sebuah destinasi kerana penduduknya masih menjaga keutuhan budaya dan pola hidup yang diwariskan oleh nenek moyang mereka sejak 600 tahun yang lalu. Bangunan, adat istiadat, gaya berpakaian dan kehidupan seharian mereka masih dikekalkan

20161229_164700_thumb1

Desa ini seluas 5 Hektar dan memiliki 150 buah rumah tradisional dan mempunyai 700 orang  dari satu keturunan.

PC291227_thumb1

Rumah Sade disini menjadi ikon atau daya tarikan utama di Lombok. Rumah yang dikenali sebagai ‘Bale’ yang diperbuat dari bahan tradisional seperti atap ijuk, berdindingkan buluh dan masih kekal berlantaikan tanah(tanah liat). Ruang hadapan dan belakang dipisahkan oleh beberapa anak tangga

20161229_165102_thumb1

Masyarakat Sasak juga terkenal dengan kemahiran menenun kain sehingga anak gadis yang ingin berkahwin harus mempelajari seni tenunan dahulu. Biasanya mereka akan berkahwin sesama suku dan yang paling menarik adalah budaya 'kawin lari'. Dimana jika silelaki menyukai gadis suku sasak dan masing-masing saling bercinta, maka silelaki mesti membawa lari@culik sang gadis ke rumah kaum keluarganya dan esoknya barulah keluarga lelaki akan berkunjung kerumah sigadis untuk melamar.

Tidak dapat lama kami disini kerana kami harus balik ke hotel sebelum malam menjelang yang jauhnya hampir 60km diSenggigi.


Pautan Kembara Berkaitan
1. Xplore Lombok - Day 1 : Pendahuluan
2. Xplore Lombok - Day 2 : Jelajah Pantai & Tanjung
3. Xplore Lombok - Day 3 : Pantai & Tanjung @ Lombok Timur
4. Xplore Lombok - Day 4 : Dari Pantai Ke Tanah Tinggi
5. Xplore Lombok - Day 5 : Bukit Didaki & Air Terjun Di Dekati
6. Xplore Lombok - Day 6 : Santai Dipantai, Berekreasi di Alam Semulajadi
7. Xplore Lombok - Day 7 : Mengahayati Alam, Mendekati Cagar Budaya

BDB Bikepark: Menaiktaraf Taman Basikal Yang Dilupa

$
0
0

Tarikh  : 10 Jun 2017
Jarak   :  5.7 km (loop)
Coordinate: N6.24825° E100.44472°

Lokasi  : Darulaman Bike Park, Darulaman Hills (Bukit Nara), Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia

GOPR3275

Taman Basikal BDB ini terletak lebihkurang 10 minit perjalanan dari Jitra atau sejauh 4.5km. Terletak dilokasi strategik kawasan penempatan Bandar Darulaman Jitra. Ia dikelilingi oleh Taman perumahan seperti Taman Tunku Sarina, Taman Tunku Intan Syafinaz dan Darulaman Golf Country Club (DGCC).

OI000129

Laluan yang teduh dan cantik

Trek ini bukanlah baru, sejak tahun 2010 lagi kami sudah meneroka dengan memugar bukit  mencari denai buat mencari trek yang lebih mencabar setelah ingin keluar dari trek-trek kebiasaan. Disinilah keyakinan kami diterapkan, kemahiran diasah dan keseimbangan dipraktikan. Beberapa acara besar pernah diadakan seperti Darulaman Downhill ( MDHS series 3) pada 29 Mei 2011, Darulaman Jamboree pada 30 Januari 2011, Girl & Women Jamboree pada 01 Dis 2012, MTB Gerek Challenge pada 11 Mei 2013 dan lain-lain acara tak rasmi.

20170524_185339_001

Section ‘Tulang Dinasour’ di Trail DATARAN yang menguji keseimbangan

Setelah beberapa tahun, ianya kembali sepi dari kunjungan penunggang MTB, treknya mula menjadi usang, rumput-rumput mula meninggi. Trek berprestij menjadi pilihan. Tetapi harapan untuk melonjak namanya kembali cerah. Tup-tup ada khabar gembira  dari pihak Bina Darulaman Bhd(BDB) yang mengusul dibina sebuah taman basikal yang tersusun. Mengiakan dengan tawaran, lantas saudara Md. Nasron aka Lont mengajakku untuk mencari maklumat ke arah merealisasikan projek ini. Kami mula meredah bukit untuk plot laluan cadangan, menggodek maklumat di dalam arkib komputer  dan seterusnya menyediakan maklumat asas lalu diserahkan kepada pihak BDB. Hasil dari maklumat tersebut (itupun setelah beberapa kali tinjauan oleh pihak mereka), maka pihak BDB bersetuju untuk menawarkan projek pembangunan bikepark.

03 April 2017, saudara Md. Nasrol meredah bukit membuat ‘tanda’  sambil meninjau potensi trek. Secara rasmi kerja-kerja pembangunan dianugerahkan kepada syarikat Jamhusnor Sdn. Bhd. bermula 15 April 2017. Projek dimula dengan memberi tumpuan kepada pembangunan walking trial dan laluan basikal(XC dan DH).

Trailbuilders

Trailbuilders: Dari kiri Sunny BMX, Md. Nasron(perancang), Apit(pegang cangkul),  Baim, Zam Hamid dan Jerot Djk

Pada awal pembikinan, pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi seperti tiadanya orang yang berpengalaman untuk memandu jentera, hujan yang turun setiap hari, semak samun yang agak tebal dan lain-lain lagilah. Tempoh hingga 31 Ogos 2017 masa diberi dan dengan sentuhan trailbuilders berpengalaman lagi bertenaga seperti saudara Zam Hamid(beliaulah antara yang giat membangunkan trek ini satu masa dahulu) saudara Sunny BMX(seorang penunggang BMX terkenal dan pernah terlibat dalam aktiviti,pembangunan/even BMX)Bain @ Mohd. Ibrahim, Apit dan Jerot Djk, ditambah dengan doa dan sokongan sahabat akhirnya lahirlah beberapa trail asas iaitu:-

Nama Trail

Jarak

Aktiviti

1. Pak Guard Trail

680m 

Hiking, trail running, cycling, enduro

2. TTIS Trail

2,000m 

Hiking, trail running, birdwatching

3. DATARAN

430m 

Parking, walking, trail running, cycling, DH

4. Ciu Ciu Trail

570m 

Walking, trail running, cycling

5. Billboard Trail

1,100m 

Walking, trail running, cycling,

6. Bola Golf Trail

300m 

Walking, trail running, cycling,

7. Downhill(DH) Track

1,300m 

Walking, trail running, cycling, DH

8. Nature Trail

430m 

Walking, trail running, DH

   TARMAC

700m 

 
           

Map BDBikepark02

Trek-trek ini bersambungan dengan trek tertentu bagi mewujud satu jalinan laluan yang lengkap untuk aktiviti berbasikal, trial running, hiking dan DH. Terdapat uplift bertar sepanjang 365 meter dari bawah(GATE 2) ke Dataran (kawasan lapang di atas bukit).

Terdapat 3 pintu utama untuk akses ke trail-trail ini iaitu:-

GATE 1(Utara) yang menjadi pintu masuk utama ke trek (berdekatan Guard House)

GATE 2 (Barat)  akses minitar uplif ke DATARAN

GATE 3 (Selatan) Terdapat akses trek sejauh 160 meter  untuk akses ke  Billboard Trail

Insyaallah trek ini akan digunakan untuk beberapa acara besar anjuran pihak BDB disamping dapat digunakan oleh penduduk sekitar untuk aktiviti riadah.

P5241914

Diharap dengan adanya taman basikal ini boleh memberi peluang masyarakat melakukan aktiviti harian melalui basikal, hiking, berlari atau berjalan kaki, mengelakkan salahguna bukit ini oleh pihak tertentu dengan kegiatan yang tidak diingini, menjauhkan penempatan pendatang haram dan aktiviti lain yang bercanggah dengan undang-undang. Secara tidak langsung akan dapat meningkatkan bilangan penunggang basikal untuk menjalankan aktiviti harian dengan selamat dan tunggangan yang ‘berkesan’.

(27593) OI000153

Selepas siap dibina trek akan diuji sendiri oleh Trailbuilder bagi memastikan kesesuaian dan keselamatan

P5242072

Di Section Usus

…..Bersambung

Garmin BaseCamp : Peta Asas & Tempelan Topo

$
0
0

0x0ss-85

Panduan ini untuk mengingati diriku bagaimana untuk create latest map dan gabung peta topo dan diinstall ke perisian Basecamp/Mapsource. Aku tidak mahu terlalu bergantung kepada Malfreemaps, Malsing maps, Navigasi.net dan lain-lain lagi kerana mahukan kelainan.

SOURCE MAP

Screenshot (12h 18m 27s)

1. Layari OpenstreetMap   (semak tarikh update terkini)

2. Download OSM Base Map & Contour Lines (**)

3. Fail OSM ialah gmapsupp_Malaysia.zip dan Curvas_nivel_VFP_Malaysia.exe

4. Install fail Curvas_nivel_VFP_Malaysia

5. Extract gmapsupp_Malaysia.zip(gmapsup.img) ke directory yang sesuai

a. Buka blogku disini dan ikut langkah yang disyorkan.

Clipboard01

6. Source map lain di Free worldwide Garmin map from OpenstreetMap(nampak macam sama tapi tak sama grafiknya)

a. Select Malaysia dalam ruangan Asia atau kalau hendak pilih secara manual Tick Enable manual tile selection dan pilih kotak-kotak yang melibatkan Malaysia

b. Klik Download map now dan satu menu directory fail akan keluar

c. Pilih osm_generic_windows.exe

d. Atau osm_generic_gmapsupp.zip(gmapsup.img) dan ikuti langkah 5a

Clipboard02

LANGKAH MENGINSTALL KE BASECAMP/MAPSOURCE

Screenshot (13h 49m 37s)

7. Download cGPSmapper.exe dan install

8. Download MapsetToolKit.exe v1.77 dan run

9. TOLONG set directory cGPSmapper (rujuk gambar)

10. KLIK Select IMG (Source IMG Files) dari file OSM Base camp/Osm_generic_gmapsupp dari directory( langkah 5/Langkah 6)

11. KLIK Select IMG (Source IMG Files) dari file Topo Asas iaitu (Curvas_nivel_VFP_Malaysia.exe) di C:/Garmin/alternativaslibres/OpenStreetMalaysia (default di install ke directory ini)

12. KLIK Select all (Source IMG Files)

13. KLIK Add –> dari kotak (Selected IMG Files)

14. KLIK Select all (dari kotak Selected IMG Files)

Tutorial mengenai cara menggunakan MapsetToolKits boleh didapati di SINI

15. Di Ruangan Create MAPSET – Routing mode: isikan ruangan Mapset directory (directory dimana nak tempatkan map ini .. sebelum tu create dahulu directory ini)

16. Isi ruangan Mapset name: (apa-apa nama yang sesuai)

17. Family ID (boh la no berapa pun)

18. Product Code : 1

19. Ruangan Option : tick Install in Mapsource

20. KLIK START

21. Tunggu hingga keluar ‘Message Convert completed’


 Terra Incognita

SAS Planet Release 160707

Biar gambar bercerita

image

image

image

image

Click START & Tada ….

Check pic di  Directory Save To:

Viewing all 227 articles
Browse latest View live